webnovel

2 - Kehidupan Asrama

Sekolah mereka merupakan sekolah berasrama penuh di mana setiap pelajar diwajibkan untuk tinggal di asrama kecuali mereka yang mempunyai alasan yang jelas seperti sakityang teruk.

Sebagai seoranh yang sememangnya tidak pernah tinggal di asrama, Dahlia cuba membiasakan dirinya dengan suasana baru. Hampir sebulan tinggal di asrama, dia kini boleh mengatur masa dengan baik.

Bermula seawal pukul 4 pagi, dia suda bangun dan mandi untuk bersiap ke sekolah. Pukul 5 pagi, dia akan naik ke masjid untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah.

Habis sahaja solat subuh, dia akan meluangkan masa seketika untuk membaca Al-Quran. Walaupun dia dan Hani dilihat rapat, Hani jarang bersamanya pada waktu pagi. Hani hanya akan bersamanya lewat waktu sarapan sehingga selepas kelas persendirian malam.

Dahlia melirik jam di dinding masjid dan ke arah sekitar ruangan solat wanita. Masih ada segelintir pelajar perempuan di dalam masjid. Beriktikaf.

Setelah menyudahkan bacaannya, Dahlia meletakkan Al-Quran kembali ke tempatnya dan mula menukar telekung kepada tudung sekolah labuh. Labuh yang menjadi kewajiban kepada setiap pelajar. Dan labuh yang sepatutnya mengikut syariat Islam.

Setelah menyandang beg sekolah, dia menuruni anak tangga menuju ke dewan makan asrama untuk bersarapan. Dari hujung tangga, dia lihat Hani suda berdiri di tepi pagar asrama menantikannya untuk bersarapan bersama-sama.

Berbeza dengan Dahlia, Hani selalunya akan terus naik ke masjid selepas bangun dan akan turun semula ke asrama untuk mempersiapkan diri. Mereka berbalas senyuman sebelum meneruskan langkah beriringan menuju ke dewan makan.

"Lia dah siap kerja Matematik?" Hani bertanya semasa mereka berbaris untuk mengambil makanan. "Dah." ringkas jawapannya.

"Soalan nombor 3 Hani belum siap. Nanti Lia ajarkan boleh?" Sopan Hani meminta. Dahlia hanya mengangguk.

Tepat pukul 7 pagi, mereka sudah berada di dewan sekolah untuk memulakan perhimpunan hari Isnin. Kelas akan berakhir pada pukul 1.20 tengahari dan mereka hanya dibenarkan masuk ke asrama setelah solat asar di masjid.

Keluar daripada asrama sebelum maghrib dan naik ke masjid untuk solat maghrib dan Isyak berjemaah. Habis sahaja solat Isyak mereka akan ke kelas untuk menghadiri kelas persediaan di mana mereka akan melakukan tugas masing-masing.

Hanya pada pukul 10 malam mereka akan dibenarkan pulang ke asrama. Sememangnya memenatkan, namun bagi para pelajar yang senang mengikut peraturan, kehidupan asrama tidaklah susah seperti yang dijangka.

Malahan, jika sudah pandai mengurus waktu, segalanya berjalan dengan lancar sekali.