1 Bab 01

"HABISLAH aku dah lewat ni!"

Sahara Irdeena atau lebih mesra dengan panggilan Hara berlari di bawah langit petang musim bunga. Kuntuman-kuntuman bunga sakura yang berwarna merah jambu menghiasi tepi-tepi  jalan di Seoul National University, Kampus Seoul.

Dia mengerling jarum pendek jam yang terpasang kemas di tangan. "Alamak, aku dah lewat ni" katanya kepada diri sendiri. Bunyi notifikasi mesej dari aplikasi Kakaotalk langsung tak dipedulikan kerana dia ada temu janji penting pada pukul 7.00 malam nanti.

Sambil kaki berlari, sambil tangan meraba-raba ke dalam beg silang yang berwarna hitam. Ke mana agaknya dia meletakkan tiket konsert orchestra yang dianjurkan oleh pelajar dari Sekolah Seni Muzik.

"Jumpa pun!" dia mengeluarkan tiket konsert orchestra tersebut dari dalam beg. Lebar senyum memandang tiket di tangan.

Teruja punya fasal, tanpa sengaja dia terlanggar bahu seorang pelajar lelaki. Berterabur buku pelajar lelaki itu di atas tanah. Tanpa membuang masa gadis jurusan Archeology and Art History itu cepat-cepat membongkokkan badan sebagai tanda permohonan maaf.

"Joeseonghamnida, jeongmal joeseonghamnida (Maafkan saya, saya betul-betul minta maaf)" ucapnya.

Dia juga membantu lelaki itu mengutip buku di atas tanah. Namun, tajuk buku yang dipegang menarik perhatiannya.

"History of Classical Music?"

"Ya" pantas tangan seseorang mengambil buku tersebut dari tangannya.

Hara angkat muka. Hampir tercabut keluar bijih mata apabila melihat jejaka yang berkemeja hitam petak-petak berdiri memandangnya dengan wajah sedikit berkerut.

"Irdanee Lee Minhyuk?" nama penuh lelaki itu disebut selamba.

"Rasanya tak perlu awak seru nama penuh saya" kata Minhyuk, dingin.

"Betul juga" Hara sengih. Malu pun ada juga.

Minhyuk yang lebih mesra dengan panggil Minhyuk dalam kalangan pelajar Korea. Manakala Danee dalam kalangan pelajar Malaysia. Merupakan pelajar jurusan Pendidikan Bahasa Inggeris. Tetapi yang peliknya dah kenapa dia bawa buku berkaitan jurusan muzik pula?.

Soalan itu hanya disimpan dalam hati. Anak matanya masih memadang Minhyuk yang sedang memasukan buku ke dalam beg.

"Kenapa pandang saya macam tu?" soal Minhyuk.

"Tak ada apa-apa" Hara menggeleng-gelengkan kepala.

Rasanya tak perlu kot dia tanyakan soalan yang sedang mengganggu mindanya. Anggap saja Minhyuk perlukan buku itu untuk sesi pengajaran. Duganya sendiri.

"Alamak, aku dah lewat" dia mengerling jam di tangan.

Minhyuk hanya memandang gelagat gadis bersweater hitam, berseluar putih itu dengan wajah kosong. Kelam-kabut betul nak ke manalah tu agaknya?.

"Okeylah saya dah lambat ni. Maafkan saya tentang hal tadi. See you later. Bye, assalamualaikum" dia menepuk lengan Minhyuk lalu beredar agak tergesa-gesa.

Dia tak boleh buang masa, kerana semakin lewat dia masuk ke dalam dewan, semakin banyak tempat duduk strategik yang akan diambil oleh penonton lain. Hari ini dia tekad untuk duduk di bahagian tengah untuk melihat persembahan solo violin dan piano dari pelajar Seni Muzik.

Lebar senyum saat kaki melangkah masuk ke dalam dewan. Sebuah tempat duduk betul-betul di barisan tengah kelihatan masih tak berpenghuni. Tanpa membuang masa dia berjalan ke situ dan bertanya kepada seorang penonton yang memakai sweater SNU sekiranya tempat itu punya tuan ataupun tidak.

Riang rasanya hati apabila gadis berkaca mata itu menggeleng. Hara pantas melabuhkan punggung yang diikuti dengan satu helaan nafas panjang.

Dari tempat duduknya, dia melihat sebuah piano berdiri megah di tengah-tengah pentas. Di belakang ada kerusi untuk pemuzik yang memainkan alat muzik seperti violin dan sexophone.tempat conductor juga berada tak jauh dari situ.

Beberapa minit kemudian, kelihatan anggota-anggota kumpulan orchestra yang terdiri dari pelajar jurusan muzik keluar ke pentas. Pengacara majlis memberikan kata-kata aluan kepada para penonton.

Mereka memberikan tepukan gemuruh. Namun mata Hara meliar mencari Shin Hyunshik. Siapa tak kenal dengan Shin Hyunshik, pianist berbakat, berwajah kacak dan terkenal sebagai pianist terhargat dipasaran kerana sering mendapat undangan membuat persembahan di luar kampus.

"Mana Shin Hyunshik ni? Takkanlah malam ni bukan dia yang..." matanya terbuntang pada satu figura yang keluar ke pentas. Pantas dia menekup mulutnya yang ternganga kerana terkejut.

"Oh... My... God... Lee Min... Hyuk?" matanya tak berkelip dari terus memandang ke arah Minhyuk.

Pengacara majlis dengan senang hati memperkenalkan Minhyuk sebagai bintang utama malam itu. Tepukan gemuruh diberikan oleh para penonton yang teruja untuk melihat wajah baru itu beraksi di atas pentas.

Wajah kacak Minhyuk turut menjadi perhatian. Gadis mana tak terpikat dengan jejaka tampan. Hara juga tak terkecuali. Tetapi berbanding dengan kekacakan pianist malam ini. Dia lebih berminat ingin tahu bagaimana Minhyuk boleh berada di situ.

Sekali pandang Hara dah dapat merasakan Minhyuk agak gementar. Mana taknya ini kali pertama dia akan membuat persembahan di hadapan penonton. Helaan nafas panjang itu menunjukan dia cuba mengawal rasa gugupnya sebelum memberikan isyarat yang dia sudah versedia kepada conductor persembahan.

Terpegun dan terpesona, itulah yang dia rasakan saat menonton persembahan Minhyuk. Sedikit pun dia tak pernah terfikir Minhyuk boleh bermain alat muzik. Al-maklumlah dimatanya Minhyuk seorang ulat buku dan agak nerd.

Suasana tiba-tiba menjadi sepi saat conductor persembahan memberikan isyarat berhenti. Hara mengetap bibirnya saat lampu spotlight diarahkan hanya untuk Minhyuk. Dia genggam kedua-dua tapak tangannya dan menunggu dengan penuh debaran.

"Solo? Tapi... macam mana kalau dia buat silap? Isk! Orang lain yang perform aku pula yang nervous semacam. Just enjoy this performance Sahara Irdeena. Enjoy, okay?" bebelnya dalam hati. Mata langsung tak lepas dari memandang Minhyuk.

Beberapa saat kemudian, alunan merdu solo piano mula berkumandang memenuhi ruangan dewan tersebut.

"Yiruma? Fairytale?" satu badan membatu saat mendengar lagu yang biasa didengari itu dimainkan oleh Minhyuk.

Mendengar lagu itu dimainkan secara langsung seperti ini membawa dia kembali kepada memori waktu kecilnya. Elmin selalu memainkan lagu itu setiap kali dia berkunjung ke rumah Hara.

Ketika itu, usia mereka baru menjangkau enam tahun. Namun Elmin sudah mampu mengusai piano tak ubah seperti seorang pianist profesional.

Emosi dan gerak jemari Minhyuk mengingatkan dia pada Elmin. Dia tunduk sembunyikan senyum pahit yang bercampur rasa rindu. Bertahun berada di Seoul. Tak pernah, walau sekali dia terseremapk dengan Irdan Lee.

Ada niat mahu mencari keluarga yang terputus hubungan dengan keluarga mereka itu. Tetapi Seoul ni tak sekecil yang dia bayangkan. Dia cuma berharap Takdir Tuhan untuk menemukan mereka semula.

"I will find you. Saya janji saya akan datang cari awak semula"

Kata-kata terakhir sebelum Auntie Elmin dan keluarganya berangkat ke Korea berbelas tahun lalu masih terasa segar dalam kotak memorinya.

"Geojitman (Penipu)" gumamnya. Air mata yang bergenang di kelopak mata cepat-cepat dia sapu. Kemudian wajah diangkat semula memandang Minhyuk di atas pentas.

"Kenapa tiba-tiba rasa sedih ni" air mata yang jatuh dia sapu lagi sambil menghembus nafas panjang cuba untuk menenangkan diri.

Dia tak pernah merasakan diri beremosi seperti inu. Tetapi lagu yang dimainkan oleh Minhyuk kali ini benar-benar menyentuh emosinya

Tamat persembahan penutup. Sekali lagi penonton memberikan tepukan gemuruh untuk kesemua anggota orchestra yang memberikan persembahan terbaik. Pengacara majlis juga sempat memberikan pujian kepada Minhyuk yang berjaya menjadi bintang pada malam itu.

Minhyuk bangun lalu memberikan tunduk hormat kepada para penonton. Sempat dia melambai dan memandang wajah penonton yang datang.Pandanganya terhenti pada Hara. Hara ukir senyum sambil mengangkat kedua-dua ibu jarinya. Namun Minhyuk cepat-cepat melarikan pandangan ke tempat lain sebelum beredar meninggalkan pentas.

"Wait, dia ignore aku?" soalnya sendiri. Mata meliar ke kiri dan ke kanan. Minta-mintalah tak ada sesiapa yang nampak. Kalau tak dia juga yang malu.

"Geram pula hati ni. Tak apa, ada ubi ada batas, ada hari Hara balas" gumamnya dengan nada geram.

Dia bangun lalu berjalan keluar meninggalkan dewan persembahan tersebut. Di kiri dan kanannya kedengaran penonton wanita bercerita tentang Minhyuk. Ada yang berpendapat Minhyuk sama hebat dengan seniornya Shin Hyunshik.

"Sama hebat dengan Shin Hyunshik? Tak sama kot. Hyunshik tu dah tahap professional. Hot gitu gitu. Minhyuk ni masih baru kot. Tapi..." dia ketap bibir.

"Macam mana dia boleh ada dekat sini? I mean perform atas stage. Tukar course? But when? Aku tak boleh brainlah" dia menggeleng dan terus berjalan jauh meninggalkan dewan yang terletak berhampiran dengan Sekolah Seni Muzik.

Sebelum pulang menaiki bas ke kediaman mereka yang terletak di Shillimdong. Sempat juga dia singgah ke kafe untuk membeli air dan sedikit roti. Al-maklumlah tadi tak sempat nak minum petang. Sekarang barulah perut berasa lapar.

Selepas singgah membeli air, dia meneruskan perjalanan menujju ke kediamanya yang terletak di Silimdong. Niat awal nak menaiki teksi. Tetapi malas pula nak membazir. Jadi dia membuat keputusan untuk pulang berjalan kaki memandangkan hari masih awal lagi.

Langkahnya semakin kurang yakin saat kaki semakin jauh meninggalkan SNU. Mata ke kiri dan ke kanan. Suasana agak sepi. Tetapi di hadapan dan di belakang ada beberapa orang pelajar uturt pulang berjalan kaki sepertinya.

"Macam tak biasa balik jalan kaki" katanya kepada diri sendiri.

Kaki terus berjalan dan berjalan sambil sesekali dia menyedut air hot chocolate yang dibeli. Mindanya masih memikirkan tentang Minhyuk.

"Kalau aku cerita dengan Tia confirm dia terkejut beruk nanti. Tapi, tak sangka dia boleh main alat muzik. Ingatkan tahu baca buku je" dia ketawa kecil sambil menggeleng.

Tiupan angin sepou-sepoi padam malam musim bunga terasa dingin. Dia yang bersweater, tetap merasakan kedinginan yang membawanya melangkah dengan lebih laju.

Tanpa dia sedari seorang lelaki berkemeja hitam yang dipadankan dengan sweater putih mengekorinya dari belakang. Semakin lama, lelaki itu semakin dekat dan kini berjalan seiringan denganya.

Hara yang sedang memerika telefon pintarnya membatu apabila mendengar suara dehem seseorang yang sangat hampir. Dia berhenti berjalan, perlahan-lahann dia menoleh ke kanan. Tak berkelip mata saat melihat manusia yang berada disebelahnya.

"Awak?"

"Jalan je lah malam dah makin lewat ni" arah lelaki itu. Dia kembali berjalan.

Hara masih berdiri ditempatnya sambil memandang lelaki itu dari belakang. "Sejak bila dia jalan dekat sebelah aku?" gumamnya.

"Yah, Lee Minhyuk gidaryojyo (Hei, Lee Minhyuk tunggulah)" panggilnya. Dia berlari-lari anak mengejar Minhyuk yang berada tak jauh di hadapan.

Mereka berjalan seiringan dalam keadaan senyap. Masing-masing tak tahu apa yang nak dibualkan. Namun, ekor mata Hara sesekali melirik ke wajah lelaki kacak itu.

"Nak tanya ke tak? Tapi..." bisik hatinya lalu menghembus nafas panjang.

"Awak ada soalan untuk saya ke?" Minhyuk tiba-tiba bertanya.

Hara pandang Minhyuk. "Eh dia ni macam tahu-tahu je aku memang ada benda nak tanya" hatinya berbisik lagi.

"Saya memang ada soalan" kata Hara.

"Jilmeuneun mwonde (Apa soalan awak?)"

"Macam mana awak boleh perform dengan group orchestra? Tak, awak reti main instrument? Ke awak tukar course?" soalnya bertubi-tubi.

"Ya" jawab Minhyuk ringkas. Dia tarik senyum dan terus melangkah dengan lebih laju.

"Ya> apa yang ya?" soal Hara lagi. Dia turut berjalan dengan lebih alju untuk mengejar Minhyuk.

"Ya saya tahu main instrument major in piano dan ya, saya memang tukar course sejak semester lepas. Tapi tak ada yang tahu termasuk Aaron dan Ilham. Soalan awak dah terjawabkan?"

Hara hanya menangguk-anggukkan kepala mendengar jawapan terpeinchi dari Minhyuk. Patutlah sejak beberapa bulan lepas Aaron selalu bercerita Minhyuk kerap pulang lewat dan jarang berada di rumah terutamanya pada hujung minggu.

"Jadi inilah sebab dia selalu tak balik rumah? Dia mesti ada kat studio untuk practice. Yelah, banyak benda kena kejar" bisik hatinya.

"Joahae... (Awak suka...)"

"Ne? Mworagoyo? (Apa? Awak cakap apa?)" potong Hara dnegan nada suara yang tinggi.

Minhyuk yang tak sempat menghabiskan ayatnya mengegeleng melihat wajah Hara yang terkejut ketika mendengar perkataan 'joah yang bermaksud 'suka' dalam Bahasa Korea.

"Joahae Shin Hyunshik? (Awak suka Shin Hyunshik?)" sambung Minhyuk.

Mata Hara berkelip-kelip memandang tepat ke wajah Minhyuk. "Alahai, itu ke soalan yang dia nak tanya tadi? Ingatkan dia nak confess. Buat suspen betul mamat ni" detik hatinya. Kemudian dia melarikan pandangan ke hadapan.

"Sukalah juga. Dia kacak, pandai main piano, senyum pun manis. Kenapa awak tanya?" jawab dan soalnya pula.

"Tak adalah, awak nampak kecewa bila saya keluar tadi"

"Kecewa? Tu bukan reaksi kecewa. Tapi shock bila bakal cikgu Bahasa Inggeris tiba-tiba naik stage main piano"

"Yalah tu" Minhyuk tarik senyum. Nadanya seperti kurang percaya dengan jawapan Hara.

"It's okay kalau awak tak nak percaya" dia tarik bibir muncung ke depan. Kemudian mata melilau ke sekeliling. Jalan punya jalan mereka dah berada di kawasan Sillimdong rupanya.

"Macam tak percaya pula malam ni jalan kaki berdua dengan mamat handsome pujaan gadis-gadis Korea ni. Harapnya Sabrina tak jealouslah bila tahu nanti. Yelah diakan peminat setiap Irdanee Elmin Lee Minhyuk" hatinya berbicara sendiri lagi. Sempat juga ekor mata itu melirik pada Minhyuk.

"Wait, rasanya lebih baik aku swafoto dengan dia. So ada bukti. Bukanya selalu nak usik Sabrina yang kerek lagi bimbo tu" katanya lagi dalam hati.

Dia mengeluarkan telefon pintar dari beg silangnya lalu mengajak Minhyuk untuk berswafoto bersama.

"Jom selfie"

"Selfie?" mati langkah Minhyuk mendengar ajakan Hara.

"Ya" Hara ukir senyum.

"Narang? (Dengan saya?)" soalnya, pelik. Tak pernah-pernah gadis itu membawanya untuk mengambil gambar bersama.

"Ya, takkanlah dengan pokok atau tiang lampu itukan?"

Minhyuk mendengus sambil menggeleng. Tak sangka pandai gadis itu menyusun kata memerlinya. Dengan sedikit rasa terpaksa dia ikutkan sahaja permintaan gadis itu.

"Okey. Tapi dengan satu syarat"

"S... Syarat?" berkerut muka Hara ketika mendengar perkataan 'syarat'.

"Awak tak dibenarkan untuk post gambar kita di media sosial"

"What? But why?"

"Saya tak suka" jawabnya, wajah serius.

"Yalah tu tak suka. Entah-entah takut kekasih hati jealous" detiknya dalam hati.

"Okey, saya setuju" Hara mengangguk.

Niatnya memang tak nak post dekat media sosial. Dia cuma mahu menunjukan gambar itu kepada rakan serumahnya iaitu Sabrina. 

Hi semua diharapnya dapat memberi komen feedback selepas membaca. terima kasih 😍

avataravatar