webnovel

Macam mana ni!?

25.

Airis mengangkat kepala, memberi renungan tidak berminat dan menyampah kepada Mandy dan dua minion gadis itu. Dengar ke tidak buakn itu isunya sekarang.

Isunya sekarang tiga orang di hadapannya ini perlu menerima pengajaran yang sewajarnya kerana cuba menganiaya orang lain.

           "Eh..perempuan ni kan...menyirap pulak aku tengok. Boleh pulaknya dia buat pekak dekat sini?"

            "Dia nak kita ajar agaknya cara untuk behave pada orang yang lebih superior dari dia..."

            "Hahah...ajar je.."

Borak mereka bertiga apabila Airis diam di situ memerhatikan mereka.

            "Dah habis ke?"soal Airis.

            "Apa?"soal Mandy dengan kehairanan. Hairan melihat respon selamba bersahaja Airis. Bolehnya perempuan ni buat tak peduli dengan apa yang dia katakan sejak tadi.

Keluhan dilepaskan oleh Airis sewaktu dia mengangkat tangan. Menunding jari ke arah Quincy, Rania dan berakhir pada Mandy.

            "Kau...kau...dan kau...minta maaf pada gadis tadi. Sekarang."arah Airis bernada perlahan dan kedengaran seperti orang tiada mood nak bercakap. Tidak kuat namun cukup tegas untuk membuatkan ketiga-tiga gadis di situ bungkam.

           "Jangan nak buat lawak la...kau siapa nak suruh kita orang buat itu ini?"

            "Entah...suka hati je suruh kita orang minta maaf apahal!Kelakar...."

             "Kalau kita orang tak nak kau nak buat apa?"tanya Mandy.

              Airis melentokkan kepalanya ke kanan. Mencekak pinggang sebelah tangan sementara sebelah lagi tangan memegang telefon di depan muka sendiri. "Cara baik atau cara kasar? Kau nak aku buat macam mana?"aju Airis sambil tersenyum manis.

Perlahan-lahan mata Mandy bergerak dari muka tersenyum Airis lalu ke skrin. Sesaat selepas dia pandang apa yang terpapar di skrin itu, mata Mandy terbutang luas, dia memandang terkejut ke arah Airis semula.

What the f-!

              "Apa maksud kau hah?"

              "Yalah..aku beri pilihan dekat kau..mana satu?Kalau kau minta maaf, aku akan pertimbangkan hal ni...tapi kalau kau berkeras untuk tidak minta maaf dan tak padam semua video yang kau upload di internet. Aku akan pastikan kau takkan berani tunjuk muka dekat kolej ni lagi..."pesan Airis bersahaja.

             "A-."kata-kata Mandy mati.

             "Minta maaf..."potong Airis serta merta dengan reaksi wajah serius. Senyuman manisnya berganti dengan dengan renungan dingin dan serius.

Kening Mandy dan dua lagi gadis di situ berkerut kebingungan. Dari mana Airis boleh peroleh rakaman video mereka malam tadi?Sudahlah wajah mereka masing-masing jelas!

             "Masih tak nak?"soal Airis Kembali tunduk menyentuh itu dan ini di skrin telefon. Menunggu tiga orang gadis di depannya ini untuk bersetuju. Tetapi sayang, mereka bertiga ni degil ibarat kotoran di celah seramik bilik air kolej ini. "Fine. Kalau kau orang tak nak."sebut Airis.ibu jarinya menyentuh skrin telefon sebelum dia berdiri tegak memandang Mandy dan yang lain. "Suite yourself then.."ujarnya sambil menjungkit bahu tidak peduli apa jawapan mereka.

Because the bomb have been dropped!

Waktu itu bunyi notifikasi dari telefon mereka bertiga kedengaran serentak. Begitu juga telefon milik pelajar yang ada disekitar koridor. Mereka semua tunduk memeriksa telefon masing-masing dalam masa yang sama.

Perlahan-lahan mata mereka terbutang luas apabila melihat video yang dihantar kepada mereka. Video dimana Mandy, Quincy, Rania sedang merakam adegan Rudy di dalam bilik. Dalang kejadian video lucah yang menular di satu kolej. Menunjukkan siapa yang bertanggungjawab dalam kes tersebut.

Mandy mengangkat kepala dari melihat skrin telefonnya. Betapa tidak percaya mereka dibuatnya taktala melihat Airis yang memandang kosong ke mereka. Sedikit pun tiada garis emosi di tatapan mata tu.

             "Kau-" panggil Mandy dengan mulut ternganga tidak percaya.

Manakala Airis hanya menjungkit bahu. Dia berpaling dari situ. Meninggalkan Quincy dan Rania yang merengek di tepi Mandy.

               "Mandy..macam mana ni?"

               "Wei...muka kita..."

Mandy tidak menghiraukan rakan-rakannya. Pandangannya terarah pada Airis yang sedang berjalan pergi meninggalkan mereka. Kepalan penumbuk digengam erat sampai putih buku ruas jari jemarinya 

             "Perempuan tak guna! Aku akan balas balik! Tunggu aje la kau nanti!"teriak Mandy dibelakang.

Mereka semua memandang ke arah Airis yang hanya bersahaja dan bermuka selamba jalan melintasi mereka. Terutamanya kumpulan pelajar lelaki yang berdiri di tepi lokar. Mereka melihat gadis itu yang membelok ke kanan sebelum berdiri di depan lif.

Airis memandang pintu lif. Melepaskan hela nafas panjang apabila dia merasakan yang dia pasti lepas ni dia akan mempunyai hari yang panjang di kolej mulai hari ini.

Semahunya dia tidak mahu libatkan diri dalam masalah orang. Tapi dia tak boleh lihat orang lain dianiaya begitu sahaja. Sebab dia dah saksikan cukup akan kesengsaraan orang lain selama ni!

Next chapter