webnovel

Buang

17.

Puan Adriana pulang ke rumah pada lewat malam. Selepas dia selesai meeting dan makan makan bersama rakan sekerjanya barulah dia pulang ke rumah.

Dengan berat kakinya diatur naik ke tingkat atas. Berada sahaja dia di tingkat dua, Puan Adriana perasan akan cahaya lampu dari bilik Airis menerangi sebahagian laluan di koridor tersebut.

Sambil dia berjalan, Puan Adriana menyelak lengan bajunya sedikit untuk melihat jam tangan. Kenapa masih bercahaya bilik Airis ni? Tak tidur lagi ke? Jam menunjukkan waktu sudah pun masuk 12 setengah malam.

Oleh kerana ingin tahu berhati-hati dia mendekati bilik tersebut. Puan Adriana menjengah kepala sedikit untuk mengintai lihat dari bingkai pintu yang terbuka luas itu. Di atas katil,  Puan Adriana melihat kembar sedang baring meniarap berbantalkan lengan masing-masing,  sementara Airis sudah terlentang dengan buku di dada, laptop terbuka di tepi tangan yang terkulai, rambut bersepah di muka, kaki pula terjuntai keluar dari katil gara-gara kembar dua orang itu baring di bahagian bawah tilam betul-betul di bawah kaki.

Lagat tiga orang itu mencuit perasaan Puan Adriana. Lekas-lekas  Pua. Adriana mengeluarkan telefon bimbitnya untuk mengambil beberapa gambar. Setelah itu dia mematikan lampu bilik dan menutup pintu tersebut sewaktu keluar.

Dia tidak cuba untuk membangunkan Jennie dan Lissa memandangkan anak kembarnya sudahpun selesa terlena di situ.

Sedang Puan Adriana jalan hendak naik ke tingkat tiga, dia bertembung dengan Aron di depan tangga.

Mereka saling bertentang mata buat seketika. Dan Puan Adriana mengetap garis nipis di bibir. Sepertinya budak bertuah ni baru balik dari parti.

               "Baru balik?"soal Adriana.

               "Mm..."balas Aron sambil menggaru kepala.

                "Berapa kali mama pesan jangan selalu keluar malam...kamu tu nak exam kan..dah masuk tahun terakhir...jadi jangan buat main-main..."bebel  Puan Adriana sewaktu mendaki tangga untuk ke tingkat atas satu lagi.

Kepala Aron berpaling, memandang belakang Puan Adriana ketika mama tirinya berada empat anak tangga di atasnya.

               "Kenapa mama bawa dia ke sini?"tanya Aron secara tiba-tiba.

Adriana menoleh. Dia menilik wajah Aron. Kening wanita berkerut kehairanan.

                "Lepas 12 tahun mama tinggalkan dia kenapa baru sekarang mama terima dia? Tak nampak sangat ke mama mainkan perasaan dia?"

                  "Apa kamu katakan ni?"soal Adriana bernada tidak suka.

Aron menjungkit bahu.

                    "I don't know..Mama beritahulah Aron""

Adriana melepaskan keluhan letih. Bukan sekarang hendak bahaskan masalah kisah silamnya.

                  "Dah malam..kita bincang lain kali..."dalih Puan Adriana.

                  "Tak....Aron nak tahu sekarang. Kenapa sekarang?"tegas Aron sambil menyilang tangan ke dada.

Adriana memejam mata seketika sebelum melepaskan dengusan berserah. Lantas dia membuka mata dan bersuara tanpa menoleh.

                  "Mama obviously boleh reject idea ni sebab...apapun masalah Airis...ianya bukan urusan kita..."

                   "Sebab mama bersalah pada dAiris, Aron...Mama buang dia kerana mama pentingkan diri mama.....dan ayah Airis minta tolong mama sebab mama juga mama Airis..Mama tahu semuanya dah terlambat....tapi at least mama nak cuba tebus semula kesilapan mama tu...puas hati sekarang?"

Kening Aron mencerun.

                 "Mama buang dia?Mama kata papa dia yang rebutkan hak penjagaan tu..."

Puan Adriana memicit batang hidung dengan mata terpejam.

gosh!

This is getting on her nerve now!

                   "Mama letih..."ujar Puan Adriana sebelum mendaki naik ke tingkat atas. "We talk later..." Meninggalkan Aron di situ.

Rupa-rupanya dalam senyap ada yang memasang telinga sepanjang perbualan itu di jalankan.

Waktu itu Airis pada mulanya bangun hendak keluar minum. Tetapi langkahnya mati setelah dia tanpa sengaja terdengar perbualan itu.

Selepas mendengar segalanya, Airis bersandar lemah di pintu saat mendengar semua perbualan tersebut.

Tebus semula apa?

Nak tebus semula momen dia membesar tapi seorang ibu di sisi hanya beralasaman ibu dia mahu mengejar kerjaya dan keinginan? Tapi end up...bina keluarga dan mempunyai anak jugak.

Jadi apa bezanya dulu dan sekarang!?

Airis memejamkan mata sambil mengetap gigi dengan erat.

Next chapter