webnovel
avatar
Hello Miss Devil Book

novel - Teen

Hello Miss Devil

TintaHitamTanpaAra

Completed · 149.1K Views

  • 89 Chs

    Content
  • ratings
  • N/A

    SUPPORT

Synopsis

Sambil bermain dengan hujung kain hoodie, Airis kini sedang duduk di dalam pejabat dekan. Tempat itu umpama rumah kedua dia selepas balai polis untuk bulan ini. Jangan tanya kenapa. Kerana itulah gaya hidupnya. Jadi dia sama sekali tidak hairan dengan suasana dan bau di dalam ruangan tersebut. Bau harum kayu manis dan kopi yang menerawang di dalam bilik tersebut. Sedikit sebanyak sudah familiar untuknya. "Baik terima kasih kerana maklumkan...maaf sekali lagi."ucap Dekan Grey sewaktu bercakap melalui gagang telefon pejabat. Wajah berkedut lelaki itu kelihatan tegang dan keletihan sewaktu bercakap melalui telefon membuatkan lelaki itu kelihatan lebih tua dari biasa. Bersama keluhan berat gagang telefon tersebut diletak.Grey memejam mata buat seketika untuk cuba mengekalkan postur tenangnya dari melenting. Perkara yang mana sudah muak untuk dia lakukan dalam minggu ini. Lama-lama boleh naik tekanan darahnya. Silap hari bulan pencen awal pulak nanti! "Apa kena dengan kamu ni Airis huh?Dalam sehari...hanya sehari sahaja tak boleh ke kalau kamu tak timbulkan masalah..."soal Grey dengan kesal. Ibu jari dan jari telunjuknya mengurut-ngurut pelipis sewaktu sikunya ditopang atas meja. Airis buat muka. Dekat kepala dia dah terbayang macam-macam apa lagi yang dia nak hancurkan dalam pejabat ni."Apa lagi salah saya?"tanya Airis semula dengan nada bosan. Dah muak dengan semua ni, sampai tak kuasa nak overeact. Airis Ariana a.k.a Miss Devil Jangan harapkannya dari cerita ini. Ini Bukan kisah tipikal gadis yang hidup sebagai anak orang berada dan mempunyai ibu bapa berpengaruh. Ini adalah kisah si gadis sadis. Seperti satu sumpahan ibarat saka yang tidak mahu menjauh. Satu persatu masalah timbul dimana ada Airis. Tetapi adakah masalah itu timbul kerana Airis atau masalah itu timbul untuk Airis selesaikannya??

Tags

1 tags

Popular searches