4 Suami Terbaik!

PART 2

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Selesai menyiapkan sarapan ringkasnya, Aza menghidangkan siap pinggan dan gelas berisi jus oren di atas meja. Bersama-sama dengan hidangan yang Mia sediakan di situ. Terlupa untuk ambil yogurt dari peti sejuk, dia patah balik ke situ. Sekali apabila dia berpaling hendak ke meja semula, dia dapati kerusi sepatutnya dia duduk, sudah di huni oleh suaminya.

         "Selamat pagi tuan.."ucap Mia dengan tertib semasa berdiri di sebelah meja memandang Caelan.

Lelaki yang sudah siap segak mengenakan suit itu memberi anggukan kecil. Seperti kali pertama Aza menemui lelaki itu, seperti itu la muka dan sikapnya. Dingin yang misteri lagikan pelik. Ada masanya Caelan berkelakuan hanya dia saja dalam rumah itu. Ada masanya lelaki itu berkelakuan seperti semua orang dalam dunia ni cari masalah dengan dia. Ada masanya lelaki tu berkelakuan normal. Mia yang sudah lama bekerja untuk Caelan faham la, Aza tu hah yang tidak mengenali langsung bagaimana suaminya, banyak makan hati gara-garanya!

          "Kamu boleh pergi."Lantas dia dengan bersahaja capai garfu dan pisau di situ mahu menjamah sarapan milik Aza.

          "Baik tuan."Mia terus bergerak pergi dari situ.

Seinci sebelum hujung garfu itu menyentuh makanannya, tangan Aza muncul. Memegang pergelangan tangan Caelan dalam sekelip mata.

          "Eh-eh!Apa yang awak cuba buat ni?"halang Aza yang muncul di samping lelaki tu.

          Caelan palingkan kepala. Dia pandang Aza lalu ke pinggan makanannya. "Makan."

Aza membuat muka.

Duhh!Tahu la makan!Tapi salah pinggan ni!

         "Ni saya punya...tu..awak punya"juih Aza ke makanan yang terhidang enak di depan mereka. "Awak tahu tak saya dah letak effort untuk hidangan ni.."

          "Saya tahu."Caelan alihkan tangan Aza dari pergelangannya dan tanpa berlengah dia terus makan makanan itu.

Jatuh rahang Aza melihatnya. Begitu tergamamnya dia. Memangnya dia cakap dengan tembok apa sampai tak faham bahasa!Boleh pulak Caelan makan macam tu je. Eeeeeee!Geramnya dia!

           "Apa masalah awak ni!Kan saya cakap itu saya punya!Yang awak makan jugak kenapa!" marahnya di situ.

Dasar suami terbaik betul!

            Sambil mengunyah makanan dalam mulutnya. Caelan pandang memandang Aza. "Ini makanan saya dan itu makanan awak. Clear?"kata dia semasa tunding makanan di pinggannya ke pinggan makanan yang terhidang di situ.

           "Apa pulak...jelas-jelas saya beritahu tadi itu sarapan yang saya buat...kenapa awak claim itu sarapan awak? Memangnya awak mintak saya kahwin dengan awak hanya untuk buat saya sakit hati je ke!"marah Aza dengan berang. Sumpah bengang betul dia dengan sikap selamba badak Caelan. Dia tidak faham kenapa lelaki ni boleh bersikap tenang begini setiap kali buat perangai sewelnya!

          Tidak terasa atau marah, Caelan malah dengan tenang beritahu. "Betul la...sarapan yang awak buat tu saya punya...sarapan yang Mia buat tu awak punya. Kalau saya pandai masak. Maka masakan saya itu makanan awak.."

          "Apa yang awak merepekkan ni?Sejak bila ada peraturan macam tu?"

           "Tugas awak kan untuk sediakan makan minum saya??"

           "Habis tu apa gunanya maid dalam rumah ni?"

          "Bukan untuk saya obviously.."

Aza membuat muka 'What the f*ck!'

ARGHH!!!!!

Apahal susah sangat nak bercakap dengan suami dia ni!?

Nak nangis pun ada!

Azariella pandang muka Caelan dengan perasaan tak percaya. Hairan betul dia. Macam mana la dia boleh bersetuju untuk kahwin dengan lelaki ni?Yang ajaibnya semua orang boleh pulak kata yang mereka berdua ni tidak ubah seperti pinang di belah dua!

Konon je la!

Bagai minyak dengan air lagi ada la!

         "Fine...makan la situ. Makan kenyang-kenyang."rajuk Aza yang meletakkan bekas yogurt di meja sebelum bergerak hendak berpaling dari situ.

Mata Caelan mengerling ke tepi melihat isterinya mahu pergi dari situ, tanpa susah payah bergerak banyak, tangan dia mencapai lengan itu sebelum direntap mengejut hingga buatkan punggung itu mendarat di atas ribanya.

          Terduduk saja dia di situ, Aza mengedip-ngedipkan mata dengan laju kerana terpempan. Tangannya hinggap di bahu itu. Dan matanya terarah pada sepasang renungan yang dalam ke dia. "A-apa yang awak buat ni?"

Tangan kiri Caelan bergerak melingkar sekeliling pinggang Aza perlahan-lahan sebelum dia beri sedikit tekanan pada cengkamannya. Membuatkan Aza menahan nafas terkejut dengan kuat.

          "Sayang...saya tahu awak tidak berkenan pada perkahwinan kita ni, but trust me...I want this marriage. So please give your fully cooperation to me, can you?"bisiknya di depan muka itu.

Terkedu tidak terkata Aza dibuat bait bisikan lembut suaminya. Dia diam terpaku memandang mata itu. Hebat!Sangat hebat!Hampir saja dia jatuh pada perangkap lelaki ni!

           "Beritahu saya...kenapa awak kahwini saya?Memangnya tak ada orang lain apa yang awak nak jadikan isteri?Ramai kan?"balasnya dengan kening mencerlung.

           Caelan tersenyum, dia sandar ke belakang supaya dapat menatap penuh wajah bersih Aza. Senyuman meleret terukir di hujung bibirnya. "Awak betul-betul tak tahu ya?"dia menduga Aza.

           Aza mengedipkan mata beberapa kali kerana bingung. "Tentang apa?"dia lupa tentang apa?Ada yang dia tak ingat ke?

            Tidak menjawab soalan itu, Caelan gerak mencapai garfu di pinggan lalu menyucuk potongan roti bakar yang diletakkan telur dadar ke atasnya lalu di sua ke depan mulut Aza. "Makan dulu.."

             Mata Aza naik turun memandang garfu di depan mulutnya ke muka Caelan. Tak faham betul la dia. "Tak nak..awak makan la situ."tolaknya.

           "Makan."arah Caelan dengan tegas.

Aza pandang makanan depan mulutnya itu dengan geram. Sakit hati dia apabila menjadi bahan usikan suaminya, tapi dia tetap kena bersabar. Control jiwa. Mulutnya di buka lalu Caelan menyuap makanan itu ke dalam mulutnya dengan berhati-hati.

💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋

Okay...now I get it.

Tinta dah tahu macam mana nak bentuk plot cerita ni.

Teruskan membaca ya.

Trust me!

I'll will not disappoint you guys!

Hahaha!

avataravatar
Next chapter