3 Suami 3 Bulan

PART 1

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Usai bersiap di dalam bilik air, dia mengemaskan tempat tidur. Caelan masih lagi nyenyak di sofa. Melihatkan lelaki yang telah menjadi suami dia selama 3 bulan itu mengingatkan dia bagaimana hidup dia boleh berakhir dengan lelaki ini.

Siapa sangka, date pertama yang dia hadiri telah membuatkan suaminya ini nekad untuk melamar dia selang sehari kemudian. Terkejut mak nak! Siapa tak terkejut! Sudah la tiba-tiba. Dengan mengejut lagi tu. Tak pernah di buat orang, lelaki psiko ni dengan selamba badak muka tembok tebal 8 inci melutut depan dia di depan semua orang dalam agensi tu.

         "Will you marry me Miss Azariella?"

Terkedip-kedip mata masa tu, kelu lidah jangan cakap la. Memang terpinga teruk tak tahu nak kata apa. Yalah, datang tidak beritahu, sudah la yang di bawa bukan seorang dua tapi satu rombongan ke agensi dia semata untuk melamar dirinya. Mereka bawa jambangan bunga, candy, belon, dan segala benda seakan menjadi hantaran pada hari tu juga.

Disebabkan satu pejabat dan semua orang saksikan kejadian tu siap ada siaran langsung, nak tak nak dia terpaksa setuju gara-gara nak jaga air muka Caelan. Mana la dia sanggup nak malukan lelaki ni dihadapan puluhan orang yang menyaksikan lamaran mereka ketika itu.

Nah...sejak tu dia tersekat dengan lelaki ni.

           "Haih...kenapa la kau handsome sangat?Tapi perangai pelik...entah macam mana la aku boleh stuck dengan kau ni.."geleng Aza dalam hatinya melihat wajah lena suaminya. Entah balik jam berapa dia tidak tahu, lelaki ni kalau sudah sibuk bolehnya dalam seminggu kelibat langsung tidak kelihatan.

Aza menguak perlahan daun pintu dan terus menuju ke dapur. Perutnya yang tidak terisi sejak lewat malam tadi baru disedari terasa pedihnya. Ini semua salah Caelan. Lelaki tu cari pasal yang mana buatkan dia merajuk dan malas hendak berbuat apa-apa termasuk la masak. Jadi malam tadi dia terus masuk tidur.

Ada ke patut buat keputusan dengan memberikan notis peletakan jawatan dia sebagai staff di agensi cari jodoh tempat dia bekerja tanpa pengetahuan dia. Lepas tu buat muka selamba dengan berkata.

         "Saya boleh sara awak, jadi duduk di rumah jadi seorang isteri mithali yang baik pada suaminya."

Mithali kepala botak dia!

Sekalipun Caelan banyak duit yang menggunung tak luak 7 generasi sekalipun, dia pun nak ada life sendiri. Rutin sendiri. Bukan terperuk dalam rumah yang besar gergasi tak dapat buat apa-apa selain termenung dan sediakan makan minum suaminya saja.

Stress!

Sebaik sahaja melangkah ke pintu dapur, Aza dapat menangkap kelibat maid yang sedang sibuk memasak. Dia meneruskan misinya mencari makanan.

          "Puan Aza...selamat pagi. Maaf saya tak perasan."tegur maid.

           "Selamat pagi Mia, tak apa. Awak sediakan sarapan apa hari ni?"soal Aza sewaktu membuat peti sejuk melihat isi dalamnya. Mana la tahu ada yang dia boleh cekau buat isi perutnya yang sakit minta di isi.

          "Hari ni saya sediakan waffle dan roti sandwich. Puan ada menu yang ingin saya sediakan?"

            Aza mencapai dua biji telur, paket turkey ham dan tomato dari situ. "Tak mengapa. Awak sediakan sahaja sarapan untuk Caelan. Nanti kan tuan besar awak bangun, bising mencari sarapannya pula kalau tak tersedia."beritahu dia. Sedikit jengkel menyebut nama tu.

           "Tapi tuan minta saya sediakan sarapan ini untuk puan"

Terhenti seketika Aza semasa dia meletakkan semua bahan masakannya ke atas kaunter. Dia pandang Mia kehairanan seperti maid itu ditumbuhi tanduk di kepala. "Dia apa?"

              "Semalam semasa beliau pulang, tuan sempat bertanya sama ada puan sudah makan atau belum, jadi saya beritahu puan tidak jamah apa-apa satu hari semalam. Jadi dia pesan untuk sediakan sarapan untuk puan hari ni."beritahu Mia yang kelihatan bingung.

               Dah buat dah! Perangai tu! Berlagak macam ambil berat, lepas tu sakitkan hati dia balik! Tak faham betul. "Tak apa...awak bagi saja sarapan tu pada suami saya, saya masak sarapan saya sendiri.." Poyo! Acah ambil berat konon!

💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋

So untuk cerita kali ni, Tinta tak sure plot story dia mcm mana. Tapi mostly mengenai pasangan suami isteri la.

Disebabkan first time buat cerita lepas kahwin, ianya sedikit mencabar and sedikit kekok cara penyampaian Tinta.

Harap maklum la. Saya ni penulis amatur.

Tinta nak publish dekat novelplus sangat2 sebab dh lama tk ke situ. Tp tak boleh nak publish. Huhuhu...

Ada chapter lain..hari ni. Stay tuned.

avataravatar
Next chapter