2 Prolog

Perkembangan dunia semakin lama semakin maju dan moden,

Kalau dulu jodoh mak ayah di tetapkan oleh datuk nenek punya kenalan,

Sekarang hah, hujung jari je dah dapat jodoh.

Ramai pengaplikasi telah mencipta cabang untuk jodohkan seseorang,

Itu la ini la...

Berlambak-lambak.

Cuma itu la kena pandai pilih.

Jangan ingat profile gempak,. muka handsome dan cantik main tangkap muat je asal sedap di pandang mata.

Tapi untuk situasi dia sekarang, dia bukan la sebahagian dari pengguna mana-mana aplikasi ni. Dia hanya la salah seorang daripada pekerja dari agensi cari jodoh dan date upahan. Asalnya dia cuma di arahkan untuk jadi teman date untuk seorang klien ni, siap profile reading dan meeting lagi tu sebab katanya klien mereka ini adalah high profile.

Selepas briefing, rupanya klien dia itu bercitarasa tinggi, mentah-mentah la dia tolak sebab ada je calon yang lebih cantik dan high maintainence dari dia. Yang sesuai untuk klien dia ni. Tapi bos dia cakap, calon lain pun tak nak sebab dah kenal sangat dengan klien ni. Katanya itu la ini la. Disebabkan klien tu dah berikan harga tinggi nak tak nak dia terpaksa la bersetuju.

Dipendekkan cerita, selepas buat aturan hari, tempat dan persiapan untuk date segala bagai tu, akhirnya dia ditemukan klien yang dikatakan manusia paling cerewet dan perfectionist itu. Semasa tunggu tu dia tak pasang expectation yang tinggi macam suka ke jatuh hati ke apa. Apa dia tahu date mereka ini hanya untuk satu hari ni je. Kalau klien dia tak berkenan ya sudah. Yang penting dia dah buat apa yang patut.

Serius beritahu klien dia memang boleh tahan orangnya!

Segak mengenakan sut Armani biru gelap, bertali leher satin bintik kuning berwarna biru sendondon dengan warna sut tersebut. Rambut hitam berkilat itu di sisir tepi kanan, mempunyai sepasang kening berbulut lebat yang garang, dua pasang mata beranak mata biru sapphire, hidung mancung, wajah bersih tanpa cela. bibir penuh yang kissable.

Kalau boleh terliur, lama dah meleleh keluar macam air paip.

Tapi itu la....

          "Hi nama saya Azareilla Leilani. Panggil Aza. 25 tahun."ajunya kepada klien di hadapannya ketika itu.

           Dengan renungan dingin, lelaki itu mengangkat matanya dari skrin telefon. Sejak tadi dia sibuk dengan telefonnya. "Rasanya awak dah tahu siapa saya?Saya diberitahu agensi dating awak akan briefing penuh mengenai klien yang awak bakal temui."ujar lelaki itu dengan nada dingin tidak peduli.

Hak alah! Berlagak betul!

Ya!Memang ada!Tapi ini kan sudah dinamakan sebagai basic date. Iaitu berkenalan! Macam la mereka berdua ni sudah lama berkenalan!Berkenalan pun tak boleh.

          "Ya...saya diberitahu nama tuan ialah Caelan Ambrose. Selamat berkenalan."dia jugak yang jawab soalannya. No wonder la kenapa ramai yang tak nak hadap kau! Aza tersenyum tapi dalam diam mengutuk lelaki di hadapannya itu.

Mata itu kembali tekun melihat skrin telefon. Sepertinya dia tidak mahu berada di situ. Caelan sama sekali enggan menghiraukan wanita jelita yang mengenakan dress hitam cekak leher lengan panjang offshoulder di hadapannya ketika itu.

Memandangkan dia sudah di upah dan diberi arahan untuk hadap klien di hadapannya tidak kira apa sekalipun keadaanya, Aza tabahkan dirinya. Hati jangan cakap la dah tawar, mood dia sudah ke bulan.

          "So...sambil kita tunggu makanan sampai, biar saya kongsikan agenda date kita pada hari ni.."ajunya yang sudah menghafal dari awal hingga akhir program untuk date mereka pada hari ini!

Baru la Caelan mengangkat kepalanya. Sambil dia pandang ke Azariella dia letakkan telefonnya ke dalam poket kot. Tanpa berkata apa-apa dia tatap wajah itu. Walaupun dia tidak bersuara, auranya cukup untuk beritahu, yang dia tiada mood untuk berada di situ langsung!

Untuk seketika Azariella taken aback dengan renungan tersebut, tapi dia kekalkan postur tenang dia supaya tidak kelihatan gemuruh. Dah kenapa serius sangat!Cuba la senyum sikit.

         "Awak suka tengok pameran galeri kan...saya dah aturkan lawatan ke sebuah pameran di sebuah kompleks kebudayaan jam 11 pagi nanti, kemudian kita boleh keluar untuk lihat pemandangan dari pencakar langit sekaligus makan tengah hari di situ, kemudian pemandangan malam di kapal cruise untuk malam pula."sebutnya dengan satu persatu dan teliti.

Selesai bercakap. Azariella pandang Caelan dengan ternanti-nanti. Mahu melihat respon atau sebarang reaksi dari lelaki tu. Namun lelaki itu hanya diam menatap diri dia seperti ada yang tidak kena padanya. Please jangan cakap tak suka!Tiga hari tiga malam dia berkerah otak fikir semua dan aturkan date mereka ni!

            "Kenapa?Tak suka?"tanya Aza yang masih cuba kekalkan postur mesranya. "Awak tahu... kalau awak nak cancel kan date ini masih belum terlewat. Saya boleh buat panggilan saja."katanya yang dapat merasakan lelaki di hadapannya ini akan naik angin.

Caelan mengangguk kepala setelah itu.

             "Elok juga idea tu."

             Jatuh terus senyuman dari bibir Aza.. "Hah?"nganga dia tidak menyangka itu pulak reaksi Caelan.

             "Sebenarnya bukan saya yang mahukan aturan date ni tapi mama saya dia yang minta awak aturkan semua tu bukan?Well...saya tidak mahukan semua ni. Dan seperti yang awak katakan, batalkannya. Jadi awak boleh buat panggilan tu untuk cancel semua ni."katanya saat betulkan susunan garfu dan gelas kaca yang senget di meja itu.

Aza kerling ke jari tu dengan muka dumbfounded.

Krik!

Krik!

Dalam kepala dah berbunyi cengkerik bila Aza perhatikan tingkah aneh lelaki di hadapannya itu. Memang la dia tahu lelaki ni seorang yang perfectionist, tapi tak tahu pula sampai begitu sekali tahap perfectionist lelaki tu. Siap nak di susun walaupun senget sikit!

Ada masalah ke?

Mata Azariella terkebil-kebil.

          "Oh...okay. Saya buat panggilan tu."seperti harimau diberikan daging peha, Aza yang diberi peluang untuk elakkan diri dari meneruskan date lekas-lekas keluarkan telefon dari beg tangannya. Tak payah suruh pun dia akan cancel kan dating ni.

Fuhh!

Selamat!Boleh la dia balik awal hari ni sambung cerita Penthouse Season 3 dia!

          "Tapi dengan syarat semua wang dan duit yang diberikan perlu di pulangkan semula."tambah Caelan.

Eh!Tak jadi dia nak buat panggilan lepas dengar.

Apa?

Nak suruh cancel tapi duit kena refund!?

Gila apa!Mana boleh. Buang tebiat betul anak orang kaya depannya ni! Dah puas hidup agaknya. Memangnya dulu belajar dekat mana sampai otak tu biul sangat. Harap je muka handsome tapi perangai...malaun betul!

           Duit semua dah keluar untuk atur semuanya! Biul betul! "Mana boleh macam tu...semua duit tu dah digunakan untuk beli tiket dan buat semua aturan untuk date hari ni.."getus Azariella tanpa teragak-agak hendak bersuara. Sumpah!Dia macam nak mencarut dan sumpah seranah lelaki di hadapannya ketika itu.

Caelan mengerling ke wajah tergamam Azariella dengan renungan tidak pedulinya.

          "Beritahu saya...awak orang ke berapa yang menjadi pilihan untuk disuruh oleh agensi awak menjadi pasangan date saya malam ni?"soalnya dengan nada sinis. Masakan tidak, ini bukan kali pertama dia hadiri blind date yang ibu dia aturkan. Ramainya gadis-gadis bertalam dua muka. Depan cakap molek, belakang mengutuk maki orang!

          Untuk seketika Aza yang dengar soalan itu buat muka terkejut tak percaya dia. "Pilihan pertama..?Kenapa?"keningnya berkerut sedikit. Memang betul dia pilihan pertama dan juga terakhir. Dalam agensi dia tiada siapa mahu keluar date dengan lelaki ni! Tengok la sendiri perangai tu!

Berlagak macam mintak penampar laju-laju dekat muka tu!

          "Oh really?Walaupun awak tahu siapa saya yang sebenarnya. Still terima tawaran untuk dating secara upahan dengan saya..?"Caelan tanya sambil menjungkit kening sebelah kanan. "Ke sebab awak dah di bayar mahal untuk jadi teman saya satu hari ni?"

          Boleh tak dia mencarut?Huh?Boleh tak! Kurang ajar gila perangai! "Fine...saya cancel kan date kita dan refund semua tu pada awak. Kalau tak kisah saya mintak diri dulu."

Begitu berharapnya dia lepas ni adalah kali terakhir dia bertemu dengan lelaki ni!

          "Hei..tunggu dulu." panggil Caelan tidak semena.

Aza palingkan kepala semula. Memandang muka itu dengan kening berkerut.

           "Takkan lah kena psiko sikit terus sentap? Mengalah macam tu je? Awak sure awak dah baca profile saya tu dengan teliti? As a worker you should be more attentive to take note about your client. What you should do and what you should not do." seloroh lelaki itu.

Apahal wei dengan lelaki depannya! Psiko?Sentap? Ishhh! Memang tidak la.

          "Lah tadi kata tak nak date....dah kenapa pulak cakap saya sentap?Ya saya cancel kan...kalau cakap tu biar semengah boleh tak...tak hairan la kenapa semua orang kata awak ni cerewet dan  pelik...tengok la sendiri diri tu macam mana. Dah la. Saya nak balik. Makan la sendiri situ. Duit mama awak jugak."ujar Aza dengan panjang jela di situ.

Tanpa berlengah Aza bangun dan beredar dari situ.

💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋

avataravatar
Next chapter