5 Pesan Encik Perfectionist.

PART 3

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Selama tiga bulan dia tinggal di kediaman mewah tiga tingkat pansion milik suaminya, dia telah belajar beberapa perkara.

Pertama perlu on time. Maksud on time tu untuk semua aspek la. Dari waktu makan, waktu bangun tidur, mandi pun ada masanya, waktu berhibur dan beriadah pun ada hadnya! Itu pula termasuk tidur petang atau bersenam. Semuanya ada sukatannya.

Kedua tidak boleh berpakaian selekeh. Tak kira la tengah berkebun ke, nak tidur ke, hujung minggu ke. Senang cerita kena sentiasa segak sepanjang masa la kiranya.

Ketiga setiap perkara, setiap[ pekerjaan, dan benda yang dibuat perlu la sempurna dan lengkap. Macam masak kena kemas semula, lepas mandi kena bersihkan bilik mandi, kalau tidur katil tu kena kemas, cuci pinggan sinki kena kering, dan banyak lagi.

Keempat jangan langgar mana-mana peraturan. Kalau ini, peraturan tu adalah Caelan sendiri. Setiap kata yang terpacul keluar dari mulut itu perlu di patuhi. Kalau dilanggar, dia tidak tahu lagi apa akibatnya, kata Mia kalau arahan Caelan di ingkari lelaki tu akan naik hantu. Mungkin la!

Pendek ceritanya kehidupan dia di situ tidak ubah seperti kadet tentera la!

Rasa disekolahkan semula pun ada. Naik migraine dia dibuatnya.

Tapi itu la.....

Bukannya saja-saja dibuat, tapi semua ini kerana Caelan. Lelaki itu ada masalah dimana Caelan tidak boleh berada di tempat yang bersepah, kotor atau tidak teratur kerana ianya akan buatkan lelaki itu diserang panic attack. Kalau lewat sikit pasti Caelan akan naik angin.

Pernah sekali tu, satu kejadian berlaku.

Iaitu pada dua minggu pertama Azariella di kediaman itu, dia tersilap letak barang dalam bilik tidur mereka. Niatnya cuma nak alihkan sebab dia nak letak barang dia juga di dalam ruangan tu, lepas tu entah macam mana sebaik saja Caelan pulang dari tempat kerja, lelaki tu boleh tahu ada yang tidak kena pada ruangan tu. Kelam kabut Caelan tanya mana itu dan ini.

Terkejutnya jangan cakap la. Memang dah tak boleh bawa bincang langsung!

Meroyan wei! For the first time, Aza saksikan Caelan naik angin. Marah betul suami dia masa tu. Ingat lagi apa yang lelaki tu cakap.

          "Kenapa usik barang saya tanpa kebenaran!Ada saya suruh ke! Dah benda tu ada dekat situ biarkan dekat situ!Siapa suruh awak.pandai-pandai buat keputusan sendiri! Kalau hilang macam mana!Cari sampai dapat!Susun semula seperti sedia kala!Saya tak nak tengok objek lain dalam bilik ni selain benda yang dah ditetapkan dekat situ!"

Habis masuk hospital malam tu jugak sebab panic attack!

Lepas tu Aza serik, dia rujuk semua pada Mia. Apa-apa hal yang dia kena tahu semua dia tanya maid itu. Takut dia kalau perkara sama berlaku.

Sejak itu jugala ianya membuatkan Aza semakin tertanya-tanya siapakah suaminya yang sebenarnya?Kenapa lelaki ini misteri sekali?Kenapa segalanya mengenai suaminya itu ada yang tidak kena?Apa yang sebenarnya telah terjadi hingga menyebabkan perangai Caelan begitu aneh sekali.

Soalan demi persoalan timbul selepas tiga bulan dia sebumbung dengan suaminya.

        "Awak balik lewat lagi malam ni?"Azariella serahkan briefcase kepada Caelan sambil tu.

         "Tak pasti. Kenapa?Awak nak saya balik awal ke?"

          Tak ada la. Balik lambat pun elok jugak. Boleh la dia jalan-jalan keluar ambil angin. Duduk dirumah saja tidak berbuat apa-apa buatkan dia buntu! "Kalau begitu selamat bekerja. Ada apa-apa hubungi saya."beritahu Azariella sambil membetulkan neck tie Caelan.

Caelan pandang Azariella tanpa berkata apa-apa. Dia diam di situ sehingga la isterinya selesai merapikan ikatan tali lehernya.

          "Okay. Done. Have a good day."tepuk Aza pada kolar kot suit Caelan. Dia pandang Caelan setelah itu. Mahu senyum, tak senyum salah.

          "Sebelum saya lupa, hari ni awak ada makan tengah hari dengan mama. Dia minta saya pesan kepada awak untuk hadirkan diri ke kediamannya nanti. Tepat jam 12 tengah hari."pesan Caelan sewaktu lelaki itu tunduk menyelak lengan kot. Melihat jam di pergelangan tangan.

          "Baik."balas Aza tanpa berkata lebih.

           "Awak tidak dibenarkan untuk merayau ke tempat lain melainkan awak bersama dengan saya. Bila saya kata rumah mama, maka hanya ke situ sahaja awak perlu berada. Tidak dibenarkan melencong ke tempat lain."pesan Caelan lagi.

Mula dah!

            Aza buat muka menyampah mendengar kata-kata itu. "Baik."sambutnya dengan perasaan menggerutu jengkel. Macam tahu-tahu je dia nak merayau. Potong steam betul!

Caelan mengesan perubahan air muka Aza tetapi tidak berkata lebih kerana dia tidak peduli akan semua itu. Apa dia tahu Aza lakukan sama seperti aturannya.

          "Sila berpakaian dengan tertib dan sopan. Jangan berkata apa-apa mengenai hubungan kita. Kalau mama atau papa tanya apa-apa awak hanya perlu jawab yes or no, atau senyum sahaja. Selebihnya mohon disimpan."

Kening Aza berkerut.

             Isy!Ingat dia ni apa?Budak-budak ke nak di pesan itu dan ini. Tahu la dia nak buat apa. Letih betul la. "Boleh tak awak berhenti meleteri saya macam tu....rimas tahu tak." sungutnya dengan terang di hadapan Caelan.

            "It's for your own good honey."Seperti biasa lelaki itu sikit pun tidak peduli. Dia malah tarik Aza ke dalam pelukan. Dia peluk sekejap tubuh itu lalu mengucup tengah dahi itu sebagai pamitan. "Ingat pesan saya."beritahu dia lagi setelah itu. "Be a good wife."

Aza hanya membuat muka.

Good la sangat!

Buat dia jengkel adalah!

Tidak terkutik dengan layanan Caelan. Dah agak dah!Kalau buat baik dengan dia ni mesti ada yang akan sakitkan hati dia lepas tu. Apa la dia nak buat dengan Caelan ni supaya berhenti menjadi seorang yang perfectionist. Penat la!

           "Ya."balasnya acuh tak acuh.

Caelan tepuk perlahan pipi itu saat menjarakkan diri.

             "Saya gerak dulu. Nanti ada driver yang akan jemput awak untuk ke rumah mama."beritahu dia pada masa Caelan gerak melangkah mendekati pintu kereta diperhatikan oleh Aza di atas anak tangga depan pintu masuk rumah itu.

             "Hmm."sambut Aza tiada mood.

Belakang badan suaminya itu diperhatikan dengan perasaan bercampur baur. Memandangkan dia telah mengahwini Caelan, baik buruk suaminya itu perlu dia terima seadanya. Tapi itu tidak bermakna dia akan buat tak tahu mengenainya.

Dia perlu cari tahu siapa Caelan sebenarnya dan apa caranya untuk dia tundukkan suaminya untuk berhenti dari menjadi seorang yang pelik seperti ini.

Sudah la kaku, aneh lagi tu, kalau bercakap tidak ubah seperti robot. Senyum pun tidak. Jarang lagi dengan ketawa.

Peliknya Encik Perfectionist ni boleh pulak romantic orangnya. Sweet dia tu...pergh!Tebu pun kalah!

PIN!

Hon kereta menyentak lamunannya.

Aza pandang ke arah kereta. Lalu nampak Caelan bercermin mata hitam melambai tangan kepadanya. Mahu tak mahu dia balas dengan lambaian kecil dan senyuman nipis di bibir.

💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋

avataravatar
Next chapter