1 PROLOG

"Rinaa...Rinaa.., marilah cepat! lambatlah kau niii! program dah nak start dah ni!! cepat sikitt!!", kedengaran suara seseorang memekik dari kejauhan. Ternyata suara itu milik rakan baik Rina, Amani.

"Yeee.., sabar kejap, aku nak amik buku ni", jawab Rina.

"Minah ni tak tahu malu ke apa..boleh pulak dia main jerit-jerit nama aku, nak biar semua orang tahu agaknya.", bentak Rina di dalam hati. Dek kerana terlalu kalut, Rina terus melulu berlari ke arah kawan baiknya itu. Namun, tidak semena-mena bahunya terlanggar seseorang sehingga dia terjelepuk jatuh di atas jalan.

"Aduhh, sakitnyaa..", dengus Rina. "Cik, cik okay ke?", suara lelaki menyapanya.

**********************************************

"Sayanggg..., dah lama tunggu? ", sapaan itu membuatkan lamunan Rina terhenti seketika. Suara itu adalah suara yang sama milik lelaki yang pernah dia langgar tanpa sengaja 7 tahun yang dulu. Siapa sangka, takdir tuhan itu indah. Lelaki yang pernah dia langgar suatu ketika dulu itu kini sah bergelar suami kepada dirinya sendiri.

"Tak delah, sayang baru je sampai.", jawab Rina.

" Rina termenungkan apa tadi tu? ", tanya Am, suaminya penuh manja.

" Rina teringat waktu kali pertama Rina bertemu dengan Am, Siapa sangka, kini sudah 4 tahun Rina bergelar isteri kepada Am. Cepat sungguh masa berlalu, kan Am. ", lembut suara Rina menjawab pertanyaan suaminya itu.

" Rina, kalau Rina nak tahu, itu adalah kali pertama Am benar-benar jatuh hati pada seseorang. "

" Am bersyukur, dan sangat-sangat bersyukur kerana tuhan telah menemukan Am dengan Rina walaupun masatu Rina tengah jatuh macam nangka busuk kat tengah tengah jalan. " sakat Am. Tergelak Rina apabila Am menyakatnya begitu.

avataravatar