1 Episode 1 (Part 1) : Genius Hacker

Di rumah Alice:

Kringggggg ... Jam menunjukkan bahawa sudah jam 7:30 pagi, Alice masih belum bangun dari tidur. Selepas 5 minit, telefonnya berdering dan dia tiba-tiba bangun dan mengambil telefon. "Hello, siapa ini?" kata Alice yang masih separuh tertidur, "heyyyyyy, bangun! Kau sudah terlambat untuk pergi ke tempat kerja ni ... Jadi, laju sikit bersiap!" kata Emma, ​​rakan kerja nya. Dia menutup telefon dan melihat jam yang sudah pukul 7:45 pagi. "Oh my god, aku dah lambat ni, nanti mesti kena marah dengan CEO nanti.... Aduhhh aku ni pun satu dah kenapa pulak tidur lambat semalam" keluh Alice dalam hati.

Setelah bersiap, Alice terus keluar rumah untuk mencari teksi supaya lebih cepat untuk sampai ke tempat kerja. "Pakcik, saya nak pergi ke Life Group Company... Tolong bawak laju sikit yer, pakcik" kata Alice kepada pemandu itu. 20 minit kemudian, Alice telah sampai ke tempat kerjanya dan berlari sekuat hati ke tempat dia bekerjanya. "Haihhhh penat nya," katanya sambil tecungap-cungap kepenatan. Emma, rakan kerjanya pergi ke tempat Alice, "hai, penat ker?" tanya Emma. "Hey kau ni, mestilah penat... Aku gunakan tenaga aku tau" kata Alice. "haaaaa tu lah, lain kali jangan tidur lambat lagi. Kan dah penat." kata Emma. "CEO dah sampai ker?" tanya Alice dengan takut. "haaaa memang kau bertuah hari ni. CEO masih tak sampai lagi tempat kerja" kata Emma. "wuhhh nasib baik sempat" kata Alice dengan nada yang lega. Emma pun menggelengkan kepala dengan tingkah laku kawannya yang seorang ni.

"Weyhhh kau ada dengar berita tak?" tanya Emma secara tiba-tiba. "berita? Berita apa pulak" tanya Alice. "tadi, aku ada tengok news kat phone aku tadi. Dia cakap yang kerajaan punya data dan komputer kena godam dengan hacker" Kata Emma. "apa? Kena godam dengan hacker? Kerajaan punya data? Kau biar betul" kata Alice dengan terkejut. "betul lah tu, aku tengok pagi tadi waktu nak pergi kerja" Kata Emma. Alice seakan tidak percaya dengan itu, dan dia mengambil phone nya untuk tengok betul atau tidak berita itu. "Emma, betul lah apa yang Kau cakap" kata Alice. "haaa kan aku dah cakap, kau tak percaya" kata Emma.

"tapi kan, kenapa hacker nak godam kerajaan punya data dan komputer? Tak ke rasa pelik?" tanya Alice dengan rasa keliru. "entahlah, kau ingat aku tahu ker... Tapi kan aku rasa ada orang bayar hacker tu untuk buat macam tu... Ye lah Hacker kan suka ambil duit orang... Jadi mestilah hacker tu setuju nak buat" terang Emma dengan panjang lebar. "oooo.... Macam tu rupanya" kata Alice. Selepas mereka berbual panjang, CEO mereka pun sampai ke pejabat. "baiklah, semua sila berkumpul sekarang" Kata CEO itu dengan nada yang serius. "harini kamu semua boleh balik awal dari biasa kerana saya ada banyak meeting selepas ini jadi, boleh balik sekarang" kata CEO. "CEO, betul ke kitaorang boleh balik sekarang ni?" tanya salah seorang pekerja. "ye lah, Habistu kamu semua nak duduk office sampai esok ke? Tak kan? " semua menggeleng. "terima kasih CEO" kata semua pekerja. "Sama-sama" kata CEO lalu pergi.

"Wahhh excitednya aku dapat balik!" kata Emma dengan gembira. "Ye, aku tahu kau excited tapi jangan lah lebih2 malu orang pandang" kata Alice sambil menggelengkan kepalanya. "Alice, lepas ni kau nak buat apa?" tanya Emma. "hmmm, aku nak terus balik lah rumah.. Nak tidur" kata Alice. "kalau macam tu, okey lah... Lagipun aku ada date dengan boyfriend aku... Jumpa esok tau, bye!" kata Emma lalu pergi dari situ. "okay bye... Bergembiralah dengan boyfriend kau tu" kata Alice dengan kuat.

Selepas sampai ke rumah, Alice mengambil phone nya dan menerima banyak miss call dari seseorang. Dia pun menelefon balik orang yang call dia itu. "hello" kata Alice. "good job, kau dah laku kan kerja yang baik. Aku tak sangka kau memang handal dalam bab ni" kata lelaki misteri itu. Muka Alice terus berubah dan berkata, "mestilah aku handal, kalau tak, aku takkan jadi hacker kan?" kata Alice dengan nada serius. "jadi, mana duit aku yang Kau janjikan tu?" tanya Alice. "aku dah transfer kan dalam akaun kau... Jangan risau" kata lelaki misteri. "kalau macam tu, deal kita dah habis dah kan? Tanya Alice." ye, dan ingat dalam masa seminggu jer tau... Lepastu ubah balik seperti biasa" kata lelaki misteri itu. "baiklah kalau macam tu aku hang up dulu, bye" kata Alice dan terus memberhentikan perbualan mereka.

"Tapi pelik lah, kenapa dia suruh aku godam kerajaan punya data? Apa yang dia nak sebenarnya?" kata Alice di dalam hati sambil menikmati coffee nya. "Aku mesti siasat siapa lelaki tu sebenarnya" Kata Alice dengan nada serius.

Bersambung.... (PART 2)

avataravatar