webnovel

Girls Of Leaders

Mengisahkan 8 pelajar perempuan dari sekolah Hyper High School iaitu Fiza, Dee, Nad, Fiee, Sya, Yuni, Eqah dan Reen. Mereka sangat di kenali sebagai 'Devil's Roses' oleh disebabkan kenakalan dan sikap dingin mereka yang membuatkan pelajar lain merasa gerun terhadap mereka. 8 pengawas lelaki yang merupakan pelajar baru sekolah Hyper High School iaitu Mirul, Rie, Raif, Ziq, Ash, Aril, Ewan dan Rayn. Mereka di kenali sebagai 'Dark's Knight' dan mereka ditugaskan untuk mengawasi 'Devil's Roses' atas perintah pengetua sekolah. Takde siapa tahu yang 'Devil's Roses' adalah sepupu dan cucu kepada pengetua Hyper High School, Tengku Amiruddin. Devil's Roses sendiri yang meminta atuknya untuk merahsiakan identiti sebenar mereka dari pengetahuan orang ramai. "Beb..aku dengar ada pelajar baru masuk kat kelas kita ni" - Eqah "Aku dah tau dah..atuk bagi tau semalam" - Fiza "Habis tu apa kita nak buat dekat pelajar baru tu?" - Fiee "Macam biasa lh" - Fiza&Dee Ahli Devil's Roses yang lain hanya tersenyum sinis. "Hoii!! Apa korang dah buat ni ahh?!" - Mirul "Korang ingat ni sekolah atuk korang ke?!" - Ewan "korang ni mema....." - Ash P/S: kalau nak tahu lebih lanjut cerita ni dipersilakan baca..okey?

_DarksChoo · Teen
Not enough ratings
31 Chs

Bab 2

Fiee menuruni anak tangga dengan wajah yang cemberut sebelum melangkah ke arah ahli D'R yang lain. Punggung dilabuhkan sebelah Sya yang asyik tengok drama dalam tv tu.

"Fiee asal kau jerit2 tadi?..pagi2 lagi dah menjerit" Dee memulakan bicara selepas Fiee duduk.

"Mna aku tak menjerit, tu hah..tnya Fiza apa dia dah buat kat aku tadi" Jawab Fiee dengan geram dan memandang Fiza sebelum memberi jelingan maut.

"Kau jangan salahkan aku ehh..aku dah kejut kau bnyak kali dah tapi kau tak nak bangun so aku simbah je kau dengan air, senang kerja aku" kata Fiza membela diri dan menjelir lidah.

"Tapi kau bo...."

"Dah2..tak payah nak gaduh lagi. Tulah semalam siapa suruh tengok drama korea tu sampai 3 pagi" celah Reen pulak, tak tahan dia tengok perangai sepupu dia yang tak cukup umur tu. Asyik nak gaduh.

"Hehehe.." Fiee menggosok belakang leher dia sambil tersengih tau dia salah juga dalam hal ni.

"Hah! Kau tak payah nak sengih2 ehh..menyampah aku tengok kau yng macam kerang busuk ni" ujar Reen pada Fiee menyebabkan dia mencebik bibir.

"Dah2..tak payah nak gaduh2 lgi jom kita sarapan dulu lepas tu pergi beli belah sama2" cadang Eqah sebelum melangkah ke meja makan.

"Betul tu..kan tiap minggu kita keluar pergi beli barang dapur sama2" sokong Sya lalu mengikut langkah Eqah dari belakang di ikuti dengan yang lain.

"Lepas beli belah...kita shopping!!" Jerit Yuni dengan riangnya.

Pakkk!!

"Aduh! Sakit lh kepala aku bongok!" Yuni memandang tajam ke arah orang yang letuk kepala dia tu.

"Siapa suruh jerit waktu nak makan ni?" Balas Dee dengan slumber.

"Dah! Jangan nak gaduh depan makanan ni..Eqah baca doa makan" Arah Sya memandangkan dia yang paling tua antara mereka berlapan.

Selesai je sarapan pagi dan mengemas meja makan, D'R terus naik ke bilik masing2 untuk menukar pakaian yang sesuai sebelum keluar membeli belah.

Mereka turun bersama2 sambil mengenakan jeans berwarna biru dan mereka mencadangkan untuk memakai hoodie mengikut warna kegemaran mereka.

Fiza&Dee mengenakan hoodie warna biru. Nad&Reen pulak warna purple. Sya&Yuni memilih warna pink. Dan last sekali Eqah&Fiee memilih untuk mengenakan hoodie warna merah.

"Wow, korang semua nampak cantik sangat dengan hoodie ni..walaupun nampak simple tapi tetap cantik!" Puji Dee.

"Dah orangnya pun cantik..pakai apa je tetap nampak cantik" kata Fiee dengan bangga.

"But wait! Aku baru perasan yang kita ni pakai macam berpasangan pulak. Aku dengan Dee sama warna" kata Fiza.

"Haah lh..aku pun baru perasan jugak" celah Nad dan dibalas anggukkan dari yang lain.

"Dah lh guys..jom kita gerak tapi kita nak pegi dengan apa ni? Naik sorang2 ke?" Soal Reen dengan keliru.

"Kita ikut pasangan warna jelah tak payah bawa semua kerita cukup 4 buah je" cadang Sya yang hanya berdiam diri sejak tadi.

Setelah berpikir nak gerak dengan apa, mereka pun menerima cadangan Sya untuk naik ikut pasangan warna. Lalu 4 buah kereta mewah keluar dari perkarangan rumah banglo itu.

Di rumah seseorang

Seorang lelaki berdiri di beranda biliknya dan memandang langit dengan perasaan bosan.

"Huh..nak buat apa ni hari minggu ni?" Keluh lelaki itu

Dia masuk ke dalam bilik dan melangkah ke katil. Dia membaringkan badan dan melentangkan diri menghadap siling biliknya. Perlahan2 mata lelaki itu makin tertutup.

Tok! Tok! Tok!

"Along, boleh adik masuk tak?" Lelaki itu tidak jadi melelapkan matanya memandangkan ada orang mengetuk pintu biliknya.

"Masuk lh..pintu tak kunci pun" arah lelaki itu sebelum bangun dari baring dan duduk tepi katil.

Pintu dikuak dari luar dan muncul wajah adik perempuan kesayangannya.

"Hah! Ada apa adik masuk bilik along ni?" Soal lelaki itu kepada adiknya.

"Takde pape..mama cuma suruh adik panggil along turun makan je" kata adiknya.

"Ohh..iyeke? Adik turun dulu..kejap lagi along ikut turun" arah lelaki itu.

"Okey.." gadis muda itu melangkah ke arah pintu sebelum memulas tombol pintu tapi dia kembali menghadap abangnya dan berkata sesuatu.

"Ehh..along tak pegi mana2 ke hari ni?" Soal adiknya pulak.

"Entah lh dik..along tak tau nak buat apa hari ni" keluh lelaki tu lagi.

"Apa kata along pegi keluar dengan kawan2 along tu..tak lah bosan sangat" cadang adiknya.

"Hmmm.." lelaki itu memikir cadangan adiknya itu.

"Betul juga tu..bagus cadangan adik tu" putus lelaki itu setelah lama berpikir.

"Okey lh..adik keluar dulu jangan lupa turun bawah" kata adiknya sebelum memboloskan diri di sebalik pintu.

Lelaki itu mencapai iphone 6s nya lalu membuka aplikasi whatsapp dan mencari group dia dan sahabat2nya.

Dark's Knight💣

Me

Guys korang free tak?

Rie

Aku free je. Knapa?

Raif

Aku pun free jugak.

Ziq

Free je.

Ash

Aku pun. Knapa?

Aril

Sama je macam dorang semua.

Ewan

Haah..dah knapa kau ni?

Ryan

Yup..aku pun free jugak

Me

Bagus lh kalau korang semua

free..aku nak ajak korang pegi

mall. Aku bosan duduk rumah je.

Raif

Okey aku on je

Aril

On

Ewan

Aku okey je

Rie

On..Bila?

Ryan

Okey je

Ziq

Okey note

Ash

Noted.

Me

Cun..jumpa kat mall jam 2 ptg.

Tempat biasa ehh.

Selesai berbalas mesej dengan kawan2nya dia pun turun dari katil dan bersedia hendak turun ke bawah. Turun je bawah dia ternampak semua ahli keluarganya menanti dia di meja makan.

"Maa..petang nanti along nak keluar dengan kawan2" kata lelaki itu selepas duduk di meja makan.

"Baik lh..jangan lewat balik je tau" mamanya, Tengku Amirah memberi peringatan.

"Baik maam!" Lelaki tu menebik sebelum ketawanya meletus.

"Ada2 je kamu ni..dah cepat makan tu" arah mamanya lagi.

TBC...