8 8

Pagi itu, Zizi malas bangun ke bilik air tetapi dia tetap gagahkan juga. Hari ini dia harus berjumpa dengan Reza walau apa pun yang terjadi. Hanya Reza yang banyak mengetahui tentang Dina sejak beberapa hari ini. Tuala dicapai dan kaki melangkah masuk ke dalam bilik air.

Selepas beberapa minit berada di dalam bilik air, dia keluar dan menyarungkan pakaian ke tubuh. Rambut tidak basah seperti selalu. Beg sling dicapai dan dia bergegas turun ke bawah. Telefon pintar dipegang.

"Hello Reza? Jumpa kat taman biasa sekarang," kata Zizi ketika panggilan dijawab.

"Maaf, Reza masih tidur," jawab suara asing di dalam talian. Zizi tergamam seketika. Stoking jatuh ke lantai.

"Tolong bagitahu Reza ye," balas Zizi lalu menutup panggilan. Telefon pintar dimasukkan ke dalam beg sling. Kasut disarungkan ke kaki. Dia segera beredar pergi.

**

Tepat 11 pagi, di taman tidak ramai manusia pada hari ini. Zizi menunggu kedatangan Reza dengan tenang. Mata aku melihat sebuah kereta Honda hitam berhenti dalam kotak kuning. Seorang lelaki keluar daripada kereta dengan memakai sunglasses. Di sebalik sunglasses dia seperti merenung Zizi dan memikirkan sesuatu sebelum bergerak ke arahnya.

Dia tiba betul-betul di hadapan Zizi sambil menghembuskan nafas. Dia dapat menangkap lelaki memakai kemeja ungu gelap sebenarnya...

"Hmm Zi..zi?" soalnya. Zizi memandang dia.

"Ya aku Zizi."

"Sorry Reza demam hari ni so dia mintak aku jumpa kau,"

Zizi memandangnya lagi sambil berfikir sesuatu. Selalunya Reza akan mnghantar mesej jika ada apa-apa yang berlaku. Zizi mula berasa sedikit kehairanan.

"So apa problem kau?" tanya Bazli.

"Takpelah nanti Reza sihat aku jumpa dia," balas Zizi.

"Just story..."

"Takpe..."

"Lay it out dear..."

Zizi memandangnya lagi. Bazli sungguh pelik dan caranya amat berbeza dengan Reza. Perasaannya dapat merasakan Bazli mempunyai sesuatu. Sesuatu di sebalik dirinya yang tenang. Zizi terus berdiri dan beredar. Tidak mahu memandang lelaki pelik itu lagi. Tangannya seperti ditarik seseorang dengan kuat.

"Aku kata cerita, cerita jelah!" amuk Bazli. Zizi sangat terkejut melihatnya begitu. Sunglasses dipakai telah dicabut.

"Apa masalah kau ni?!" balas Zizi.

"Ops sorry, aku mood tak ok," katanya lalu beredar pergi. Zizi lihat Bazli duduk di salah satu bangku. Wajah lelaki itu tenang tetapi tangannya sedang mengepal penumbuk. Bazli sedang menahan marah. Zizi dengan ragu-ragu mendekatinya.

"Kau ok?" soal Zizi. Bazli memandangnya dengan matanya yang sedikit berair.

"Aku ok aku ok ok ok aku ok..." balasnya berkali-kali.

"Sorry aku tak boleh ceritakan hal ni dekat kau sebab aku lebih selesa dengan Reza," terang Zizi pada Bazli. Dia melabuhkan punggung di sebelah lelaki itu. Bazli menjarakkan sedikit kedudukannya.

"Takpe aku faham. Please tinggalkan aku sendiri," pintanya. Zizi memandang seekor anak kucing berbulu putih sedang meraih simpati di hujung kasut lelaki ini. Zizi bangun dan beredar.

Tidak sampai beberapa langkah, dia terdengar sesuatu dibaling ke dalam tasik. Airnya terpercik kuat. Zizi menoleh dan memandang Bazli berdiri memandang tasik. Anak kucing tadi hilang.

BAMMMMMMMMMMMM!!!!!!!!

Bunyi sesuatu yang kuat daripada arah jalan besar. Ramai manusia di sekitar taman ini bergegas ke arah jalan raya untuk melihat apa yang berlaku. Begitu juga dengan Zizi.

Apa yang lihat adalah sebuah kereta Myvi dan Almera berlanggar. Pemandu kereta Nissan seorang lelaki india keluar dalam keadaan selamat. Zizi mula mendekati kereta Myvi itu. Orang ramai yang berada di hadapan ditolak olehnya untuk melihat mangsa. Zizi melihat lelaki di dalamnya tidak sedarkan diri.

"Reza!!!" jerit Zizi tanpa mengendahkan pandangan orang ramai disekeliling.

Zizi melihat dua orang lelaki sedang mengeluarkan Reza daripada kereta itu. Dahinya berdarah begitu juga dengan hidungnya. Reza tidak sedarkan diri. Dia pengsan.

Lelaki india tadi membebel dalam bahasanya saat melihat bahagian hadapan keretanya hancur. Tidak sehancur Myvi. Ramai yang menuduh lelaki india itu yang bersalah. Mungkin disebabkan Reza cedera dia tidak disalahkan.

Zizi teringatkan sesuatu. Dia menoleh dan memandang lelaki di tasik tadi. Dia hilang bersama keretanya. Dia merasakan Bazli sudah balik dan tidak mengetahui apa-apa tentang kemalangan yang melibatkan Reza ini. Zizi lupa untuk meminta nombor telefonnya tadi.

Pantas Zizi mendekati Reza dan meraba-raba kedua belah poket untuk mencari telefon tetapi gagal. Mungkin Reza bergegas keluar dan lupa untuk membawa telefonnya tadi.

avataravatar
Next chapter