7 7

Zizi berjalan perlahan-lahan menuju ke arah rumah. Kakinya sedikit sakit akibat terjatuh tadi. Dalam fikirannya masih lagi tertanya-tanya tentang lelaki bernama Bazli tadi. Dia seorang yang pelik.

Pagar rumah terbuka sedikit, dia terus masuk ke dalam dan mengunci pagar tersebut. Sebuah kereta Toyota Vios putih terparkir kemas di hadapan rumah. Dia terpandang selipar milik Dina yang masih elok. Dia teringatkan Dina yang hilang entah ke mana. Sudah dua hari dia mencarinya tanpa henti. Laporan polis sudah dibuat tetapi faham-faham sajalah polis.

"Haa Zizi, pergi mana tadi?" soal papa yang muncul di muka pintu. Zizi terus bersalam tangan orang tuanya itu.

"Zizi cari Dina tapi tak jumpa lagi," kata aku pada papa. Zizi dan papanya masuk ke dalam dan duduk di atas sofa. Papanya memandang lantai sambil berkerut.

"Papa harap Dina selamat," balas papa yang jelas terpancar kerisauan.

"Papa jangan risau, Zizi akan cuba cari Dina semampu mungkin," kata Zizi sebelum naik ke tingkat atas untuk berehat di dalam bilik. Di bilik, Zizi meraba-raba suis lampu.

Telefon berbunyi, Zizi memerhatikan nama yang tertera pada skrin. "Maaf Reza aku penat," katanya sebaik saja dia mencampakkan telefon di atas katil. Dia duduk di hadapan meja solek sambil merenung wajahnya sendiri.

"Serabai!" Katanya sendiri. Sikat yang ada dicapai lalu menyisir rambut yang sedikit kusut walaupun pendek. Kadang aku terfikir, adakah semua ini disebabkan salah dirinya? Sejak Dina tinggal bersama, dia memerhati gerak gerinya yang agak sosial. Zizi sedar Dina menjadi terlalu sosial disebabkan dirinya sendiri yang tidak mampu untuk membimbingnya. Kini, Zizi perlu mencari Dina sehingga jumpa. Zizi berharap Dina masih bernafas walau di mana saja.

"Ah!" Zizi sedikit tersentak. Rambutnya yang terlalu kusut menyebabkan dia sukar untuk menyikat. Jalan yang mudah, dia capai gunting dan menggunting bahagian yang kusut teruk tadi. Rambut yang selamat digunting telah dibuang ke dalam bakul sampah.

Tuala berwarna merah dicapai. Segala pakaian yang ada pada tubuhnya ditanggalkan sebelum masuk ke dalam bilik air untuk mandi. Kaki melangkah masuk ke dalam bilik air. Air mulai jatuh ke lantai menghasilkan bunyi biasa. Basah.

**

Pagi pula menjelma. Zizi bangun dalam mamai menuju ke arah bilik air sambil mencapai tuala berwarna merah di kerusi. Pintu bilik air ditutup. Mandi.

Masa diambil hanya 10 minit untuk mandi. Dia keluar dan mencapai T-shirt dan jeans di dalam almari. Selesai memakai semuanya, dia menyisir rambut dan memakai sedikit minyak wangi. Beg sandang dicapai lalu terus keluar turun ke tingkat bawah.

"Breakfast?" sapa papa seperti memanggil Zizi untuk bersarapan bersamanya. Zizi terpaksa cabut semula kasut untuk makan bersamanya di meja. Zizi terus mendekati papanya yang sedang khusyuk membaca surat khabar. Mungkin untuk mengetahui apa-apa maklumat mengenai Dina tetapi Zizi tahu tidak akan ada.

"Lepas ni Zizi nak pergi cari Dina lagi and mungkin Zizi balik lambat sikit," katanya pada papa. Papa memandangnya kemudian mengangguk faham. Papanya terus menghirup air kopi yang masih panas. Zizi juga menghirup air kopi. Kadang kala Zizi berasa papanya tidak pernah menghiraukan keadaan Dina.

Cepat-cepat Zizi mendekati pintu dan menyarung semula kasut tadi. Dia bergegas keluar daripada rumah. Walaupun masih pagi, dia harus memanfaatkan setiap masa untuk mencari Dina hari ini. Dia berlari anak-anak ke arah bustop untuk menunggu mana-mana bas atau teksi.

PINNNN!!!

Sebuah Myvi berhenti di hadapannya. Pemandu menurunkan tingkap dan dia tersenyum melihat Zizi. Zizi juga membalas senyuman dia.

"Wei nak pergi mana tu?" soal Reza di dalam kereta.

"Cari Dina." balasnya.

"Naiklah," ajak Reza dan Zizi terus masuk ke dalam kereta tersebut. Kereta bergerak ke jalan besar. Zizi memandang Reza yang berseri-seri.

"Kau buat apa kat sini?" soal Zizi pelik.

"Err err uber uber..." balas Reza. Zizi menerima jawapannya yang agak munasabah.

"Selalu ke bawak sampai area ni?" soalnya lagi sambil memandang wajah Reza.

"Tak selalu tapi adelah dalam dua tiga kali tu," balas Reza dan Zizi memahami. Mereka mendiamkan diri. Reza fokus pada pemanduannya manakala Zizi pula hanya scroll twitter. Rakyat Malaysia sangat cepat menyebarkan info dalam media sosial.

Tiba di sebuah restoran mamak, Reza mengajak Zizi keluar untuk menemaninya sarapan. Dia tidak sempat bersarapan di rumah kerana perlu bergegas membawa penumpang tadi. Zizi turun dan menemani Reza.

"Roti canai dua, teh Tarik dua," kata Reza pada mamak itu. Zizi sedikit berkerut mendengar pesanan Reza tadi.

"Aku tak makan pun oklah," katanya pada lelaki di hadapannya itu. Reza hanya tersengih.

"Dah order kena makan tau!" kata Reza dengan nada bergurau. Reza tersenyum dan begitu juga dengan Zizi yang turut tersenyum. Reza memang pandai mengambil hati mana-mana perempuan. Bagi Zizi.

"Lepas ni kita cari Dina sama-sama," kata Reza. Zizi sedikit tergamam mendengarnya.

"Kau buatlah uber, aku taknak ganggu kau," kata Zizi.

"Ish aku oklah. Malam karang aku buatlah uber lagi," balas Reza. Zizi hanya mampu tersenyum kelat.

Pesanan sampai di meja. Reza menghulurkan roti canai dan teh Tarik pada Zizi. Riak wajahnya seakan-akan menyuruh Zizi untuk makan kesemua itu. Zizi terus mencarik sedikit roti canai tersebut dan menyuapnya ke dalam mulut. Begitu juga dengan Reza.

**

Zizi pantas keluar daripada kereta dan menutup pintu kereta. Selepas itu, dia menghadiahkan senyuman terakhir pada Reza untuk hari ini. Kereta Myvi itu berlalu pergi ditelan gelap malam.

Masih sama, Zizi tidak menjumpai Dina lagi. Sudah penat untuk minggu ini mencari Dina yang menghilangkan diri. Mungkinkah Dina lari daripada rumah seperti yang diperkatakan oleh Reza kelmarin? Dia sekadar menggelengkan kepala berkali-kali.

"Eh?"

Matanya melihat kelibat manusia di sebalik pokok dan semak. Dengan pantas dia mendekati pokok tersebut untuk melihat dengan lebih jelas. Apa yang dapat dilihatnya adalah seorang lelaki menekup mulut seorang perempuan belasan tahun.

"Erghhh! Ahhh emm!!!" Perempuan itu cuba melepaskan dirinya daripada lelaki itu. Tidak sampai beberapa minit, perempuan itu tidak lagi bergerak. Mata Zizi tidak berkelip, tubuh menjadi kaku dan berasa sangat takut.

Mungkinkah lelaki itu mahu menculik perempuan itu? Zizi terus menyorok di balik pokok untuk melindung diri. Lelaki bertubuh tinggi itu segera mengangkat perempuan tadi. Peluh laju mengalir di wajah. Zizi berasa sangat takut jika lelaki itu menjumpainya.

Zizi hanya mampu berdoa pada Tuhan agar perempuan tadi tidak diapa-apakan. Dia juga berharap lelaki tadi tidak menghidu kehadirannya. Dia menjenguk sedikit untuk melihat lelaki tadi dan ternyata lelaki tadi sudah menghilangkan diri bersama perempuan malang itu.

"Re reza!" kata dia sendiri sambil mengeluarkan telefon pintar daripada beg sling. Zizi mendail nombor Reza berkali-kali tetapi tetap gagal. Dia berputus asa dan terus berlari ke arah kawasan perumahan. Peluh dingin mulai jatuh lagi mengalir di dahi hingga ke leher. Larian tetap diteruskan sehingga dia ternampak kelibat orang-orang tua yang baru pulang daripada surau.

Malam itu Zizi terjaga dalam keadaan keletihan dan takut. Rasa bersalah mula menyelubungi diri kerana tidak dapat menyelamatkan nyawa budak perempuan semalam. Adakah Dina juga mengalami nasib yang sama seperti semalam? Zizi tidak mahu membiarkan perkara semalam menghantui kepalanya.

avataravatar
Next chapter