6 6

10 TAHUN LALU.

Perlahan-lahan aku longgarkan dawai pada lehernya. Daus jatuh tersembam menyembah bumi. Aku tersenyum melihat manusia kedua yang aku bunuh. Mata Daus terbeliak. Aku sepak kepalanya berkali-kali sehingga rasa puas hadir.

Hari semakin gelap, aku menarik Daus ke tepi tasik. Selepas itu, aku menendang mayat Daus sehingga jatuh ke dalam tasik. Ok aku hampir tergelincir. Kini, Reza akan memilih aku sebagai kawan baiknya.

"Dik buat apa kat sini?" soal seseorang yang jauh lebih tua daripada aku. Dia memakai songkok. Aku dapat merasakan dia mahu ke surau berdekatan.

"Lepak bang," balas aku. Suasana senja menyelubungi bumi.

"Balik rumah. Tak elok lepak waktu senja," arahnya. Aku sekadar tersenyum lalu meninggalkan kawasan tasik itu. Perlahan-lahan kaki aku menuju ke rumah yang kosong dahulunya neraka. Masih neraka.

"Wei Baz!" jerit Reza sambil berlari anak-anak ke arahku. Aku senyum. Dia semakin mendekati aku.

"Ha ye?" soal aku. Reza termengah-mengah.

"Lepak sama jom?" ajaknya. Aku berkerut seribu memandangnya. Reza ketawa.

"Tak faham..." kata aku.

"Aku malas nak pergi surau. Aku lepak rumah kau jelah," kata Reza. Aku berpeluh dingin tiba-tiba mengenangkan rumah.

"Lepak tempat lain. Rumah aku tak boleh," balas aku. Reza sekadar ketawa lalu mengikuti aku dari belakang. Aku berjalan sambil merenung tanah tidak rata berwarna coklat.

Kami berjalan hingga bayang-bayang ditelan langit yang semakin menghitam. Tiba di bus stop, Reza mengeluarkan kotak yang berisi beberapa batang rokok. Kemudian, dia meraba-raba kedua belah poket seluar untuk mencari mancis. Puntung rokok dinyalakan dan asap berlumba-lumba keluar daripada mulutnya. Reza memandang aku yang sedang memerhati gelagatnya lalu dia menghulurkan kotak rokok tersebut. Aku menggelengkan kepala sebagai tanda tidak mahu. Reza terus menyimpan kotak rokok tersebut.

Tidak lama itu, sebuah bas berhenti di hadapan kami. Kami berdua naik dan memasukkan wang kertas bernilai seringgit pada sebuah kotak besi. Reza memilih tempat duduk paling belakang. Aku hanya mengikutinya saja.

Selepas kami berdua selesa duduk, Reza memandang aku. Aku hanya membuang pandangan di luar tingkap.

"Kau nak tahu tak Baz, dunia luar ni lagi syok tau," katanya.

"Maksud kau?"

"Maksud aku, kat bandar tu macam-macam ade. Kita boleh berseronok sampai pagi esok,"

"Oh yeke?"

"Come onlah Baz, kau ni memang membosankan!"

"Ha ha..."

"Ah pundek! Kau memang membosankan!" Balas Reza lalu membuang batang rokok yang sudah pendek. Dia memijak rokoktersebut dengan kasutnya. Reza mengeluarkan telefonnya dan membaca sesuatudengan khusyuk lalu mematikan telefon tersebut dengan wajah menyampah.

avataravatar
Next chapter