4 4

BAZLI

Sampai saja di rumah, aku terus duduk menghadap televisyen sambil membuka plastik yang membungkus makanan tadi. Aku bangun ke dapur untuk mengambil gelas, sudu dan garfu. Serta merta aku mencampakkan garfu tersebut ke dalam bakul sampah kerana garfu itu bengkok sedikit. Aku tidak boleh melihat barang-barang begitu. Aku mencapai lagi garfu lain yang lebih sempurna.

Kaki aku melangkah laju ke ruang tamu. Remote televisyen aku capai dan menekan butang On. Aku menjeling ke arah jam di dinding kemudian memandang semula televisyen. Tidak sangka drama-drama bodoh disiarkan pada waktu ini. Aku malas mengambil tahu dan terus membuka bungkusan makanan di atas meja. Perlahan-lahan aku makan sehingga habis licin.

TOK TOK TOK!

Bunyi ketukan di pintu mengganggu aku sedikit. Aku terus bangun mendekati pintu. Pasti Reza. Aku buka pintu dan ternyata bukan Reza tetapi...

"Reza suruh I masuk dulu tunggu dia dekat bawah," Soal seorang perempuan dalam lingkungan 20 tahun. Dia terus menolak lembut dada aku lalu masuk ke dalam rumah.

"Tak guna," jawab aku. Perempuan itu tersenyum memandang aku. Dia dengan selamba duduk di atas sofa sambil membelek jam tangannya.

"I tunggu sini jela," katanya. Aku rasa panas pula kali ini. Perempuan mana pula Reza bawa balik ini?

"Oh..." jawab aku pendek. Perempuan itu memandang aku yang masih berdiri di pintu.

"You ni housemate Reza ke? Dulu I pernah datang sini sekali masa tu you takde." katanya. Aku menjengketkan kening.

"Oh ya?" balas aku yang tidak berminat.

"I Mimi, nama you siapa ye?" tanyanya. Aku menjengketkan kening.

"Aku Bazli." balas aku lalu menutup pintu. Kunci.

Mimi terus menukar siaran televisyen. Dia dengan selamba menonton rancangan yang entah apa-apa. Aku lihat potongan badannya yang ramping bersama pakaian seksi dikenakannya. Badannya berisi tetapi sedap-sedap. Berkulit kuning langsat dan berambut blonde.

Ya, daripada pandangan aku perempuan ini pasti tidak suci lagi. Pasti sudah terlanjur beberapa kali dengan mana-mana lelaki. Gayanya sangat menampakkan dia seorang yang murah. Aku segera mengambil bungkusan makanan tadi dan bergerak ke dapur. Bungkusan makanan tadi aku buang ke dalam bakul sampah.

"Bazli? Kan?" sapa Mimi dari belakang aku. Rupa-rupanya dia mengekori aku. Aku memandangnya. Dia mendekati aku dan terpaksa mendongak sedikit.

"Ye aku," jawab aku pendek. Dia mengusap dagu aku tanpa kebenaran. Aku terpaksa akur.

"You ni boleh tahan..." bisik Mimi. Aku tersenyum sinis lalu membalas usapannya. Aku mengusap pipi gebunya itu. Mimi beredar ke ruang tamu. Aku menjengketkan kening.

Baju di tubuh aku tanggalkan. Aku gantungkan pada paku di dinding. Kini aku hanya berseluar jeans biru. Pisau di sinki aku capai dan menyelitnya pada poket belakang. Aku tahu aku seksi. Kaki aku perlahan-lahan melangkah ke ruang tamu.

"Hai Bazli..." Sengih Mimi padaku. Aku pelik dengan perempuan begini. Mereka cepat selesa dengan mana-mana lelaki yang baru dikenali. Aku merapati diri aku padanya. Mata Mimi memandang tepat pada tubuh aku yang tidak berbaju.

"You suka ke?" bisik aku padanya. Mata Mimi terus terbeliak memandang aku. Dia senyum tersipu-sipu sambil menyentuh dada aku.

"Emm ye..." balas Mimi. Tangan aku menyentuh paha gebunya lalu menjalar ke tengah.

"Sini..." ajak aku lalu mendukung Mimi dan membawanya ke tandas. Tiba di hadapan tandas, aku menolak tubuhnya masuk ke dalam sebelum aku juga masuk. Aku mengusap-usap leher perempuan itu lalu mencium dagunya. Mimi ternyata suka dengan belaian kasih ini. "Dasar perempuan murah!" bisik aku padanya. Mata Mimi terus terbeliak memandang aku.

"What? Hei jaga mulut you tu sikit!" marahnya pada aku. Aku menjengketkan kening. Dia merenung aku dengan mata bulatnya itu.

"Macam mana aku nak jaga kalau kenyataan," balas aku sambil sengih creepy. Dia masih lagi merenung aku. Rasa mahu korek saja biji mata perempuan ini.

"Jantan macam you ni tak guna. I nak tunggu Reza....arghhhhh!" belum sempat Mimi menghabiskan ayatnya. Aku dengan pantas menarik lengannya dalam masa yang sama aku mencapai pisau yang berada belakang poket jeans ini. Aku menikam belakang tubuhnya sedalam-dalam mungkin. Kini aku dan Mimi berpelukan erat. Mata Mimi terbeliak seluas-luasnya. Mulutnya terbuka sedikit. Darah-darah pada belakangnya laju mengalir bagaikan air sungai. Sengaja aku membawanya ke dalam tandas untuk memudahkan urusan aku ini.

"Goodnight," bisik aku pada Mimi. Aku menolak tubuh Mimi ke lantai untuk tugas seterusnya. Aku yakin perempuan ini sudah mati dengan masa yang singkat.

**

Selesai semuanya aku mengikat plastik-plastik hitam itu. Lantai tandas tiada lagi kesan darah. Aku terpaksa mengerat tubuhnya agar senang disumbatkan ke dalam plastik sampah. Aku mencapai tuala untuk mandi. Pili air aku buka lalu setitik demi setitik air jatuh mengenai kepala dan seterusnya.

"Bazli?" Panggil seseorang daripada luar. Aku kenal suara itu dan itu adalah Reza. "Ha ye?" Jawab aku.

"Kau tengah mandi ke?" soalnya. Soalan paling bodoh untuk umat manusia. Aku hanya berdehem. "Apesal banyak plastik sampah ni?" soalnya lagi. Mata aku terbeliak sedikit.

"Aku kemas rumah tadi. Lepas ni aku pergi buang kat bawah," balas aku dengan nada serius. Aku dengar tapak kaki Reza semakin menjauh. Aku menjengketkan kening lalu berdehem. "Ehm..."

Pintu bilik air dibuka, aku meluru keluar ke bilik tidur. Sampai di dalam bilik, aku terus mencapai t-shirt kosong dan seluar jeans berwarna hitam. Aku mengambil masa 5 minit untuk bersiap. Selepas itu, aku keluar dan bertembung dengan Reza. Dia memandang aku pelik.

"Nak pergi buang sampah smart-smart macam ni?" soalnya kehairanan.

"Lepas ni aku nak jumpa kawan kat Damansara," balas aku laju lalu meluru ke dapur untuk mengambil plastik-plastik hitam tadi. Aku tahu, Reza sedang mengekori gerak-geri aku.

"Nak aku tolong ke? Banyak dan macam berat jee..." katanya. Aku menoleh dan memandang wajah Reza lalu tersenyum sambil menggelengkan kepala. Reza seperti memahami apa yang aku maksudkan. Dia beredar ke bilik air.

Pantas aku mengambil plastik-plastik berisi Mimi di dalamnya. Sebelum aku keluar, aku mencapai sebotol Hugo Boss lalu menyemburkannya pada plastik-plastik tersebut. Ok sebenarnya ia agak membazir.

Pintu bilik air dibuka, Reza keluar. Dia melihat aku. Aku juga memandangnya dan mengangkat plastik-plastik hitam itu. Reza semakin laju mendekati aku.

"Wei, tadi ade awek nama Mimi tak datang sini?" soal Reza sambil menggaru-garu bahunya. Aku menggelengkan kepala dan dia faham. Reza terus menutup pintu rumah membiarkan aku bersama hal aku ini.

Sampai saja di kawasan parkir, aku segera mendekati kereta. But belakang aku buka untuk meletakkan plastik-plastik berisi barang murah tadi. Selepas itu, aku masuk ke dalam kereta dan bergerak ke mana saja untuk membuang bukti. Apa yang penting, Reza tidak menghidu kerja-kerja aku tadi. Aku bernasib baik kerana Reza bukanlah seorang yang peka dalam hal-hal ini. Dia jenis yang malas untuk mengambil tahu apa yang aku lakukan dan tidak banyak songeh. Aku sukakan jenis itu sebenarnya.

**

10 TAHUN LALU.

Tepat pukul tiga pagi, aku bangkit daripada katil. Segala barang dan peralatan yang diperlukan aku keluarkan daripada bawah tilam. Sudah dua hari aku sembunyikan barang-barang ini.

Sudah masuk dua hari si Kamal tua itu tidak balik. Mungkin dia mencari perempuan lain? Kasihan ibu aku itu. Aku mengambil besi dan membawanya turun ke tingkat bawah. Perlahan-lahan aku mendekati bilik ibu yang tidak berkunci. Nampaknya ibu sedang lena dibuai mimpi terakhir dalam hidupnya. Aku mendekati ibu.

"Ibu..." panggil aku dengan nada yang tidak bergitu perlahan. "Ibu!" Panggil aku lagi. Ibu membuka matanya perlahan-lahan memandang aku dan terkejut.

"Kau buat apa kat sini Bazli!" soalnya dengan nada garangnya seperti biasa. Aku sekadar tersengih dan terus memukul kepalanya menggunakan besi yang aku bawa tadi.

"Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!" Jerit ibu sambil memegang kepala. Dia meronta-ronta kesakitan sebelum pengsan. Aku duduk mencangkung melihatnya pengsan. Tiada langsung perasaan belas kasihan di dalam jiwa.

"Bazli nak bawa ibu ke neraka," Bisik aku lalu mencampakkan besi tadi ke tepi. Dengan sekuat tenaga aku mengheret ibu ke sebuah bilik yang tidak digunakan. Ia kosong hanya sebuah kerusi berada di dalamnya. Aku meletakkan ibu duduk di atas kerusi tersebut dan mengikat kaki dan tangan ibu sekuat mungkin. Selepas itu, aku ambil barang-barang yang aku perlukan di bawah tilam aku tadi. Aku bawa turun ke bawah dan menyusun barang-barang tadi di atas lantai berlapikkan kertas surat khabar lama.

Pukul empat pagi, ibu seperti tersedar sedikit. Aku duduk di atas kerusi yang diletakkan dihadapannya. Mata ibu terbeliak memandang aku yang hanya memakai boxer kosong. Mungkin bukan terbeliak sebab aku pakai boxer. Sebab dia diikat sebegitu rupa rasanya.

"Lepaskan ibu!" pintanya sambil cuba melepaskan diri tetapi gagal. Aku masih lagi duduk tegak dan memandangnya. Rambut hadapan aku hampir menutup mata. Membuatkan aku seperti pembunuh gila yang cool.

"Bazli! Ape kau nak buat pada ibu? Gila anak gila!" marahnya yang masih lagi cuba  melepaskan diri.

"Sebelum Bazli bunuh ibu, izinkan Bazli mencium tapak kaki ibu. Syurga di bawah tapak kaki ibu kan?" kata aku lalu tersenyum sinis. Aku bangun daripada kerusi lalu mencangkung di hadapan kaki ibu. Tanpa ragu-ragu aku terus merapatkan muka aku pada kakinya. Aku cium kaki ibu dengan penuh perasaan. Aku akan masuk syurga!

"Apa kau buat ni Bazli! Lepaskan ibu!" pintanya lagi. Aku terus bangun dan menghampiri barang-barang yang aku susun tadi. Ada parang, pisau, kayu, dawai dan klorok. Semuanya tersusun rapi.

Mulut ibu yang bising membuatkan aku bengang. Aku mencapai kain yang ada di atas lantai dan meludah di atasnya. Selepas itu, aku mendekati ibu dan mengikat mulutnya yang bising daripada tadi. Ibu meronta-ronta sehingga air matanya keluar perlahan-lahan. Aku tidak terkesan. Maaf.

Aku capai parang. Kaki aku melangkah mendekati ibu yang sudah menangis. Aku menjengketkan kening lalu melibas parang tadi pada kaki kanannya. Kaki yang pernah memijak dan menendang aku selama ini.

PAK! Kaki ibu terpelanting. Darah laju mengalir bagaikan air paip di sinki. Aku senyum! Ya, aku tidak waras. Aku pergi ke belakang ibu dan memotong kedua belah tangannya. Tangan yang selalu memukul dan menampar aku. Ibu semakin lemah. Dia seperti mahu pengsan.

Aku campakkan parang tadi dan mula mengambil klorok. Aku bawa klorok itu kepada ibu lalu membuka kain yang menutup mulutnya. Dia tidak mampu untuk berkata-kata. Aku sumbatkan botol klorok tadi ke dalam mulutnya. Dengan rela dan terpaksa ibu menelan segala isi di dalam botol putih itu.

"Selamat tinggal ibu!" kata aku. Perlahan-lahan ibu pergi meninggalkan aku selamanya. Kerja aku masih lagi tidak selesai. Aku harus memotong bahagian tubuh yang lain untuk diletakkan dalam guni yang aku sediakan.

**

Tasik yang berdekatan dengan kawasan perumahan kami. Aku campakkan guni yang berisi perempuan murah ke dalam tasik. Tenggelam.

Aku terduduk di atas rumput sambil termenung entah ke mana. Bunyi rumput-rumput seperti dipijak. Aku menoleh ke belakang dan melihat Reza mendekati aku. Wajahnya kosong.

"Kau buat ape kat sini?" soal Reza.

"Aku lepak je," balas aku ringkas. Aku memandang wajah Reza.

"Lepak kat mall bukan tasik. Tasik ni takde benda yang boleh kau tengok," kata Reza. Aku sekadar ketawa. Dia juga turut ketawa.

"Mana ada duit nak lepak mall," kata aku tanpa segan.

"Duit? Lepak je bukan guna duit pun," balas Reza. "Kau takde makwe ke Baz?" soal Reza lagi.

"Aku tak minatlah." balas aku. Riak wajah aku terus bertukar.

"Ala bukan ke zaman sekarang orang suka pasang makwe? Kau tak macam tu ke," balas Reza. Kali ini baru aku tahu di sebalik wajah suci Reza ini, ada juga sifat nakalnya. "Ke kau gay?" soalnya. Aku ketawa. Aku sangat selesa dengan lelaki bernama Reza ini.

"Kalau ye kenapa?" jawab aku. Reza ketawa.

"Rugilah muka hensem tapi gay!" balas Reza. Tiba-tiba Daus muncul entah dari mana. Aku tidak sukakan Daus.

"Wei Reza jomlah pergi lepak." ajak Daus. Reza seperti akur menuruti kehendak Daus. Reza meminta diri untuk pergi. Kini, hanya aku, tasik dan pembaca.

**

Setelah selesai membuang Mimi yang murah, aku kembali ke kereta. Aku menghidupkan enjin untuk beredar pulang. Hujan mulai turun renyai-renyai seperti mana mood aku sekarang. Aku tutup radio kerana berasa bingit dengan lawak bodoh mereka. Dan...

SSSSREEETTTTTTT!!!

Brek mengejut. Jantung aku dipam selaju-laju mungkin pada saat ini. Aku rasa aku terlanggar seseorang. Pantas aku keluar daripada perut kereta.

Mata aku terpandang sosok perempuan yang sedang terduduk di atas tar. Daripada riak wajahnya aku tahu dia sedang menahan kesakitan. Tiada darah cuma dia tidak boleh bangun.

"Kau okey?" soal aku padanya. Ok dia adalah perempuan bersama Reza pada pagi tadi. Entah aku lupa namanya.

"Kaki aku terseliuh!" katanya yang masih lagi sakit. Aku kaku sejenak sebelum aku menolongnya bangun dan masuk ke dalam kereta. Zizi namanya.

"Nak pergi klinik?" tanya aku. Zizi masih lagi terdiam. Aku sedikit bengang dengan manusia yang tidak reti menjawab soalan aku.

"Rasanya sudah okey kaki ni." balas perempuan bernama Zizi itu. Dia memandang aku. Aku tidak tahu mengapa dia memandang aku begitu. Seperti pandangan pertanyaan atau persoalan. Hari sudah maghrib, aku masih lagi di atas jalan. Jem serupa sial.

"Reza housemate kau?" soalnya seperti membuka topik perbualan. Aku berdehem.

"Ha ye kami tinggal sekali," jawab aku sambil menjeling.

"Turunkan aku dekat simpang depan tu," katanya. Aku buat-buat batuk.

Selepas menurunkannya, aku meneruskan perjalanan pulang. Baru aku teringat Zizi itu kakak kepada Dina. Aku tersenyum sedikit kerana berasa dunia ini sangatlah kecil. Sepatutnya aku langgar saja si Zizi itu tadi. Mungkin dia perempuan murah sama seperti adiknya itu. Tetapi mungkinlah kot.

avataravatar
Next chapter