44 44

Pintu bilik Batrisya aku tolak perlahan-lahan. Suasana gelap menyukarkan aku untuk melihat dan di tambah pula dengan rasa sakit di kaki.

Mata aku cuba menyesuaikan keadaan gelap bilik sambil memerhati dalam bilik. Tangan aku pula meraba-raba butang suis di dinding.

Lampu bernyala. Aku kaku saat melihat jasad dia terbaring di atas lantai. Aku tidak tahu harus merasakan apa ketika ini. Zizi terbaring kaku dan darahnya yang segar masih lagi mengalir di dahi. Aku terus berjalan menghampiri Zizi lalu melutut di sebelahnya. Kepala aku masih ligat memikirkan Reza dan Batrisya. Rupa-rupanya Reza nekad membunuh sesiapa yang sahaja yang cuba menghalangnya.

Aku cuba bangun dan segera keluar daripada bilik itu. Kaki aku yang sakit berjalan lebih pantas turun ke tingkat bawah. Kunci kereta di atas meja aku terus capai dan menuju ke arah pintu. Tombol pintu ditarik kuat lalu aku kuatkan diri mendekati kereta.

Sejurus masuk ke dalam kereta, aku menghidupkan enjin kereta. Aku perlu mencari keberadaan Reza yang membawa Batrisya pergi. Kepala aku masih lagi berdenyut namun aku perlu mencari Batrisya.

Rumah itu aku tinggalkan tanpa sebarang bukti. Hati aku tidak risau jika pihak polis menuduh aku membunuh Zizi. Aku berharap roh Zizi tenang di neraka sana.

**

Setelah 1 jam aku berpusing di sekeliling Kuala Lumpur, tiada jejak Reza yang aku jumpa. Hati aku makin resah mengenangkan keadaan Batrisya.

Kereta aku parkir di tepi sebuah bangunan kedai. Tekak berasa dahaga dan aku terus keluar menghampiri kedai 7 Eleven berdekatan. Pintu ditolak lalu aku masuk dengan pantas menghampiri peti sejuk berisi pelbagai jenis air. Aku capai sebotol air Pepsi dan ke kaunter untuk membuat bayaran. Sebungkus roti gardenia aku capai juga untuk mengisi perut yang kosong sebelum meneruskan pencarian Reza dan Batrisya.

Pintu ditarik lalu aku keluar menghampiri kereta di sebelah. Pepsi dan roti aku letak di dalam kereta sebelum menghampiri but kereta di belakang. Aku berharap ada sesuatu yang boleh aku bawa mencari Batrisya. But terbuka dan...

"Arghhhh!!!" Aku jerit sekuat hati. Rambut aku dipegang dan ditarik-tarik. Rasa terkejut bercampur sedih? Marah? Di dalam jiwa.

"Batrisya!!! Batrisya bangun!" Kata aku sambil menggoyangkan tubuh Batrisya yang terbaring kaku di dalam but kereta yang panas.

"Bangun! Tak guna kau Reza! Apa lagi kau nak buat dekat aku?!" Kata aku dengan penuh rasa kekesalan. Air mata aku jatuh tanpa dipinta.

Kegilaan apakah ini?

- TAMAT -

avataravatar