3 3

REZA

Maggi kari selesai dimasak masih berada di atas dapur. Aku ambil dan letakkan mangkuk berisi maggi di atas meja kopi. Aku pergi mengambil air sejuk di dalam peti sejuk. Sekarang aku hidupkan pula televisyen.

"Bosanlah benda berita ni, " kata aku lalu mencapai remote televisyen dan menukar siaran. Aku terus mengunyah maggi kari selamat berada di dalam mulut. Mata aku pantas memandang tombol pintu seakan-akan sedang dipulas daripada luar.

Pintu terbuka. Bazli masuk tanpa memakai baju menuju ke bilik air. Aku mengalihkan pandangan aku ke arah televisyen yang lebih menarik.

"Wei asal kau tak basuh gelas atas sinki tu?" soal Bazli tiba-tiba. Aku sedikit terkejut memandangnya yang muncul entah dari mana.

"Nanti aku basuhlah. Ala satu gelas je," balas aku. Riak wajah Bazli terus bertukar. Aku bingkas bangun dan beredar ke dapur untuk membasuh gelas tersebut. Sebenarnya kadang-kadang aku dapat merasakan si Bazli ni gila. Ada ke patut dia marah aku sebab gelas?

Bazli masuk ke dalam tandas tanpa menegur aku. Aku tahu selepas dia selesai mandi pasti moodnya akan kembali ok. Gelagatnya sudah lama aku hafal. Tapi nak buat macam mana, dia kawan serumah aku juga.

"Kau termenung apa tu?" Sapa Bazli yang baru saja keluar dari bilik air. Aku sedikit tersentak mendengar suaranya.

"Wei Bazli..."

Bazli memandang aku. Dia mengjengketkan keningnya sambil menunggu aku berkata sesuatu.

"Takde ape he he," aku terus menggaru dagu yang tidak gatal. Bazli beredar ke biliknya. Aku segera membasuh mangkuk yang berisi maggi kari tadi. Tiba-tiba aku berasa mengantuk pula. Selesai dan aku beredar ke bilik tidur.

**

Masuk kali kelima aku bertukar posisi tidur. Mata aku sudah berat tetapi susah untuk masuk ke alam mimpi. Terfikir juga apa yang sedang dilakukan oleh Bazli pada waktu-waktu begini. Pastilah dia tengah tidur.

Aku bangun dan segera keluar daripada bilik. Aku berasa dahaga dan seperti terdengar bunyi sesuatu di bilik Bazli. Terdetik dalam hati aku untuk mengetahui apa yang dilakukan oleh Bazli pada waktu ini. Perlahan-lahan aku mendekatkan telingaku pada pintu bilik Bazli.

"Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhh! Erghhhh..." terkedu mendengar seperti dia meraung-raung di dalam. Adakah patut aku mengetuk dan bertanya apa yang sedang berlaku?

"Kau buat apa kat luar tu?!" jerit Bazli daripada dalam. Aku terkejut sekejap.

"Err kau kenapa wei?" tanya aku sambil menggaru dagu.

"Pergi! Biarkan aku sendirilah bodoh!" balas Bazli lagi. Sepertinya Bazli dalam mood tidak baik waktu ini. Tapi aku masih lagi tertanya mengapa dia perlu meraung? Adakah dia kena sampuk?

Segera aku meninggalkan bilik tersebut dan bergerak mencari air. Rasa dahaga tadi pun sudah hilang. Entahlah aku pun tidak faham dengan kawan aku yang seorang ini. Aku rasa Bazli ni lelaki yang kesunyian. Nak kata hensem memang hensem ramai awek sangkut. Nak kata bergaya memang bergaya. Sudah ramai aku cuba kenalkan seorang awek pun dia tidak suka. Seriuslah aku juga pening.

Tangan aku pantas mencapai botol air kosong di dalam peti sejuk. Aku mencapai gelas kosong pula untuk mengisi air tadi. Habis minum, aku segera membasuh gelas yang aku gunakan baru tadi.

**

"Reza..."

"Reza..."

"Ermm???" Aku cuba membuka mata. Sosok Bazli berada betul-betul di hadapan aku. Mata aku membesar. "Err kau buat apa dalam bilik aku ni?" soal aku padanya. Bazli sekadar senyum.

"Aku bosan pagi-pagi ni," katanya pada aku. Aku menggaru kepala berkali-kali berfikir apa yang harus aku lakukan?

"Dekat 5 bulan kita serumah baru kali ni kau nak kata yang kau bosan? Ape kau ngarut ni Baz?" tanya aku pelik. Dia melabuhkan punggung duduk di bucu katil sambil memandang aku. Mengapa aku rasa pandangan Bazli lain daripada biasa? Cepat-cepat aku selimutkan tubuh aku yang sememangnya tidak berbaju.

"Aku perlukan someone yang macam kau untuk aku," ujar Bazli. Aku berkerut lalu terus terduduk memandangnya.

"Sudah berapa ramai awek yang aku kenalkan dekat kau tapi kau tak berminat. Sekarang kau kata kau perlukan someone. Peliklah kau ni Bazli," balas aku pula.

"Takde apelah sorry ganggu kau tidur," katanya lalu beredar pergi. Inilah salah satu perkara yang aku kurang berminat dengan Bazli. Dia bercerita tetapi tidak habis. Tergantung.

Bunyi mesej masuk. Aku segera mencapai telefon bimbit di meja untuk membaca siapakah gerangan si penghantar. Mesti Maxis punya! Tak habis rindu si Maxis ni pada aku. Aku unlock skrin dan terkejut memandang nama seseorang.

Boleh kita jumpa? Kat tempat biasa kita lepak dulu. - Zizi

Kali ini pasti ada sesuatu. Kalau tidak perempuan ini mana nak jumpa aku atau dia nak beritahu yang dia sukakan aku juga? Selepas itu, aku dan Zizi jadi pasangan couple. Aku tidak akan jadi gila seperti Bazli.

Apa yang sedang aku berangankan ini?

Pantas aku bangkit daripada katil sambil mencapai tuala yang tersangkut di belakang pintu. Keluar daripada bilik, aku terus menuju ke tandas untuk mandi. Nak jumpa perempuan mestilah kena wangi-wangi sikit.

**

Kereta Myvi aku berhenti betul-betul di hadapan sebuah restoran mamak. Mata aku melilau mencari Zizi. Kiri, kanan, depan, belakang aku lihat tiada pun manusia bernama Zizi di dalam restoran tersebut. Tanpa melengahkan masa, aku keluar daripada kereta.

"Reza," sapa seseorang daripada belakang aku. Aku berpaling untuk memandangnya. Rupa-rupanya Zizi si awek hipster berkaca mata besar sedang memandang aku.

"Kau baru sampai jugak ke?" soal aku memulakan topik perbualan. Zizi tersenyum dan beredar ke restoran. Aku sekadar mengikutinya saja.

Kami duduk di sebuah meja yang berada di tepi berdekatan dengan kipas. Pandai si Zizi pilih tempat atau mungkin dia memang nak privasi? Memandangkan meja yang kami duduk ini jauh daripada orang lain. Salah seorang mamak di kaunter datang kepada kami untuk mengambil pesanan. Aku order milo ais begitu juga dengan Zizi. Sebenarnya aku lapar tapi aku boleh kawal lagi kelaparan aku. Mamak tadi pergi membawa pesanan kami.

"Kenapa kau nak jumpa aku ni?" soal aku yang masih memulakan topik perbualan. Zizi memandang aku lalu mengalihkan pandangannya ke dalam beg sandangnya. Dia mengeluarkan telefon pintarnya dan sekeping foto yang aku tidak tahu foto apa.

"Adik aku tak balik dari semalam," katanya dan aku tidak terkejut. Sememangnya adik si Zizi ni memang sosial tahap babi!

"Ala hilang pergi rumah member dialah tu. Esok lusa dia baliklah tu," balas aku bosan.

"Tapi aku risau beb, kau tahukan sekarang ada macam-macam kes," terangnya.

"Ye betul tu, kau rasa adik kau hilang ke?" tanyaku. Zizi mengangguk setuju. Dari riak wajahnya aku dapat lihat dia sangat risaukan adiknya itu.

"Aku dah try contact semua member dia, Sara kata Dina balik dengan boyfriend dia. Aku try contact boyfriend  Dina si Adam, dia kata dia sudah hantar Dina balik," Terang Zizi. Aku memandang Zizi.

"Habis tu?" soal aku. Riak wajah Zizi terus bertukar. " Err maksud aku Dina hilang masa otw balik? Aku rasa dia kena culiklah," aku cuba memberi pandangan sendiri.

"Aku pun rasa macam tu. Ini gambar Dina, kalau ada pape call aku terus," katanya sambil menghulurkan foto adiknya itu. Hmm cantik juga. Ketika ini juga aku lihat Bazli masuk ke dalam restoran dan seperti sedang membuat pesanan di kaunter.

"Eh Bazli!" jerit aku sambil melambaikan tangan padanya. Bazli terus mengalihkan pandangannya pada aku. Dia mendekati meja kami berdua.

"Kau buat apa kat sini?" soal Bazli serius.

"Jumpa kawan. Kenalkan Zizi, ha Zizi ni Bazli housemate aku," Aku dengan gaya bodohnya memperkenalkan mereka berdua. Mereka sekadar tersenyum.

"Aku bungkus je ni," kata Bazli lalu duduk di sebelah aku.

"Kalau nampak Dina contact aku ye," kata Zizi sebelum dia meminta diri untuk beredar. Mungkin tidak selesa dengan kehadiran kawan aku. Dia beredar.

"Awek ke?" Soal Bazli dengan selamba minum milo ais aku.

"Err takdelah, kawan biasa je dia minta tolong kalau-kalau nampak adik dia yang hilang ni," Terang aku lalu menunjukkan foto Dina kepada Bazli. Bazli mencapai foto tersebut.

"Oh..." Balas Bazli seperti tidak berminat untuk mengambil tahu. Sudah memang perangainya mahu buat macam mana.

"Aku pun nak bungkus jugaklah," kata aku lalu memanggil salah seorang mamak yang sedang berdiri.

"Wei makanan aku dah siap nanti kita boraklah kat rumah," kata Bazli lalu beredar untuk membayar makanannya. Aku sekadar mengangguk tanda faham. Bazli beredar mendekati keretanya.

Selesai membuat bayaran, aku juga beredar mendekati Myvi. Sebelum itu, aku mengeluarkan sebatang rokok untuk mengisi masa lapang. Aku memandang kiri dan kanan kawasan restoran sebelum masuk ke dalam Myvi.

"Reza..." sapa Zizi. Aku agak terkejut dia masih berada di sini.

"Kata nak balik kenapa tak balik lagi?" soal aku padanya.

"Tadi tu housemate kau?" soal Zizi. Aku tergamam seketika.

"Ye ye Bazli, kenapa ye?" soal aku pula. Zizi tersenyum padaku.

"Macam pernah nampak dia je," kata Zizi lalu beredar meninggalkan aku yang terpinga-pinga.

**

10 TAHUN LALU...

Lebam di pipi masih lagi tidak hilang. Si Kamal sial tu yang buat aku terpaksa menanggung penderitaan bertahun-tahun. Sama dengan ibu aku yang serupa celaka.

Aku tidak mahu meneruskan perjalanan pulang ke rumah. Aku duduk di bus stop mengenangkan nasib aku begini. Air mata aku sedikit mengalir mengenangkan arwah ayah aku yang sudah meninggalkan aku sendiri begini. Peperiksaan besar PMR baru saja selesai tadi. Kesemua pulang dengan wajah yang gembira tetapi bukan aku. Janji tetap janji. Ayah, aku pasti akan membalas dendam kepada mereka berdua lambat atau cepat.

"Kau buat apa kat sini?" sapa Reza yang bersama Daus.

"Aku penatlah nak rehat jap," balas aku. Reza melabuhkan punggung duduk di sebelah aku.

"Ada problem ke? Storylah mana tahu kitorang boleh tolong," Reza memandang aku. Aku sekadar menggeleng kepala.

"Reza jomlah balik nanti tak sempat nak main bola petang ni," ajak Daus yang merupakan kawan baik kepada Reza. Di mana ada Reza di situ ada Daus.

"Esok kita jumpa," kata Reza sambil menepuk bahu aku. Mereka berdua beredar. Aku hanya memerhati gelagat mereka berdua sehingga hilang daripada pandangan. Aku rasa aku perlukan seseorang. Seseorang yang rapat dengan aku seperti lelaki tadi, Reza.

Hari semakin petang, aku perlu pulang ke neraka itu. Meski tidak rela tetapi aku perlu. Perlahan-lahan aku bergerak pulang ke rumah.

Sampai di muka pintu, aku terdengar bunyi hilai tawa ibu bersama lelaki tak guna itu di dalam bilik. Sejak bila dia menjadi ayah tiri aku pun aku tidak tahu. Aku tak rela memanggilnya 'ayah' dan dia pun begitu. Aku menolak tombol pintu untuk masuk ke dalam rumah.

"Haa Bazli!" jerit ibu sambil memandang aku. Aku turut memandangnya dengan lelaki itu.

"Hmm?" soalku tidak berminat. Ibu mendekati aku.

"Kenapa balik lambat? Bukan ke sekolah habis pukul 1:30?" soalnya berkali-kali. Aku terus beredar naik ke tingkat atas tanpa menjawab soalannya.

Belum sempat aku memulas tombol pintu bilik, aku terasa seperti beg aku ditarik daripada belakang. Ibu menarik beg aku hingga aku jatuh ke lantai. Lelaki bernama Kamal itu terus melempang pipi aku dengan kuat.

PANG!

"Tu sebab kau kurang ajar dengan ibu kau! Kau dengan ayah kau sama saja!!!" jeritnya padaku. Aku memegang pipi aku yang jelas terasa pedih. Ibu sekadar memandang aku tersenyum sinis.

"Apa masalah kau orang tua?!" jerit aku pula pada Kamal tua bangka itu. Wajahnya terus berubah kepada singa kelaparan saat mendengar aku menjerit. Serta merta dia menumbuk muka aku hingga aku jatuh tersembam ke lantai. Dia memijak belakang aku berkali-kali hingga aku terbatuk-batuk menahan sakit.

"Itu balasan sebab kau berani kurang ajar dengan aku!" jeritnya. Aku masih lagi menahan sakit dipijak. Ibu pula turun ke bawah seperti tidak mahu mengambil tahu. Dasar perempuan tak guna!

"Kau jangan ingat aku boleh biarkan kau hidup lama! Lepas ni kau boleh ikut bapak kau ke neraka!" jerit Kamal tua bangka itu lagi. Dia menghentakkan kepala aku ke lantai sebelum beredar ke bawah. Aku masih lagi terbaring mengenangkan ayat-ayat yang keluar daripada mulutnya.

Aku bengang. Aku tidak bolehbersabar lagi dengan keadaan ini. Mereka berdua harus mati malam ini! Dada akuberasa panas dan seperti hendak pitam. Segera aku bangun masuk ke dalam bilik.Aku merebahkan diri di atas katil untuk berehat dan meredakan rasa sakit tadi.Tangan aku mencapai beg sekolah dan mengeluarkan buku nota kecil. Aku membacaisi-isi di dalamnya lalu tersenyum sendiri dan ketawa seperti orang tidak waras. Aku batuk.

avataravatar
Next chapter