20 20

BAZLI

Hari ini seperti biasa aku berada di tempat kerja. Tidak banyak kerja yang aku lakukan selain daripada remote komputer pekerja di department lain. Sekarang aku hanya duduk bermain-main cursor sambil mata aku memerhati gelagat Ika.

"Baz, nak rehat ni kau nak makan kat mana?" soal Aiman.

"Entahlah aku tak terfikir pula," balas aku tanpa memandangnya. Aiman tarik kerusi di meja sebelah datang kepada aku. Dia duduk dan mengeluarkan telefonnya.

"Aku nak tunjuk something kat kau,"

"Amende?"

Aiman meletakkan telefonnya di atas meja dan menunjukkan last seen Whatsapp adiknya pada aku. Aku terlupa yang aku terbuka telefon perempuan itu semalam.

"Last seen adik aku Amira, cuba kau tengok tepat 12 malam kot dia online!" terang Aiman dengan penuh teruja.

"So maknanya adik kau ni lari dari rumah la ye?" soal aku.

"Yelah rasanya sebab kalau kena culik dia mesti tak online!" balas Aiman.

"Kau whatsapp dia tak?" soal aku sambil bermain-main cursor.

"Aku lupalah sebab aku baru perasan pagi tadi," balas Aiman. Sedikit sengihan terpancar pada muka tidak kacak itu.

"Jomlah keluar makan aku lapar ni," ajak aku.

"Naik motor aku jelah..." katanya. Aku sekadar diam dan menutup monitor. Aku ikut Aiman ke lif untuk turun ke bawah. Aku lihat Ika tidak keluar makan hari ini. Syahira pula sudah lama menghilangkan diri.

Kami berdua masuk ke dalam lif yang kosong. Ramai staf yang sudah turun daripada tadi. Aku hanya mendiamkan diri terkenang Amira yang sudah lama mati. Abangnya pula amat baik dengan aku. Tetapi aku harus berbuat apa pada perempuan itu.

"Weh Baz? Keluarlah," panggil Aiman di luar lif. Aku langsung tidak sedar pintu lif sudah terbuka. Kaki aku melangkah keluar dan mengikuti Aiman ke motorsikalnya di luar. Aiman menghidupkan motorsikalnya sebelum aku naik ke belakang. Kami bergerak ke gerai-gerai berdekatan.

**

Tangan Zizi meraba-raba beg slingnya mencari kunci rumah. Dia keluarkan kunci dan menghembuskan nafas lega. Dia risau jika kunci itu hilang. Nasi berlauk di hadapannya disentuhnya pula kemudian menyedut air sirap pula. Ramai yang makan di gerai itu kebetulan ketika ini waktu makan tengahari. Tiba-tiba dua orang lelaki memakai kemeja mendekatinya.

"Cik boleh kami duduk kat sini? Meja penuhlah," tanya Aiman.

"Boleh duduklah," balas Zizi. Dia terpandang lelaki di sebelah lelaki tadi dan terbatuk.

"Cik ok ke?" soal Aiman yang risau melihat perempuan itu terbatuk secara tiba-tiba.

"Tak takpe saya ok tersedak je," balas Zizi lalu menyedut straw.

Bazli duduk di kerusi dan memandang ke arah Zizi. Zizi mengalihkan pandangannya ke nasi yang perlu dihabiskan. Dua orang lelaki di hadapannya sudah mula melahap nasi mereka.

"Kau buat apa dekat sini?" soal Bazli padanya. Zizi mengangkat muka.

"Makan? Aku makanlah..." balas Zizi.

"Laa korang ni saling kenal rupanya!" celah Aiman tiba-tiba sahaja teruja.

"Kenal sikit," balas Bazli lalu dia menyambung makan. Sempat lagi dia mengenyit mata pada Zizi. Zizi mengalihkan pandangannya.

Mereka bertiga kembali senyap. Masing-masing menghadap makanan sahaja. Zizi mengangkat mukanya lagi untuk memandang lelaki itu.

"Ye?" soal Bazli yang sedar perempuan itu cuba memandangnya. Bazli tersenyum sinis. Zizi kembali memandang nasi. Dia tidak mahu terpandang lelaki pelik di hadapannya itu.

Hampir setengah jam berlalu, Zizi beredar. Dia terus berjalan ke arah bangunan kedai berhampiran. Dia tidak lagi memandang Bazli kerana dia berasa tidak sedap hati. Sama seperti perasaannya mula-mula mengenali Bazli dahulu.

Kakinya memulakan langkah untuk mencari Dina. Dia berjalan sambil matanya melilau mencari Dina. Dia berdoa agar Tuhan pertemukan diri dan adiknya. Langkahnya semakin menghampiri bangunan kedai berdekatan. Tangannya pantas mengeluarkan kertas-kertas bersaiz A4 yang tertulis 'remaja hilang' dan foto adiknya. Dia menampal kertas itu di dinding yang kosong. Kakinya pula bergerak ke bangunan sebelah dan melakukan hal yang sama seperti tadi. Kertas-kertas A4 di tangannya semakin berkurangan. Sejak pagi tadi dia sudah keluar dan menampal kertas-kertas itu di merata tempat.

"Adik awak hilang kan?" soal Ju di belakangnya. Zizi berpaling ke belakang dan memandang perempuan itu.

"Ye adik saya, Dina," balas Zizi pendek.

"Saya rasa saya boleh tolong awak," kata Ju lalu memandang kertas yang di tampal oleh Zizi tadi. "Sia-sia je awak tampal gambar adik awak ni sebab saya yakin yang dia kena culik dengan Bazli!"

"Apa yang awak cakapkan ni? " soal Zizi yang tidak percaya dengan kata-kata Ju.

"Saya tak berniat pun nak buat awak pening tapi awak kena terima hakikat yang lelaki tu tak boleh dikawal," terang Ju lalu menunding jarinya ke arah gerai di mana Bazli dan Aiman ada. Hati Zizi gelisah melihat Ju yang seperti menuduh Bazli.

"Terserahlah awak nak cakap apa pun yang penting saya tak boleh terlalu percayakan awak," balas Zizi. Dia kembali melakukan kerjanya. Ju mengekori lalu menarik lengan Zizi secara tiba-tiba. "Eh awak ni kenapa hah?!" jerit Zizi.

"Takde apa just saya nak tunjukkan bukti yang Bazli tu pembunuh!" kata Ju. Doktor itu memang mahu meyakinkan dirinya.

"Okey, ape buktinya Bazli tu pembunuh?" tanya Zizi.

"Saya rasa kita kena pergi dari sini sebelum Bazli nampak saya dengan awak," kata Ju lalu menarik tangan Zizi mendekati keretanya di sebelah bangunan. Zizi menuruti Ju dan masuk ke dalam kereta. Ju mahu ke rumahnya untuk berbincang hal ini.

Tiba di rumah, Zizi mempelawa Ju untuk masuk ke dalam dan berehat sebentar. Dia mahu ke dapur untuk membuat air tetapi dihalang oleh perempuan tinggi itu.

"Tak perlu, sekarang ni saya nak tunjuk bukti yang Bazli tu pembunuh!" kata Ju bersungguh-sungguh.

"Ape buktinya?" soal Zizi.

Ju menanggalkan blazer lalu menayangkan kesan parut yang ada pada bahu kirinya. Lebih kurang 2 inci besar parut yang dilihat oleh Zizi.

"Ape ni?" soal Zizi.

"Bazli pernah cuba nak bunuh saya dulu. Parut ni kesan dia tikam saya dulu!" terang Ju.

"Awak kenal Bazli?" soal Zizi lagi.

"Ye kenal sangat! Bazli tu gila awak tau tak?!" balas Ju yang bertambah emosinya.

"Maksud awak? Gila macam mana?" soal Zizi lagi yang berminat untuk tahu.

"Bazli dah bunuh mak dia sendiri! Kami kenal sejak sekolah lagi!" terang Ju lalu memeluk tubuhnya. Dia mengusap rambutnya yang jatuh.

Zizi cuba menghadam kata-kata yang keluar daripada mulut Ju sebentar tadi. Dia teringatkan budak perempuan yang diculik berhampiran dengan rumahnya tempoh hari. Lelaki itu tinggi dan tubuhnya lebih kurang seperti Bazli.

"Perempuan-perempuan yang hilang tu...Bazli yang buat?" soal Zizi. Ju mengangguk laju. "Maknanya adik saya pun...dah...mati?"

"Tak semestinya adik awak mati! Mungkin Bazli ade sorokkan dia dekat mana-mana," terang Ju. Ju memegang bahu Zizi dan memandang anak mata Zizi. "Saya akan tolong awak cari Dina tapi awak kena tolong saya dapatkan Bazli!"

Zizi mengangguk dan akur dengan kata-kata yang keluar daripada mulut Ju. Apa yang dimahukannya adalah adiknya selamat.

avataravatar
Next chapter