1 1

BAZLI

Selesai mandi, aku keluar daripada bilik air. Aku terdengar bunyi orang sedang bernyanyi lagu kanak-kanak di ruang tamu. Kaki aku melangkah laju ke ruang tamu lalu menjeling ke arah Reza menonton rancangan kartun di televisyen. Di tangannya ada anak patung beruang berwarna coklat. Sudah lama aku memerhati gelagatnya yang amat menyukai permainan kanak-kanak. Dia masih lagi memandang skrin televisyen.

"Buat ape tu?" tanya aku buat-buat tidak faham.

"Tengok tvlah," balas Reza sambil menunjukkan televisyen di hadapannya. Aku langsung tidak berminat dengan apa yang ditontonnya itu.

"Kau menyanyi lagu budak-budak tadi tu apesal?" tanya aku sambil perkemaskan lilitan tuala di pinggang.

"Suka hati akulah Baz, yang kau sibuk sangat ni apesal pulak?" balas dia lalu bergerak ke meja mencapai laptop berjenama Asus.

"Tutuplah tv tu," arah aku sambil menunjuk televisyen. Reza sekadar mendengar. Aku beredar ke bilik. Selesai menyarungkan baju dan seluar, aku beredar ke ruang tamu. Di ruang tamu, aku mencapai kasut Adidas yang tersusun rapi di rak. Aku mencapai pula stoking yang sudah aku basuh beberapa hari lalu dan menyarungnya di kaki.

"Kau nak keluar?" soal Reza tiba-tiba muncul di tepi. Aku bingkas bangun dan memandang tepat pada matanya. Dia duduk di sofa.

"Ye aku nak keluar kejap," kata aku lalu menghembuskan nafas. Aku menghadiahkan senyuman sebelum keluar. Apa yang penting aku harus turun untuk mendapatkan kereta aku. Urusan aku sebagai malaikat baru saja bermula.

Setelah beberapa minit berada di dalam lif, aku keluar dan mendekati kereta Honda City hitam. Aku masuk ke dalam dan mula berfikir sesuatu. Enjin dihidupkan.

"Perempuan!" Aku mengetap bibir. Aku benci perempuan di sekeliling aku ini. Mereka memang tidak mempunyai harga diri. Aku akan pastikan mereka tidak akan hidup lama di muka bumi ini. Aku tersenyum sinis sebelum beredar.

Kereta yang aku pandu mula masuk ke jalan besar. Sebenarnya aku sendiri tidak tahu ke mana harus aku pergi. Mungkin mencari mangsa seterusnya? Selalunya perempuan berumur belasan tahun selalu membuang masa melepak di mall-mall yang terkenal di sekitar Kuala Lumpur. Aku tidak tahu kenapa aku membawa kereta menuju ke arah bangunan yang agak terkenal bagi budak-budak baru nak up. Berjaya Times Square, di sini kalau diperhatikan amat ramai remaja duduk melepak.

**

Sudah hampir sejam Dina menunggu kawannya di McDonalds. Fries dan Sundae sudah lama dihabiskan 15 minit lalu. Dia juga berasa tidak sedap hati tiap kali terpandang seorang lelaki yang berada di meja sebelah. Lelaki itu seperti sedang memerhatikan dirinya di sebalik cermin mata gelap. Agak menakutkannya.

"Hoi!" Jerit Sara. Dina sedikit terkejut lalu memukul manja lengan kawannya itu. Sara sekadar ketawa.

"Kau pergi mana sial? Sejam aku tunggu kau," soal Dina sambil membetulkan rambut panjangnya berwarna merah.

"Sorry! Biasalah jem hari sabtu kan?" balas Sara dengan riak tidak bersalah. Dina masih lagi mencuri pandang pada lelaki itu.

"Aku rasa nak balik," bisik Dina. Sara membulatkan biji mata.

"Why?! Aku baru datang beb takkanlah kau takde mood?" tanya Sara sedih.

"Kau tak rasa ke mamat meja sebelah ni pelik?" bisik Dina. Sara terus memandang lelaki yang memakai jaket hitam dan bertopi itu. Lelaki itu tersenyum melihat Sara. Sara membalas senyuman lelaki itu.

"Handsome-nya dia. Ape yang pelik sangat dengan mamat handsome macam tu?" sengih Sara menggedik. Dina bingkas bangun dan beredar meninggalkan Sara.

Sara mengejar Dina yang semakin menjauh. "Dina! Tunggu aku!" jerit Sara.

"What?" Soal Dina menjeling. Dia membetulkan dress kelabu paras paha agar sentiasa nampak kemas walaupun dalam keadaan marah.

"Sorry. Please jangan balik. Bukan ke kita sudah janji nak melepak satu hari ni? Aku baru je sampai," pujuk Sara mengeluarkan aura sedih.

"Okey okey aku lepak sampai malam demi kau," balas Dina. Sara terus memeluk tubuh Dina dengan erat tanpa menghiraukan pandangan kejam sekeliling. Sara mengeluarkan IPhone 7 dari beg Guess-nya.

"Selfie jom!" ajak Sara. Dina dan Sara tersengih gedik di hadapan telefon tersebut dengan pelbagai jenis aksi yang dirasakan comel oleh mereka berdua.

"Nanti ws gambar tu ye, nak upload Instagram," Kata Dina lalu mereka berdua ketawa. Mereka beredar dan mula melaksanakan keinginan sebagai seorang perempuan iaitu shopping.

**

"Kau baru je berumur 15 tahun tapi perangai entah pape," kata aku perlahan memandang skrin telefon. Aku memandang mangsa pertama aku yang semakin jauh bersama kawannya. Sebelum aku mengangkat mengekori mereka, aku sedut dua tiga kali air Coke.

Setelah berada 5 jam di sini aku mula berasa bosan. Perut aku juga sudah lapar dan meragam. Sepanjang mengekori Dina, aku tidak henti membeli snek. Sekarang aku dapat merasakan Dina dan kawannya itu akan pulang. Inilah saat yang aku tunggukan.

Aku tersenyum melihat mereka berpelukan sebelum berpisah di hadapan kedai Watsons. Kini, Dina bersendirian tapi aku dapat merasakan dia menunggu seseorang di luar mall.

Sementara dia menunggu seseorang, aku beredar ke parkir untuk mengambil kereta. Tidak sampai 15 minit, aku kembali bersama kereta dan melihat seorang lelaki dalam lingkungan 20 tahun mengambil Dina. Aku bernasib baik kerana dapat mengekori mangsa aku ini tanpa terlepas.

Azan Maghrib berkumandang di radio. Keadaan langit pantas gelap dan bertambah mendung. Air hujan mulai turun setitik demi setitik mengenai cermin kereta. Mata aku tidak terlepas memerhati kereta Vios di hadapan. Gelagat Dina seperti memeluk kekasihnya. Kadang kala, aku terfikir tidakkah mereka berasa berdosa berpelukan ketika azan sedang berkumandang ni? Oh aku lupa mungkin aku saja yang sedang mendengar azan ketika ini. Aku mengetuk lembut kepala.

Sampai di sebuah kawasan perumahan yang agak gelap, Dina turun daripada kereta itu. Mereka sempat berbual beberapa minit sebelum kereta Vios itu meluncur laju meninggalkan Dina sendiri. Aku berhentikan kereta di sebalik pokok lalu turun mengekori remaja perempuan itu.

Berkali-kali juga aku mencuri pandang keadaan sekeliling. Sunyi dan tiada sesiapa yang lalu di kawasan ini. Mungkin semua sedang berehat di dalam rumah masing-masing. Dina dengan leka berjalan sambil membelek telefon bimbitnya. Sesekali aku terdengar dia ketawa.

"Assalamualaikum dik," tegur aku.

"Yes nak ape?" Sahut Dina dengan sombong memandang aku.

"Abang nak tanya ni..." balas aku.

"Ape? Cepatlah aku nak balik ni," kata Dina yang menyampah. Aku tersenyum mendekati Dina sehingga riak wajahnya bertukar seperti ketakutan. Dia mengundurkan diri beberapa langkah dan dengan pantas aku mencapai lengannya. Dia meronta dan panik kerana ketakutan.

"Eh apa ni! Lepaslah!" jerit Dina. Aku hanya memekakkan telinga dan aku terus mengeluarkan sapu tangan yang sudah diletakkan dengan klorofom. Tangan aku dengan pantas menekup mulut Dina. Perlahan-lahan Dina pengsan dalam pelukan aku.

"Tidur dulu ye," bisik aku pada telinga Dina. Aku mengangkat tubuh Dina sambil bersiul menuju ke arah kereta. "Tidur elok-elok ye Dina," kata aku sambil membaringkan Dina di tempat duduk belakang. Aku mencapai sapu tangan tadi dan membuangnya ke dalam longkang berhampiran. Aku mula memandu ke rumah kosong yang berada di hujung bandar.

Setelah 10 minit aku sampai di kawasan yang berdekatan dengan sungai. Aku keluar daripada kereta lalu mencapai beg tangan milik Dina. Aku mengeluarkan satu persatu barangan yang ada di dalamnya dan mencampakkannya ke dalam semak berhampiran. Aku mahu menghilangkan bukti-bukti remaja ini.

Kaki aku melangkah pula ke pintu penumpang belakang untuk membawa Dina masuk ke dalam rumah kosong itu. Sudah lama rumah ini tidak berpenghuni. Hanya ada beberapa buah perabot yang sudah usang seperti meja dan kerusi.

Mata aku terpandang anjing-anjing liar yang sedang berkeliaran di belakang kereta. Anjing-anjing itu menyalak sesama sendiri. Aku mengangkat tubuh Dina masuk ke dalam rumah dan membaringkannya di atas lantai. Tangan aku cuba meraba-raba suis lampu di dinding dan menekannya. Lampu terpasang.

"Pelik ade lampu?" kata aku sendiri lalu menanggalkan satu persatu pakaian yang ada pada tubuh Dina. Hanya singlet dan seluar dalam saja aku tidak tanggalkan. Dina masih tidak sedarkan diri.

Selepas itu, aku berdirikan Dina lalu mengikat kedua belah tangannya pada besi yang tergantung di siling. Keadaannya tergantung lemah.

"Aku kat mana ni..." kata Dina lemah. Dia sudah tersedar daripada pengsan. Aku sekadar melihat sambil duduk di atas kerusi plastik. Dina lemah memandang kiri dan kanan lalu memandang sayu ke arah aku. Dia terkejut memandang aku yang sedang memerhatikannya.

"Si...siap...siapa kau?!" jerit Dina sambil meronta-ronta untuk dapat melepaskan diri. Dia membulatkan matanya. Terkejut dan panik.

"Boleh diam tak," kata aku. Dina masih lagi panik.

"Lepaskan aku! Aku tak kenal kau pun!" rayu Dina sambil menangis teresak-esak. Aku langsung tidak terkesan.

"Maaf Dina," balas aku sambil menyusun alatan tajam di atas meja.

"Aku tak kenal kauu..." tangis Dina. Aku menggaru-garu kepala melihat gelagat budak perempuan itu.

"Aku kenal kau jangan risau," terang aku. Dia terkejut mendengarnya.

"Lepaskan aku..." pintanya lagi.

"Arghhh! Sial aku takkan lepaskan kaulah!" jerit aku yang bengang. Aku mencapai sarung tangan lalu mendekati Dina. Tangan aku menarik rambut panjangnya. "Manusia macam kau ni tak layak hidup! Macam ibu aku!" bisik aku. Aku mendekati meja yang usang itu dan mencapai sebilah pisau. Dina terkejut hanya mampu menelan air liur melihat aku mencapai pisau itu.

"Tolong aku tak nak mati..." Rayu Dina lagi. Aku berjalan mundar-mandir kerana berasa sangat marah. Kaki melangkah mendekati Dina lalu aku memegang dagu Dina. Pisau yang aku pegang terkena sedikit pada pipinya. Dina meraung dan menangis kerana kesakitan. Aku benci mendengar orang menangis.

Aku mencapai kain kotor di atas lantai dan segera menutup mulut Dina. Sekarang tiada lagi bunyi tangisan atau rayuan yang sia-sia. Kini, aku mencapai pula parang di atas meja usang tadi. Kaki aku melangkah mendekati Dina yang tergantung lalu memutuskan tali yang terikat pada tangannya. Perempuan itu jatuh ke lantai. Dia menangis seperti merayu-rayu.

"Janganlah menangis lagi..." kata aku padanya lalu mendekati meja untuk mengambil guni.

PAK!!!

"Arghhh!!!" aku menjerit kesakitan. Kepala aku seperti dihentak sesuatu. Mata aku melihat budak perempuan itu terus berlari keluar.

Kepala aku sedikit pening tetapi aku masih gagahkan diri untuk bangun dan mengejar Dina. Perlahan-lahan aku berjalan ke pintu lalu keluar mencari budak perempuan tadi. Malam yang gelap ditambah pula kepala yang sakit lebih menyukarkan aku untuk mencari budak itu.

**

Dina terus berlari. Sesekali dia ada memandang belakangnya untuk memastikan lelaki gila tadi tidak mengekorinya. Dia berharap hentakkan parang tadi dapat membuatkan lelaki tadi pengsan.

Kakinya semakin lemah untuk berjalan lagi. Dia sudah ada di tepi jalan namun semuanya gelap. Tiada sebuah kereta yang melalui kawasan hutan ini. Nafasnya semakin laju dan Dina memeluk tubuhnya dengan erat. Dia kesejukan memakai pakaian nipis ini.

Ada cahaya yang menyilaukan pandangannya. Dia tahu itu pasti kereta dan dia harus meminta bantuan daripada kereta itu. Dina pantas berdiri di tengah-tengah jalan agar kereta itu berhenti saat melihatnya. Dia berdoa agar orang di dalam kereta itu membantunya keluar daripada kawasan itu.

Semakin lama cahaya itu semakin dekat. Dina menutup mata kerana tidak sanggup melihat kereta itu melanggarnya. Lebih daripada seminit dia menutup mata. Bunyi kereta itu seakan-akan sudah berhenti.

"Dik? Kenapa ni?" soal seorang lelaki. Dina membuka kelopak matanya lalu terus memeluk tubuh lelaki itu dengan erat. Dia menangis ketakutan. "Err kenapa ye? Kenapa ada tengah-tengah hutan ni?" soal lelaki itu lagi.

"Tadi taaaaadi ada lelaki gila nak bunuh saya! Tolong saya keluar dari sini! Saya nak jumpa kakak saya bang!" rayu Dina pada lelaki itu. Lelaki itu memandang Dina dan berasa simpati dengan budak perempuan di hadapannya itu.

"Cepat masuk dalam kereta!" arah lelaki itu. Dia juga terus masuk ke dalam keretanya juga. Dia membawa budak perempuan itu beredar daripada kawasan itu untuk ke tempat yang selamat.

"Terima kasih sebab tolong saya," kata Dina. Lelaki itu sekadar mengangguk dan diam. Dia merenung ke arah jalan-jalan di hadapannya. "Saa saya rasa saya kenal awak... Awak?"

Lelaki itu tersenyum sinis lalu berhenti di tepi jalan. Dia memandang ke arah Dina dan masih lagi tersenyum sambil mengeluarkan sapu tangan. Tangannya kanannya mencapai botol kecil pada pintu. Dia menuangkan cecair di dalam botol kecil tadi ke dalam sapu tangan.

"Saya siape?" soal lelaki itu.

"Awak nak buat ape tu?!" soal Dina. Lelaki itu pantas menarik lengan budak perempuan lalu menekup mukanya dengan sapu tangan tadi. Dina meronta-ronta untuk melepaskan dirinya. Pipi lelaki itu sedikit terkena cakaran Dina. Semakin lama Dina itu semakin lemah dan tidak bermaya. Dia pengsan.

"Kau jangan ingat aku nak lepaskan budak macam kau, aku suka budak bawah umur seperti kau..." bisiknya pada telinga Dina. Lelaki itu mencium pipi Dina berkali-kali sebelum menyambung perjalanannya.

avataravatar
Next chapter