18 18

BAZLI

Reza menelefon perempuan bernama Zizi itu mengajaknya untuk keluar makan. Aku mendekati Reza dan duduk di atas sofa. Reza masih lagi di balkoni walaupun aku lihat dia tidak lagi memegang telefonnya. Rambut Reza bergerak lembut ditiup angin.

"Kau call siapa tadi?" soal aku walaupun sudah tahu.

"Ni aku ajak Zizi keluar lunch nanti," jawab Reza. Dia masuk ke dalam dan duduk di sebelah aku.

"Kenapa kau ajak dia keluar makan? Dia tak reti keluar makan sendiri ke?" tanya aku lagi.

"Kau kenapa Baz? Macam tak puas hati je aku ajak dia," soal Reza pula.

"Takdelah aku just tanya je," balas aku lalu mencapai cawan berisi milo panas.

"Baz aku nak tanya kau something ni...boleh ke?"

"Nak tanya apa? Cakap jelah,"

"Kadang aku rasa pelik kau balik malam tak pakai baju, kau buat ape sebenarnya?" Reza memandang aku pelik. Aku menarik nafas dalam-dalam.

"Aku jenis tak suka baju kotor so aku buanglah baju aku kat bawah," jawab aku sambil memandang skrin televisyen yang tidak hidup.

"Macam tu? Sejak aku pindah sini kau memang tak pernah berubah..."

"Memang aku pelik."

Reza terdiam. Aku dengar notifikasi masuk di telefonnya. Reza pantas bangun dan menuju ke balkoni sambil tersengih-sengih. Entah siapa yang menghantar mesej padanya. Hati aku berasa sakit pula melihat Reza begitu.

Aku bangun dan membawa cawan tadi ke sinki. Aku terdengar suara Reza ketawa di balkoni. Cawan yang aku guna tadi siap dibasuh. Aku beredar ke bilik dan terus mengunci pintu bilik. Mata aku memerhati laci meja yang sememangnya berkunci. Aku dekati meja dan duduk di atas kerusi. Tangan aku mencapai bantal dan meraba-raba masuk ke dalam sarung. Aku keluarkan kunci laci tadi dan membukanya.

Aku membawa keluar fail berwarna hitam daripada laci. Fail itu aku letak di atas meja lalu membuka satu-persatu helaian kertas di dalamnya. Ada banyak gambar-gambar perempuan di dalamnya. Ada yang sudah dipangkah dengan marker merah. Aku membuka laptop pula.

Tangan aku pantas menggerakkan cursor ke ikon Google Chrome lalu menaip sesuatu pada kotak search. Tidak sampai beberapa saat skrin menunjukkan Instagram seseorang. Instagram milik Ika, perempuan satu pejabat dengan aku.

Aku gerakkan cursor pada salah satu gambar Ika yang berbaju ketat dan bertudung singkat. Inilah perempuan murah yang sentiasa membahan aku di pejabat. Ya, aku tahu dia dan Syahira selalu memerhatikan aku. Ika, seorang perempuan berumur 27 tahun menyukai lelaki muda daripadanya. Aku pernah dengar Ika menjalinkan hubungan dengan budak SPM.

Aku tekan gambar Ika yang lain. Wajahnya comel tetapi perangai teruk. Ika bertudung di siang hari dan seksi di malam hari. Aku pernah ternampak Ika di dalam sebuah kelab malam. Bukan main menggayakan skirt paras paha. Aku tersengih.

"Kau dengan ibu aku sama je Ika! Dua dua tak guna!" kata aku lalu tersenyum sinis. Aku tutup laptop dan mula bersiul. Di dalam kepala ini membayangkan saat-saat aku membunuh perempuan-perempuan sundal seperti ibu aku.

"Bazli aku nak keluar dulu," jerit Reza di luar bilik. Aku bangun dan mencapai sweater kelabu di atas katil. Tangan aku pula mencapai kunci kereta.

Tombol pintu ditarik dan aku memerhati keadaan sekeliling. Reza sudah tiada pasti dia sudah keluar. Aku pantas menutup pintu bilik dan keluar untuk mengikut Reza.

Tiba di tempat parkir, aku pantas berlari ke arah kereta dan masuk ke dalamnya. Aku hidupkan kereta dan beredar. Dalam masa 5 minit aku dapat menjejaki Myvi Reza yang berada di lampu isyarat. Aku yakin, Reza tidak sedar aku mengikutinya. Lagu-lagu radio kali ini sangat tidak menyakitkan telinga kerana aku lebih fokuskan Reza. Entah ke mana dia akan pergi.

Selama 30 minit aku mengikuti Myvi itu dan sekarang aku tiba di sebuah bangunan kedai. Ada banyak restoran di sini. Myvi Reza selamat berhenti di hadapan sebuah café. Dia keluar mendekati café itu dan masuk ke dalam. Aku juga mencari ruang parkir yang tidak jauh daripada café itu. Dengan pantas aku keluar dan berjalan menuju ke café. Suasana sekeliling agak bising dengan bunyi kenderaan yang melalui jalan sehala.

"Woi Baz!" jerit seseorang. Langkah aku terhenti dengan tiba-tiba. Aku berpaling dan melihat pemilik suara.

"Kau buat apa kat sini? Kau nak pergi date ke?" soal Syahira. Entah mengapa hari ini Tuhan mahu aku melihat wajah perempuan ini.

"Suka hati aku," balas aku.

"Eh aku lupa kau takde awek pun kan? Takpelah kau date dengan aku jelah," sengih Syahira lalu dia mendekati aku. Aku terbau minyak wangi Victoria Secret yang mana entah padanya.

"Kau nak apa?" soal aku. Aku tidak memandang wajahnya dan hanya melihat kenderaan yang lalu.

"Aku nampak kau kat sini dan aku tanya kau buat apa tadi?" tanya perempuan itu lagi. Aku terus meninggalkannya. Aku tidak tahu harus ke mana dan rancangan aku untuk mengintip Reza gagal disebabkan Syahira.

BAK! Aku meraba-raba bibir aku yang sakit terlanggar sesuatu. Aku terlanggar perempuan di hadapan aku yang memakai cermin mata. Bibir aku terkena cermin mata besarnya! Rasanya aku pernah nampak muka perempuan ini tetapi aku terlupa di mana.

"Sorry encik?" katanya sambil membetulkan rambut panjangnya. Dia memakai cermin mata besar dan berwajah ayu.

"Kau buta ke? Jalan pakai mata bukan pakai bontot!" balas aku sedikit bengang.

"Sorry? I rasa I macam kenal muka you ni..." katanya.

Baru aku sedar bahawa perempuan ini mirip dengan perempuan yang aku jumpa di 7 eleven tempoh hari. Aku terus meninggalkannya dan berlari  ke arah kereta. Perempuan tadi masuk ke dalam café tanpa menghiraukan aku. Syahira? Entah ke mana dan aku berharap dia tidak mengikuti aku.

Setelah tiada sesiapa yang aku kenal di kawasan café itu, aku berjalan menghampiri café itu semula. Nama café itu Twenty Three. Dekorasinya yang romantik sesuai untuk pasangan bercinta datang ke situ. Aku menghampiri hadapan café dan melihat Reza dan perempuan tadi duduk semeja. Dahi aku berkerut melihat mereka berpegangan tangan. Apa yang aku lihat ini?

"Wei Bazli?" aku terkejut dan mengenali pemilik suara ini. Aku berpaling dan menarik lengan Syahira pergi daripada situ. Syahira meronta-ronta untuk melepaskan lengannya. "Apa kau ni Bazli! Lepaskanlah tangan aku ni!" kata Syahira. Ada nada merengek suaranya.

"Kau boleh tak blah! Aku tak nak tengok muka kau!" marah aku pada Syahira. Aku cukup menyampah melihat mukanya di dalam pejabat dan juga pada waktu ini.

"Kau kenapa nak marah-marah kat aku ni? Aku just nak tahu kau buat apa!" balas Syahira. Aku menggenggam penumbuk akibat kegeraman yang melampau.

"Apa kau buat kat sini Baz?" soal Reza di belakang aku. Aku menoleh dan memandang Reza bersama perempuan itu. Mulut aku tertutup rapat dan aku terus berjalan dengan laju meninggalkan mereka semua. Aku sakit kepala.

**

Malam itu, Zizi keluar untuk mencari Dina. Seperti biasa dia menggunakan khidmat uber untuk ke mall. Dia berharap dia dapat berjumpa dengan Dina. Kereta berhenti di hadapan pintu utama. Zizi keluar selepas membayar tambang.

Dia bergerak laju ke tandas bersebelahan dengan butik-butik pakaian di sekelilingnya. Dia seperti ternampak Reza di dalam sebuah butik. Kakinya bergerak laju ke arah butik itu. Daripada luar, dia memerhati Reza bersama seorang perempuan berambut panjang.

"Tu Reza...dengan Doktor tu?" soalnya sendiri. Zizi terfikir sama ada mahu masuk ke dalam butik ataupun tidak. "Reza?!!" jerit Zizi. Reza langsung tidak mendengar jeritannya. Zizi menggenggam tali beg slingnya dan kemudian berlari ke tandas.

Dia masuk ke dalam tandas dan menghampiri sinki. Air mata Zizi keluar tanpa henti mengenangkan Reza. Dia memandang wajahnya pada cermin yang sedang menahan sakit hati. Serta-merta dia menumbuk cermin di hadapannya dengan kuat.

Tangannya terluka sedikit tetapi hatinya lebih sakit daripada luka itu. Seorang mak cik cleaner hanya memerhati gelagat Zizi. Zizi tidak menghiraukannya dan terus menangis tanpa henti. Dia membuka sinki dan membasuh mukanya. Zizi perlahan-lahan beredar keluar daripada tandas dan mencari Reza semula. Reza tiada di dalam butik tadi.

Zizi memerhati kiri dan kanannya mencari Reza. Dia terus berlari keluar daripada mall dan dapat merasakan Reza baru sahaja pergi. Di luar mall tiada sesiapa melainkan orang ramai dan kenderaan. Beberapa orang remaja sedang menghisap vape.

"Mana Reza mana Rezaa!!!" kata Zizi kegeraman. Dia mengeluarkan telefonnya di dalam beg sling. Dia cuba menghubungi Reza tetapi gagal. Cubaan kali kedua juga sama sahaja.

Dia teringatkan Dina, dia datang ke mall ini untuk mencari Dina. Entah mengapa dia terlupa disebabkan lelaki itu.

"Kak Zizi?" sapa Sara, kawan adiknya.

"Sara? Sara buat apa dekat sini?" soal Zizi. Dia terpandang lelaki di sebelah Sara.

"Err akak pulak buat apa dekat sini?" soal Sara pula.

"Akak cari Dina mana tahu dia ada area sini..." balas Zizi yang masih lagi pening.

"Sara jomlah cepat," ajak lelaki itu, kekasih Sara. Mereka pergi dengan pantas meninggalkan Zizi. Zizi menoleh dan memerhati lelaki tadi.

Dia berjalan ke arah jalan raya yang tidak begitu sesak. Fikirannya teringatkan Reza bersama perempuan tadi bermesraan. Mungkin sebab itu Reza hanya menganggapnya sekadar 'kawan' bukan yang istimewa. Air matanya yang ditahan mengalir lagi ke pipi jatuh ke atas tanah.

Dia lihat ada sebuah lori bermuatan panjang sedang menghampiri. Tanpa berfikir panjang Zizi melangkah ke tengah jalan. Dia memejam matanya sambil menunggu lori merempuh dirinya. Selepas ini dia tidak perlu memikirkan lelaki bernama Reza, Dina dan papa.

PON! PONNN!!! Pemandu lori membunyikan hon tanpa henti. Zizi masih lagi tidak berganjak. Dia mahu mengakhiri hidupnya ketika ini juga.

PONN! PONNNN!!! Semakin dekat.

BUKK!!! "Arghhh!" Seperti tubuhnya berpusing dan terjatuh bergolek di atas pasir. Zizi membuka kelopak matanya dan memandang lelaki dihadapannya juga di atas pasir. Lelaki bersweater kelabu itu memandangnya dengan kosong. Zizi kaku.

"Sial! Kotor baju aku," kata Bazli sambil membersihkan pasir-pasir yang melekat pada seluar jeans. Zizi masih lagi kaku memandang lelaki itu. "Kau tengok apa? Bangunlah!" marah Bazli.

Zizi duduk dan memerhati kiri dan kanan jalan. Tiada lagi lori tadi dan tiada lagi hon. Dia masih lagi hidup. Tuhan sememangnya sayangkan dia.

Bazli menghulurkan tangannya pada Zizi. Zizi menyambut tangan Bazli lalu dengan pantas Bazli menarik Zizi bangun. Bazli terpandang baju perempuan itu yang melekat tanah.

"Baju kau kotor, bersihkanlah," arah Bazli. Zizi memerhati pula bajunya dan membersihkan kesan-kesan tanah yang melekat.

Bazli memegang lengannya lalu menariknya ke arah kereta. Zizi terkejut dan cuba untuk melepaskan dirinya daripada lelaki itu. Bazli membuka pintu kereta dan menolak dia masuk ke dalam.

"Biar aku hantar kau balik perempuan gila," kata Bazli.

"Kau kata aku perempuan gila?" soal Zizi. Bazli terus menutup pintu kereta dan berjalan ke hadapan kereta sambil mengeluarkan telefon. Dia bermain-main telefonnya. Zizi bersandar sambil memerhati gelagat lelaki itu. Bajunya basah di belakang akibat berpeluh.

Bazli masuk ke dalam dan menghidupkan kereta. Dia terus membawa keretanya beredar daripada situ. Zizi hanya memerhati gelagat Bazli.

"Kenapa kau selamatkan aku? Kenapa? Aku nak matilah!" tanya Zizi. Dia mengetap bibir.

"Bukan itu cara untuk kau mati..." balas Bazli tenang.

"Apa kau cakapkan ni? Aku sudah penat dengan life aku!"

"Aku pun sudah penat dengan life yang karut ni..."

"Maksud kau?"

"Maksud aku sama macam kau,"

Zizi terdiam. Dia tidak tahu apa yang sedang dimaksudkan oleh lelaki di sebelahnya ini. Zizi memandang ke luar tingkap sambil melayani sejuk penghawa dingin kereta.

"Kalau kau nak sangat mati, matilah dalam tangan aku..." kata Bazli setelah sekian lama senyap. Zizi menoleh ke arah Bazli tanpa mencelik mata. Tiba-tiba dia berasa gerun dengan lelaki di sebelahnya ini. Kereta berhenti kerana jalan terlalu sesak. Ada kemalangan di hadapan. Ramai yang memandu perlahan untuk melihat pertunjukkan kematian.

"Kalau kau kena langgar mesti jadi macam manusia dekat depan tu," kata Bazli sambil tersenyum sinis. Zizi terpandang kesan-kesan darah baru di sekitar jalan. Tubuh lelaki yang mati itu dibaluti dengan kertas surat khabar. Perlahan-lahan kereta yang dinaikinya berjaya mengharungi kesesakan.

"Tak boleh buka radio ke?" soal Zizi.

"Aku tak suka dengar radio," balas Bazli. Suasana gelap di kiri dan kanan. "Rumah kau dekat mana?" soal Bazli lalu memandangnya.

"Kau jalan je nanti aku tunjuk," balas Zizi.

"Oh..." Bazli masih fokus memandu walaupun di dalam gelap. Dia juga teringatkan Reza bersama Juliana siang tadi. "Boleh aku tanya?" tanya Bazli.

"Apa?"

"Kenapa perempuan ni murah sangat?" soal Bazli sambil tersengih jahat.

"Apa yang kau cakap ni? Tu bukan soalan dan aku tak tahu!" balas Zizi.

"Kan aku bertanya...bertenang..." kata Bazli. Tiba di satu simpang, Zizi mula menunjuk arah jalan ke rumahnya. Bazli membawa kereta dengan tenang.

Tiba di kawasan perumahan, Bazli menghentikan keretanya di hadapan rumah Zizi.

"Thanks," ucap Zizi lalu keluar dan terus membuka pagar rumah. Bazli masih tidak berganjak. Dia tidak memandang Zizi sehingga Zizi masuk ke dalam rumahnya. Dia memerhati kawasan sekeliling yang sunyi sebelum bergerak balik.

avataravatar
Next chapter