16 16

REZA

Setengah jam aku berada di sini menunggu kehadiran Adam. Kelibatnya masih lagi tidak kelihatan. Seorang lelaki berpakaian kemas memandang aku dari dalam keretanya. Sudah 5 minit dia ada di dalam kereta barulah dia keluar mendekati aku.

"Ni Reza ke yang call dua hari lepas?" soalnya.

"Ya ya akulah, sila duduk," balas aku sambil memerhati lelaki itu. Inilah rupa kekasih Dina itu. Dia memanggil pelayan untuk memesan minuman. Pelayan datang dan pergi membawa pesanannya yang telah tercatit.

"Sorry bang, aku ragu-ragu tadi nak keluar takut salah orang," kata Adam. Dia kelihatan biasa-biasa.

"Takpelah aku okey je," balas aku lalu menyedut straw.

"So apa yang kau nak tanya aku pasal Dina?" tanyanya dengan laju. Aku rasa dia tidak kisah apa-apa saja yang aku bakal tanyakan nanti.

"Aku kawan Zizi, kakak kepada Dina. Aku just nak tahu kau ambil Dina dekat Times Square pukul berapa?" soal aku yang mula mengeluarkan buku nota 555.

  "Hmm rasanya nak maghrib macam tulah," jawabnya.

"Lepas tu korang berdua pergi mana?" soal aku lagi.

"Hmm hantar dia balik dekat kawasan rumah dialah tapi takdelah depan rumah," terang Adam. Minuman yang dipesannya tiba. Dia menyedut rakus penyedut minuman itu. Mungkin dahaga.

"Relaks relaks," kata aku padanya.

"Ha ha lagi bang?" balasnya.

"Kau ni tak rasa sedih ke girlfriend kau hilang? Kot kot dia kena culik ke mati ke..." tanya aku.

"Sedih tu entahlah sebab kami berdua dah takde pape pun sebenarnya," terangnya. Nampaknya dia langsung tidak kisah mengenai hal ini.

"Masa kau hantar dia ade tak kereta atau motor yang follow dari belakang?" soal aku lagi sambil mencatit sesuatu pada buku 555.

"Hmm susahlah nak ingat bang... Err rasanya ade kereta time tu macam kereta Honda...err kotlah, " katanya yang cuba sedaya upaya mengingati kejadian itu.

"Dia follow dari mana? Dari Times Square tu ke?"

"Tak tahu entahlah, aku sedar pun masa kat traffic light sampai hantar Dina dia hilang entah ke mana," terang Adam sambil mengacau airnya.

"Honda kan? Honda apa? Warna apa?"

"Tak surelah Honda apa tapi macam warna putih je..." balas Adam.

"Hmm susah betul kau ni tak ingat and main rasa je," balas aku. Adam memandang aku lalu menyengih.

"Nak buat macam mana dah lama kot," balasnya pula.

"Sudah lama ke korang bercouple ni?" soal aku lagi sambil membelek-belek tiap helaian buku nota di tangan.

"Dekat tiga bulan macam tulah kot, lagi pun Dina tak pernah serius dengan aku," Adam menunduk merenung air di dalam gelasnya. Aku membiarkan saja dia melayani perasaannya sebentar.

Selepas itu, kami berborak kosong untuk menghabiskan minuman masing-masing. Segala maklumat yang aku peroleh tercatit rapi di dalam buku nota hikmat 555. Adam meminta diri untuk beredar. Aku juga beredar ke rumah Zizi selepas ini untuk memberi buku nota.

"Eh Reza?" panggil seseorang. Aku berpaling ke arahnya.

"Doktor Juliana? Buat apa dekat sini?" soal aku memandang Doktor Ju yang ayu itu.

"I saja je singgah nak makan kat sini, you buat apa pula?" tanyanya pula.

"Ah I jumpa kawan I tadi, kenapa? Doktor nak I teman Doktor ke?" balas aku menyembunyikan senyuman.

"Mama? Adik laparlah mama..." kata seorang budak perempuan yang tiba-tiba saja muncul entah dari mana.

"Kita nak masuk makanlah ni sayang, sabar ye. Salam tangan uncle Reza dulu," kata Ju pada budak perempuan itu. Dahi aku berkerut. Adakah Ju sudah berkahwin? "Jomlah I belanja you makan," ajak Doktor Ju.

Budak perempuan itu terus salam tanganku. Aku masuk semula ke dalam restoran. Doktor Ju nampak begitu ayu dengan rambut panjangnya. Walaupun bercermin mata, kecantikannya terserlah.

"Lepas ni you jangan panggil I doktor lagi, panggil I Ju je ye," katanya. Aku tersenyum. Pelayan tadi datang untuk mengambil pesanan. Aku dan Ju memesan masakan thai saja untuk mengisi perut kosong. Pelayan tadi beredar ke tempatnya. Budak perempuan disebelah Juliana sibuk bermain permainan video di dalam Ipad.

"I segan jelah you kan doktor, I rasa I still pesakit you," balas aku.

"Okey sekarang you dengan I kawan ye," balas Ju pula. Dia tersenyum.

"Hm boleh I tanya something? Ni anak you ke Ju?" Soal aku.

"Yea, ni anak I nama dia Batrisya baru je 9 tahun," terang Ju sambil mengusap kepala anaknya. Comel juga budak bernama Batrisya ini.

"Hari ni tak kerja ke?" tanya aku.

"Hari ni I ambik cuti sebab ade hal family kena setel pagi tadi," terangnya.

"Husband you mana?" Soal aku lagi.

"Husband I sudah lama meninggal," balas Ju. Aku menarik nafas lega lalu merenung wajah Batrisya. Kami terus berbual sehingga pesanan tadi tiba di meja. Tiada apa yang menghairankan makan bersama seorang perempuan yang cantik begini.

**

Seperti biasa selepas penat berborak lama, aku terus beredar pulang. Ju juga begitu. Aku terus masuk ke dalam Myvi selepas merokok. Kereta aku bergerak ke arah apartment.

Mata aku menangkap kelibat kanak-kanak berusia 10 tahun sedang berjalan sendirian. Ada sesuatu di dalam diri aku memaksa untuk berseronok pada ketika ini. Aku terus berhentikan kereta. Dia seperti terkejut dengan kehadiran kereta aku ini.

"Dik buat ape kat sini sudah lewatlah," kata aku sejurus menurunkan tingkap kereta.

"Hm abang Reza rupanya. Aina nak balik ni," balasnya yang merupakan anak jiran aku.

"Jomlah sekali dengan abang pun nak balik jugak," ajak aku lalu membuka pintu penumpang sebelah. Tanpa berlengah Aina masuk ke dalam kereta.

"Emm Aina, kejap ye abang nak pergi jumpa kawan abang kat satu tempat ni lepas tu baru kita balik ye," terang aku sambil membelok ke kanan.

"Pergi mana bang Reza?" soal budak 10 tahun itu.

"Ala sekejap je kat hujung sana tu," kata aku lalu mengusap-usap rambut Aina. Aina nampak begitu tenang apabila aku mengusapnya. Dia terdiam memandang ke luar.

Tiba di sebuah kilang lama aku berhentikan kereta. Aina tersentak sedikit melihat suasana kawasan itu. Aku terus keluar dan mendekati pintu penumpang. Aku buka dan menyuruh Aina keluar. Dia keluar tanpa banyak songeh.

"Kawan abang tu kat mana?" soalnya.

"Kat dalam, Aina ikut je abang nanti abang kasi main phone abang ye," terang aku sambil mengusap rambut budak itu. Aku memegang tangannya dengan erat.

"Aina rasa seram je kat dalam tu," balasnya sambil cuba menarik tangannya. Aku memegangnya lebih erat.

"Kan abang kata teman abang je lepas ni kita baliklah," balas aku sedikit geram.

Suasana makin gelap. Aku menarik Aina masuk ke dalam kilang lama itu. Aku terus berjalan sehingga menjumpai satu bilik yang ruangnya sederhana besar. Aku dapat merasakan Aina menggigil ketakutan.

"Aina nak baliklah!" jerit Aina. Aku menggenggam tangannya lebih kuat. "Abang sakitlah tangan Aina! Lepaskan Aina!" pintanya.

Aku berpeluh. Peluh di dahi terus jatuh mengalir sehingga ke pipi. Hati aku terus tidak keruan melihat Aina berbaju merah jambu.

"Aina dengar cakap abang tau nanti kita balik," kata aku dengan lembut padanya. Mukanya seperti mahu menangis melihat aku.

Aku terus menarik dan memeluk budak kecil itu. Dia sudah menangis teresak-esak. Air matanya membasahi t-shirtku.

"Lepaskan Aina, lepaskan Aina!" pintanya lalu menolak tubuh aku. Aku terus menampar pipi Aina sehingga dia jatuh. Pantas aku memeluknya yang sudah terbaring.

Aku sayangkan Aina. Aku janji aku akan menjaganya dengan baik malam ini kerana tiada esok buatnya. Bunyi cengkerik menemani kami.

**

Malam itu, aku balik dengan keadaan sedikit kusut. Aku lihat Bazli sedang menjamah nasi goreng. Pantas aku terus Tarik kerusi dan duduk di sebelahnya.

"Kau kenapa?" soal Bazli sebelum menyuap nasi ke mulut.

"Aku lapar tengok kau," balas aku tanpa berfikir panjang.

"Ha?" soal dia pendek.

"Maksud aku lapar tengok kau makan nasi tu," jawab aku.

"Ambiklah aku kenyang," kata Bazli lalu menolak pinggan kepada aku.

"Thank you Baz!" jawab aku. Aku menghabiskan nasi goreng masih berbaki banyak itu. Bazli meninggalkan aku sendirian di ruang tamu. Bunyi notifikasi masuk di dalam telefon lalu pantas aku menyeluk telefon di poket. Aku lihat Ju menghantar sesuatu di dalam whatsapp. Aku lihat emoji berbentuk hati berwarna merah sambil aku tersengih dengan sendiri. Aku juga membalas kembali whatsappnya itu dengan emoji ciuman. Aku dapat merasakan Ju sudah tersangkut pada aku. Mulut aku kembali mengunyah nasi goreng tadi.

"Reza?!" jerit seseorang di luar rumah. Aku terpinga-pinga mendengar jeritan itu lalu aku masukkan semula telefon ke dalam poket seluar. Tanpa berlengah aku bangun dan dekati pintu.

Tangan aku pantas memulas dan menarik tombol. Apa yang aku lihat adalah Kak Aishah, ibu kepada budak Aina itu. Wajahnya penuh dengan kerisauan.

"Ya kak kenapa ni datang malam-malam?" soal aku tertanya-tanya.

"Reza dengan Bazli ada nampak tak anak akak yang Aina tu? Dia dari siang tadi tak balik-balik rumah..." terang Kak Aishah dengan cemas. Aku pula berwajah tenang sahaja.

"Aina tak balik lagi? Seriuslah kak? Dia main dekat rumah kawan dia kot," kata aku lalu menggaru-garu lengan yang gatal.

"Semuanya akak sudah call tadi. Dorang kata Aina sudah lama balik petang tadi tapi..." balas Kak Aishah. Aku dapat lihat raut wajahnya yang kerisauan terhadap anak perempuan tunggalnya itu.

"Akak cuba bawa bertenang dulu, sudah buat report polis ke? Husband akak mana?" tanya aku yang menggaru pipi pula.

"Husband akak pergi buat report tadi, akak tak tahulah akak takut Aina kena culik je,"

"Saya faham kak, zaman sekarang terlalu banyak kes budak hilang tak jumpa-jumpa...saya risau anak akak pun kena culik dengan orang-orang tak guna luar sana!" balas aku.

"Akak takut itulah yang terjadi dan terima kasihlah Reza, akak balik dulu. Kalau Reza dengan kawan nampak Aina beritahulah akak atau husband ye..." terang Kak Aishah.

"Akak baliklah dulu berehat, bincang dengan husband apa yang patut akak buat sekarang ye, nanti ada apa-apa saya beritahu akak ye," balas aku. Kak Aishah perlahan-lahan beredar pulang ke rumahnya. Aku memerhati kiri dan kanan melihat suasana sekeliling sebelum aku masuk ke dalam.

Kaki aku melangkah ke sofa. Aku duduk dan mencapai kotak rokok di atas meja. Sebatang rokok aku keluarkan dan meletakkannya di bibir. Cricket aku capai dan beberapa saat selepas itu aku hembuskan asap penyakit.

"Siapa yang ketuk pintu tadi?" soal Bazli. Aku lihat wajah Bazli yang basah mungkin baru selepas mencuci mukanya. Lelaki ini boleh tahan menjaga penampilannya.

"Kak Aishah anak dia Aina tu hilanglah dari siang tadi," jawab aku.

"Oh? Budak tu pulak lesap? Apa-apa jelah..." balas Bazli yang tidak berminat untuk tahu. Dia berjalan masuk ke biliknya untuk tidur. Hari sudah malam, aku juga patut masuk tidur. Aku bangun dan menuju ke dapur kerana berasa amat dahaga. Perlahan-lahan aku menuju ke dapur sambil bersiul sumbang. Sampai di hadapan peti sejuk, aku buka dan mencapai sebotol air kosong. Aku teguknya begitu sahaja sebelum masuk ke bilik air.

Pintu bilik air aku tolak dan masuk ke dalamnya. "Arghhh! Babi!" aku tercarut kerana terpijak sesuatu di lantai. Aku pandang ke lantai lalu mencapai cincin. Cincin berwarna silver itu aku renung dalam-dalam. "Cincin siapa ini? Seperti cincin perempuan rasanya..."

"Sudah bagi aku cincin tu..." kata Bazli yang entah sejak bila dia berdiri di situ. Aku memandang wajah Bazli yang tidak lagi basah seperti tadi.

"Cincin siapa ni? Kau ade awek ke?" soal aku yang tertanya-tanya. Bazli merenung aku.

"Bagi jelah dan kau tak perlu tahu apa-apa pasal cincin tu!" balas Bazli. Aku dapat merasakan dia sedang menahan bengang. Bazli terus merampas cincin yang berada di tapak tangan aku. Pantas dia beredar membawa cincin tadi pergi.

"Dia ade awek ke? Pelik..." kata aku sendiri. Aku terus menutup pintu bilik air untuk meneruskan hajat yang tertunda. Aku duduk di atas jamban yang basah sedikit sambil menghisap rokok berbaki kontot. Mata aku tertumpu pada pintu yang tidak berkunci. Tiba-tiba fikiran aku melayang memikirkan Ju. Aku tidak tahu mengapa aku terfikirkan perempuan bernama Ju itu. Entah apa yang ada padanya yang membuatkan aku mengenangkannya.

Raut wajah Doktor Ju tadi sangat cantik persis Barbie di dalam bilik aku. Dia berambut panjang dan juga memakai cermin mata berbingkai besar. Dia sangat ayu lebih-lebih lagi ketika dia memakai skirt ketat dan berkasut tumit tinggi. Kalaulah aku menculik Ju dan menjadikannya anak patung Barbie pasti aku tidak lagi kesunyian.

Tangan aku menarik pam air untuk membersihkan apa yang patut di dalam mangkuk. Selepas semuanya aku cuci, aku keluar dan mendekati sinki. Aku basuh muka di sinki. Airnya amat sejuk membuatkan aku sedikit segar. Aku tutup air sinki dan mula bergerak ke bilik untuk tidur.

KLEK. Pintu bilik ditolak oleh aku sendiri. Bilik aku seperti biasa bersepah. Aku terus merebahkan diri di atas tilam. Sungguh enak sekali berbaring ketika tubuh keletihan. Aku pandang ke siling sambil mengenangkan wajah Aina tadi. Kasihan budak itu menjadi mangsa tetapi apakah daya dia. Dia hanya seorang kanak-kanak perempuan kecil yang sama seperti lain. Dia hanya mampu merintih merayu-rayu pada aku yang tidak mampu mengawal nafsu.

Suasana makin sunyi. Aku keluarkan telefon dan meletaknya di sebelah bantal. Agaknya Ju sudah tidur ke? Aku mahusaja menghantar whatsapp ucapan selamat malam tetapi risau juga aku yang terhegeh. Aku harus mengawal perasaan ini dan perempuan itu harus membalasperasaan aku ini. Telinga aku menangkap tapak kaki seseorang di luar seperti menuju ke dapur. Bazli tidak pernah tidur dengan tenang agaknya.

avataravatar
Next chapter