13 13

Doktor Juliana mencatit sesuatu dalam buku notanya. Reza sekadar memerhati wajah ayu Doktor perempuan yang bercermin mata itu. Dia sukakan wajah ayu seorang perempuan seperti di hadapannya ini.

"Nanti I akan beri ubat tahan sakit dan demam pada you, you kena makan ikut waktu ditetapkanlah," terang Doktor Ju sambil membetulkan rambutnya yang panjang.

"Doktor pasal number you aritu you serius ke?" soal Reza menyembunyikan sengihannya.

"I seriuslah, kalau ada pape you call I je," balas Doktor Ju yang kelihatan serius kali ini. Reza menggigit bibir lalu terus keluar daripada bilik rawatan. Dia duduk seketika di bangku yang disediakan untuk menunggu ubatnya.

"Reza macam mana tadi? Kau sakit ape?" tanya Zizi yang baru keluar daripada tandas. Zizi duduk di sebelah Reza.

"Demam sikit je, nanti doktor kasi ubat tahan sakit juga," balas Reza.

"Aku nak cepat sihat macam biasa," kata Zizi. Reza sekadar senyum lalu menganggukkan kepalanya. Dia tidak tahu apa lagi yang harus dikatakan kepada Zizi.

"Err...kau jangan risaukan akulah ye," jawab Reza. "Haaa pasal Dina macam mane ye? Ade pape maklumat ke pasal dia?" soal Reza yang ingin tahu.

"Aku tengah usahakan sekarang, aku pun pening," balas Zizi.

"Hari tu kau kata dia balik dengan boyfriend kan? Cuba contact dia tu mana tahu dia ade pape maklumat pasal Dina?" terang Reza memberi cadangan.

"Betul kata kau tu, aku try cari number dia balik nanti," balas Zizi. Dia terus membuka telefonnya untuk bertanya mengenai Adam kepada Sara.

"Encik Reza..." Panggil pembantu klinik di kaunter ubat. Reza bergegas mengambil ubatnya dan mendengar satu-persatu arahan yang diberikan. Kemudian, dia membayar sejumlah wang.

"Jom lepak jap kat mamak sebelah," Ajak Reza. Zizi mengangguk setuju untuk ke restoran mamak di sebelah. Mereka berdua terus berjalan ke restoran mamak yang berhampiran.

**

"Sorry Reza, aku terpaksa dekat dengan kau untuk cari Bazli," kata Ju sambil mengintai Reza dan Zizi yang sedang berbual di meja. Ju membetulkan rambutnya sebelum bergerak ke restoran itu. "Eh hai Reza?" soal Ju berpura-pura.

"Aik? Doktor dah habis kerja ke?" soal Reza pelik.

"Hari ni I balik awal sikit sebab ade emergency dekat rumah," terang Ju. "Boleh I duduk sini juga?" soal Ju meminta izin.

"Eh duduklah..." pelawa Zizi.

Ju terus duduk di atas kerusi bersebelahan dengan Reza. Dia memandang Reza sambil tersenyum. Reza juga turut tersenyum melihat Juliana.

"Tadi I dengar you ade cakap pasal adik you yang hilang kan?" soal Ju pada Zizi.

"Ye, doktor pun tahu pasal tu kan? Bukan adik saya je yang hilang," balas Zizi.

"Kalau I ternampak I akan bagitahu you cepat-cepat," kata Ju lalu mengusap lengan Zizi. Dia boleh merasai perasaan Zizi pada ketika ini. "Eh I rasa I perlu balik sekaranglah," kata Ju lalu bangun. Reza dan Zizi memahami situasi Doktor Ju itu. Dia beredar ke keretanya di ruang parkir.

Kaki Ju pantas melangkah merapati keretanya. Dia memerhati gerak-geri seorang lelaki bertubuh tinggi menghampiri restoran itu. Lelaki itu terus duduk di meja Reza tadi.

**

"Baz? Baru balik ke?" soal Reza setelah Bazli duduk di kerusi. Mata Zizi tertumpu pada Bazli. Imej perempuan yang diculik hari itu tiba-tiba saja muncul di mindanya. Entah mengapa Zizi terfikirkan hal itu saat melihat wajah Bazli.

"Banyak kerja sikit, kau lepak apa kat sini? Balik dengan aku." balas Bazli tanpa mempedulikan renungan Zizi. Reza menyedari renungan Zizi terhadap Bazli.

"Kepala aku rasa sakit petang tadi, Zizi teman aku pergi klinik," terang Reza. Bazli menongkat dagu sambil memandang Zizi. Zizi tidak senyum tetapi buat biasa-biasa saja. Dia bermain-main telefonnya pula.

"Aku perlu balik sekarang," kata Zizi lalu terus beredar meninggalkan mereka berdua. Zizi terus berjalan ke arah jalan untuk mengambil teksi yang lalu di situ.

**

Mata Ju tidak terlepas memerhati Bazli dari dalam keretanya. Bazli dan Reza bangun untuk beredar daripada situ. Ju pantas menghidupkan keretanya untuk mengekori kereta Bazli. Dia perlu tahu di mana tempat tinggal Bazli agar dapat menyenangkan kerjanya.

Keretanya bergerak perlahan-lahan melalui jalan sehala untuk ke jalan besar. Kereta Bazli juga bergerak pulang. Ju memandu dengan penuh berhati-hati mengekori kereta Honda di hadapannya itu. Dia tidak mahu kereta itu terlepas daripada pandangannya.

Kereta itu membelok ke kiri dan terus menghampiri kawasan lampu isyarat. Ju betul-betul berada di belakang kereta itu. Dia berkali-kali cuba menfokuskan penglihatannya kepada Bazli di dalam kereta itu namun tidak begitu jelas.

Fikirannya mengenangkan saat-saat lelaki itu mahu membunuhnya 10 tahun lalu. Ju tidak dapat melupakan kejadian yang hampir mencabut nyawanya. Dia tahu makin lama semakin ramai yang akan menjadi mangsa Bazli dan juga Reza. Mengenai budak perempuan di taman itu juga membuatkannya berasa bersalah. Baginya dua manusia yang di hadapannya itu gila.

Bazli sanggup membunuh ibunya dan menggelarkan semua perempuan sama. Ayat yang terkeluar daripada mulut Bazli pada malam itu sememangnya tidak dapat dilupakan oleh Ju.

**

10 TAHUN LALU.

Mata Ju tidak habis memerhati gelagat Bazli di luar rumah. Lelaki itu sedang menyapu sampah di hadapan rumah. Bibir Ju mengukir senyuman saat Bazli berpaling ke arahnya. Lelaki itu mengangguk kepalanya.

Kaki Ju melangkah ke luar. Dia menolak pintu pagar lalu mendekati Bazli yang masih lagi menyapu sampah.

"Awak dah makan?" Soal Ju.

"Ye, sudah tadi."

Mata Ju memerhati wajah remaja lelaki di hadapannya itu. Jantungnya berdebar tiba-tiba.

"Kenapa pandang aku macam tu?" Soal Bazli pula.

"Saya suka tengok awak, awak ni rajin. Setiap hari awak mesti sapu sampah dekat kawasan rumah kan?" Terang Ju tanpa segan silu. Bazli menahan senyumannya. Dia mengalihkan pandangannya ke arah pokok-pokok di tepi rumah. "Parent saya dah pergi kerja, awak nak tak tengok cerita baru dekat rumah saya? Semalam saya ada beli CD baru dekat pasar malam."

"Hmm, aku..."

"Jomlah Bazli, kita berdua jelah tak perlu malu-malu," kata Ju lalu merampas penyapu di tangan Bazli. Dia meletakkan batang penyapu tadi di pagar. Tangannya menarik lembut tangan Bazli ke rumahnya. Mereka berdua masuk ke dalam rumah tanpa bersuara. Bazli akur dengan tindakan Ju.

"Awak duduklah dulu, saya nak ambil keropok jap dekat dapur," kata Ju lalu beredar ke dapur. Tinggal Bazli sendirian di ruang tamu. Matanya meliar memandang ruang rumah itu. Semuanya tersusun rapi dan penuh dengan perabot mahal. Tidak seperti keadaan di rumahnya yang terlebih ruang kosong.

Bazli bangun dan mendekati gambar-gambar yang tergantung di dinding. Gambar Ju bersama ibu dan ayahnya. Wajah mereka tersenyum riang menandakan mereka bahagia bersama.

"Awak tengok ape tu Baz?" Tanya Ju sambil membawa dua kotak air soya dan keropok Twisties. Dia meletakkan makanan ringan yang dibawanya tadi di atas meja.

"Kau sayang ibu kau?" Soal Bazli. Matanya masih tertumpu pada gambar.

"Eh mestilah sayang. Dia ibu saya paling terbaik!" Balas Ju. Bazli terdiam lalu duduk di atas sofa kembali. Ju hanya memerhati gelagat Bazli. Riak wajah remaja itu kelihatan sedih.

Ju segera mendekati Bazli. Dia duduk di sebelah Bazli lalu mengusap lengan Bazli dengan lembut. "Takpe, saya ada boleh temankan awak kalau awak sunyi," kata Juliana.

"Maksud kau?" Soal Bazli. Ju menarik kepala Bazli agar memandang wajahnya dengan lebih dekat. Mata mereka saling berpandangan. Anak mata coklat Bazli direnungnya dalam-dalam. Perasaan Ju ketika ini membuak-buak. Entah apa yang sedang dirasainya sekarang tetapi ia adalah satu perasaan yang sukar ditafsir.

"Saya sayangkan awak Bazli," kata Ju lalu memeluk erat tubuh Bazli. Mata Bazli terpaku pada gambar yang dilihatnya tadi. Dia membiarkan saja Ju memeluk tubuhnya. "Saya tak nak awak jauh dengan saya."

"Kau...? Sayangkan aku?" Soal Bazli. Ju melepaskan pelukannya tadi. Dia memegang pipi Bazli yang lembut. Wajah Bazli ditatapnya.

Ju mendekatkan wajahnya pada Bazli. Bibirnya bertemu bibir Bazli. Mata Bazli hanya memerhati kelakuan Ju terhadapnya tanpa sedikit bantahan. Sebenarnya Bazli mengetap bibirnya walaupun tidak membantah Ju menciumnya.

"Kenapa?" Soal Ju.

Bazli mendiamkan diri. Dia berpaling ke arah televisyen yang tidak di Onkan. Dia terus bangun dan keluar daripada rumah itu.

avataravatar
Next chapter