11 11

REZA

Tiba perkarangan kolej, mata aku memerhati setiap pelajar yang baru masuk bulan ini. Mereka semua nampak muda dan gembira bersama rakan lain. Aku terus keluar daripada kereta dan menuju ke pejabat pensyarah. Di tangan aku ada beberapa borang yang perlu aku hantar pada pensyarah itu. Pintu biliknya aku ketuk tiga kali sebelum mendengar suara perempuan menjemput aku masuk ke dalam.

"Shahreza? Nak hantar borang praktikal ke?" soal Puan Farhana yang sedang membelek novel cinta.

"Ye Puan, borang yang minggu lepas tulah," balas aku.

KREKKK... Pintu ditolak daripada luar. Seorang budak perempuan berumur 12 tahun masuk ke dalam dan mendekati Puan Farhana. Aku rasa itu anaknya.

"Mama, nanti Lili nak jalan-jalan kat kolej ni kejap," katanya pada mamanya.

"Sekejap je, nanti kita nak balik," balas Puan Farhana. Budak perempuan nama Lili itu terus keluar daripada bilik mamanya dan hilang entah ke mana.

"Haa mana borangnya?" soal Puan Farhana sambil memandang aku. Aku pantas memberi borang yang ada di tangan.

"Saya keluar dulu ye Puan," kata aku lalu terus beredar. Tiba-tiba aku berpeluh dan sepertinya berasa tidak tenang sejak melihat anak Puan Farhana tadi. Namanya Lili, aku harus mencari budak perempuan comel tadi.

Aku melangkah dengan laju dan ternampak kelibat Lili keluar daripada kawasan kolej. Dengan pantas aku pergi ke parkir dan masuk ke dalam kereta. Aku membawa kereta keluar daripada kawasan kolej dan mengekori budak perempuan tadi.

Dia berjalan-jalan sehingga ke taman berdekatan lalu bermain-main sendiri. Tiada sesiapa di situ kecuali Lili. Aku menghentikan kereta di tepi jalan dan keluar. Kaki aku laju merapati budak perempuan itu. Dia sepertinya tidak sedar kehadiran aku ini.

"Eh?" soal Lili tergamam melihat aku yang berada di belakangnya.

"Sorry, abang saja jalan-jalan ni," kata aku sambil tersenyum.

Dia tidak menghiraukan aku dan terus duduk di atas bangku. Aku cuba mendekatinya sekali lagi.

"Abang ni kenapa?" soal Lili memandang aku dengan pelik.

"Saja nak tengok Lili, Lili ni cantik," balas aku.

"Ni abang yang dekat bilik mama kan tadi?" soalnya.

"Ye ni abang Reza, abang sayangkan Lili," balas aku lagi lalu menarik lengannya dengan kuat.

"Arghhhh! Lepaskan saya!!!" jerit Lili sehingga dia terduduk di atas rumput. Aku segera menarik lengannya dengan kuat menghampiri kereta. Lili cuba untuk melepaskan genggaman tangan aku dengan menggigitnya.

"Ah! Jangan gigit akulah!!!" marah aku lalu menampar muka Lili. Lili terjatuh dan menangis teresak-esak. Aku pantas mendukung dan membawanya masuk ke dalam kereta sambil melihat keadaan sekeliling.

"Lepaskan saya tolong..." rayu Lili. Aku pantas menumbuk mukanya sehingga Lili pengsan. Dengan pantas aku terus memandu keluar daripada kawasan itu. Aku tersenyum memikirkan perkara menyeronokkan yang bakal aku dan Lili lalui nanti.

**

Juliana terkebil-kebil melihat kereta itu pergi. Dia tidak tahu apa yang patut dilakukannya pada ketika ini. Dia mengambil keputusan untuk membiarkan saja budak perempuan malang itu diculik oleh lelaki bernama Reza. Lelaki yang pernah datang ke kliniknya minggu lepas.

Dia terus mendekati keretanya dan masuk ke dalam. Ju menarik nafasnya untuk menenangkan hatinya. Dia tahu dia akan bermimpi buruk kerana tidak menolong budak perempuan tadi. Hatinya tidak henti-henti berasa gelisah.

"Aku kena cari Bazli! Bukan budak tadi..." katanya sendiri. Dia tahu budak itu pasti akan menjadi mangsa bunuh lelaki itu. Dia masih dengan pendiriannya untuk mencari keberadaan Bazli untuk meredakan keadaan.

Tiba di rumah, Ju pantas naik ke biliknya dan membuka salah satu fail berbentuk Microsoft Word. Di dalamnya ada beberapa kepingan artikel mengenai perempuan yang hilang baru-baru ini. Bermula dengan Fellisha, Dina, dan Tira.

"Aku tahu semua ni kerja kau Bazli!" katanya lagi. Dia menggerakkan tetikus mencari artikel-artikel lain di dalam Google. Kesemuanya mengenai perempuan yang hilang dalam bulan ini. Kesemuanya mempunyai latar belakang peribadi yang sama iaitu 'sosial'.

"Dorang tak salah Bazli, mak kau yang salah!!!" katanya lagi. Ju masih leka mencari maklumat mengenai mangsa-mangsa yang hilang. Fellisha mangsa pertama, dijumpai di dalam sungai selepas sehari dibunuh oleh orang awam. Ada kesan jerut dan tikaman pada seluruh badannya.

Mangsa malang kedua, Dina masih lagi tidak dijumpai oleh pihak berkuasa. Di dalam Twitter heboh seorang perempuan bernama @Ziziliana__ mencari adiknya yang hilang. Ju rasa itu kakak Dina. Ju perlu berjumpa dengan Zizi dan menceritakan apa yang perlu Zizi tahu mengenai kes baru-baru ini.

**

Lili ditinggalkan di dalam longkang tanpa berbaju. Mukanya penuh dengan lebam dan luka. Reza terus memandu ke rumah tinggalan ibu bapanya di hujung Selangor. Rumah setingkat itu nampak lama dengan cat yang makin pudar. Jiran-jirannya hanyalah orang-orang tua yang tidak lama lagi akan masuk kea lam kubur. Mereka tidak pernah mengambil tahu hal-hal jiran yang lain.

Pintu pagar rumah ditarik dan dibuka. Reza membawa masuk keretanya ke dalam rumah seperti biasa. Sejak ibu, ayah dan abangnya meninggal hujung tahun lepas, dia hidup sendirian dan akan berbuat apa saja supaya tidak merasakan sunyi. Rumah itu banyak meninggalkan sejarah hitam kepadanya.

Sejak daripada kecil lagi, ke mana saja sentiasa bersama abangnya. Abangnya telah banyak mengajarnya erti kasih sayang kepada kanak-kanak kecil. Seawal 11 tahun dia melihat dan memerhati abangnya merogol budak perempuan lain di belakang sekolah. Dia juga disuruh untuk membuat perkara yang sama kepada budak perempuan itu. Entah apa yang jadi kepada budak perempuan itu sekarang. Hidup atau mati dia pun tidak tahu.

PANG! Bunyi sesuatu jatuh di dalam bilik hujung. Kaki Reza laju melangkah ke arah bilik itu lalu membuka pintu bilik. Dia melihat mangkuk yang terjatuh di atas lantai kemudian mengalihkan pandangan ke arah budak perempun itu.

"Dina, awak buat apa ni? Awak tahukan saya tak suka awak jatuhkan barang-barang dalam bilik ni?" kata Reza dengan tenang. Dia masuk ke dalam bilik dan mendekati Dina yang bersandar pada dinding dan terikat. "Awak nak ke kalau saya layan awak ganas-ganas macam hari tu?" soal Reza sambil mengusap pipi lembut Dina. Dina terlalu takut memandang wajah Reza. Reza melepaskan ikatan pada mulut Dina supaya dia juga boleh berkata-kata.

"To..too...long...lepas saya..." rayu Dina menahan tangis.

"Saya tak suka ayat tu keluar daripada mulut awak yang cantik ni," balas Reza sambil mengusap bibir Dina.

"Saya...nak jumpa kakak saya..." rayu Dina lagi.

"Dalam dunia ni hanya ada saya untuk awak. Awak takde sesiapa selain saya," terang Reza lagi. "Kalau awak merayu macam ni lagi, saya tak teragak-agak pukul awak guna kayu," senyum Reza. Dina terdiam.

Reza melepaskan ikatan pada tangan Dina. Dia menarik lengan Dina supaya bangun dan menolaknya ke katil. Reza membuat isyarat senyap pada Dina.

"Jangan bising atau saya bunuh awak," kata Reza lalu tersenyum.

"Tolong! Lepaskan saya!!!" jerit Dina sekuat hati. Reza terkejut dengan tindakan budak perempuan itu lalu terus menumbuk muka Dina berkali-kali sehingga dia lemah.

"Jangan jeritlah bodoh!" marah Rezalalu membuka tali pinggang di seluar. Dia melibas tali pinggangnya ke arah kakiDina berkali-kali sehingga dia puas. Reza tersenyum.

**

5 TAHUN LALU.

Sudah 5 hari aku berada di rumah sejak cuti semester bermula. Kadang-kadang rindu pula nak tengok makwe dekat kampus. Seperti biasa, aku berkurung di dalam bilik.

Ummi dan ayah pulang ke kampung pagi tadi. Abang pula di tempat kerja. Kaki aku melangkah menuju ke pintu untuk ke dapur. Perut tiba-tiba saja berbunyi.

Bunyi kereta bergema di hadapan rumah. Mata aku menjeling ke arah jam di dinding. Sudah pukul 6.15 minit.

Kini bunyi tombol dipulas daripada luar. Aku bergegas ke ruang tamu untuk membuka pintu.

Klek. Bunyi pintu dibuka. Aku langsung tidak memandang muka Rafiq. Aku sedar bahawa dia sedang memerhati diri aku.

"Kau lapar ke? Aku ada bawa KFC ni jomlah makan sama dengan aku," terang Rafiq. Dia abang aku yang tua 3 tahun dari aku. Kami tidak berapa rapat sejak aku mula masuk ke sekolah asrama penuh lalu sambung belajar ke universiti beberapa bulan lepas.

"Aku nak mandi dulu," kata aku lalu naik ke tingkat atas. Aku mencapai tuala biru muda lalu berjalan ke arah bilik air. Mata aku menjeling ke arah Rafiq yang sedang memerhati aku dari jauh.

Selesai mandi, aku ke bilik untuk memakai baju dan seluar. Seluar tracksuit dicapai dengan t-shirt kelabu Avenged Sevenfold. Tiba-tiba aku rasa seperti ada seseorang yang sedang memerhati aku dari belakang. Aku terus berpaling dan terkejut melihat Rafiq. Dia hanya berseluar slack hitam sambil tersenyum.

"Apehal masuk dalam bilik aku?" Soal aku.

"Aku rindukan kau Reza, sudah lama kita tak macam ni," ujar Rafiq lalu menolak aku ke dinding dengan kuat. Rafiq merapati muka aku dan merenung anak mata aku dalam-dalam.

"Ape kau nak buat ni hah Fiq?!" Soal aku lagi sambil menolak bahunya. Rafiq tetap teguh berdiri di hadapan aku.

"Kau ingat tak masa kita kecik dulu? Kau suka kan aku buat macam ni..." kata Rafiq lalu dia mencium leher aku. Aku tergamam dengan tindakan dia lalu menolak kasar tubuh Rafiq. Dia terduduk di atas katil lalu memandang aku.

"Maaf Fiq, aku taknak kau buat aku macam tu lagi! Aku ingat kau dah berubah tapi rupanya ... tak ..." kata aku lalu mencapai t-shirt kelabu yang jatuh di atas lantai keluar. Aku tinggalkan Rafiq di dalam bilik aku. Tanpa banyak fikir, aku turun ke bawah untuk menjamah KFC tadi.

avataravatar
Next chapter