10 10

BAZLI

Perempuan berumur 23 tahun itu sedang sibuk menagih sayang dengan kekasihnya. Aku menyedut minuman berperisa mocha di meja. Keadaan Café yang sunyi ini menjadi port mereka untuk berpelukan manja. Aku pula tidak habis digoda dengan kenyitan mata pekerja perempuan Café ini.

"Amira Azhar..." kata aku sambil memerhatikan perempuan berambut perang itu. Perempuan itu dihadiahkan sesuatu oleh kekasihnya. Mata aku dapat menangkap ia merupakan Iphone 7Plus. Perempuan itu terlalu gembira sehingga menitiskan air mata palsu yang membasahi bulu mata palsunya.

Mereka berdua berdiri dan meninggalkan Café ini. Aku juga mengikuti mereka daripada belakang dengan jarak beberapa meter. Aku memakai topi dan cermin mata. Mereka berdua masuk ke sebuah butik berjenama. Aku sekadar menunggu di luar sambil bermain telefon pintar.

Selepas beberapa  minit mereka keluar tanpa membeli apa-apa. Mereka menuju ke lif untuk ke parkir kereta. Aku segera masuk ke dalam lif tersebut tanpa mereka mengesyaki apa-apa yang pelik. Mata aku menjadi sakit melihat mereka berdua bercumbuan.

Pintu lif terbuka, dua orang masuk ke dalam. Lif kembali turun dan sampai di tempat parkir. Mereka berdua keluar menuju ke arah kereta berlogo Mercedes. Aku juga mengambil kesempatan untuk masuk ke dalam kereta aku yang tidak jauh daripada sini.

Mercedes itu meluncur laju keluar daripada bangunan. Begitu juga dengan kereta aku mengikuti belakang mereka berdua sehingga keluar ke jalan utama. Seperti biasa petang begini pasti ramai pekerja yang berebut jalan raya untuk pulang sehingga menyebabkan kesesakan.

"Fuck! Mana sial tadi?!" maki aku. Mercedes tadi terlepas daripada pandangan. Aku cukup stress dengan keadaan sekarang ini.

Mata aku setia menghadapi kesesakan ini sambil melayani perasaanku sendiri. Tiba-tiba kelibat Mercedes tadi muncul di sebalik lori minyak. Secara spontan aku tersenyum sinis lalu segera mengikuti sasaran tanpa terlepas lagi.

**

Azan Maghrib di radio. Selepas sejam berada dalam kesesakan jalan raya aku berjaya mengikuti mereka tanpa terlepas. Kereta aku menyusuri jalan lama ini dengan tenang. Mercedes tadi berhenti di bahu jalan dan aku terus memandu ke hadapan. Selepas 1 kilometer aku membuat pusingan untuk berpatah balik dan melihat Mercedes tadi masih lagi setia di bahu jalan.

            Aku berhenti di hadapan Mercedes itu dan keluar mendekati teman lelaki Amira yang sedang mendail nombor seseorang. Mukanya kelihatan serabut. "Kenapa ni encik?" soal aku sambil memerhati keadaan Mercedesnya itu.

"Tak tahulah rosak agaknya," balas lelaki yang sebaya dengan aku itu. Dia cuba mendail lagi. Aku mengeluarkan picagari yang diisi dengan cecair Phencyclidine di balik jaket. Kaki aku pantas bergerak ke belakang lelaki itu yang khusyuk memerhati keretanya.  Secara pantas aku menendang betisnya sehingga tersembam di atas rumput lalu menyuntik picagari ke bahagian tengkuknya. Lelaki itu bertindak balas dan segera menolak aku sehingga jatuh di atas tanah. "Kau pahal sial!" jeritnya sambil mengusap-usap tengkuk. Amira terkejut dan terpinga-pinga melihat kekasihnya dan aku.

"Maaflah bro..." kata aku sambil tersengih dan pantas menumbuk wajah lelaki itu. Dia tersembam lag. Lelaki itu gagahkan dirinya untuk bangun tetapi aku dapat lihat dia kelihatan lemah. Mungkin cecair tadi sudah memberi kesan kepada tubuhnya.

"Arghh Aril!" jerit Amira yang teragak-agak untuk mendapatkan kekasihnya yang terbaring. Anak mata aku merenung Amira lalu perlahan-lahan aku mendekatinya. Amira terus berlari masuk ke dalam kereta dalam keadaan kelam kabut. Aku hanya ketawa dan mendapatkannya.

"Amira oooo Amiiraaa?" sapa aku sambil masuk ke dalam kereta itu juga. Amira menangis ketakutan dan menggigil. "Apa apa kau nak! Se...si..siapa kau?" soalnya dalam getar. Aku merapati tubuh aku padanya. Dia menolak aku dengan kasar dan hampir terkena penamparnya.

BUKKK!!!

Dengan pantas aku menumbuk wajah Amira sehingga dia pengsan.

"Perempuan bodoh! Kau ingat kau kuat ke nak lawan aku?!" kata aku sebelum menariknya keluar dan mengheretnya ke kereta aku di hadapan. Kaki dan tangannya aku ikat dengan kemas sebelum masuk ke dalam but kereta. Aku tinggalkan kekasihnya yang pengsan itu dan berlalu pergi ke destinasi akhir Amira Azhar. Malam yang indah ini tidak cukup jika tidak ditemani dengan nyanyian cengkerik.

**

10 TAHUN LALU.

Wajah Reza menampakkan dia mempunyai masalah. Aku mendekati Reza yang berada di kantin untuk menemaninya. Reza sedar kehadiranku dan membiarkan saja.

"Kau ada masalah ke?" soalku.

"Aku peninglah Daus menghilang dekat seminggu. Sudahlah dia tu member aku," terangnya. Aku menggaru-garu kepala.

"Kau dengan aku jelah, maksud aku kita boleh kawan kan?" kata aku lalu mengunyah karipap makcik kantin yang baru di beli sebentar tadi. Reza tersenyum saja dan beredar ke tempat menjual makanan untuk membeli nasi lemak. Aku tersenyum.

"Hi Bazli?" sapa Juliana yang makan di meja sebelah. Aku membalasnya dengan senyuman. "Tak makan ke?" soal Juliana yang nampak jelas aku sedang mengunyah kuih karipap.

"Makan ni je, balik nanti makan," balas aku bersahaja. Juliana menghentikan suapan mee gorengnya. Dia mendekati aku lalu duduk di bangku kayu ini.

"Balik nanti boleh saya datang rumah awak?" katanya dalam keadaan berbisik. Aku menjengketkan kening. Juliana seolah-olah mahu menggoda aku pula.

"Tak boleh, saya tak suka orang datang rumah saya, maaflah," balas aku. Juliana tersenyum seperti memahami situasi aku.

"Takpe petang nanti awak datanglah rumah saya, mak ayah saya takde 2 hari ini," ajaknya beria sebelum dia kembali ke meja untuk menghabiskan sisa makanan. Aku lihat Reza berjalan menuju ke arah aku. Dia duduk dan terus menyuap nasi lemak yang baru dibelinya ke mulut.

"Lapar sial," katanya. Aku sekadar memandangnya. "Apa?" soal Reza yang sedar aku memerhatikannya. Jauh di sudut hati, aku dapat merasakan Reza lebih baik daripada perempuan tadi. Aku sukakan Reza.

"Takde apelah saja tengok kau makan," kata aku. Reza mengangguk faham. Aku beredar menuju ke tandas lelaki yang tidak jauh daripada kantin. Hanya beberapa meter daripada sini.

Tiba di pintu tandas, aku cepat-cepat masuk ke ruang jamban untuk melepaskan hajat sambil membaca dan menikmati seni-seni ukiran di belakang pintu. Agaknya kreatif ke menconteng di dalam tandas ini? Tambah pula dengan bau hancing yang sentiasa menusuk rongga hidung.

AWEK CUN 4 DIGITAL

CIKARO SEDAP! 017-312 2254

AIMAN TAK KISAH BABI!!!

Aku tidak ada masa untuk ketawa. Sebenarnya agak kelakar bila terbaca satu-satu ayat yang ada. Seperti tiada kerja lain selain mempamerkan bakat di dalam jamban. Sama seperti di belakang tempat duduk bas.

Belum habis menyelesaikan hajat, pintu tandas di luar seperti di tendang seseorang. Aku kira itu senior tingkatan 5 yang selalu menunjuk kuasa mereka. Aku cuba memasang telinga untuk mendengar perbualan mereka. Sesekali aku terhidu dan melihat kepulan asap rokok yang mungkin juga datang daripada mereka.

"Budak Reza tu patut kita ajar!" kata salah seorang daripada mereka.

"Bila kita nak belasah dia tuh!" tanya salah seorang daripada mereka.

"Balik sekolah nanti kita ajar dia! Baru form 3 dah pandai ngorat ex aku!" jawab ketua mereka. Aku menjengketkan kening.

"Weh cikgu cikgu!" kata salah seorang daripada mereka. Tidak sampai 1 saat mereka sudah melarikan diri. Aku selesai membuang hajat lalu menarik pam tandas. Perasaan marah aku berada di kemuncak saat mengenang perbualan senior tadi mahu mengapa-apakan Reza. Aku harus lakukan sesuatu untuk melindungi Reza daripada mereka.

**

Tubuh Amira dikerat dua pada bahagian pinggang. Bahagian atas, aku campakkan ke dalam semak manakala bahagian lagi satu aku masukkan ke dalam sungai berdekatan. Selepas itu, aku masuk ke dalam sungai untuk membersihkan diri. Aku berasa sangat lega dapat membunuh seorang lagi perempuan murah. Mata aku menjeling ke langit untuk mencari roh Amira jika ada.

Sesekali aku terdengar bunyi anjing-anjing yang berkeliaran. Aku tidak takut dengan mereka kerana sudah terbiasa dengan semua ini. Aku mencapai sabun Dettol yang aku bawa untuk menghilangkan bau-bau hanyir. Cahaya bulan menemani aku dan seperti sudah lama bekerja sebagai lampu untuk aku.

Selepas selesai, aku campakkan baju yang aku pakai tadi ke dalam sungai. Aku hanya pulang dengan memakai jeans berwarna biru gelap. Pantas aku masuk ke dalam kereta untuk segera pulang kerana terlalu mengantuk. Bunyi salakan anjing makin kuat. Awan malam dilihat mendung pula.

**

Tombol pintu ditolak begitu saja tanpa dikunci daripada dalam. Lampu hadapan sudah lama terpadam dan aku lihat Reza sedang menonton televisyen dalam gelap. Aku terus berjalan ke arah bilik air untuk menyucikan diri. Reza yang sedar daripada tadi sedang berlakon tidak mendengar apa-apa.

Pintu bilik air dikunci kemas. Aku menanggalkan jeans yang dipakai dan terus membuka pili air. Butir-butir sejuk turun menyirami kepala hingga hujung jari kaki.

Selepas berada 10 minit di dalam, aku segera keluar menuju ke bilik sambil itu aku mengintai kelibat Reza yang masih lagi menonton televisyen. Aku kembali ke bilik untuk memakai baju. Aku ambil seluar panjang berwarna kelabu dan t-shirt biasa. Kedua-duanya disarungkan ke tubuh sebelum mengelap rambut dan wajahku yang masih lagi basah. Rambut terlalu kusut aku sikat sehingga kemas. Aku membelek-belek wajahku di cermin. Baru aku sedar dua jerawat baru muncul di dahi dan kelihatan merah.

BAM!

Bunyi pintu bilik Reza seperti dihempas. Aku tidak terkejut malah membiarkan saja. Mungkin Reza masih melayani perasaannya sehingga dia main hempas pintu begitu saja. Nasib baik mood aku agak baik pada malam ini. Aku keluar daripada bilik dan mengutip jeans aku tadi untuk membasuhnya. Butang On mesin basuh aku hidupkan, sabun dan pewangi aku taburkan pada mangkuk khas di tepinya. Mesin basuh itu menjalankan tugasnya seperti biasa. Aku membuka peti sejuk dan mengambil sebiji epal hijau. Epal hijau digigit dan aku kunyah hingga lumat. Reza muncul dan bergerak ke arah peti sejuk juga.

M"Kau buat ape hari ni?" soal aku. Dia hanya mendiamkan diri. "Aku tanya ni," kata aku lagi. Reza juga mencapai sebiji epal merah.

"Hmm duduk rumah layan tv jelah," katanya lemah.

Aku menjengketkan kening. "Tak keluar ke?" soal aku.

"Takdelah mungkin esok aku keluar pergi kolej nak setel something," balas Reza lalu menggigit epal di tangannya.

"Lepas tu?" balas aku. Kunyahan epal hijau tadi selesai. Sisa tangkainya aku buang ke dalam bakul sampah yang tersedia. Aku beredar meninggalkan Reza sendiri di dapur tanpa menunggu dia habis bercakap. Aku masuk ke dalam bilik dan menutup lampu kemudian aku baring di atas katil. Tidak sampai beberapa minit aku mula berasa mengantuk.

**

10 TAHUN LALU.

Mata aku tidak berhenti daripada memerhatikan gerak geri pelajar senior sejak habis sesi persekolahan tadi. Mereka bertiga sedang menunggu Reza keluar daripada pagar sekolah. Kelibat Reza masih lagi tidak muncul walaupun sudah dekat setengah jam. Reza sebenarnya sudah lama pulang mengikut pintu belakang sekolah. Mereka saja yang bodoh.

Mereka bertiga segera gerak untuk pulang selepas putus asa menunggu mangsa. Aku memandang kiri dan kanan sebelum mengekori mereka bertiga. Tiba di simpang hadapan mereka semua berpisah. Aku segera mengikut ketua mereka iaitu Adam pelajar senior yang sedikit chubby. Rupa-rupanya Adam memilih jalan yang agak sunyi berdekatan dengan tasik untuk pulang. Aku memandang kiri dan kanan lagi untuk memastikan tiada sesiapa yang muncul pada waktu ini.

Pantas aku menerpa ke arah Adam daripada belakang dan memukulnya dengan batu tajam yang aku kutip tadi. Adam hampir terjatuh dan memandang aku. "Siapa kau!" jerit Adam pada aku. Dia juga ingin membalas serangan aku tetapi aku terlebih dahulu menendang kemaluannya. "Arghhhh!!!!!! Sial!!" jerit Adam kesakitan setelah aku menendang bahagian itu. Tangan aku mencapai lagi batu yang bersaiz besar dan memukul kepala Adam berkali-kali sehingga keluarnya cecair pekat berwarna merah. Adam sudah lemah dan tidak mampu berkata-kata. Aku mencapai gunting yang berada di dalam seluar sekolah dan membawanya keluar. Aku mencungkil bebola mata kiri dan kanan Adam sepantas mungkin. Setiap kali Adam menjerit kesakitan, aku terus memukul kepalanya dengan batu sehingga dia tidak sedarkan diri lagi. Kini bola mata bahagian kanan aku korek sepantas mungkin. Selepas itu, aku heret mayat Adam ke tasik dan menolaknya sehingga jatuh dan tenggelam. Aku basuh tangan aku yang terkena darah Adam tadi menggunakan air tasik kotor.

Aku keluarkan bekas Tupperware dan memasukkan bebola mata tadi ke dalamnya. Aku masukkan Tupperware itu ke dalam beg sekolah. Mata aku memandang kiri dan kanan untuk memastikan tiada saksi yang melihat kejadian tadi. Awan mulai mendung dan mengeluarkan bunyi guruh yang kuat menandakan hari akan hujan. Aku lihat sisa darah yang melekat di atas rumput-rumput hijau tersebut. Air hujan mula turun setitik demi setitik dan aku membiarkan saja sisa darah tadi. Aku yakin air hujan akan membersihkan sisa darah itu dengan sekejap. Kaki aku memulakan langkah untuk pulang ke rumah.

Mulutku bersiul tanda aku sedang gembira. Makin aku bersiul makin kuat bunyi guruh dan angina menyapa aku. Selepas ini, pasti tiada manusia yang akan menyakiti Reza. Aku akan melindungi Reza walau apa pun yang terjadi. Hari semakin gelap seolah-olah malam sedangmenjelma. Aku segera berlari anak-anak memasuki kawasan perumahan hujung untukpulang dengan cepat. Rumah aku terletak di hujung sekali dan agak sunyi keranadi situ hanya keluarga Juliana yang berbangsa Melayu menghuni kanan rumahku.Manakala kiri pula, jalan mati. Bayang rumahku sudah terlihat, aku lajukan lagi pergerakan kaki menuju ke pagar hadapan rumah lalu segera menolak pagar tersebut. Aku duduk seketika di atas kerusi untuk menanggalkan kasut dan stoking sebelum masuk ke dalam.

avataravatar
Next chapter