webnovel
avatar
Genius "Yankee" Book

novel - Realistic

Genius "Yankee"

ambaisarawak6

Ongoing · 8.9K Views

Synopsis

"Yankee" adalah gelaran yang diberikan kepada pelajar yang bermasalah di Jepun. Sebut saja perkataan"Yankee" maka semua orang akan tahu anda adalah pelajar yang bermasalah disekolah. Tapi di kawasan Hiroshima Ada beberapa buah sekolah khas untuk para pelajar yang bermasalah ini. Dengan syarat kelayakan sekurang-kurangnya satu subjek lulus maka anda akan diterima masuk ke sekolah ini. Dengan masuknya anda ke sekolah ini maka bermulalah hidup yang "menyeronokkan" bagi para Yankee iaitu berlawan ataupun bergaduh untuk merebut tahkta ketua bagi mewakili sekolah mereka menahluki sekolah-sekolah yang Ada dikawasan mereka. Kembali ke Hiroshima dimana ada tiga buah sekolah terkuat ataupun berkuasa di kawasan itu. Hibaraki High yang diketuai oleh Satou Kazuma dimana sekolah ini telah berjaya memenangi perang antara sekolah selama tiga tahun berturut-turut. Sekolah yang kedua adalah Toou Academy juga pernah memenangi perang antara sekolah selama dua tahun dan sekolah ini dikuasai Natsuki Amane. Dua sekolah ini dikenali ramai sejak beberapa tahun dengan kemenangan mereka menahluki sekolah-sekolah yang berada di kawasan mereka. Pernah juga dua sekolah ini bertembung Dan perlawanan antara mereka dikatakan perlawanan paling bersejarah didalam sekolah Yankee. Peperangan antara sekolah semakin hari semakin menjadi sehingga sebuah lagi sekolah yang berkuasa menyertai peperangan itu. Inabazaki yang diketuai oleh Takanashi Rie telah berjaya memenangi peperangan yang berikutnya dimana Hibaraki High Dan Toou Academy telah dikalahkan dengan teruk. Apa yang mengejutkan Inabazaki adalah sekolah yang masih baru tapi dipenuhi Yankee yang kuat-kuat belaka. Selain itu identiti Takanashi Rie juga dikatakan masih misteri lagi. Selain daripada menguasai Inabazaki,tiada siapa yang pernah melihat wajah aslinya. Semasa peperangan diantara sekolah dikatakan juga Takanashi Rie hanya menghantar penolongnya Shin Izumi. Walaupun Shin Izumi menyertai perang tersebut dia juga tidak pernah menunjukkan mukanya di khalayak ramai. Dia bercampur dengan semua Yankee yang menyertai peperangan tersebut. Tiada siapa tahu siapa mereka jadi siapa saja boleh menjadi Shin Izumi. Setelah peperangan terbesar antara tiga buah sekolah tersebut berakhir, satu perbincangan antara ketua tiga sekolah telah diadakan. Tiada siapa yang tahu apa yang dibincangkan antara mereka kecuali peserta perbincangan tersebut.

Tags

3 tags

Popular searches