webnovel

Episod 4 : Catteleya High

"Nampaknya pengumuman markah adalah hari ini" kata Rie kepada Shin.Seperti hari yang biasanya,mereka berdua berjalan menuju ke sekolah bersama-sama."Jangan menangis kalau kalah dengan Saya" usik Shin. Rie yang geram dengan usikan itu menangkapnya lalu menarik telinganya.

"Ara~ siapa lagi ini. Bukankah itu yankee yang tak berguna dari Inabazaki" Rie dan Shin memberhentikan langkah mereka lalu menoleh ke belakang. Terlihat beberapa orang budak dari Kanagawa High. Hanagawa High merupakan salah satu sekolah di Hiroshima dengan pelajar yang datang dari keluarga yang senang.

Selain Hanagawa High terdapat satu lagi sekolah. Tetapi sekolah itu hanya menerima pelajar perempuan yang berasal dari keluarga yang kaya. Catteleya High, juga menerima pelajar yang kurang mampu tapi dengan syarat mereka haruslah sekurang-kurangnya pelajar yang sentiasa berada dalam kedudukan teratas semasa mengambil peperiksaan untuk masuk ke Catteleya High.Hanya yang berada dikedudukan satu hingga seratus lima puluh akan diambil bagi pelajar yang biasa.

"Oi oi oi. Shin~ Ada dengar tak bunyi tikus disekitar sini" balas Rie sambil merenung tajam kepada pelajar yang yang menyindirnya."Ahh~ dengar kata Yankee mula belajar mengenai....." pap!!! belum habis lagi dia menghabiskan ayatnya tangan Rie telahpun sampai dimukanya. Pelajar Hanagawa High yang lain terkejut dengan tindakan Rie lari bertempiaran.

Rie yang masih tidak berpuas hati mengangkat pelajar yang ditumbuknya.Lalu dicekiknya sehingga terangkat."Sekali lagi kau menghinaku jangan harap sekolah kamu selamat" ugut Rie. Shin yang berdiri disebelah Rie pun menambah lagi."Kalau masih tak puas hati. Bawa segala pasukanmu di Hiroshima datang ke Inabazaki High.Kita selesaikan Hal secara perang". tap tap

Terasa seperti ada orang yang menepuk bahu Shin dan Rie. Mereka menoleh ke belakang dan terlihat lah dua orang pelajar perempuan yang sangat comel dan cantik. "Boleh tolong lepaskan dia"kata salah seorang pelajar. Aduhh kelembutan suara pelajar itu membuat Rie tergamam.Genggaman Rie dileher pelajar Hanagawa itu semakin ketat.

"kalau kamu tidak melepaskan nanti dia akan mati" kata seorang lagi. Rie yang tersedar dari lamunan segera melepaskan cekikannya.Pelajar tersebut kemudian dicampakkannya ketepi. "Tidak bagus bergaduh disini. Hiroshima sudah aman untuk beberapa bulan.Jadi tolong jangan cemarkan Keamanan yang ada sekarang" kata pelajar itu lagi .

Rie yang sedang mabuk cinta itu pun tersipu-sipu. Belum pernah dia menemui pelajar yang cantik di Hiroshima itu kerana biasanya mereka seronok berperang dengan Toou Academy dan Hibaraki High. Mereka menundukan kepala lalu meminta maaf kepada pelajar perempuan tersebut."Maafkan kami. tapi dia yang menghina kami dulu Dan tak mungkin kami melepaskan nya" kata Rie.

"Tidak! Bergaduh itu tidak bagus"katanya Pula. "Janji dengan saya ya. Jangan bergaduh lagi". kata pelajar perempuan sambil menunjukkan kelingkingnya. Rie yang malu-malu menyambut jari kelingking pelajar tersebut merenung ke arah lain.

"Renung ke mata Saya dan ulang apa yang Saya cakap"paksa pelajar tersebut. Rie yang masih malu lalu merenung ke mata pelajar perempuan tersebut."Mulai Hari ini,saya tidak akan begaduh lagi.Sekarang ulang" kata pelajar itu lagi."Mulai Hari ini saya tidak akan begaduh lagi"ulang Rie sambil tersipu. Shin yang berdiri sebelah Rie menahan ketawanya.

"Kamu juga sama" kata pelajar perempuan itu lagi apabila melihat Shin yang tersengih sebelah Rie. Pelajar perempuan pun menghulur jarinya kelingking kepada Shin. Dengan relak Shin melakukan perkara yang sama dengan Rie. Rie terdiam melihat bertapa matangnya Shin.Ini kali pertama Rie melihat Shin menyentuh jari perempuan Tetapi terlihat sudah biasa.

"kami jalan dulu ya. Kalau kamu masih berada disini Saya yakin Kita akan berjumpa lagi'' kata pelajar perempuan lalu hendak beredar."err. Boleh Saya tahu kamu dari sekolah mana?" Tanya Rie. Sekali lagi Shin tersengih melihat gelagat Rie."Catteleya High" balas pelajar perempuan tersebut lalu meneruskan perjalanan. "Kami dari Inabazaki High" jerit Rie kepada pelajar perempuan tersebut. Semakin lama semakin jauh pelajar perempuan tersebut berjalan.

"Inabazaki?. Saaya. Adakah kamu tahu apa-apa mengenai sekolah itu" "Ini juga Kali pertama Saya mendengarnya. Maafkan Saya Fumie" balas pelajar seorang lagi."Kalau Inabazaki High ada di Hiroshima kenapa Kita tidak pernah mendengarnya"tanya Fumie kepada Saaya." "Entahlah. Oh iya. Hari ini keputusan peperiksaan antara sekolah akan keluar Hari ini kan?" kata Saaya. "Iya. harap-haraplah Catteleya High akan memegang rekod lagi sekali Kali ini" kata Fumie pula. Mereka pun meneruskan perjalanan ke sekolah.

"Apa yang kamu sengihkan" kata Rie kepada Shin. "Mulai Hari ini saya tidak akan begaduh lagi" usik Shin. Wajah Rie pun merah apabila teringatkan perkara yang baru saja berlaku. "Shin kamu menyentuh jari perempuan seperti tiada apa yang berlaku. Adakah kamu sudah biasa?"

"Ermm. apa masalahnya.Mereka pun manusia biasa" balas Shin."Yalah.tapikan apabila saya menyentuh jarinya entah kenapa jantungku berdegup dengan lebih ken... "maksudnya kamu sudahpun jatuh cinta" potong Shin. Rie hanya terdiam. Mereka berdua pun meneruskan perjalanan ke sekolah.

Tengah Hari itu para pelajar berkumpul di tapak perhimpunan untuk melihat keputusan. Mereka semuanya berasa gelisah menunggu guru membuka kain dan menunjukkan keputusan peperiksaan itu. Bukan sahaja Inabazaki High yang gelisah menunggu keputusan malah semua sekolah yang berada di Jepun.

Ting~ Ting~ Ting~ Tong~ bunyi loceng rehat tengah hari guru dan sekolah masing-masing menarik kain yang menutupi keputusan itu. Selepas kain ditarik semua pelajar diseluruh Jepun tergamam dengan keputusan yang mereka lihat. Keputusannya adalah seperti berikut.

1. Takanashi Rie - Inabazaki High

2. Shin Izumi - Inabazaki High

3. Songuyji Fumie - Catteleya High

4. Shihori Saaya - Catteleya High

5. Satou Kazuma - Hibaraki High

6. Natsuki Amane - Toou Academy

Terdengar sorakan yang kuat daripada Inabazaki High yang menyambut kemenangan dalam peperiksaan kali yang pertama. "Nampaknya Hiroshima masih lagi dibawah kawalan kita" kata Shin kepada Rie. Rie yang sangat Gembira pada hari itu sekali lagi mengumpulkan ketua dari tiga buah sekolah khas Hiroshima. " Hari ini Kita akan meraikan kelulusan dalam peperiksaan!! Jadi Saya akan belanja kamu semua karaoke Hari ini!!" Kata Rie kepada ketua yang lain. Pada awalnya mereka tidak berpuas hati tetapi setelah mendengar Rie akan belanja mereka karaoke mereka pun tersenyum lebar

"Saaya. Nampaknya kali ini kita telah dikalahkan oleh Inabazaki High" kata Fumie kepada Saaya setelah melihat keputusan peperiksaan antara sekolah itu. "Rie Takanashi dan Shin Izumi. Aku tak akan memaafkan kamu berdua yang merebut tahkta dari Saya" kata Fumie sambil menggenggam erat tangannya.

"Kami dari Inabazaki High" tiba-tiba Fumie teringat dengan dua orang pelajar Inabazaki."Saaya. Kita akan melawat Inabazaki High dalam masa terdekat.Saya ingin menyiasat siapa Takanashi Rie,Shin Izumi dan Inabazaki High. Ini pertama Saya mendengar nama Inabazaki".

Episod yang akan datang : Lawatan mengejut daripada pelajar Catteleya High