1 Episod 1 : Perbincangan antara ketua

"Nampaknya semua ketua dan penolong mereka sudah berada disini Rie" kata Shin sebagai membuka topik untuk perbincangan. "Sudah semestinya kami akan sampai kalau diseru oleh pemenang. Sekolah yang kalah akan melakukan apa saja yang diinginkan oleh pemenang" kata Satou. Rie hanya mampu tersenyum melihat gelagat Satou,kerana dia tahu bahawa Satou masih belum berpuas hati dengan kekalahan sekolahnya.

"Saya paham perasaan kamu berdua.Kalau peperangan ini berterusan saya takut suatu Hari nanti Kita akan dikalahkan oleh sekolah yang lebih baru. Saya Tak mahu apa yang terjadi Masa ini akan terjadi lagi dimasa yang akan datang" kata Rie. "Saya faham" balas Natsuki ,dan Satou hanya mampu berdiam diri. Dia tidak mampu melawan apa yang dikatakan oleh Rie.

"Sebelum perbincangan Kita lebih mendalam lagi,mari Kita perkenalkan diri bagi merapatkan hubungan. Saya akan mula dulu sebagai ketua baru sekolah terkuat Hiroshima. Saya Takahashi Rie,pelajar Inabazaki kelas 1. walaupun saya ketua Inabazaki,saya adalah pelajar tahun pertama untuk sekolah itu.Yang sebelah ini penolong saya Shin Izumi. Mungkin kamu sudah mengenali siapa dia sebab dia menyertai peperangan sebelumnya.Harap semua boleh memberikan kerjasama dengan perbincangan Kita Hari ini" kata Rie sambil menundukan kepalanya kepada para hadirin.

"Saya Satou Kazuma Dan ini penolong saya Kobayashi Hiro. Seperti kamu juga,kami merupakan pelajar tahun pertama Hibaraki High. Gembira dapat bertemu anda semua" balas Satou sambil menundukan kepalanya."Saya Pula Natsuki Amane dan itu adalah penolong saya Haruka Kudo. Gembira dapat bekerjasama dengan anda semua. kami berdua pelajar tahun kedua Toou Academy" balas Natsuki.

"Baiklah. Mari Kita ke topik perbincangan untuk Hari ini. Hari ini saya ada cadangan untuk peperangan yang akan datang"kata Rie. Semua hadirin berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Rie . "Bertenang dulu semuanya. Memang betul apa yang Saya cakap peperangan . Tapi peperangan Kali ini bukanlah menggunakan kekasaran,tapi kepandaian Dan kebijaksanaan." tambahnya lagi. "Maksudnya?" Tanya Satou Dan Natsuki serentak.

"Maksudnya.. Tada!!!!!!" kata Rie sambil membentangkan ideanya.Semuanya terpaku melihat idea yang ingin dilaksanakan oleh Rie. "Mulai bulan depan akan ada peperiksaan antara sekolah. Semua sekolah Yankee dibawah tahlukan Inabazaki akan mengambil peperiksaan tersebut. Sekolah yang mempunyai markah tertinggi akan menjadi ketua antara sekolah sehingga peperiksaan antara sekolah yang seterusnya." "Eh!!!!!!!!!!" jerit semua peserta perbincangan tersebut.

"Maka dengan ini peperangan antara peperiksaan akan diadakan.Tapi perebutan untuk menjadi ketua antara pelajar dalam sekolah masih diteruskan" kata Rie lagi. "Masyarakat memandang Kita para Yankee seperti tiada Masa depan. Jadi Saya nak Kita bersatu membuktikan kepada negara!! bukan,!! Kita akan membuktikan kepada dunia walau pelajar bermasalah seperti Kita juga mempunyai Masa depan yang cerah!!" terang Rie kepada mereka semua.

"Maksudnya Kita akan menguasai sekolah diJepun ini melalui pendidikan??" Tanya Satou. "itu sudah semestinya" tambah Natsuki. "Dengan ini Kita akan menahluki semua sekolah yang berada dan membuat nama sekolah mereka dibawah nama Kita!!. Kata Shin pula.

"Pada pendapat Saya idea ini sangat bagus. Saya sangat bersetuju. Selain peperangan peperiksaan apakah peperangan pergaduhan masih diteruskan??" Tanya Natsuki. "itu sudah semestinya! peperangan pergaduhan Kita akan jadikan tradisi untuk melepaskan stress selepas pelajaran " kata Rie sambil tersenyum. " Kalau macam tu Kita akan bentangkan peperangan terbaru kepada semua pelajar sekolah Kita" kata Satou.

Dengan keputusan yang dibuat bersama. Semua peserta perbincangan antara ketua balik ke sekolah masing-masing Dan membuat pembentangan disekolah.Pada awalnya mereka ingat tiada siapa yang berminat tapi setelah pengumuman perang terbaru diterangkan,semua pelajar dari ketiga sekolah tersebut bersetuju untuk melaksanakannya. "Apa yang ketua inginkan,itu yang akan kita lakukan".itulah pendapat para Yankee di sekolah tersebut.

Selepas pembentangan tamat , terdengar sorakan meriah dari ketiga sekolah tersebut.Bagi Inabazaki pembentangan mereka hanya dibuat melalui pembesar suara Sekolah sebab Rie Dan Shin masih merahsiakan identiti mereka. Sekolah yang berada disekitarnya mulai merasa ketakutan sebab mereka tahu dengan sorakan meriah tersebut maka peperangan antara sekolah biasanya tercetus tetapi mereka tidak mengetahui peperangan yang seterusnya akan melibatkan semua sekolah sekali iaitu peperangan kepandaian Dan kebijaksanaan.

Bersambung Episod seterusnya - Keamanan di Hiroshima?

avataravatar
Next chapter