1 Perkenalan yang memalukan

SINAR mentari pagi, telah pun memancarkan keindahannya. Jax masih bermalas-malasan di atas katilnya. Dia menelengkup dan kepalanya terjuntai di birai katil.

Tok! Tok! Tok!

Puan Kezia memutar tombol pintu bilik anaknya yang tidak berkunci. Kelihatan wajah Jax yang masih mamai memandang ke arahnya.

"Jax... kami mau jalan sudah ni, dady tunggu kau di bawah tu," ujar Puan Kezia yang berdiri di muka pintu.

"Hmm..." jawab Jax malas. Dia bangun perlahan-lahan dan memicit kepalanya yang masih pening akibat penangan, Chivas Regal.

"Tu lah... sapa suruh pi minum. Kan kogutan sudah awal-awal pagi. Jax pi mandi sekarang, mumy sama dady tunggu kau di bawah."

"Ya, mumy. Tunggulah kejap, sakit ni kepala saya."

"Cepat! Sebelum dady kau tercium tu bau minuman," Puan Kezia menutup pintu dan bergegas turun ke tingkat bawah.

Puan Kezia sudah masak dengan perangai anak lelakinya itu. Hampir setiap malam, Jax akan keluar bersama kawan-kawannya setelah habis berkerja. Meskipun Jax agak sosial sedikit, namun dia seorang yang sangat bijak dan tegas sebagai seorang naib CEO di syarikat milik ayahnya.

"Mana si Jax?" Tuan Devol melotot ke arah isterinya dan mencari kelibat, Jax.

"Dia mandi, kejap lagi turunlah tu," jawab Puan Kezia melabuhkan punggungnya di atas sofa.

"Dia keluar lagikah malam tadi?"

"Eh, tidaklah. Kan ni ari dia ambil cuti, mestilah dia sengaja lambat bangun."

"Eleh, macam saya tidak tau perangai anak kau tu. Kau jangan terlampau kasi manja dia, nanti rosak tu anak kalau dikasi bebas terus," Tuan Devol sudah mengagak, isterinya pasti akan menyelindungkan perbuatan Jax.

Puan Kezia hanya mampu mengukir senyuman pahit. Walau bagaimanapun dia cuba menyembunyikan tingkah laku anak mereka, ia pasti akan diketahui juga oleh suaminya.

"Dady, Mumy. Kamu mau saya hantar kamu pigi airport ka," Jax yang baru muncul terus mencelah perbualan orangtuanya.

"Tak payahlah, nanti Denis hantar kami. Jax ingat ah, jangan curi tulang masa Dady sama Mumy di Thailand nanti. Dady tau tu kalau Jax buat macam-macam masa kami tiada di sini," ujar Tuan Devol dengan nada serius.

"Ya, Dady. Jax tau juga urus tu syarikat, Dady tenang saja. Berapa hari juga kamu di sana?"

"Jangan kau bilang tenang-tenang, Dady tendang kau keluar dari rumah kalau kau buat hal. Lepas deal sama Mr.Khor Tiet, kami baliklah. Paling lama pun mungkin tiga hari saja, mau bawa Mumy kau pi jalan-jalan sana  Phuket lagi."

"Aiseehh... Sweet oh, Dady bawa bini jalan-jalan makan angin. Sambil menyelam, sambil minum air ka tu Dady," Jax tergelak kecil mengusik Tuan Devol.

"Kitai ni anak, kau tu budak lagi. Apa kau tau hal orangtua," Tuan Devol mengetuk kepala, Jax.

"Aik, budak Dady bilang? Tengok dulu anak burung, ada rumput jagung sudah ni, ha...ha...ha..." Jax tergelak besar, dia cepat-cepat berselindung di belakang Puan Kezia kerana takut diketuk kali kedua.

Puan Kezia juga ikut terkekeh melihat gelagat dua beranak itu.

"Aiii... ni anak, pandai betul menjawab," Tuan Devol menggeleng dengan perangai anaknya.

"Maaf Tuan, Puan? Kereta dah siap, kita mau gerak sekarang ka," tiba-tiba driver Tuan Devol memotong perbualan mereka.

"Ya, kita gerak sekaranglah. Takut nanti jem di jalan," Tuan Devol memberi isyarat kepada Denis agar memuatkan bagasi mereka ke dalam kereta.

"Bye... Dady, Mumy. Jan lupa bawa sumandak Thailand yang lawa-lawa ah," kata Jax seraya bergurau.

"Ya, nanti kami bawa tu sumandak yang goyang-goyang kepala sambil kasi kiwos-kiwos tu rambut dia yang viral sana facebook. Itu ngam sama kau tu," balas Puan Kezia sambil mencium dahi anak kesayangannya itu.

"Haishhh... Mumy, si Hantu Kiwos? itu LGBT! Bukan sumandak original, seripalis."

Sebaik sahaja kereta mercedes hitam itu keluar dari perkarangan rumah, Jax terus melonjak girang. Akhirnya dia bebas keluar bersama kawan-kawannya selama beberapa hari.

"Bibi! Ada limau ka?" Jax menjenguk Mbak Surti yang sedang memotong sayur di ruang dapur.

"Ada, Tuan Muda mau air limau ya?" Mbak Surti sepertinya sudah tahu apa yang dimahukan oleh Jax.

"Ya... Pandai Bibi. Nanti hantar sana bilik saya tu air limau kalau sudah siap arr," Jax tersengih sambil mengenyit mata pada Mbak Surti yang sudah separuh umur.

"Ya, tar Bibi hantarin ke bilik kamu," ujar Mbak Surti. Dia tersenyum melihat gelagat nakal anak asuhannya itu.

Mbak Surti sudah lama berkerja dengan keluarga Tuan Devol. Dialah yang menjaga Jax sedari kecil, kerana kesibukan orangtua Jax yang menguruskan perusahaan syarikat mereka.

Jax mengatur langkah kembali ke biliknya. Tubuhnya yang terasa lemas dihempaskan ke atas katil.

"Ting!" handphone Jax berbunyi. Jax menyeluk handphone di dalam kocek seluarnya.

"Jax! Masih hidup lagi ka?" pesanan ringkas daripada Alan, membuatkan mata Jax terbeliak.

"Dalam kubur sudah ni, buduh!" Jax membalas pesanan itu dengan geram.

"Ha...ha... dalam kubur pun boleh main handphone ka? Canggih oh!" balas Alan.

"Canggih kepala bana! Kenapa juga kau cari saya, kau kana bubut pundan lagi ka palui."

"Haisshh... sembarang saja kau ni, manada! Ni ari kau cuti kan?"

"Ya, cuti-cuti malaysia. Kenapa juga?"

"Kasi kawan saya pi 'blind date'."

"Tuii! Kau tidak jerak lagi ka, tu ari kena bubut pundan gara-gara kau punya 'blind date'."

"Ni kali yang original punya, sudah saya selidik betul-betul."

"Yala tu, kalau ada apa-apa kau jangan kasi babit-babit saya arr. Dimana lokasi? Jam berapa?"

"Tenang kau bro, kita pi jumpa saja kan? bukan pi kasi bunting anak orang. Tempat macam biasalah, Cafe Lorena. Nanti jam dua saya singgah di rumah kau."

Tok! Tok! Tok!

Mbak Surti mengetuk dan menolak pintu bilik Jax yang tidak tertutup rapat.

"Tuan Muda, air limaunya udah siap," Mbak Surti meletakkan segelas air limau sejuk di atas meja yang terdapat di sudut bilik Jax.

"Terima kasih, bibi."

"Sama-sama."

Mbak Surti segera keluar dari bilik Jax. Air limau bersama ketulan ais kiub itu tadi, diminum oleh Jax perlahan-lahan. Rasa asam dan manis air limaunya menyegarkan kembali tubuh Jax. Pesanan ringkas Alan dibuka kembali.

"Okey, saya tunggu kau di rumah. Kalau lambat, saya CANCEL!" Jax menyandarkan tubuhnya di bangku sofa sambil menikmati air limaunya.

"Hmm... masih awal lagi ni, bagus main game kejap sementara tunggu Alan datang," getus Jax. Jam tangannya ditenung beberapa saat kemudian, dia membuka permainan MOBILE LEGEND yang terdapat di dalam handphonenya.

"Kitai, ranking grandmaster iv tinggal satu bintang? Kalau saya main rank, confirm turun pi rank master lagi ni," Jax bermonolog sambil mendengus kencang melihat ranking permainannya.

"Main classic ka, brawl? Ah! Classiclah," gumam Jax. Dia memilih permainan classic lalu mula memadankan permainan.

Ketika sedang memadankan permainan, mata Jax tertumpu kepada seorang pemain perempuan yang menggunakan bendera Thailand. Gambar profile pemain itu hanya ditayangkan separuh badan yang mengenakan pakaian seperti seorang peninju Muay Thai.

"Perghh... padu!" desis Jax.

Setelah semua pemain masuk, Jax memilih Martis sebagai hero permainannya. Siapakah hero yang dipilih oleh awek Muay Thai ni ya? Soal Jax di dalam hati. Matanya hanya tertumpu kepada pemain dari Thailand yang berada di dalam kelompok permainannya.

"Zupp!"

'Pemilihan terakhir' tertera pada skrin permainan. Hero permainan pemain Thailand itu masih kosong, dan dua saat sebelum permainan dimulakan, pemain Thailand itu telah memilih Hanabi sebagai heronya.

"Ninja style arr, lambat-lambat lagi pilih hero. Bagus kalau kau champion! Kalau noob, saya report kau! Ha... ha..." Jax tergelak sambil membetulkan duduknya.

Permainan dimulakan.

"Farming dulu guys, kasi kuat tu level hero!" Jax menghantarkan mesej kepada team permainannya. Namun, tidak ada seorang pun yang membalas mesej itu.

"Pedulilah kamu situ!" bentak Jax. Dia hanya bersendirian di dalam biliknya tetapi mulutnya tidak habis berkata-kata, seolah-olah team permainannya ada bersamanya di dalam bilik.

"Buduh punya Hanabi! Kenapa kau rebut buff saya!" Jax mendengus kencang apabila pemain Thailand itu lantas menyambar buff yang hampir dibunuhnya.

15 minit permainan berlangsung. Satu pun belum ada musuh yang dibunuh oleh Jax. Malahan, heronya seringkali mati dibunuh oleh musuh.

"YOU HAVE BEEN SLAIN!"

"Mati lagi? Punya sial, cepatlah kasi habis ni permainan. Bikin hilang mood saja main game begini, tiada teamwork langsung!" bentak Jax. Dia melemparkan handphonenya ke sisi bangku sofa. Wajahnya berkerut menahan geram.

"TRIPLE KILL!"

"MANIAC!"

"SAVAGE!"

Jax lantas mengambil semula handphonenya. Dia ingin tahu, hero siapakah yang telah mendapat Savage sebentar tadi.

"Hanabi? Hebat juga pemain Thailand ni, bulih-bulih dia dapat Savage. Saya punya kill masih kosong lagi, cehhhh!" Jax bertambah geram apabila melihat semula corak permainannya.

"Hebat kau Hanabi!" Jax menghantarkan mesej di dalam permainan.

"Martis noob! Kuteli!"- Hanabi.

"Kau cakap saya noob? Apa? Kuteli? Pandai pula ni Thailand cakap bahasa melayu arr. Eh, Kuteli? Perkataan ni macam saya pernah dengar oh!" getus Jax. Dia mula mengingatkan sesuatu.

Baru sahaja Jax mahu membalas kata-kata pemain Thailand itu tadi, permainan telahpun ditamatkan. Game dimenangi oleh team Jax kerana musuh telah menyerah kalah. Jax sempat mengikuti akaun pemain Thailand itu dan dia cuba mengajaknya berbual melalui khidmat personal mesej di dalam permainan.

"Hai... kau orang malaysia ka, orang Thailand oh? Macam mana kau tau tu perkataan Kuteli?" soal Jax.

Jax menunggu beberapa minit, namun mesejnya tidak pun dibalas. Jax merasa hampa, lalu keluar dari permainan itu.

'Kuteli? Seseorang pernah memanggilku dengan nama itu. Iris? Ya! Iris yang selalu memanggilku dengan panggilan Kuteli. Adakah dia Iris, ataupun ia hanya kebetulan?' Jax baru sahaja teringatkan seseorang yang pernah hadir dalam hidupnya suatu ketika dahulu. Pertemuan pertama mereka, masih segar dalam ingatannya. Jax tersenyum sambil mengenangkan masa lalunya.

KETIKA itu, Jax sedang menunggu Uncle Denis datang menjemputnya di laman sekolah. Hari itu, adalah hari pertama Jax memasuki alam sekolah menengah. Sisiran rapi dan belah tepi rambutnya, membuatkan dia kelihatan seperti seorang budak dungu. Walhal dia adalah seorang pelajar cemerlang namun, penampilannya yang sebegitu membuatkan dirinya diejek oleh teman sekolahnya. Ditambah pula dengan sikap pendiamnya, makin ramailah pelajar yang cuba mengusiknya.

"Oiii! Budak! Sini kau kejap," jerit seorang pelajar senior lelaki bersama beberapa temannya.

Jax menoleh ke kiri dan kanan. Tidak ada sesiapa di situ melainkan dirinya.

"Saya?" Jax mengajuk dirinya.

"Yala! Sini cepat!" bentak pelajar senior itu.

Dengan perlahan-lahan, Jax bangun dari duduknya dan berjalan ke arah pelajar-pelajar senior itu. Lantas pelajar senior itu menarik kolar bajunya dan Jax dihimpit ke tepi dinding. Jax mulai ketakutan.

"Apa dorang mau buat ni," bisik hati Jax.

"Duit. Bagi kami duit kau!" kata pelajar senior itu sambil menyeluk kocek seluar Jax.

"T-tiada du-duit s-saya..." ujar Jax terketar-ketar.

"Jangan tipu! Kami tau, kau mesti banyak duit kan? Pi sekolah pakai beg berjenama takkan tiada duit!" pelajar senior itu mencengkam leher Jax.

Jax tercungap-cungap mengatur nafas. Dia dapat merasakan cecair suam-suam kuku mulai membasahi seluar sekolahnya. Ya, Jax terkencing dalam seluar!

"Periksa beg dia!" arah pelajar senior itu kepada teman-temannya.

Beg sekolah Jax diselongkar, namun tidak ada satu sen pun yang mereka temui di dalam beg sekolah Jax. Pelajar senior itu mulai berang kerana tidak mendapat apa-apa hasil daripada Jax. Dia menggenggam erat buku limanya dan bersedia untuk melepaskan penumbuknya ke arah Jax.

"Hentikan! Lepaskan budak lelaki itu ataupun saya laporkan hal ini kepada guru disiplin."

Seorang pelajar perempuan datang ke arah mereka dengan berani. Pelajar senior itu berundur setapak.

"Hari ini, kau selamat!" kata pelajar senior itu lalu menolak Jax jatuh ke lantai sebelum mereka beredar.

"Kau okey ka?" tanya pelajar perempuan itu. Dia memapah Jax ke sebuah pondok di tepi bangunan sekolah.

Jax hanya berdiam diri. Kakinya dirapatkan.

"Kau terkencing dalam seluar ka ni? Kenapa tu seluar kau basah, kaki pun terkepit-kepit," pelajar perempuan itu tergelak kecil ketika melihat seluar sekolah Jax basah lencun.

Wajah Jax kemerahan menahan malu.

"Kuteli betul kau ni, kena buli sikit saja pun kau terkencing dalam seluar ka? Kau tu lelaki, seharusnya kena berani. Jangan biar dorang buli kau, nanti esok-esok dorang buat lagi tu kalau kau tunjuk lemah di depan pembuli macam dorang tadi," ujar pelajar perempuan itu.

"Apa juga dorang minta kau tadi, duit ka?"

Pelajar perempuan itu terus menyoalnya. Sedangkan Jax hanya diam membisu.

"Oi, Kuteli. Kau bisu ka ni? Macam saya bercakap sama tunggul ja ni."

Pelajar perempuan itu hampa kerana, Jax langsung tidak membuka mulutnya. Pelajar sebaya Jax itu mengangkat punggungnya dan melangkah meninggalkan Jax.

"Guntoto!"

Langkah pelajar perempuan itu terhenti. Dia menoleh ke belakang. Jax sedang memandang ke arahnya.

"Apa kau panggil saya tadi? Guntoto?"

Mata pelajar perempuan itu terbeliak. Dia seolah-olah tidak percaya, Jax baru sahaja bersuara dan memanggilnya dengan panggilan sebegitu. Langkah kakinya laju menghampiri Jax.

"Nama saya IRIS, I.R.I.S ! Bukan Guntoto!" tempelak pelajar perempuan yang bernama Iris itu.

Jax tergelak kecil.

"Siapa suruh kau panggil saya Kuteli, saya pun ada nama juga," balas Jax. Akhirnya Jax mulai bersuara setelah berdiam diri sedari tadi.

"Pandai rupanya kau bercakap, saya ingat kau bisu! Memang padanlah saya panggil kau Kuteli, belum lagi apa-apa sudah kau duluan terkencing. Nasib tidak tercirit," ujar Iris.

Sekali lagi, Jax tertunduk malu.

"Ya, memang saya penakut. First time saya kena buli macam tadi. Dorang minta duit saya tapi, saya tidak bagi," kata Jax dengan nada perlahan.

"Jadi kau memang ada duitlah ni? Saya nampak dorang selongkar beg kau tadi, tapi tiada pun dorang dapat apa-apa? Di mana kau simpan duit belanja kau?" Iris merendahkan nada suaranya. Dia tidak mahu menakutkan Jax.

"Memanglah dorang tidak jumpa, sebab saya tapuk." Jax menanggalkan kasut sekolahnya, lalu menarik sekeping duit kertas bernilai rm50 dari dalam stokinnya.

"Nah, ambillah. Kau kan sudah kasi selamat saya tadi."

Jax menghulurkan duit itu kepada Iris. Namun, Iris telah menolaknya.

"Kalau saya terima duit ni, apa bezanya saya dengan pembuli itu? Lagipun kebetulan saja saya lalu di sana tadi. Itupun saya acah-acah berani ja, nasib baiklah dorang lari. Kalau tidak, memang nahaslah kita dua. Lagi satu, stokin kau tadi mesti kena air kecing kau kan?" kata Iris terkekeh kecil.

"Apa-apapun, saya ucapkan terima kasih sebab selamatkan saya tadi. Nama saya, Jax."

"Hal kecil ja pun... Jax? Lawa juga nama kau ni, tapi saya tetap panggil kau Kuteli. Kuteli bin Gunsobuh! Ha... Ha..." Iris tertawa besar.

"TUAN MUDA? Tuan Muda ga apa-apa? Kok ketawa sendirian? Itu, Alan lagi nungguin kamu di bawah tuh."

Suara Mbak Surti mengejutkan Jax dari lamunannya. Entah sudah berapa lama, Mbak Surti berdiri di situ.

"Ya, bibi. Suruh Alan tunggu kejap, nanti saya turun," ujar Jax. Dia bergegas masuk ke bilik mandi untuk membasuh mukanya.

'Sudah terlalu lama, kenapa aku masih teringatkan kamu, Iris? Kemanakah kau menghilang?' bisik hati kecil Jax. Dia memandang dirinya yang terpantul di balik cermin.

avataravatar
Next chapter