1 Adakah ini satu penipuan atau kebenaran?

Saya,Clayrissa Spennia,berumur 15 dan seorang kaki game.Memang susah nak cari perempuan yang kaki game. Sejak saya kecil,saya suka melihat abang saya bermain video game. Sejak itu,saya mula berlajar main peremainan video dari abang saya. Saya juga seorang otaku(peminat anime). Saya tidak pernah rasa bosan ketika bermain permainam video.Oopss! Saya akan lambat kalau tidak jalan secepat mungkin!

Joelyn:"Clay! Sini! Sini!"

Ini Joelyn Joseph,kawan baik saya sejak saya kecil. Kami sentiasa bersama waktu susah dan senang.

Joelyn:"Kau mesti lambat sebab main game nih kan?"

Clayrissa:"Ehh.. tidaklah"

Joelyn:"Eh macam tak biasa pulak kamu dengan saya"

Clayrissa:"Yelah yelah.."

Joelynda:"Hahaha! Ehh.. Kau dengar tak berita baru? Pasal ada pelajar baru di kelas kita tu"

Clayrissa:"Tak. Bukan saya kisah sangat pun."

Joelynda:"Dengar kata dorang,dia kacak."

Clayrissa:"Ohohohoho.. saya tidak percaya lelaki lagi"

Joelynda:"Janganlah samakan semua lelaki nih dengan Nicolas"

Clayrissa:"Kamu kan tahu saya ini bagaimana orangnya."

Teringat pasal Nicolas,bekas teman lelaki saya. Pengelaman yang teruk selama saya berpasangan dengan dia.

Joelyn:"Tu lah pelajar baru yang saya bagitahu tadi itu!"

Saya memandang ke arah lelaki itu.

Clayrissa:"Bruh..Saya dah bosan. Jum masuk kelas sebelum cikgu masuk"

Joelyn:"Hahaha.Maaf Clay."

Kami masuk ke kelas dengan segera dan pada waktu yang sama guru subjek Bahasa English sudah masuk ke kelas.

Waktu rehat,saya dan Joelyn pergi ke kantin untuk membeli makanan. Ketika itu,seorang senior kami berhadapan dengan kami dan melihat saya dengan agak serius.

"Maaf,Clayrissa,kamu ada masa tak? Saya mahu beritahu sesuatu." kata senior itu kepada saya.

Clayrissa:"Okay"

Saya tertanya-tanya apa yang dia ingin beritahu.

"Saya Jonathan Spennia. Saya dari kelas 4. Saya ada sesuatu nak bagitahu."

'Kejap.Jonathan Spennia? Spennia? Bukan itu nama ayah? Kenapa dia mempunyai nama yang sama dengan saya?' bisik hati saya dengan kehairanan.

Jonathan:"Saya tahu kamu sedang tertanya kenapa saya ada nama ayah kamu."

Clayrissa:"Kamu tahu semuanya?"

Jonathan:"Ya. Kamu adik saya yang lama sudah berpisah."

Clayrissa:"Huh...? Bukan abang saya dah meninggal dalam kemalangan di Selangor dahulu?"

Jonathan:"Oh....saya paham. Kamu telah hilang ingatan. Kamu tidak diberitahu oleh ibu bapa angkat kamu hari ini betul kan?"

Clayrissa:"Ibu bapa angkat?"

Jonathan:"Haha..Kesian adik saya yang tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi."

Clayrissa:"Jadi...selama ini saya tinggal dengan ibu bapa angkat???"

Jonathan:"Betul. Saya nak bawa kamu balik ke rumah sebab mak dan ayah sudah tiada."

Kejap. Mak dan ayah kandung saya sudah tiada?!

Clayrissa:"Kenapa baru hari ini?!"

Saya menangis. Saya rasa tertipu. Rupanya selama ini saya bukan tinggal dengan orang tua kandung saya.

Jonathan:"Jangan risau. Nanti saya tunggu kamu waktu habis persekolahan"

Clayrissa:"Okay...."

Saya kembali kedalam kelas saya semula. Waktu guru mengajar,saya melihat keluar tingkap. Saya sedang berfikir dan mengingat semua apa yang terjadi waktu kemalangan yang terjadi di Selangor. Di mana saya kehilangan ingatan dan diselamatkan oleh ibu bapa angkat saya. Agaknya,kenapa mereka tidak pernah bagitahu semua ini? Takut saya akan mencari mereka kembali? Kenapa mereka katakan yang ibu ayah kandung saya sudah maut dalam kemalangan itu?

Waktu habis persekolahan,Jonathan menunggu saya di luar kelas seperti apa yang dia katakan kepada saya.Joelyn tidak berkata apa-apa pun sejak rehat tadi. Apa yang terjadi dengan Joelyn? Kenapa dia tiba-tiba mendiamkan diri?

Clayrissa:"Lyn,kamu tidak apa-apa? Kenapa kamu kelihatan sungguh senyap?"

Joelyn:"Tak.."

Clayrissa:"Jangan cakap yang kamu baru sahaja putus hubungan dengan teman lelaki kamu?"

Joelyn:"Yup.."

Clayrissa:"Dasar! Biar saya berjumpa dengan dia!"

Joelyn:"Clay jangan!"

Joelyn cuba untuk menghentikan saya. Jonathan juga turut cuba untuk hentikan saya. Saya teruskan untum mencari teman lelaki Joelyn.

Clayrissa:"Frankly!!!"

Semua mereka melihat saya termasuk Frankly yang berpelukkn dengan seorang perempuan. Dia senyum pada saya. Jonathan dan Joelyn berada di belakang saya dan cuba untuk menenangkan saya.

Joelyn:"Clay,dah lah,jum balik.. lupakan jak."

Jonathan:"Jangan cari masalah dengan dia."

Clayrissa:"Saya tak suka ada orang yang sakitkan hati Joelyn!!"

Frankly:"Huh? Kamu amat berani menentang saya."

Clayrissa:"Jangan nak pandang rendah kat saya!"

Frankly:"Kenapa kamu cari saya?"

Clayrissa:"Kau nih lelaki jenis macam mana ya?! Lepas sakitkan hati Lyn,sekarang nak cari baru?!"

Frankly:"Sebab saya bosan dengan kawan baik kau yang hodoh ini"

Clayrissa:"Weyh!!Kalau kau lelaki sejati,kenapa kau tengok melalui rupa?! Kenapa kau tengok melalui luaran bukan dalaman?! Kau tak layak dipanggil lelaki sejati dan tidam layak untuk berhubungan jika kau memandang rupa!! Jangan fikir hati wanita ialah permainan!"

Frankly:"Bla bla bla. Dah habis? Sekarang kau berambus sebelum saya hantam kau!"

Jonathan:"Dah lah.. jom balik.."

Clayrissa:"Hanya kali nih!"

Saya terus keluar dari kelas dan terus pulang ke rumah. Jonathan membawa saya pulang ke rumah dia. Saya mengikut dia. Jonathan agak risau dengan saya kerana saya mudah panas baran.

avataravatar