webnovel

Sinopsis

Di malam yang suram dan dingin terlihat satu kerajaan yang telah ditutupi dengan api berwarna merah yang berkobar-kobar di seluruh kota.

Di tengah kota tersebut berdirinya satu istana yang cukup megah dah mewah. Namun istana itu turut ditelan api dengan asap hitam yang mula menebal.

Didalam kediaman istana, terlihat beberapa mayat yang merupakan penghuni disitu berada di sebarang arah.

Tap!Tap!Tap!

Terlihat satu sosok wanita dewasa yang berpakaian gaun biru cair sedang berlari sambil mengendong bayi. Dia terus berlari tanpa menghiraukan keadaan sekeliling yang telah separuh dijilat api serta beberapa tubuh mayat yang berada di setiap langkah yang diambil.

Wuahhh!!! sosok bayi itu menangis dengan sangat kencang. Sosok kecik itu seakan tahu bahawa dirinya kini dalam bahaya.

Sosok yang berlari itu terganggu seketika bila mendengar tangisan dari bayi tersebut. Dengan berhati-hati dia menepuk perlahan sosok itu yang merupakan anaknya.

"Shuu!!! Ina-chan! Tidak ada apa-apa. Semuanya dalam keadaan baik nak." Pujuknya dengan lembut kepada sosok bayi yang dipanggil Yuu tersebut.

Melihat bayinya yang mula tenang, dia kembali meneruskan lariannya untuk meninggalkan istana agar tidak dapat dikesan oleh pihak musuh.

Senyumannya timbul di bibirnya bila dia melihat pintu keluar di hadapannya. Tanpa membuang masa dia mempercepatkan langkahnya agar cepat mencapai pintu tersebut.

"CARI PERMAISURI SAMPAI JUMPA! AKU YAKIN DIA MASIH HIDUP! RAJA KITA MAHUKAN PERMAISURI SECARA HIDUP-HIDUP!" jerkah satu suara dari arah belakangnya

Wanita itu mula ketakutan dan mempercepatkan langkah kakinya kearah pintu sehingga dia dapat keluar dengan selamat bersama anak bungsunya.

"Kita kene bergegas ke Academy FairyTaniah! Situ ada abang kamu yang menunggu nak! Jadi bonda mohon bertahan lah dan teruskan hidup bersama abang mu." Katanya sayu lalu mencium ke dahi anaknya dengan lama. Seakan melepaskan kan rindu yang cukup lama.

Matanya sayu melihat ke wajah bersih anak gadisnya yang baru berusia 10 bulan. Hatinya sakit bile mengenangkan nasib anak-anaknya kelak.

Apatah lagi kini suaminya tidak ada lagi di sampingnya. Suaminya itu telah mengorbankan nyawa untuk menyelamatkan nyawa mereka berdua untuk lari dari istana.

"Pergi dari sini! Bagi tahu kepada putera mahkota untuk berundur. Beta mahu isteri dan anak-anak beta meninggalkan kingdom malam ini jugak!. Jangan bertahan lagi! Segera mundur. Ini amanah terakhir saya pada awak sayang." Itulah pesan terakhir dari suami tercintanya untuk segera meninggalkan kota ini dengan segera.

Dengan hatinya yang hancur, dia kembali berlari menuju kearah Academy FairyTaniah bersama bayi kecilnya dan berdoa akan keselamatan kedua putera kandungnya yang dia tahu sedang bertahan disana bersama anggota pelajar di seluruh dunia.

"Semoga abang-abang kamu dalam keadaan selamat!" Bisik hatinya yang penuh berharap.

@@@

Academy FairyTaniah tidak kalah teruknya dengan keadaan di kota Rull Magic. Kalau istana sudah separuh bahagian dijilat api sama jugak keadaan di Academy cuma di bahagian belakang bangunan masih tidak terbakar hanya sebahagian sahaja yang dijilat api.

Terlihat satu sosok tubuh yang gagah, mengenakan satu set pakaian rasmi berwarna biru kemerahan yang berlogo FairyTaniah.

Sosok pemuda itu sedang fokus kepada sekeliling sambil memegang sebilah pedang hitam merahnya yang kini di salut dengan darah dari pihak musuhnya.

Indra mata dan pendengarannya cukup tajam untuk masa ini. Hatinya cukup kental dan kuat walaupun kini dia mula merasakan lelah akibat pertarungan yang tidak ada penghujungnya.

"Abang!!" Jerit satu suara dari arah belakangnya. Lantas dia menoleh ke arah suara tersebut. Dari pandangannya dapat melihat satu sosok tubuh milik saudaranya.

"Ryaito!" Ujarnya sayu. Hatinya yang risau akan keselamatan adik keduanya mula tenang. Namun tidak untuk yang lain.

"Penduduk semua sudah sampai ke pintu tapi Ryai..." Ucapan Ryaito terpotong bila mendapat pelukan hangat dari sosok sang abang secara tiba-tiba.

"Syu... syukur lah kamu masih selamat!" sayunya dengan suara yang mula bergetar. Sedaya upaya dia cuba menahan tangisnya.

Ryaito tersenyum sayu. Dia faham perasaan gelisah yang sedang abang sulungnya alami. Apatah lagi abangnya merupakan calon raja pada masa akan datang.

"Hei Ryai okey je! Tak ada sebarang luka pun." Kata Ryaito tenang sambil membalas pelukan hangat dari abangnya yang kini dapat dirasakan bahawa abangnya sedang menangis di bahunya.

"Agak memalukan! Bila orang lain tengok calon raja sedang menangis macam budak kecik dalam pelukan saudaranya. So...please stop crying! Kau kene tunjuk kat diaorang yang kau kuat along! Ryunosuke Nishimura merupakan sosok yang cukup kuat dan tidak pernah kenal erti kalah!." Kata Ryaito dengan tegas lalu melonggarkan pelukan mereka berdua. Dia perlu bagi semangat pada abangnya agar tidak mudah goyah walaupun sebenarnya dia jugak mula lelah dengan semua ini. Apatah lagi jumlah korban yang kian bertambah dari masa ke semasa. Belum lagi kehilangan sosok tunangnya yang masih tidak ada khabar sedari tadi.

Ryunosuke menganggukkan kepalanya lemah, dia mengusap mukanya perlahan. Seminit masa yang dia ambil untuk tenangkan hatinya. Manakala saudaranya masih setia menemaninya.

"Okey! Abang dah rasa lebih baik sekarang." Ujarnya tenang . Dia lihat saudaranya tersenyum lebar lalu merangkul bahunya dengan semangat.

Mereka berdua berjalan beriringan ke arah pintu gerbang di bahagian utara. Dia perlu menyambut kedatangan para rakyat yang masih terselamat dan kembali bersatu dengan keluarganya.

Setiba disana, mereka dihidangkan dengan pemandangan yang cukup menyayat hati. Terlihat beberapa penduduk yang sedang menangis pilu mungkin ada diantara mereka telah kehilangan salah seorang anggota keluarga.

Ryunosuke terduduk sedih bila melihat keadaan mereka. Dia seakan merasakan bahawa dia telah gagal melindungi rakyatnya dari serangan musuh ,seperti mana janji yang pernah diucapkan. Sewaktu dia di tabalkan sebagai colan raja mereka pada masa akan datang.

Ryunosuke tersenyum hambar bila teringat akan seseorang yang telah mengikat status dengannya. Dia berfikir bahawa dia tidak akan mampu melindungi si dia dengan sebaiknya apatahlagi dia telah gagal mempertahankan kerajaan dari serangan musuh.

Ryaito disebelah hanya memerhati akan sikap abangnya yang kembali murung. Ryaito cuba bersuara tapi niatnya terhalang bila mendengar jeritan rakyatnya tentang ketibaan sang ratu di Academy tanpa sang pemerintah.

Ryunosuke mahupun Ryaito berlari kencang kearah sekumpulan rakyat yang mula berkumpul disekitar ratu yang terlihat kepenatan serta pakaian rasmi yang telah terkoyak lebar dibahagian kaki sehingga memperlihatkan kaki jenjang milik sang ratu.

Dua bersaudara itu tiba dihadapan ratu dengan perasaan cemas dan lega. Namun mereka hairan kerana ketibaan sang ratu hanya berdua bersama si bungsu. Sang raja tidak ada bersama mereka berdua. Kedua saudara itu berpandangan sesama sendiri. Hati mereka mula gusar. Seakan dapat merasakan sesuatu yang tidak mahu mereka dengar.

"Bo...bonda di mana ayahda?" Tanya Ryunosuke yang mewakili mereka kepada Ratu. Air mata keduanya jatuh jua bile melihat gelengan dari sang ratu.

Yang memberi tahu akan kematian sang raja kepada mereka berdua dan bukan untuk mereka tapi untuk semua yang ada di academy.

"Pesan terakhirnya!

Dia mintak untuk semua rakyat keluar dari kota dalam kadar segera!

Ayahda kamu mintak kamu berdua pindahkan rakyat ke tempat yang aman dengan menggunakan portal sihir.

Dia sudah memberi tahu pada kerajaan lain untuk menetapkan rakyat Rull Magic untuk sementara mahupun kekal.

Itu semua terpulang kepada mereka untuk tinggal di kerajaan yang telah bersetuju untuk menetapkan penduduk Rull Magic sehingga mereka membuat keputusan untuk tetap tinggal atau pergi." Ujar Ratu dengan senyuman tawarnya. Dia cuba kekalkan hatinya dan menerima kematian suaminya.

Dia perlu mengambil tindakan sekarang. Dia kene menggantikan tempat suaminya. Jadi dia tidak boleh lemah dihadap para rakyat yang cukup disayanginya.

Ratu menghulurkan bayi ke arah Ryunosuke dan tidak lupa untuk mengucup kasih ke dahi. Dia berdoa akan keselamatan anak-anaknya walaupun di mana mereka berada.

Setelah puas menatap ke tiga anaknya. Ratu menoleh dan melangkah ke tengah ruangan lalu wajahnya yang cukup tegas dan serius di pertunjukan pada semua yang berada di Academy FairyTaniah.

"DENGAR SEMUA! SAYA RATU DI KERAJAAN RULL MAGIC AKAN MENGGANTIKAN TEMPAT SUAMIKU SANG RAYA PEMERINTAH,

DISINI SAYA AKAN MEMBERI ARAHAN UNTUK KAMU SEMUA MENINGGALKAN KERAJAAN RULL MAGIC DALAM MASA 1 JAM DARI SEKARANG.

KEDUA ANAK SAYA AKAN MENGGUNAKAN PORTAL SIHIR AGAR DAPAT BERHUBUNG DENGAN MENARA SIHIR DISETIAP KERAJAAN YANG TELAH BERSETUJU UNTUK MENETAPKAN PENDUDUK DI KERAJAAN RULL MAGIC SEHINGGA KAMU SEMUA MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK TERUS KEKAL MENJADI RAKYAT MEREKA ATAU SEBALIKNYA.

DISINI JUGAK SAYA AKAN MEMBERI TAHU BAHAWA....* ratu menarik nafas seketika setelah yakin akan penderitanya dia kembali bersuara dengan lemah.

"KERAJAAN INI AKAN RUNTUH...MAKA DARI ITU...saya berharap kalian semua tidak menyesali telah memberi jasa, pertolongan atau semuanya, malah saya turut memohon maaf diatas semuanya.

Kerana keluarga saya tidak mampu melaksanakan tugas dengan benar sehingga kamu semua telah kehilangan semua yang berharga...tempat tinggal...pekerjaan...impian kalian...masa depan untuk para academy dan jugak kehilangan orang-orang yang disayangi.

Maka kerana itu saya telah membuat keputusan...saya akan berjuang sampai ke titik akhir dan perjuangan saya untuk menebus kesalahan saya dan jugak kehormatan saya sebagai ratu kalian...tolong maaf kan saya dan arwah suami saya yang telah terkorban terlebih dahulu." Tanpa kenal malu, ratu rebah dah mula bersujud dihadapan rakyatnya yang kini sedang menangis haru bile melihat keadaan ratu mereka yang cukup rapuh...

"Abang kau berjanji dengan aku! Walaupun apa pun jadi jangan mudah putus asa...jaga Yuu dengan baik dan pergi lah ke kerajaan si dia. Aku yakin yang sekarang orang tu tengah tunggu khabar dari kau" bisik Ryaito ke telinga Ryunosuke yang sedang mendukung adik bongsu mereka yang sedang terlena dalam dakapan abang sulungnya.

Ryunosuke menoleh kearah saudaranya dengan hatinya yang gusar. Dia tidak mahu berpisah dengan ahli keluarganya. Dia mahu mereka semua tinggalkan kota dan mula kan hidup baru di tempat baru.

"Apa maksud kau Ryai?" Soalnya kepada Ryaito yang tersenyum dan melangkah meninggalkan dirinya dibelakang.

Ryaito turut melakukan perkara yang sama seperti bondanya yang sedang bersujud namun dihalang oleh seorang lelaki dengan menahan bahunya.

"Cukup!Kami cukup rasa bersyukur bila mendapat perlindungan dari keluarga kerajaan dan cukup terharu mendapat maaf dari sang ratu tapi tidak perlu untuk putera kedua mahupun putera mahkota untuk bersujud di kaki kami!

Itu cukup terhina bagi keluarga kerajaan. Kami tidak sanggup melihat itu.

Bangunlah ratu! Saya mewakili yang lain menerima maaf dari sang ratu." Ucapannya lalu disambut oleh suara yang lain.

Mendengar itu sang ratu tidak mampu menahan tangisnya, dia dibantu oleh penduduk wanita untuk bangkit dari sujudnya.

Hatinya cukup merasa bersalah dari semua musibah yang telah menimpa kesemua rakyatnya yang tidak bersalah.

"Teri..terima kasih te...telah menerima maaf dari ku" ujarnya perlahan. Untuk pertama kalinya sang ratu menangis di hadapan anak-anaknya dan jugak para rakyatnya.

"Ryuu dan Ryai sila bersiap sedia untuk menggunakan portal sihir! Kita kene bergegas sebelum mereka kembali menyerang." Katanya diselang tangisan.

Kedua saudara itu lantas melaksanakan tugas mereka setelah Ryunosuke memberi adik bongsunya kepada bonda mereka.

1 jam terakhir.....

Ryunosuke telah mengumpul kesemua rakyat yang tersisa dalam satu lingkaran sihir. Portal itu akan memindahkan penduduk di kerajaan yang telah ditetapkan dalam bacaan sihirnya.

"Bonda!, Ryai! Cepat! Kita ada masa 5 minit sebelum portal ini berfungsi dan portal ini adalah yang terakhir jadi cepat lah sebelum mereka datang." Kata Ryunosuke dengan kuat kearah ibunya dan adiknya.

Dia melihat ibunya dan adik lelakinya berlari ke arahnya. Namun anak matanya dapat melihat serangan dari udara yang datang secara tiba.

Bush!!!

Serangan itu tepat mengena sasaran ke pintu gerbang yang kini telah hancur bersama api yang kian membara.

Ryunosuke mahu melangkah tapi dihalang oleh ibunya sambil menghulurkan si bayi kepadanya. "Kamu masuk kedalam portal biar bonda yang uruskan! Ini tanggungjawab bonda untuk melindungi semua orang termasuk anak-anak bonda" kata ratu dengan serius lalu menolak tubuh Ryunosuke ke dalam lingkaran.

"Bonda!!!" Jerit Ryunosuke dengan kencang yang kini sedang terduduk sambil memeluk adiknya akibat dari dorongan sang ratu.

Tidak menerima keputusan sepihak! Dia bangkit dari duduknya dan menyerahkan si bayi kepada penduduk wanita yang menolongnya.

Dia cuba keluar dari lingkaran namun tidak boleh kerana sihir penghalang yang dipasang oleh saudara keduanya.

"RYAITO!!! LEPAS KAN SIHIR PEHALANG NI! BIAR ABA.."

"KAU KENE TUNAIKAN APA YANG TELAH AKU CAKAP TADI KAT KAU RYUNOSUKE! KAU KENA JANJI DENGAN AKU UNTUK JAGA ADIK BONGSU KITA DENGAN BAIK!

BESAR KAN DIA DENGAN PENUH KASIH SAYANG DAN CAKAP YANG AKU SAYANG GILA KAT DIA!

SAMPAI KAN JUGAK MAAF DARI AKU UNTUK DIA SEBAB TAK TEMAN KAN DIA SAMPAI DIA TUMBUH DEWASA!

DAN UNTUK ABANG SULUNG YANG CUKUP AKU SAYANGI!

Hidup lah dengan bahagian jangan salah kan diri sendiri atas semua yang telah berlaku!

Tolong jangan pandang belakang....kau kene terus kedepan abang... janganlah sesekali kau anggap diri kau gagal sebab bagi aku kau dah berjaya jalan kan semua janji dan amanah yang telah kau ucapkan!

Dan satu lagi tolong jangan hilang kepercayaan pada diri kau sendiri dan pasal dia!

Aku yakin yang dia akan terima kau walaupun apapun keadaan kau miskin pun hubungan Korang terhalang...

Dan pesan terakhir aku..hidup lah dengan aman dan damai tanpa ada sebarang kesesalan...cari kebahagiaan kau sendiri abang.

Selamat tinggal abang dan jugak si kecil Ina" sehabis ayat yang diucapkan oleh Ryaito, portal sihir yang dibuat oleh mereka mula berfungsi meninggal kota Rull Magic yang telah hampir musnah sepenuhnya bersama sang pemerintah beserta beberapa anggota pelajar yang memilih untuk berjuang bersama sang Ratu kerajaan.

"JANGAN! BONDA! RYAITO!" jerit Ryunosuke dengan tangisan yang menggila.

Dia tidak sanggup berpisah dengan keluarganya yang rela hancur bersama kerajaan mereka di tangan musuh...

Kini tidak ada lagi Kerajaan Rull Magic. Tidak ada lagi Academy FairyTaniah termasuklah anggota kerajaan Nishimura.

Dan ketiga itu hanya akan menjadi sejarah di masa akan datang.

Next chapter