Cerpen: Mimpi Nina

Anina merasakan ada yang tidak kena dengan dirinya sejak beberapa minggu yang lepas. Perutnya acap kali berasa sakit, kepalanya berdenyut-denyut dan dadanya berombak kencang. Banyak yang Anina telah lakukan untuk menghilangkan rasa sakitnya itu antaranya dia makan ubat tahan sakit yang diberikan oleh doktor peribadinya, Dr Sofea.

° ° °

Anina. Seorang penulis dan pelukis yang sudah lama mementingkan kerjaya daripada rumah tangga yang kini tinggal di ibu kota,Kuala Lumpur.

"Nina, sudah lah tu. dari tadi mak tengok Nina asyik melukis saja. tak penat ke" kata Mak Ilah kepada anak tunggalnya itu.

"Hmm" jawapan yang ringkas dari mulut Anina sambil jarinya lembut melentok kekiri dan kekanan seakan sedang menari.

Mak Ilah sudah masak dengan perangai anaknya itu. Mak Ilah lalu keluar dengan membawa pakaian kotor yang diletakkan oleh Anina di tepi pintu.

Walaupun umurnya hampir 30 tahun, Anina tidak berasa resah langsung kerana tidak mempunyai pasangan walaupun acap kali ditanyakan oleh saudara mara. Disebabkan itulah Anina seakan malas untuk keluar berjalan dengan kawan atau bertemu saudara mara. Bila ditanya, pasti dia akan berdiam diri dan terus masuk kedalam bilik.

° ° °

Sepasang mata sedang memerhati gerak geri keluarga Anina sejak beberapa tahun yang lalu.

Rudi, seorang bunian yang sudah lama memendamkan perasaan terhadap Anina sejak 10 tahun yang lalu. Rudi sedar akan dirinya bukan seorang manusia dan tidak mempunyai kebolehan sebagai seseorang manusia. Namun, Rudi tidak memunculkan dirinya di hadapan Anina.

° ° °

"Pergi! pergi! aku dah kata jangan kacau aku!"

Itulah perkara yang sering dikatakan oleh Anina tatkala dia terjaga daripada tidur pada jam 2 pagi hampir setiap malam.

Anina bermimpi yang dia sering bertemu dengan seorang lelaki yang kacak rupa parasnya tetapi berambut serabai,kusut masai,kotor dan jijik.

Malam itu berlarutan sehinggakan...

tok.. tok.. tok...

seseorang telah mengetuk tingkapnya.

Anina dengan suara yang terketar ketar menjawab "siapa tu?"

tok.. tok.. tok..

Tanpa soalan yang ditanya itu dijawab, tingkap kembali diketuk

peluh ketakutan mula merembes ke seluruh dahinya,dadanya mulai berombak kencang, tangannya yang mulus menutup kedua belah telinganya. Anina mula menangis.

Dengan tidak semena mena petir berdentum dengan kuatnya lalu tingkapnya dikuak luas dan menyebabkan Anina terkejut lalu jatuh dari katilnya. Dalam pada masa yang sama, Anina terdengar seakan seseorang berbisik kepadanya dan mengatakan

"ikut aku"

° ° °

Dr Sofea bimbang akan keadaan pesakitnya itu. Anina seorang pesakit kemurungan yang hampir pulih sepenuhnya kini menjadi sangat teruk. Anina memberitahu Dr Sofea akan lelaki yang mendatanganinya sejak kebelakangan ini.

"lelaki itu sering datang ke rumah saya setiap malam." kata Anina sambil menggeleng geleng kepalanya sambil menghentakkan kepalanya kedinding.

Dr Sofea mengeluh berat.

° ° °

"Pada esok hari, aku akan ketemukan ayahanda ku dengan Anina" getus Rudi dalam hati.

dia merancang untuk membawa Anina ke alamnya dan tinggal di sana selamanya.

Rudi tahu akan perbuatannya itu salah kerana akan memisahkan keluarga Anina daripadanya.

Apakan daya, ayah kepada Anina, Encik Razak telah membunuh ibunya ketika sedang memburu. Rudi bertekad untuk membalas dendam dengan membawa anak gadisnya bersama-sama Rudi dan hidup di alam yang lain.

Harinya sudah tiba. Tiba masanya untuk Rudi membawa Anina ke kampungnya iaitu di hutan berdekatan dengan rumah Anina.

Rudi datang ke rumah Anina dan mendapati hanya Anina berseorangan di rumah kerana ayahnya kerja dan ibunya pergi ke pasar untuk membeli ikan.

lonceng di pintu ditekan

tingtong.. tingtong...

Rudi menunggu di perkarangan rumah Anina sehinggalah seseorang membuka pintu.

Wajah manis Anina terpampang dihadapan Rudi.

Anina menjadi kaku. Dia seakan tidak percaya bahawa lelaki yang sering muncul di dalam mimpinya kini berada di hadapannya tetapi dengan rambut yang disisipkan ketepi, wangi dan sangat kemas. Rudi hanya menguntumkan senyuman. Anina hanya membalas senyumannya itu dengan senyuman dan lambaian.

Anina terkilan. Dia seakan tersentak dari lamunan. Dalam pada masa yang sama hatinya berdegup kencang melihat jejaka di depannya itu. Dia memeluk Rudi.

° ° °

"Nina! Nina!" jerit Mak Ilah, Encik Razak dan orang kampung sekuat hati.

Sudah 4 hari Anina hilang tanpa jejak. Mak Ilah menangis semahunya sambil ditenangkan oleh Encik Razak.

"Dengar kata, si Anina, anak perempuan Razak kena culik dengan bunian!"

"Hah! Padanlah muka si Razak tu, itulah padahnya menunjuk-nunjuk kekayaan. padahal dia minta tolong dengan bunian!"

Isu tentang kehilangan Anina heboh diperkatakan oleh seluruh penduduk kampung. Mana taknya, Budin yang menyebarkannya isu ni. Nanti tidak semena mena,kampung sebelah pun dihebohkannya.

Encik Razak mula kesal akan perbuatannya sebagai seorang penjual daging yang berkomplot dengan bunian untuk mendapatkan hasil yang terbaik dengan membawakan haiwan ternakan daripada alamnya. Malangnya, nasi sudah menjadi bubur.

° ° °

Anina menjerit riang tatkala tiba di Tasik Nagara. Tasik dengan pemandangan airnya yang hijau kebiruan menarik minat Anina untuk bermandi manda di situ. Rudi hanya melayan karenah Anina yang seperti kanak-kanak riang itu sambil tersenyum. Anina terlupa akan keluarga dan saudara maranya kerana dia sudah terjatuh hati terhadap Rudi.

Senja hampir melabuhkan tirai, Rudi menjemput Anina ke rumahnya dan bertemu dengan ayahandanya itu. Anina terkejut kerana Rudi mengatakan yang ianya sebuah rumah padahal ianya Istana!

Hari itu terasa panjang kerana Anina menghabiskan waktunya bersama Rudi dan dia sangat gembira. Sejak berada di Kampung Budi Bayu, Anina tidak merasakan pun yang dia ingin pulang. Dan pada suatu hari, Anina terdengar perbualan antara Rudi dan ayahandanya itu

"Bagaimana? Ayahanda setuju untuk menerima Anina sebagai isteri anakanda?

"Ya,anakanda. Ayahanda setuju. Anina seperti sudah boleh membiasakan diri di kampung kita"

"Baiklah ayahanda. anakanda akan memaklumkan kepadanya segera"

Anina terkejut. Dia hampir menjerit di situ juga tetapi mulutnya sempat ditekup oleh tangannya. Anina gembira dan terlompat lompat sambil menuju ke biliknya. Dan pada waktu itulah, Anina teringat akan ibu dan ayahnya. Tiba tiba, Anina mengalirkan cairan jernih iaitu airmata. Setelah berminggu minggu di Kampung Budi Bayu, dia mulai rindu akan ibu bapanya yang dia telah lupakan sejak berada di sini.

"Mak, Anina rindu mak" bisik Anina sambil mengalirkan air mata.

Tap!..

Anina terkejut lalu mengelap air mata yang berjujuran apabila Rudi masuk ke biliknya tanpa mengetuk pintu.

"Maafkan Rudi.Rudi tidak sengaja membuka pintu tanpa mengetuk pintu. Rudi nak cakap..." ayat Rudi terhenti apabila melihat mata Anina merah.

"Nina menangis kah? Mengapa ni?" Rudi kelihatan cemas apabila melihat Anina mengalirkan air mata kerana takut semuanya angkara dia.

"Nina.. Nina rindu keluarga Nina.." balas Anina sambil terketar ketar menahan sedu.

Melihat keadaan Anina yang terlampau sedih, Rudi berasa bersalah kerana membawanya ke kampung walaupun dia tahu yang Anina tidak boleh kembali ke dunianya yang sebenar.

Rudi memikirkan cara untuk memberitahu keluarga Anina tentang keberadaanya sekarang.

"Rudi tahu"

° ° °

"Ya Allah, kau selamatkanlah anakku" Mak Ilah berdoa selepas solat hajat untuk meminta pertolongan kepada tuhan untuk melindungi anaknya.

Ktak!

tingkap biliknya seakan di tolak sesuatu. Mak Ilah dengan beraninya membuka tingkap lalu dia ternampak sepucuk surat.

"...daripada Anina"

Mak Ilah sebak tetapi dengan hati yang teruja dia membuka surat daripada anaknya itu untuk dibaca.

"Emak sihatkah? Emak jangan risau kerana Nina dalam keadaan yang baik dan dijaga dengan elok oleh Rudi dan keluarganya.Nina akan berkahwin dengan Rudi tak lama lagi. Nina harap emak restu hubungan kami. Nina tidak dapat datang dan berjumpa dengan emak. Jadi, Nina menyuruh Rudi untuk menghantar surat ini kepada emak. Emak jaga diri dan ayah baik-baik. Nina sayang emak!"

Mak Ilah berasa sangat seronok dan berasa senang hati kerana tahu keberadaan Anina sekarang. Mak Ilah mengalirkan air mata

Dalam pada masa yang sama, seseorang memerhati Mak Ilah sambil menguntumkan senyuman.

"...Rudi"

Mak Ilah tersenyum tatkala membaca nama Rudi itu. Dia berasa akan anaknya sedang dijaga dengan baik.

"Terima kasih, Rudi"

~Tamat~

avataravatar