Fawwaz a.k.a. Izaki
Akan datang, tunggu buku lain habis dulu
Ashley adalah pelajar sekolah menengah dan dia menyukai seorang senior yang lebih tua darinya. Namanya ialah McKenzie. Malangnya, sahabat baik Ashley sendiri, Mellisa yang juga menyukai Kenzie sanggup membuatkan Kenzie membenci Ashley. Ashley tidak peduli dan berusaha untuk mengambil hati Kenzie dengan caranya sendiri namun semuanya tidak berhasil. Sehinggalah mereka menginjakkan kaki ke dunia universiti, Kenzie masih membenci Ashley. Lebih teruk lagi, bila Kenzie mengetahui yang Ashley adalah adik kepada Aralisa, bekas teman wanita Kenzie. Aralisa meninggalkan Kenzie kerana lelaki lain dan itu membuatkan Kenzie sangat membenci Ashley. Ashley tetap menyukai Kenzie dan dia mengabaikan semua kata cacian dan herdikan Kenzie... Sehinggalah pada suatu hari, ayah Ashley meninggal dan itu ada kaitannya dengan keluarga Kenzie. Kerana bisnes mereka, ayah Ashley meninggal dunia. Ashley menjadi marah lalu dia berjanji untuk membalas dendam pada Kenzie dan keluarganya. Namun Tuhan berkata lain apabila Kenzie dan Ashley dipersatukan dalam perkahwinan. Namun Ashley tidak menyukainya dan terus membenci Kenzie. Kenzie semakin mengenal Ashley setelah berkahwin dengannya namun Ashley tidak lagi menyukainya, bukan seperti dulu. Masalah datang lagi bila Ashley tidak tahan dengan rasa bencinya pada Kenzie dan dia bertekad untuk membunuh diri. Bagaimanakah Kenzie akan berhadapan dengan masalah ini?? Adakah Ashley akan selamanya membenci Kenzie, yang dulu pernah dia sukai? -------- Boleh follow saya di Instagram: @bbeatyybrr
Seorang gadis yang secara tak sengaja mengetahui akan asal usul keturunannya yang merupakan salah satu keturunan lagenda zaman dahulu.
Mengisahkan seorang gadis yang harus berpindah di Mansion mendiang atoknya dan gadis itu akan tinggal bersama dengan Group band yang dia minat iaitu BTS.
Cerita ini mengisahkan tentang seorang gadis yang merentas masa ke masa silamnya sebagai puteri kerajaan Moon, Dapatkan dia mengubah takdir dirinya? lari dari segala nasib malangnya? Siapakah pahlawan malam yang menyelamatkannya? Apa kaitan diantara mereka? Ikuti kisah pengembaraan penuh fantasy ke masa silam yang penuh dengan bunga-bunga malam yang mekar seperti kisah cinta yang tak kesampaian hanya di Blooming Blossom..
Sinopsis: Tiga orang perempuan yang mempunyai nasib malang yang hampir sama... menyebabkan mereka tidak lagi ingin meneruskan hidup mereka, sehingga mereka bertemu satu sama sama lain..dan menjadi sahabat yang selalu ada antara satu sama lain..apakah alasan sehingga mereka pernah tidak ingin meneruskan hidup,apa yang membuatkan mereka putus asa..
Ayuni Mirai yang cantik dan selalu sengaja menyorok rupanya dari di lihat orang dengan memakai cermin mata dan menutup muka depan dengan ramput depannya, dia juga adalah anak yatim piatu kehilangan ibu bapa semasa berumur 5 tahun tetapi pada suatu hari ketika Ayuni berumur 7 tahun Dia di ambil sebagai anak angkat kepada seorang Usahawan yang kaya tetapi sepasang ini mempunyai 7 orang anak lelaki yang sangat mempunyai rupa yang dapat memikat hati wanita tapi tidak bagi Ayuni, dia sedia menerima mereka sebagai saudara tetapi adakah mereka berfikiran sedemikian? dan adakah kehidupan Ayuni lebih baik?