webnovel

Prolog

"Hai" Livianna Harvey menoleh ke belakang. Dia tersenyum manis. Dia memeluk bukunya.

"Hai," balas Anna. Rambutnya diselitkan ke belakang telinga. Dia memandang lelaki di hadapannya, Alex Sebastian. Lelaki itu ialah lelaki yang di minatinya sejak di sekolah rendah lagi.

"Dah nak balik?" tanya lelaki itu. Dia bersandar di locker Anna. Matanya merenung dalam wajah itu.

"Yeah. Kau pula?" balas Anna. Alex mengangkat bahunya dengan senyuman. Mereka berjalan beriringan keluar dari sekolah. Waktu sekolah telah pun tamat.

"Kau busy tak hujung minggu ini?" soal Alex ingin tahu. Matanya menatap separas wajah manis milik Anna itu.

Alex berjalan sambil tangannya berada di dalam poket seluar sekolahnya.

"Maybe tak. Kenapa?"

Mereka berdua memberhentikan langkah. Alex berdiri di hadapan Anna. Lelaki itu tersenyum kacak. Ramai pelajar perempuan yang memerhatikannya. Tidak pelik kerana dia di antara pelajar lelaki idaman.

"Apa kata kita keluar?" Anna tersenyum dalam diam.

"Okey tapi aku tak janji tahu." Alex tersenyum lalu dia menarik perlahan pipi Anna.

"See you tomorrow, dear."

Alex melambai ke arah Anna sebelum berlalu pergi. Anna membalas lambaian dengan senyuman manis. Berbunga-bunga hatinya apabila lelaki itu memanggilnya 'dear'. Dia meneruskan langkahnya ke perhentian bas.

"Candy!" Anna memejamkan matanya. Dia langsung tidak menoleh ke belakang.

"Candy!" Seseorang memeluk lehernya. Anna memandang sebelahnya dengan muka bosan.

"Kau ini aku panggil kau tapi kau kau tak layan pun."

Ryan Beily William menayang wajah cemberut apabila dirinya dihiraukan. Si gadis berdarah Itali itu tersenyum kelat. Malas hendak melayan perangai sahabatnya itu.

"Kau nak apa?" tanya Anna malas. Apa sajalah yang lelaki ini mahukan. Mata hazelnya dikalihkan memandang hadapan.

"Hari ini kau balik dengan aku tahu." kata Ryan dengan ceria.

"Malaslah," balas Anna malas hendak melayan. Anna meninggalkan lelaki itu begitu sahaja. Ryan tidak mengalah. Dia mengejar langkah kaki gadis itu.

"Come on. Selalu kau balik naik bas. Aku kesian dengan kau. Kita kan duduk serumah." tutur Ryan sambil menyaingi langkah Anna.

Ryan ialah sahabatnya sejak kecil lagi. Lelaki itu tua 3 tahun darinya. Namun, mereka berdua tetap rapat. Mereka tinggal serumah kerana ibu bapa Anna yang menyuruhnya dan ia mendapat persetujuan oleh ibu bapa Ryan.

"Come on, Candy." Candy adalah nama gelaran yang diberikan oleh Ryan. Kata lelaki itu, Anna semanis Candy.

"Nope."

"Candy!"

"Haish. Ya lah. Where's your car?" kata Anna dengan keluhan berat. Akhirnya Anna mengalah apabila Ryan menayang wajah masam. Ryan tersenyum lalu dia memeluk leher Anna kembali. Pipi Livianna ditarik perlahan.

"Come,"

Buku-buku di dalam pelukan Anna diambil dan dipegang. Mereka berjalan menuju ke kereta berwarna hitam yang berjenama Honda itu.

"Gentleman?" gumam Anna perlahan apabila Ryan membukakan pintu penumpang di sebelah pemandu untuknya. Dia memboloskan diri ke dalam kereta. Ryan mengenyitkan matanya. Anna menjulingkan biji matanya tanda menyampah.

Ryan menutup pintu kereta. Dia memboloskan diri ke tempat pemandu. Buku-buku Anna diletakkan di tempat penumpang belakang.

"Safety first!"

"Okey!" Anna memakai tali pinggang keledar. Begitu juga Ryan. Enjin kereta dihidupkan lalu dia memulakan pemanduan.

"Ada nak singgah mana-mana tak?" tanya Ryan kepada Anna. Matanya fokus memandang ke arah jalan raya. Hanya sesekali sahaja dia melirikkan matanya memandang ke arah Anna.

"Rasanya tak." balas Anna perlahan. Pandangannya dibuang ke luar tingkap. Ryan menganggukkan kepalanya.

"Hari ini biar aku masak." kata Ryan. Dia menoleh sebentar memandang Anna sebelum kembali memandang ke arah jalan raya.

"Seriously?" tanya Livianna inginkan kepastian. Dia menoleh laju memandang ke arah Ryan.

"Serious." balas Ryan. Livianna tersenyum. Kebiasaannya dia yang perlu masak kerana Ryan terlalu sibuk dengan assignment dan lelaki itu juga seorang yang malas.

"Yes!" Livianna menjerit gembira. Ryan tergelak kecil. Dia menarik perlahan pipi Livianna.

"You are so cute, Candy." puji Ryan. Livianna tersengih. Ryan sudah seperti abang baginya. Posesif dan menyayanginya.

"I know." balas Livianna bangga. Ryan tergelak lagi. Dia memarkir keretanya di parking kereta. Dua sahabat itu melangkah keluar dari kereta.

"Study okey?" tanya Ryan kepada Livianna sementara mereka menunggu untuk masuk ke dalam lift.

"Okey." balas Livianna ringkas. Mereka memboloskan diri ke dalam kotak lift itu. Ryan menekan butang bertulis nombor 7 menggunakan tangan kirinya kerana tangan kanannya memegang buku-buku milik Livianna.

"Kalau ada yang tak faham tanya aku." pesan Ryan. Livianna di pandang sekilas.

"Hm," Livianna menganggukan kepalanya. Apabila sudah sampai di tingkat 7, mereka berdua melangkah keluar dari kotak lift itu. Rumah apartment yang paling hujung di belah kanan dituju.

Ryan memasukkan nombor pin di pintu sebelum memboloskan diri bersama Livianna ke dalam rumah. Pintu automatik tertutup. Kasut dibuka dan diletakkan di rak yang disediakan.

"Go to your room and take a rest." arah Ryan. Buku dihulur ke arah Livianna. Livianna menganggukan kepalanya.

"Jangan sampai terbakar tahu dapur." pesan Livianna. Sengaja dia ingin mengusik Ryan. Dia berlari masuk ke dalam bilik apabila Ryan ingin mengejarnya. Livianna tergelak.

Ryan menggelengkan kepalanya. Ada-ada sahaja gadis itu. Dia melangkah ke dapur ingin memasak.

Livianna Harvey adalah seorang gadis yang berdarah Itali. Dia menyukai Alex Sebastian sejak di sekolah rendah lagi.

Ryan Beily William adalah rakan sepermainan Livianna ketika kecil. Mereka berkawan baik dan tinggal serumah. Dia adalah pelajar tahun akhir di salah satu kolej.

Ryan ingin mencari pasangan bagi prom night yang akan diadakan di kolejnya. Namun, dia tidak rapat dan mengenali dengan mana-mana perempuan di kolejnya. Siapakah yang patut dia jadikan pasangannya pada malam itu?

izzahkhaicreators' thoughts
Next chapter