Platform penulisan WEBNOVEL-INKSTONE dapat merealisasikan impian kreatif anda dan menghubungkan anda dengan pembaca di seluruh dunia dengan kata-kata. Anda juga boleh mengakses https://inkstone.webnovel.com dan buat di PC.
Kepulangan Mardhiyah ke tanah air setelah sembilan tahun terpisah dengan Safiyah menjadi satu misteri apabila dia secara tiba-tiba kehilangan memorinya dan tidak mampu untuk berkata-kata lagi. Safiyah dan Rai perlu mencari seorang budak bernama Ateefah yang dikatakan mampu mengembalikan memori Mardhiyah dengan cara yang tidak logik pada pandangan umum. Caranya Alafun Ain atau alam mimpi. Namun, usaha itu semakin rumit apabila seorang insan misteri bernama Sufi berjaya menambat hati Safiyah. Sufi yang dikatakan sebagai pembunuh upahan itu juga ada hubungkaitnya dengan memori Mardhiyah dan Ateefah. Apakah sebenarnya peristiwa yang membuatkan memori Mardhiyah hilang secara tiba-tiba? Siapakah Sufi yang sebenarnya dalam memori Mardhiyah?
Misteri langit yang berdarah, retak seakan pecah. Dunia Encahntia digemparkan dengan peristiwa ini menimbulkan seribu tanda tanya kepada penduduk dunia ini, kehilangan para hero dan keminculan dewa iblis yang telah membantai dan membina sebuah jajahan ditengah dunia Enchantia. "Penipuan, kekejaman dan ketidakadilan perlu untuk menyeimbangkan dunia" - Dewa Iblis "Manusia terlalu sombong dengan secebis kelebihan yang mereka ada" - Kagefumi Ryoichi "Kamu semua tidak akan mampu menerima kebenaran yang sebenarnya" - Aranova Sang Dewa Naga.
Lucas dan Lyza merupakan kembar yang telah maut dalam pembunuhan dimana menyebabakan mereka berdua mati. setelah itu Lucas menyedari bahawa dia telah berada dalam tubuh bayi begitu jugak dengan Lyza dimana mereka berdua lahir sebagai kembar dalam keluarga bangsawan. " hiduplah dengan baik duhai anak ku dan pastikan kamu menjadi seorang yang matang sebelum ayah mengambil mu semula" kata ayah kepada Lucas dan Lyza.
“Bintang ni, sesuatu yang hebat, bukan?” Itulah kata-kata terakhir yang didengar Hoshi daripada ibunya sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir. Pada hari yang penuh duka itu, Hoshi menjumpai sebuah buku lama milik ibunya. Di dalamnya terkandung sebuah puisi misteri yang menggambarkan kuasa yang mampu membawa kehidupan kembali. Tidak mampu menerima kehilangan tersebut, Hoshi nekad untuk menyelami makna di sebalik puisi itu, berharap dapat meraih semula saat-saat indah yang kini hanya tinggal kenangan. Perjalanannya mencari jawapan penuh liku, namun segalanya berubah apabila dia bertemu dengan Sora, seseorang yang memegang kunci kepada teka-teki itu—dan kepada masa depannya.
Cerita ini berpusat pada seorang yang bernama Syami, 21, dia merupakan lelaki biasa dan normal tetapi ada sesuatu yang tidak normal berlaku pada dirinya dengan duit. Pada setiap akhir bulan ketika hendak membayar bil api dan air di bank, "1333... kaunter 3",..... "no aku!! ",Syami bangun dari tempat duduk dan menuju ke kaunter 3. "ya boleh saya bantu? " kata penjaga kaunter "saya nak bayar bil",Syami menjawab sambil memberi resit bil tanpa duit kepada penjaga kaunter. "sekejap ya saya chek", penjaga kaunter mengambil resit sambil mengangukkan kepala dan melihat komputernya, "..........(kenapa lama sangat ni)", Syami menunggu dengan penuh sabar. Tidak lama kemudian penjaga kaunter pun memberi respon, "bil bulan ni cik sudah bayar minggu lepas melalui atas talian" "ha.??(bila pulak aku bayar ni) "Syami terkejut. Ini bukanlah kali pertama dia melalui situasi tersebut tetapi dia masih terkejut dan sebenarnya dia sudah tahu pun yang perkara itu akan terjadi. Begitulah dirinya apabila hendak menggunakan duit, duit itu sendiri yang datang padanya tidak kurang dan tidak lebih. Walaupun dirinya dicintai dengan duit tetapi dia tidak mempunyai satu sen pun pada dirinya sama ada di dalam poket seluar, dompet, tabung apatah lagi di dalam bank tiada satu angka pun walaupun 0.
Jalani kisah yang rumit difahami, yang dialami oleh sepasang kembar yang tiba-tiba hilang. Mengapa dan dimanakah mereka, telah menggamit persoalan demi persoalan? ada sesuatu yang tidak kena, dan mereka cuba mencari jalan keluar. Apakah, mereka dapat mengetahui siapa dalang yang sebenar dan mengapa perkara ini mengkucar kacirkan hidup mereka sekeluarga.
coming soon