14 Siapakah Kamu dan Apa yang Telah Kamu Lakukan Kepada Kakak Saya

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Xia Zhi ternganga.

Dia tidak tahu bahawa kakaknya begitu mahir dalam pengekodan.

Dia hendak bertanya pada kakaknya bagaimana dia belajar mengekod tetapi kesungguhannya memerhati kemahiran kakaknya membatalkan niat itu. Dia tidak mahu mengganggu fokus kakaknya.

Xia Zhi berdiri dengan senyap di sisi katil kakaknya sambil memerhati kerjanya. Dia masih berasa sukar untuk mempercayai apa yang sedang berlaku.

45 minit!

Xinghe menggunakan kurang daripada satu jam untuk menyiapkan program tersebut.

Dia kemudiannya meregangkan tangannya sambil melepaskan satu keluhan yang panjang dan beralih ke mata Xia Zhi yang penuh hairan.

Xinghe memulangkan komputer adiknya. "Saya fikir kerja ini sudah selesai. Cuba semak dan tengok sama ada terdapat apa-apa kesalahan. Jika ianya boleh digunakan, hantarlah kepada senior kamu dan minta bayaran."

"Hah? Okey." Xia Zhi mengambil balik komputer ribanya dan merenung kosong padanya. Dia masih menunggu penjelasan daripada kakaknya.

Xinghe berasa terlalu serabut untuk mengambil peduli sikap aneh adiknya.

Matanya terasa letih akibat pendedahan berterusan dengan skrin komputer riba tersebut. Tambahan lagi, dia sedang sakit kepala.

Xinghe kemudiannya terlantar di atas katilnya, memejamkan matanya dan terus terlena!

Xia Zhi pula sedang cuba sedaya upaya untuk tidak mengejutkan kakaknya daripada tidur.

'Kakak, tolong jelaskan apa yang sedang berlaku sebelum kakak terlena! Di manakah kakak belajar mengkodifikasi dengan begitu menakjubkan sekali?'

Dia mempunyai berbagai-bagai soalan tetapi tidak mahu mengganggu tidur kakkanya.

Dia hanya mampu menahan rasa curiganya dan menunggu dengan sabar.

Selama dua jam Xia Zhi menunggu dengan penuh seksa untuk Xinghe bangun daripada tidurnya.

Sebaik sahaja dia membuka matanya, dia sedar bahawa Xia Zhi sedang merenungnya.

Xinghe yang terkejut pun bertanya, "Apa yang sedang kamu perhatikan?"

Xia Zhi membalas, " Kakak mahu makan mangga? Saya akan pergi beli."

"Mangga?" kata Xinghe sambil memasamkan mukanya.

"Ya, ia kan buah kegemaran kak? Kakak nak tak?" tanya Xia Zhi dengan penuh semangat.

Xinghe menegakkan badannya dan merenung ke arah Xia Zhi dengan penuh curiga.

Xia Zhi merenung balik dengan cemas sambil menunggu jawapannya.

Xinghe mengecilkan matanya. "Xia Zhi apa yang sedang kamu fikirkan? Kamu tahu saya alah kepada mangga."

Xia Zhi meluru memegang tangan kakaknya, matanya dibanjiri air mata. " Jadi ia adalah kamu, kak! Adakah kakak masih ingat yang kakak telah menyelamatkan saya daripada lemas ketika saya berusia lima tahun?"

"Adakah kamu mabuk? Kita belum mengenali satu sama lain ketika kamu berusia lima tahun."

"Kak, ini memang kamu kak!" gesa Xia Zhi penuh kegembiraan. "Saya sangka kakak telah meninggal dan tubuh kakak telah diambil alih oleh roh lain seperti yang digambarkan dalam novel-novel bertema penjelmaan semula. Kakak tidak tahu betapa bimbangnya saya dalam masa dua jam yang lepas."

Xinghe merenungnya dengan rasa aneh sekali, "Apa yang sedang kamu cakap ini?"

"Kakak tahu, di mana jiwa kakak telah meninggal dan badan kakak menjadi rumah bagi roh baru. Macam itu."

"Kamu takut yang kakak bukan lagi Xinghe yang dahulu?"

Xia Zhi menunduk sambil tersenyum. "Kakak tidak boleh menyalahkan saya. Kakak dengan tiba-tiba boleh menjadi begitu handal dalam pengekodan selepas kemalangan kereta tersebut. Bukankah begitu cara plot novel dikembangkan? Saya terasa sungguh takut yang kakak telah menjadi orang lain. Syukurlah kakak masih biasa!"

Xinghe hanya membisu.

Dia pun tidak boleh menyalahkan Xia Zhi, dia tidak pernah menunjukkan kemahiran pengekodannya kepada adiknya.

avataravatar
Next chapter