69 Chu Tianxin, Siapa?

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Xinghe berkhayal sehingga suara Lin Lin yang sedang membuat hasrat telah membawanya pulang ke realiti. "Saya berharap Mak dan Ayah akan tinggal bersama selama-lamanya," bisik Lin Lin sebelum meniup lilin.

Suasana dalam bilik tiba-tiba bertukar dingin. Semua orang sedang melayan fikiran mereka sendiri.

Tuan Muda Xi sudah pasti telah membuat satu hajat yang menarik. Dia mahu ibu dan ayahnya kekal bersama… sementara identiti ayahnya memang jelas, 'Mak' yang disebut sebentar tadi boleh dipersoalkan.

Bukankah Tuan Muda Xi merujuk Chu Tianxin sebagai Mak Cik Chu? Adakah dia cuba memalukan Tianxin yang berdiri di sebelahnya? Adakah ini bermakna budak itu ingin ibu bapanya kahwin semula?

Namun, dia masih seorang budak berusia 4 tahun, dia mungkin bercakap tanpa berfikir dahulu.

Bukankah perkara biasa untuk seorang budak berhajat ibu bapanya kekal bersama?

Mungkin dia telah menganggap Tianxin sebagai ibunya. Lagipun dia tidak berkata apa-apa tentang kahwin semula dalam hajatnya.

Namun, dia mungkin terlalu muda untuk memahami konsep perkahwinan dan penceraian… Apapun, semua ini memang terlalu menarik.

Setiap orang sedang memerhati dengan penuh sabar untuk melihat apa yang akan berlaku selepas ini.

Beberapa orang berpendapat, memang tidak teruk jika CEO Xi bersama kembali dengan bekas isternya.

Ini bukan kerana mereka memandang rendah kepada Tianxin.

Ini kerana… Mubai dan Xinghe memang nampak sepadan apabila berdiri bersama.

Sebelum Xinghe tiba, mereka rasa Tianxin amat serasi dengan Mubai. Tianxin cantik bagaikan berlian yang berkelip dalam kegelapan.

Namun, Xinghe bagaikan matahari, menyekat Tianxin sepenuhnya.

Di bawah sinaran cahaya matahari, berlian telah kehilangan kilauannya.

Perbandingan ini menyakitkan, selalunya akan jadi begini.

Dengan kedua-dua wanita berdiri dalam bilik yang sama, perbandingan memang senang dilakukan dan pemenangnya memang jelas. Kebetulan, ini pelan asal Tianxin. Dia menjemput Xinghe ke parti hari lahir untuk menunjukkan kepada semua orang, hanya dia seorang saja yang cukup bagus untuk Mubai. Jelas sekali rancangannya telah gagal.

Sebaliknya, malam tersebut memang jelas Xinghe yang menjadi tumpuan setiap orang.

Hakikatnya, Xinghe memang seorang wanita yang jelita dan sukar dipikat, menunjukkan betapa agungnya gadis itu.

Perbandingan yang pada mulanya menyebelahi dirinya telah membuatkan Tianxin menjadi pening. Jika bukan kerana tatasusila sopan yang dituntut dalam majlis tersebut, dia telah membuat perempuan jalang itu menderita!

Sekali dengan anak luar nikah itu, budak itu sengaja buat Tianxin kelihatan buruk. Tianxin mengharapkan kedua-dua mereka jatuh mati serta merta, dia mahu menikam mereka sendiri sehingga mati, mengerat tubuh mereka dan diberikan kepada anjing untuk makan!

Namun, tidak kira betapa marahnya Tianxin, dia harus menunjukkan senyuman mesra pada wajahnya.

Jika tidak, dia akan dipandang rendah kerana bersikap remeh.

Namun, tidak kira betapa dia cuba untuk senyum dalam situasi itu, realitinya dia telah kalah. Hakikatnya, apabila dia terpaksa berpura-pura untuk tidak peduli hanya menjadikannya lebih teruk.

Di sebalik senyuman yang tidak putus di wajahnya, badannya sedang menggeletar kemarahan.

Tiada siapa yang kisah tentang emosinya.

Sudah tentu bukan Xinghe, dia masih memberi perhatian kepada pada hajat Lin Lin.

Berhasrat… Mak… Tinggal bersama selama-lamanya…

Dia mahu tinggal bersama Mak selama-lamanya?

Keadaan terdesak seorang ibu telah menyebabkan Xinghe memutar balikan hasrat anak kecil itu dalam fikirannya. Xinghe menyangka Lin Lin hanya mahu tinggal bersamanya selama-lamanya.

Tidak terlintas dalam fikiran Xinghe yang Lin Lin mahukan dia dan Mubai untuk berkahwin semula.

Ini telah menjadikan Xinghe lebih bersemangat untuk berjuang demi hak jagaan anaknya.

Xinghe perlu berdiri berhadapan dengan Empayar Xi sebelum dia boleh bertemput hak jagaan anaknya.

Tekad Xinghe lebih bernyala terang kerana salah faham hajat anaknya.

Xinghe mengangkat kepalanya sambil tersenyum dan perkara pertama yang menyinggah di matanya adalah Wushuang yang sedang menjeling tajam kepadanya!

avataravatar
Next chapter