1 Pendaftaran

Di Pusat Internet Dunia, Amerika

Tempat ini dikawal rapi oleh kerajaan Amerika. Hanya pegawai tertinggi dalam kerajaan sahaja yang mengetahui kedudukan sebenar lokasi rahsia ini. Di suatu bilik pekerja, Jane dan Leonard sedang berbual mengenai hal masing-masing.

" Jane, minggu depan aku boleh keluar dari tempat ini. Ketua bagi kebenaran semalam." kata Leonard. Jane pun tanya "Ke mana kau nak pargi? Bagitahu la. Mana tahu aku pun nak pergi ke sana nanti" .

Sebelum Leorand jawab soalan Jane, keluar bunyi sistem amaran tembok api lokasi itu sedang diceroboh. Jane pun terus memeriksa tembok api tersebut. Leonard buat selamba dengan amaran tersebut. "Mana mungkin, tembok api yang kita bina boleh tembus. Sudah banyak kali pihak luar cuba tapi tak ada satu pun yang berjaya."

"Leonard. Tembok api sudah ditembus !. Panggil ketua ke sini. Aku cuba hantar antivirus perlahankan ia." resah Jane.

" Apa?! Tembok api berjaya ditembus. Mana mungkin ia berlaku." Leonard pun telefon ketua mereka. Tit...tit..tit.. Tak dapat disambungkan. Leornard pun keluar dari pejabat mereka. Pergi berlari ke pejabat utama.

Dia terkejut apabila sampai di sana. Virus itu telah meneroka hampir ke semua pelayar mereka. "Leonard!! Pergi ke pejabat kamu cuba cari dari mana sumber fail ini datang. Yang lain, cuba hantar antivirus untuk halang mereka.! Cepat bertindak. Sebelum seluruh pelayar dijangkiti virus ini."

Jane yang berada di dalam pejabat. Cuba kesan sumber fail ini. Apabila disiasat, dari NASA. "Apa yang NASA cuba lakukan?. Fail apa yang cuba dimuat naik? Fail, Dunia Permainan Perang. Apakah?." Jane buntu. Segala anti virus tak berjaya untuk menghentikan virus ini.

Leonard sudah sampai. Dia melihat Jane berhenti menaip papan kekunci. "Jane, ketua tanya. Apa nama fail dan dari mana ia datang?" tanya Leonard. Jane pun bangun dan amik secawan kopi.

" Nama fail, Dunia Permainan Perang. Sumber NASA. Ia negara kita sendiri. Rupanya ia bukan berbahaya. Fail ini akan dimuat turun ke semua telefon pintar yang ada google play. Virus itu sendiri cuba halang sistem dari reboot."

Seminggu kemudian. Di Malaysia, Johor.

Aizam yang baru bangun dari tidur, segera mandi. Selesai mandi, Aizam pakai pakaian bersih lalu amik telefon miliknya. Semalam, kerajaan istiharkan cuti umum mulai hari ini dan esok. Sebab apa? Tiada seorang pun tahu.

Aizam pergi ke ruang tamu, ada satu jug air kopi semalam. Aizam pun tuang ke dalam cawan tak jauh dari jug tersebut. Tv dibuka suisnya. Ada berita.

"Perhatian kepada seluruh rakyat. Saya ada pengumuman penting. Satu aplikasi telah dimuat turun ke dalam telefon kamu. Kerajaan mahu kamu masuk ke dalam aplikasi tersebut dan isi berberapa borang. Kamu yang berumur 16 tahun hingga 25 tahun sahaja dibenarkan untuk isi borang ini."

"Setelah selesai, sila ke lokaai yang dinyatakan dalam peti surat aplikasi tersebut. Kamu dibenarkan bawa telefon dan kad pengenalan kamu sahaja."

Aizam pun masuk ke dalam aplikasi tersebut. Aplikasi tersebut minta Aizam sambungkan ke Google dan Google Play Store. Aizam pun sambungkan kedua-duanya. Soalan pun keluar. Aizam mula rasa pelik.

Soalan pertama, pada umur berapa anda kenal permainan video yang boleh dimainkan menggunakan komputer?.

Soalan kedua, pernahkan anda melihat anime dan kartun?

Soalan ketiga, pernahkah anda menjadi ketua dalam pasukan dalam permainan 'multiplayer' ?

Soalan demi soalan ditanya sehingga soalan ke 50, soalan yang mengejutkan Aizam. Soalan lima puluh, mahukah anda dijemput bermain permainan alam maya, digital menggunakan teknologi yang sama dengan anime 'Sword Art Online', yang pasti selamat.

Setelah selesai jawab soalan, Aizam pun ke dapur cari makanan. Ada mee goreng mamak dalam peti ais. Aizam pun panaskan semula mee goreng tersebut. Aizam berasa seronok menikmati cuti hari ini.

Ting...ting... Bunyi mesej masuk. Aizam dengar bunyi notifikasi dari telefonnya. Tapi, Aizam hiraukan lalu tuangkan mee goreng mamak yang baru dipanaskan tadi ke atas sekeping pinggan tersebut. Pinggan tersebut dibawa ke ruang tamu. Aizam periksa telefonya. Rupanya mesej dari aplikasi tersebut.

"Tahniah kerana terpilih memasuki permainan perang permainan. Anda boleh daftar di sekolah berdekatan. Ini sinopsis permainan ini."

"Seorang yang bernama Sky RJ telah menggodam sistem NASA. Ya, sebuah agensi yang bertapak di Amerika Syarikat. Dia ugut kerajaan Amerika Syarikat dan negara-negara kuasa besar dunia yang lain untuk sebar fail-fail kelas dunia kepada umum sekiranya gagal memenuhi permintaan dia"

"Pada permulaan, kerajaan Amerika setuju untuk beri masa kepada agensi CIA untuk kesan Sky RJ ini. Tapi, sampai sekarang tak jumpa lokasi sebenar Sky RJ. Anda sebagai pemain terpilih perlu main untuk mempertahan rahsia kerajaan dan keselamatan negara dari serangan siber dari pihak luar."

Aizam segera telefon abangnya, Qama. Guna telefon rumah. Hanya bunyi berdering yang didengari tapi tak diangkat. Panggilanya masuk ke peti simpanan suara. Aizam letak telefon itu kembali dan cuba lagi.

Kali ini, abangnya jawab panggilan itu." Hei angah, ada apa telefon? Cakap cepat sikit boleh, along ada hal. " pinta abangnya. "Along, kau ada dengar mengenai permainan yang kerajaan cipta?" tanya Aizam.

" Angah, kerajaan minta along sertai permainan tersebut, kerajaan sudi bagi keluarga kita rumah dan duit yang cukup banyak untuk kita sekeluarga. Along nak angah balik ke kampung, mak abah tunggu angah...Ok, kita jumpa lagi nanti. "

Panggilan itu dimatikan oleh abangnya. Aizam terdiam seketika. Ting...tit.ting..Ada bunyi mesej wassaph masuk, Aizam pun buka. "Aizam, kami boleh masuk ke permainan baru. Kalau nak sertai kami, cepat sikit. Tempat terhad."

Tiba-tiba ada panggilan masuk, dari orang tua Aizam di kampung. "Apa khabar angah, sudah makan?" tanya ibu Aizam. "Kahbar baik, mak di sana sihat? Uda dengan dayah mana?"

"Angah, kami telefon ini ada sebab, mak dan abah serta adik setuju, kau nak sertai permainan yang kerajaan bagi bukan? Pergi je, mak dan abah benarkan. Tapi dengan satu syarat."

"Mak dan abah nak kau di sana jaga diri, jangan sampai lupa diri. Ingat apa tujuan kau buat ini. Ok..Itu sahaja mak nak cakap. Semoga berjaya."

"Terima kasih mak, abah, uda dan juga dayah."

Panggilan itu dimatikan. Angah terus matikan suis elektrik rumah dan terus bergerak ke tempat yang ditulis dalam peti surat aplikasi tersebut.

Kini Aizam faham. Permainan ini bukan dicipta sahaja-sahaja untuk keseronokan para pencinta permaianan video 'game'. Tapi, lebih kepada perang yang dibenarkan di dalam dunia digital. Rahsia negara perlu dijaga agar tidak jatuh ke atas tangan yang salah.

avataravatar
Next chapter