1 DUNIA K - POP

Nama aku mia, umur aku 14 tahun , jantina aku perempuan, aku mempunyai pelbagai hobi , aku tinggal bersama keluargaku di daerah Johor Bahru. Aku disini untuk menceritakan tentang kpop yang dialamiku ,

Pada umurku 11 tahun , ramai teman disekelilingku yang sangat minat sangat tentang korea , seperti kpop dan k - drama ( korea drama ) . Saat itu aku tidak matang dan aku masih banyak bermain seperti kanak - kanak perumahanku seperti menaiki basikal , sepak bola , dan sebagainya. Apabila melihat teman - temanku menampal gambar idola mereka di buku harian seperti Blackpink , Twice,Exo dan Bts , hatiku mulai berkat, " Apa yang seronok tentang dunia kpop " , " Buang masa saja dengan kpop ". Apabila meningkat dewasa , makin ramai minat akan kpop . Pada umur ku 13 tahun , pada bulan Mac tahun 2020 terdapat virus yang menyerang dunia iaitu covid -19 . Berlakulah PKP 1.0 ( Perintah Kawalan Pergerakan ) . Dekat berbulan - bulan hanya duduk di rumah dan aku mulai bosan . Selama PKP aku banyak menggunakan Telefon pintar ketika bosan dan aku juga harus memasuki kelas online . Sebuah rancangan komedi korea membuat ku tertarik , iaitu Running man. Ia sangat seronok dan membuat penonton terbahak - bahak menontonnya , rancangan itu kadangkala mempunyai kedatangan tetamu seperti artis korea , idol kpop dan sebagainya. Artis dan idol tersebut juga membuatku tertarik, lalu aku mulai menonton kdrama ( korea drama ) , kdrama sangatlah popular ,romantik dan seronok. Rating yang diterima setiap kdrama juga agak bagus. Running man juga membawaku masuk ke dunia kpop , dan aku mulai mengenal Blackpink, 2ne1, Snsd, Twice , Aespa, Bts dan lain - lain lagi . Jangan lah sesekali memandang buruk kepada orang yang minat akan kpop , kerana itulah pilihan mereka yang membuat mereka gembira シ︎.

Terima kasih membaca cerita pertama saya, kisah ini diambil dari kisah sebenar . Stay Safe ')

avataravatar