1 Bab 1

ring.....ring....ring...

kelihatan seorang gadis masih bergelut dalam mimpi walaupun kedengaran bising jam locengnya. "erin!!! bangun sayang!! dah pukul berapa ni?! bangun! nantikan lewat pula kamu pergi sekolah." suara seorang wanita separuh baya yang sedang menyediakan sarapan. si gadis yang dipanggil erin itu masih tidak berkutik sedikit pun. Puan Sri Suraya pun naik ke bilik puteri bongsunya itu. terlihat puteri kecilnya masih tidak menunjukkan tanda tanda mahu bangun dari tidurnya itu. Dengan lembut Puan Sri Suraya berkata "erin. bangun sayang. dah pukul 7.59 pagi ni." terbuka luas terus mata erin. " apa!!!! betul ke ibu?!" dengan terkejut dia menanyakan perkara tersebut kepada ibunya. "betul laa. dah pergi mandi sekarang. dah 17 tahun pun takkan ibu jugak yang nk kejutkan setiap pagi." rungut Puan Sri Suraya. tersengih sengihlah si erin tu. dengan cepat dia masuk ke bilik air untuk bersiap ke sekolah.

sesudah berada di sekolah, erin berlari masuk ke kelas. mujur sempat dia sampai tadi. untung masih tiada guru di kelasnya. " beb. asal kau lambat?" tanya gadis yang duduk sebelahnya itu. "kau la punya pasal. sebab kau la semalam aku tidur lewat dan terbangun lewat, beb." kata erin dengan nada marah kepada sahabat baiknya itu. " ala. biasalah beb. akukan kalau tengah broken kan akan selalu citer kat kau. jangan laa marah. pleaseeeeeee....." dengan manja emira memujuk sahabat karibnya itu." hish. iyalah. ni untung tau tak ade cikgu rizalman. kalau tak mampus aku beb." rungut erin. "hehehe. sorry eh erin. aku janji lain kali kalau aku broken aku akan citer kat kau petang petang. tak kan citer dh malam malam." kata emira.

setelah pulang dari sekolahnya. dia terus membaringkan badannya di atas katilnya itu sehingga terlelap.

di malam harinya Tan Sri Erzad meminta semua untuk berkumpul di ruang tamu banglo mewah itu.apabila semua sudah berkumpul dengan berhati hati Tan Sri Erzad memulakan kata " papa dengan ibu ada benda nak cakap dengan kamu semua. ni pasal erin." Tan Sri Erzad berhenti seketika untuk melihat riak wajah anak anak nya itu. " kamu semua kenal kan dengan Dato Firas dan Datin Hanim kan?". semua anak anaknya mengangguk kecuali erin. "siapa tu papa?". tanya erin. "mereka tu kawan baik papa dengan ibu laa dik. takkan kau tak ingat yang diorang selalu datang rumah kita masa kau kecil". kata abang sulung erin, Ezham." ouh. entah lah. adik tak ingat lah long". kata erin dengan muka berkerut kerut. "macam ni. ank sulong diorang akan pergi study ke england." kata Tan Sri Erzad. "habis tu? apa kaitanya dengan kita?". kata erin. "macam ni. Uncle Firas nk kahwinkan dulu Fariz tu sebelum dia pergi ke england sebab dia takut nanti Fariz terkenankan orang disana dan melekat kat sana. dia tak mahu hal itu terjadi." dia berhenti seketika. "Uncle Firas dengan Aunty Hanim ada terkenangkan seorang gadis ni tapi gadis tu masih lagi bawah umur, so dia nk tunggu la gadis tu lepas sekolah dulu dan gadis tu adalah erin". sambung Tan Sri Erzad. terkejut erin apabila mendengar namanya disebut dan yang paling terkejutnya, dia akan berkahwin selepas spm. "apa semua ni!!!" jerit batinya. " apa pa?kenapa erin? dah tak de orang lain ke? erin budak sekolah lagi pa". kata erin dengan lembut. "tapi kamu tak kesian ke dekat Uncle Firas dengan Aunty Hanim? setuju ye sayang. kita cuma akad nikah je lepas kamu spm. sandingnya nanti kamu dah bersedia". pujum Puan Sri Suraya. erin memandang abang abangnya dengan harap dapat membantu dia. " erin terima je la." kata Ezham."betul tu dik. ala bukan benda jahat pun. benda baik ni. terima je la ye." sokong Ezlan, abang keduanya. "haih. tak de harapan la aku nak tolak dah kalu semua support rancangan papa ni". kata erin dalam hati. dengan sedih dia mengangguk.

avataravatar