webnovel

Bab 1:Kenyataan

Hanan merebahkan badannya ke katil sambil memikirkan tentang perkara sebentar tadi yang mereka bincangkan sekeluarga selepas makan malam tadi.Dia sangat gembira apabila ayahnya memberitahu bahawa dia akan berpindah tugas ke sekolah rendah yang terletak di Semporna. Sungguh tidak dia menyangka perkara itu akan berlaku apalagi apabila ayahnya memberitahu yang tempat itu adalah sebuah pulau dia sangat gembira. Dia bertekad pada dirinya sendiri bahawa dia perlu ikut ke tempat itu kerana pengalaman itu penting baginya apalagi apabila dia itu merupakan seorang yang suka mencuba sesuatu yang baru.Dia mula berfikir apabila di sana nanti dia akan mempunyai banyak kawan.Lama dia berkhayal memikirkan itu sehingga dia terlelap.

Next chapter