1 Bab 1

"Ibu maafkan Aisy ibu..jangan tinggalkan Aisy ibu.. "

"Ayah,kenapa ayah buat Aisy macamni..kenapa ayah kejam..Aisy mintak maaf ayah ibu..tolong jangan buang Aisy..tolong..."

"Adik..maafkan kakak adik...ma--"

"Aku benci kau perempuan!!!sebabkan kau hidup keluarga aku hancur!!!aku benci kau!!!"

*****

(ENGLAND)

"ARGH!!!..AKU BENCI KAU!!!"

Aku tersedar dari mimpi,lalu melihat ke arah jam didinding dan aku terus mengeluh..

"Baru pukul 1pagi haish.."keluh aku,lalu aku berjalan menghampiri meja belajar dan mengambil ubat dan segelas air yang berada di atas meja.Aku sumbat dua pil ubat kedalam mulut setelah itu aku meneguk air di gelas sehingga kosong.

Tiba tiba pintu bilikku diketuk..

Tok..tok..tok..

"Hmm..masuk.."kataku lalu duduk diatas katil.

"Aisy Diandra..are u ok?"Tanya wanita yang berusia 30an berdiri di depan pintu bilikku.

Aku hanya mengangguk perlahan dan tersenyum tawar.

Wanita itu berjalan ke arah ku dan duduk di atas tilam sambil menghadap wajahku.

"Kenapa kakak tak tido lagi?"Tanyaku bila aku melihat Zaty iaitu sudah aku mengnganggap sebagai kakak kandung aku hanya diam membisu dari tadi.

"Kakak nak tido tadi..tapi terdengar kamu menjerit..kamu mimpi buruk lagi??"

Aku hanya diam dan mengeluh sambil menundukkan wajah aku memandang ke arah lantai.Sejak peristiwa yang terjadi 10tahun lalu..aku mengalami insomnia iaitu gangguan tidur.Malam aku berjaga,siang aku tidur dan membuatkan tubuh aku sedikit lemah tapi tetap aku gagahkan jugak.Sehingga sekarang aku telah berusia 17tahun tapi tetap mimpi buruk itu menghantui diriku.Nasib Kak Zaty ada menjaga aku kalau tak mungkin aku sudah tidak ada di dunia ni.

(FLASHBACK)

10tahun yang lalu..

"Aisy..tolong jangan tinggalkan aku..aku takut..aku taknak tinggal dalam hutan ni sorang sorang..bangun lah Aisy..hiks hiks.."

Aisy membukak matanya dan melihat seorang kanak kanak perempuan seusianya sedang menangis di hadapannya sambil kedua dua belah tangannya menekup muka.

"Jangan nangis..aku hidup lagi lah.."Kata Aisy sambil menahan kesakittan pada tangannya yang berdarah akibat kena tembakkan.

Walaupun Aisy baru berumur 8tahun tetapi dia tidak seperti kanak kanak perempuan yang lain..kuat menangis,penakut dan lemah.Malah dia seorang kanak kanak yang matang,bijak,kuat,berani dan bertanggungjawab.Dan dia jugak terlahir dengan IQ yang tinggi jadi tidak pelik dia bersikap agak matang berbanding kanak kanak seusianya.

"Aisy.."Terjerit kecil kanak kanak perempuan tersebut bila melihat Aisy sudah sedar.

Aisy dengan wajah yang pucat akibat darah yang tidak henti henti mengalir keluar dari lengan kirinya hanya mampu tersenyum supaya kawannya itu tidak risau.

"Aku ingat kau dah tinggalkan aku..hiks hiks.."

"Mana adalah..aku tertidur je tadi..jangan lah nangis Ella.."Kata Aisy dengan lemah pada kanak kanak perempuan yang bernama Ella.

******

Ella mengangkat tangan kanan Aisy dan letak di atas bahunya untuk membantu Aisy berjalan.Aisy yang sudah lemah menggagahkan dirinya untuk meneruskan perjalanan di dalam hutan yang tebal untuk mencari bantuan keluar dari hutan ini.

****

Sedang mereka berjalan tiba tiba Ella perasan ada 3 buat khemah tidak jauh dari mereka berdiri.

Ella tersenyum dan memandang ke arah Aisy.

"Aisy..tengok ada khemah.."Panggil Ella sambil tersenyum gembira.

Aisy yang ketika itu hanya menundukkan kepala terus melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Ella.

Aisy tersenyum dan tiba tiba dia tidak sedarkan  diri..

****

Aisy tersedar, dia melihat sekelilingnya,putih je semua."Aku kat Syurga ke ni.."Kata Aisy sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Tiba tiba dia mendengar ada seseorang tertawa kecil di sebelah kirinya yang ketika itu matanya sibuk melihat kekanan tanpa dia sedar ada seorang wanita duduk disebelah kirinya.

Aisy hanya terkaku melihat ke arah wanita itu.Wanita itu senyum ke arahnya.

"Nama akak Zaty..akak yang jumpa kamu dan kawan kamu dalam hutan.Masatu akak ngan kawan kawan akak ada buat kem perkhemahan.Tiba tiba akak dengar ada suara kanak kanak perempuan menjerit..Akak pon larilah ke arah suara tadi.Tiba tiba nampak kawan kamu menangis dan kamu dah terbaring atas tanah dengan lengan kamu penuh dengan darah yang mengalir."Terang wanita itu panjang lebar.

"Owh..jadi berapa lama dah saya kat sini.."Tanya Aisy kerana luka pada lengan kirinya sudah hampir pulih seakan akan dirinya sudah lama terbaring di sini.

"Hampir dua minggu jugak lah"Kata wanita itu membuatkan Aisy sedikit terkejut.

****

Selepas itu Aisy menjadi adik angkat Zaty dan mengikut Zaty tinggal di England kerana Zaty ingin menyambung pelajarannya disana.Lagipun Zaty merupakan anak yatim piatu.Manakala Aisy jugak perlu dirawat di hospital di England kerana dia mengalami depressi berat dan insomnia.Dengan cara tinggal di luar negara dia dapat melupakan peristiwa buruk yang telah berlaku pada dirinya ketika di Malaysia.

Ella pulak tinggal bersama keluarganya di Malaysia.Sehingga kini mereka tidak pernah bertemu lagi selepas Aisy membawak diri tinggal ke England.

(END OF FLASHBACK)

Aku yang ketika itu termenung tiba tiba tersedar bila Kak Zaty memanggil namaku.Aku terus menoleh dan melihat ke arahnya.

"Aisy..se..sebenarnya akak nak ba..bagitau sesuatu.."Kata Zaty dengan nada suara yang tersangkut sangkut.

Aku hanya diam tidak bersuara.

"Sebenarnya..akak nak han-"Belum sempat Kak Zaty menghabiskan ayatnya aku lantas memotong.

"Hantar Aisy ke orang lain.."Kata aku dengan tenang.

"Ha!..ma..macam mana Aisy tahu???"Tanya Zaty dengan wajah terkejut.Sebab itu yang ingin dia sampaikan tapi takut Aisy akan terasa hati.

"Tadi masa Aisy nak gi ruang tamu Aisy ada dengar Kak Zaty cakap ngan seseorang kat telefon..Aisy dengar ada orang nak amik Aisy jadi anak angkat kan??"Kata aku.

"Hmm..betul..tapi bukan akak tak suka Aisy tinggal dengan akak cuma-"Aku memotong kata kata Kak Zaty buat kali kedua.

"Takyah risau lah Aisy ok je..lagi pon Aisy faham akak kan nak khawin bulan depan..takkan Aisy nak ganggu Akak dengan suami akak berasmara..lagi satu Aisy pon tak selesa tinggal lama dekat sini..lagi lagi akak masih sambung belajar..Aisy taknak susahkan kakak.."Terang aku panjang lebar supaya Kak Zaty tidak merasa bersalah.

"Maafkan kakak Aisy..tapi akak yakin Tengku Balqis boleh jaga Aisy dan bahagiakan Aisy..lagi pon akak tahu Aisy perlukan kasih sayang seorang mak dan ayah.."Kata Zaty sambil memegang kedua dua belah tanganku.

Mendengar perkataan "Mak dan Ayah" membuatkan hati aku menjadi sayu dan sedih tapi aku sembunyikan supaya Kak Zaty tidak risau.

"Jadi nama yang akan jaga Aisy nanti Tengku Balqis?.."Kata aku sambil tersenyum untuk menyembunyikan kesedihan di hati.

Kak Zaty tersenyum melihat aku turut tersenyum.

"Yup..sebenarnya Tengku Balqis yang banyak bantu Akak sebab akakkan anak yatim piatu..Tengku Balqis seorang yang baik hati..dia kata dia berkenan untuk jadikan Aisy sebagai anak angkatnya..Lagi satu Akak ada hantar gambar Aisy dekat dia..dan..maaf sebab akak ada cerita semua yang terjadi dalam hidup Aisy..tapi..akak suruh dia simpan rahsia tentang diri Aisy.Jadi Aisy tak perlu risau.Cuma..Aisy akan pulang ke Malaysia untuk tinggal dengan dia"Terang Zaty panjang lebar.

"Owh..takpe..lagi pon Aisy dah lama tak jejak kaki kat sana..rindu jugak..walaupun telah banyak perkara buruk berlaku..Jadi bila Aisy akan bergerak pulang ke Malaysia.."Tanya Aku.

"Dua hari lagi.."Balas Zaty.

BERSAMBUNG..

avataravatar
Next chapter