16 Bab 16

Sehari sebelum keputusan SPM keluar, aku dan kawan-kawanku memilih untuk ke pusat membeli belah, yang berdekatan dengan kampung mereka. Isyraf dan kawan-kawannya juga ikut bersama dengan alasan ingin menemani kami di pusat membeli belah itu. Suzy dan Laila telah berlalu untuk melihat barang berharga, seperti beg dan barang solek, di kedai Coach manakala Iskandar dan Rizal mengikut mereka berdua. Fahim, Lily, Farah dan Amir pergi ke sebuah kedai baju, Denim & Supply Ralph Lauren. Aku dan Isyraf pula sekadar pusing-pusing mall itu sehingga aku terfikir akan sesuatu yang inginku beli. Aku memandang Isyraf yang berada di sebelahku.

"Awak, boleh saya pergi ke Popular Bookstore atau ke Times Bookstore?" soalku.

Isyraf memandangku dan mengangguk. Mungkin tengah bosan kerana ditinggalkan oleh kawan-kawan yang seperti sengaja ingin tinggalkan kami berdua. Kami berjalan ke Times Bookstore dan aku segera ke tempat yang diletak buku-buku novel. Isyraf pula ke tempat buku-buku berkaitan dengan agama. Setelah memilih dua buah buku novel, aku pergi ke arah Isyraf kerana ingin mengambil satu buku agama tetapi aku ternampak Isyraf sedang berbual dengan seorang gadis yang aku tidak kenal. Aku perasan gadis itu seakan-akan menggedik dengan Isyraf. Dadaku seakan-akan sakit tetapi aku tidak bertindak melulu dan berjalan ke arah mereka. Aku mencari buku yang diinginku sebelum ke Isyraf.

"Awak," panggilku kepada Isyraf. Isyraf dan gadis itu memandangku apabila aku memanggil Isyraf.

Gadis itu seperti marah akan kehadiran aku manakala Isyraf terkejut tetapi dapat dikawal. Tiba-tiba, Isyraf mengukirkan sebuah senyuman manis kepada gadis itu tetapi bagi aku, senyumannya agak misteri. Seperti dia sedang merancang sesuatu licik.

"Nat. Aku nak kenalkan ini isteri saya, Nazirah Atikah. Naz. Ini kawan lama abang, Natasha," kata Isyraf dengan senyuman sinis dilemparkan untuk gadis yang bernama Natasha dan meletakkan tangannya ke pinggangku.

Aku seakan-akan tahu apa yang dirancang Isyraf dan hanya mengikut dengan membuat muka selamba. Natasha terkejut akan berita itu. Dia lempar sebuah senyuman manis dan menghulurkan tangannya untuk bersalam. Aku menyambut salamnya dan membalas senyumannya. Dia sempat membawaku ke dalam pelukannya dan berbisik sesuatu kepadaku.

"Aku takkan biarkan kau dan Isyraf bahagia. Dia milik aku," bisik Natasha.

Aku terkejut dengan bisikannya dan segera melepaskan pelukannya. Isyraf perasan akan tindakan aku tetapi dihiraukan kerana dia pasti aku akan beritahu apabila dia akan bertanya. Aku sempat memandang Isyraf dan Natasha meminta diri untuk berlalu. Isyraf menolongku membeli tiga buah buku-bukuku dan dua buku untuknya.

"Apa yang dia bisikan sehingga awak tolak pelukannya? Kalau awak tak nak bagitau sekarang, tak mengapa," soal Isyraf dengan tenang.

Aku mendiamkan diri dan aku tahu bahawa aku tetap perlu memberitahu Isyraf. Aku membawa Isyraf ke Baskin Robbins dan sempat memberitahu kawan-kawan kami yang lain. Di sana, aku memberi pesanan makanan untuk aku dan Isyraf sebelum memberitahu Isyraf tentang apa yang dibisik oleh Natasha.

"Awak serius ke dengan apa yang dibisik oleh Natasha itu?" soal Isyraf dengan sedikit risau. Aku mengangguk.

"Saya nak pesan kat awak untuk berhati-hati selepas ini. Dia tu gila sikit. Dia tergila-gilakan saya sejak dulu lagi sehingga mengaku kepada ibu dan ayah yang dia tu teman istimewa saya padahal tak. Selepas ini, awak kalau nak pergi mana-mana, pergi dengan kawan-kawan kita, saya ataupun dengan along dan angah," terang Isyraf dan dia sempat memberi pesanan kepadaku.

Aku hanya mengikut arahannya. Lily, Fahim, Suzy dan Amir sudah sampai ke tempat kami berdua berada. Aku dan Isyraf tidak mahu memberitahu mereka tentang ini. Mereka tunggu untuk Laila, Iskandar, Suzy dan Rizal setengah jam.

--------------------------

Keesokkan hari

Keputusan SPM sudah tiba. Kesemua pelajar berasa gemuruh. Di saat pengetua sedang mengumumkan sepuluh keputusan terbaik, aku sempat memandang sekeliling dewan sekolah. Ramai keluarga sudah tiba termasuk keluargaku dan keluarga Isyraf. Pelajar, yang membuat keputusan terbaik, merupakan Laila, Lily, Suzy, Farah, Rizal, Iskandar, Amir, Faiz, Isyraf dan aku. Kelibat Isyraf tiada di dewan membuat ramai berasa hairan termasuk keluarganya dan aku.

"Is.. Kau ada nampak Isyraf?" soalku kepada Iskandar. Iskandar menggelengkan kepalanya. Aku seakan-akan dapat mengagak di mana Isyraf dan memandang Ustaz Khairul. Dia mengangguk, seakan-akan tahu apa yang difikirkanku. Aku terus berlari keluar dari dewan itu dan pergi ke suatu tempat yang tidak ketahui sesiapa kecuali aku, Isyraf dan Ustaz Khairul. Setiba di sana, aku ternampak kelibat Isyraf. Aku langkah ke arahnya dan menepuk bahunya.

"Kenapa awak kat sini?" soalku dengan hairan.

"Saja. Lepaskan perasaan," balasnya sambil membetulkan posisi.

"Semua mencari awak. Awak salah seorang pelajar yang mendapat keputusan terbaik di sekolah ini. Pelajar cemerlang, katanya," kataku sambil memandangnya. Isyraf memandangku seketika sebelum menundukkan kepalanya. Aku tidak tahu apa yang difikirkan Isyraf pada saat itu tetapi aku tahu dia seakan-akan ingin memberitahu aku sesuatu. Secara tiba-tiba, Isyraf meletakkan kepalanya di bahuku.

"Ehh, kenapa ni? Ceritalah," pujukku. Tanganku mengusap kepala Isyraf dengan lembut.

Isyraf mendiamkan diri sebelum mengangkat kepalanya dan berkata, "Tak ada apa-apa. Cuma...."

"Awak tengah fikir nak bagitahu satu sekolah pasal perkahwinan kita dan mengajak mereka datang ke majlis resepsi kita?" soalku dengan tenang. Isyraf seperti terkejut apabila aku dapat memikirkan apa yang ingin dikatakannya.

"Tapi kalau awak tak nak ataupun rasa tak selesa, tak mengapa," katanya dengan sebuah senyuman terukir di bibirnya sambil memandangku. Dia memandang pemandangan itu dan secara tiba-tiba, aku mencium pipinya. Dia terkejut dan memandangku sambil memegang pipinya dengan tangan kiri.

"Kalau itu yang awak nak, saya tak akan halang," balasku sambil menunduk malu. Tanpa kami sedari, ada beberapa mata yang memandang perbuatan kami dan tersengih. Ada yang sedang merakam apa yang kami lakukan. Isyraf pula memandangku dan mendekati wajahnya ke telingaku.

"Awak perasan tak, ada keluarga kita dengan kawan-kawan kita dekat belakang? Tengah curi-curi pandang gelagat kita?" bisiknya. Aku sekadar mengangguk. Kami berdua masih menghiraukan sesiapa yang berada di belakang kami. Isyraf teruskan bisikannya.

"Sebelum kita pusing, saya nak bagitahu sesuatu," bisiknya sebelum menyabung bisikannya, "Saya sukakan awak."

Isyraf mengambil tanganku dan berdiri. Wajahku sudah terbahang akibat pengakuan Isyraf dan bangun bersama Isyraf. Kami berdua pusing dan memandang orang-orang di belakang kami.

"Sudah habis curi-curi pandang dan merakam kita?" perli Isyraf.

"Auch Isyraf. Ayat kau amat memedihkan," kata Rizal dan memulakan dramanya.

Yang lain hanya ketawa menggelengkan kepala mereka kerana ada kawan seperti ini. Kami semu menuju ke dewan dan mengambil gambar. Tiba-tiba, Isyraf menuju ke pentas dan mengambil mikrofon. Aku dan keluarga kami tahu akan apa yang ingin dikatanya. Along dan angah datang ke arahku sambil memeluk bahuku. Farah dan kawan-kawan aku yang lain turut bersamaku sambil memandang Isyraf. Suasana di dewan amat sunyi pada ketika itu kerana tidak pernah ada seorang pelajar ingin berkata sesuatu di hadapan pelajar yang lain kecuali pengawas.

"Assalamualaikum semua. Saya tahu ramai sudah mengenali saya tetapi bagi sesiapa yang masih tidak tahu, saya ingin mengenali diri saya sendiri. Nama saya Muhammad Isyraf Aisy bin Haji Khairul. Ayah saya merupakan salah seorang ustaz di sekolah ini. Saya di sini ingin berkata kepada semua tentang apa yang sedang berlaku sekarang di sekolah ini. Ramai sedang bercakap tentang hubungan antara saya dan Nazirah sehingga sanggup membuat fitnah. Saya dan Nazirah sudah tahu siapa yang memulakan fitnah itu. Kami berdua juga ingin memberitahu apa sebenarnya hubungan di antara kami," kata Isyraf sambil memandangku.

Aku segera melangkah ke pentas dan berdiri di sebelah Isyraf. Abah dan Ustaz Khairul turut naik ke pentas agar dapat memberi sokongan kepada kami. Kawan-kawan kami yang lain sudah menyediakan beberapa kad jemputan di tangan mereka. Tidak sabar pula mereka berlapan ni.

"Kami berdua sudah menjadi suami isteri yang sah," kataku dan Isyraf secara serentak. Keadaan amat sunyi tetapi tidak lama apabila ada seseorang gadis menjerit sesuatu.

"Tak mungkin! Ini semua pasti bohong, bukan?" jerit gadis itu yang amat dikenaliku.

"Buat apa perlu bohong jika itu adalah fakta, Natasya?" balasku. Natasya merosakkan rambutnya dan ingin menyerang apabila along dan angah bertindak pantas. Gadis yang telah menfitnahku dan Isyraf tidak lagi menganggu kami setelah diugut Isyraf dan juga pengetua sekolah. Natasya mula bertindak aggresif tetapi dapat dikawal oleh kedua-dua abang-abangku. Along sempat menelefon anggota-anggota polis, merangkap kawan-kawan sekerjanya.

TBC

avataravatar
Next chapter