49 BAB 49:

Setibanya kami di rumah,

"Sayang, kalau diikutkan waze ni, ni la rumah kita. Besar jugak kan?" Soal Adrian.

"Hum, besar. Jom." Ajak aku. Adrian mengangguk and kitorang terus keluar dari kereta.

Kitorang pun meluru masuk ke dalam rumah yang besar itu.

"Fuyoooo!!! Besar jugak bang. Tak padan untuk kita tinggal berdua." Ujarku dengan riang.

"Itu la, abang rasa kita kena ada anak la, baru meriah rumah ni." Sakat Adrian meleret senyum.

"Gatal." Aku mencubit bahunya. Asal dia macam always sweet ea? Lepas kahwin ni? Mau cair aku hari-hari kalau macam ni. Hahaha

Kitorang pun berlegar-legar di sekitar kawasan dalam rumah itu. Memang perfect lah.

Dari sudut tingkat atas, di balkoni, view tu memang cantik do! Boleh nampak playground yang ade kat bawah sane. Nanti kalau aku bergaduh ke ape dengan Adrian, boleh la aku pergi merajuk kat sane. Pergi main gelongsor kerz, Hahaha.Eh! Awalnya prepare, ahaha

Tangan Adrian melingkari pinggangku.

"Cantik kan?" Soal Adrian, mata Kami bertentangan.

"Cantik." Balasku.

"Ape yang cantik?" Soal Adrian.

"Your eyes." Balas ku.

Adrian tertawa kecil.

'Ingat perjanjian tu.' Detik hati kami serentak. Tangan Adrian semakin melonggar dari pinggang aku and aku menjauhkan diri daripadanya.

"Abang bawak masuk barang dulu ea? Sayang tunggu sini." Arahnya.

"Ok, bang." Balas ku dan meleret senyum.

"Good girl." Balasnya dan meleret senyum, kakinya mula melangkah ingin keluar.

#MALAM#

"Booo!!" Sergah Adrian dari belakang, aku yang duk layan citer Tujuh Hari Mencintaiku 2 kat dalam tv tu terkejut tahap nak tercabut jantung.

"Ape abang ni?!" Marahku.

"Hahahaah" Meletus ketawa Adrian.

"Abang dah solat maghrib ker?" Soal ku.

"Dah." Balas Adrian and terus melabuhkan punggung di tepi aku.

"Sayang tengok citer ape ni?! Tak best la." Soal Adrian dengan wajah selamba.

"This is my favourite drama oke?" Ujar ku dan menaikkan bebola mata ku.

"Erk. Sayang, abang lapar la." Ujar Adrian and mengusap-usap perutnya.

"Sayang pun lapar jugak. Tapi, em, sayang tak pandai masak." Keluhku. Rase serba salah la pulak.

"Takpe, abang order pizza ok? Sebab takde bahan nak masak. Esok abang beli bahan, abang masakkan." Soalnya.

"Pizza? Boleh jugak." Balas ku.

Adrian pun dengan laju membuka telefonnya dan memesan pizza. Usai itu, dia melentokkan kepalanya di atas bahuku.

"Abang sayang sayang ngat ngat tau, kalau ada apa-apa sayang bagitau abang, jangan rahsiakan apa-apa ea?" Pesannya.

Macamana aku nak bagitau kau Adrian? Macamana kalau kau takleh nak terima? Aku tak ready lagi nak bagitau kau Adrian.

"Erm, ok Abang." Balasku.

#KEESOKANNYA#

"Sayang, sayang naik kereta dengan abang ea?" Soal Adrian.

"Em, taknak lah. Nanti orang cakap ape pulak." Balasku.

"Alaa! Boleh la sayang! Abang tak sedap hati lah nak biarkan sayang pergi sorang-sorang!" Pujuk Adrian. Urghh! Perangai dia semenjak dua menjak ni manja melebih.

"Ok, fine." Balasku.

"Sayang merajuk ker?" Soal Adrian.

"Mane ade." Balasku.

"Ikut suka hati sayang la nak merajuk ke ape, abang keluar dulu, cepat sikit bersiap tu, dah lewat dah ni." Ujar Adrian selamba. Erk! Dah start annoying dia.

"Itu la, sayang dah pesan tadi, abang pergi la mandi kat bilik air kat bawah tu, degil nak mandi sini. Pastu pulak pergi kunci bilik lain tu dah kenapa? Kan cepat siap kalau sayang pergi pakai pakaian kat bilik lain. Takde la kita bergilir gilir keluar masuk bilik camni." Bebelku.

"Erh! Salahkan kita pulak! Abang ajak mandi sekali taknak! Pastu kalau sayang duk kat dalam bilik, sayang kunci pintu." Bebel Adrian kembali.

"Pastu? Nak suruh sayang pakai baju depan abang? Camtu?!" Soalku bengang.

"Ape salahnya? Kita kan suami isteri." Soal Adrian dan tersenyum nakal.

Aku membalingkan bantal tepat terkena di kepalanya. Head shoot! Hahah.

"Ape ni Ireka?! Dah serabai rambut abang ni! Penat tau abang duk sikat tadi!!" Marah Adrian.

"Kisah pulak aku." Balasku and terus keluar dari bilik.

"Ish! Nasib baik isteri." Marah Adrian seorang diri dan menyikat rambutnya kembali, supaya kelihatan tampan kembali.

*DI DALAM KELAS*

"Hye babe!!" Sapa ku kepada kawan-kawan ku didalam kelas.

"Hye! Asal lewat?" Soal Ecah.

"Alah, kau ni Ecah, boleh pulak tanya. Mesti la dia duk bersweet sweet dengan suami dia semalam sampaikan tidur lewat." Sakat Yahh. Ai! Yah ni! Aku terajang kang!

"Ape benda siot?! Memang tak la!" Marahku.

"Muahahahah" Meletus ketawa diorang.

"Yaa mane?" Soal ku.

"Yaa tak datang hari ni, dia call aku pagi tadi, cakap kasut sekolah dia hilang." Terang Yahh.

"Hilang kasut? Macamana boleh hilang?" Soalku hairan dan tertawa kecil.

"Aku pun tak tahu lah! Hahaha!" Balas Yahh dan tertawa.

"Erh! Bukanke dia duduk asrama?" Soalku hairan.

"Dia cakap dia taknak masuk asrama lagi buat beberapa hari ni." Jawab Ecah.

"Ash macamana?" Soal ku. Aku mengerling sekilas ke arah Ash yang duk bersweet dengan Irshad.

"Huh, macam tu lah. Malas aku nak cakap pasal dia. Menyampah!" Balas Yahh.

"Aku sebenarnya tak suka la kawan-kawan kita gaduh camni. Rasa macam tak best do!" Terangku.

"Itu la pasal. Tapi hum, entahlah. Aku pun tak tahu nak buat macamana dah." Keluh Yahh.

"Hum... From my point of view, aku rasa kita kena baiki semua ni." Ujarku.

"Nak baiki macamana? Ibarat kaca yang retak, macamana nak hilangkan retak tu?" Soal Yahh.

"Cewahhh!!! bukan kaleng kaleng ayat kau Yahh!" Sakatku.

"Hahah! Jarang Yahh kiter!" Sakat Ecah.

"Ape?! Aku cakap benda betul Siot! Ek eleh korang ni! Baru nak feeling feeling sikit tadi! Kacau daun betul arhhh!!!" Balas Yahh dengan bengang.

"Muahahahahah" Meletus ketawa kitorang.

"Ape yang lawak sangat tu?" Soal Adrian dari belakang.

"Oh, abang." Sapa ku. Terbeliak biji mata budak-budak dalam kelas aku. OMG! Asal aku pergi panggil Adrian dengan panggilan abang kat sini? Tak guna betul lah!!

"Abang?" Soal Adrian acah-acah tak tahu.

"Aku terkejut tadi, terlatah abang. Maklumlah, aku tengah bercakap dengan kawan-kawan aku pasal abang aku tadi." Jawabku. Fuhh! Nasib baik otak aku bijak. Mata-mata yang memandang kami terus beralih kepada pandangan. Fuhh!!

Adrian pun dengan lagu mengambil tempat di tempat duduknya.

"Kau kena hati-hati lain kali Eka! Kalau orang tau, susah." Bisik Yahh perlahan.

"Aku lupa do!" Balas ku.

"Erk. Ape jer yang kau tak lupa?" Perli Ecah.

"Kicik. Muahahahaha" Balasku dan tertawa besar. Kawan-kawan ku turut ketawa. Ash yang memandang kami dari jauh mula rasa sebak, diorang taknak ajak aku borak sekali ke?

"Selamat pagi kelas." Sapa cikgu dihadapan.

Kami pun turut bangun, "Selamat pagi cikgu." Balas kami.

"Ok, duduk duduk. Saya ganti masa cikgu Aiza hari ni sebab dia tak datang, MC. So, nama saya cikgu Zul." Terang Cikgu. Kami mengangguk tanda faham.

"So, saya nak bagi tugasan yang paling senang untuk awak semua hari ni." Ujar Cikgu Zul.

"Tugasan ape cikgu?" Soal Ash.

"Tugasan lukisan jiwa." Jawab cikgu. Kami memandang dengan wajah blur. Lukisan jiwa? Ape ke benda lukisan tu?

"Macamana cikgu?" Soal Irshad hairan.

"Macam ni, kita buat lukisan tu sambil-sambil kita main satu permainan." Ujar Cikgu. Kitorang rasa macam berminat dengan permainan cikgu itu.

"Ok, first, letakkan kepala kamu Semua atas meja." Arah cikgu itu. Kami pun menurut perintahnya dan melentokkan kepala ke atas meja.

"Then, tutup mata." Arah cikgu itu. Kami turut menutup mata.

"Good, jangan buka mata selagi saya tak habis masa saya. Kalau korang bukak mata, saya jentik dahi korang." Ujar cikgu itu. Kitorang tersentak. Nak suruh tidur ker?

"Tapi cikgu-" Aiman iaitu ketua kelas kami ingin membantah dan dengan laju cikgu Zul menjentik dahinya. Aiman hilang kata-kata dan terus melentokkan kepalanya di atas meja kembali.

"Okey, saya taknak dengar sebarang suara and korang semua diminta tidur. Bukan selalu dapat peluang tidur macam ni kan?" Soal cikgu.

Aku pun menaikkan tangan kanan ku ke atas meja.

Tiba-tiba, tengah aku nak lelapkan mata tu, ade sepasang tangan yang menggengam tangan kiri ku dengan lembut. Aku automatik membuka mata. Sebaik sahaja aku buka mata, terpampang wajah Adrian yang merenung ku. Aku melihat matanya yang redup, urhh! Dia buat aku jadi tak keruan.

Cikgu tak nampak kitorang bukak mata sebab kitorang duk kat belakang and hujung bahagian tingkap pulak tu.

Adrian memberi syarat menggunakan mulutnya, 'i love you.' Aku tertawa perlahan. Cute jer dia.

Aku pun membalas isyaratnya, 'i love you too.' Dia tersenyum manis.

Dia melilau lilau sekeliling, tengok orang lain macam dah nyenyak tidur aje. Dia pun dengan laju mencium pipi ku sekilas. WHAT THE HECK! Serius la wei. Dalam kelas do! Aku membuat muka hendak menyumpah. Macamana kalau orang nampak? Urghh! Adrian membuat muka selamba dan mula menutup matanya. Aku pun turut menutup mata, and kitorang terlelap.

Tanpa kami sedar, ade sepasang mata yang merenung kitorang. Sape lagi kalau bukan si ketot tu?

'Asal diorang mesra sangat? Dah macam suami isteri? Aku takkan bagi Eka rampas kau dari aku Adrian, hanya aku yang berhak untuk kau.' Desis hati Isya.

#MALAM#

*DI RUMAH*

"Abang! Eka nak keluar dengan Yaa jap boleh tak?" Soal ku.

"Eh! Bukanke Yaa duduk asrama?" Soal Adrian hairan.

"Tak, dia duduk kat rumah." Balasku.

"Ok, boleh." Jawab Adrian. Aku pun dengan laju pergi bersiap, tak lama kemudian, kereta Honda city yaa pun tiba.

"Abang, Eka pergi dulu. Bye!" Ujar ku dan berlari keluar dari rumah.

"Ok!" Laung Adrian.

Aku pun terus masuk ke dalam perut kereta.

"Kau bawak ubat kan?" Soal Yaa gelabah.

"Yes, aku bawak. Mane air mineral? Aku kena makan sekarang." Soalku.

"Nah." Yaa menghulurkan air mineral.

Aku pun mengeluarkan kotak yang berwarna biru muda dari poket seluar aku yang tertulis nama ubatnya, paroxitine, and aku menelan ubat itu and meneguk air.

"Haih, aku rasa kau kena bagitau Adrian ni, takkan la kau nak sorokkan benda ni lama-lama?" Keluh Yaa.

"Sorry Yaa, tapi kau rasa macamana kalau dia tahu yang aku ade penyakit mental? Mesti dia takkan terima aku punya." Terang ku.

"Lagipun, lagi lima bulan kitorang jadi suami isteri, pastu dia akan ceraikan aku. Elok la kan, kalau aku lama-lama dengan dia, macamana kalau aku kena panic attack pastu aku bertindak luar kawalan, boleh mati dia." Keluh ku.

"Hum, kalau dah cakap macam tu, aku turutkan aje." Keluh Yaa.

"Yaa, asal kau banyak tolong aku? Aku bukan ape, aku pelik, dalam ramai-ramai kawan-kawan aku, kenapa mama berani beritahu benda ni kat kau?" Soalku hairan.

Yaa tertawa kecil.

"Ok lah, aku bagitau benda yang sebenarnya. okey, macamni, nenek kau yang durjana tu, mak saudara mama aku." Terang Yaa. Aku menekup mulut ku kerana terkejut.

"So, mama kau and mama aku cousin, pastu, kita ni dua pupu." Terang Yaa. Terlopong luas mata aku. What The Heck?! Kenapa takde sesiapa bagitau aku?!

"Kau biar betul Yaa." Terkejut aku dibuatnya.

Yaa mengangguk.

avataravatar
Next chapter