39 BAB 39:

"Wei, lambat lagi ker nak sampai?" Soalku yang baru bangun tidur. Ecah pulak yang pandu kereta. Aku pusing belakang, aku nampak yaa tidur.

"Emm, jauh sikit je lagi." Jawab Ecah.

"Yahh!!!" Panggilku.

"Ape?" Soal yahh.

"Kau nampak cantik la hari ni." Puji ku.

"Ni kalau memuji ni, ade something." Ujar Yahh dengan muka menyampah.

"Ehehe! Em... Um... Camni, aku... Aku... Emm... Nak cakap macam mana ea... Ehehe..."

"Bagitau jer la." Ujar Yahh.

"Jom mobile legend." Ajakku.

"Perhh!!! Rindu betul aku dengan perkataan mobile legend, lama tak main do! Ingatan kau punya pasal la ni!!!" Ujar Yahh dengan girang.

"Adoiii!!! Aku nak main jugak!!!" Teriak Ecah.

"Ek eleh, kau nak main ape benda nya? Drive leklok kang terbabas, sebelum aku mati, aku nak la jugak merasa taken, takkan la aku nak mati dalam keadaan single." Ujar Ash.

"Ek eleh, minah ni! Kang aku terajang jugak kang." Marah Ecah.

Aku dan Yahh menggeleng kepala.

"Dah la wei! Korang ni kan, macam anjing dengan kucing." Ujar ku dengan menyampah.

"Aku kucing kan?" Soal Ecah dan mengelip ngelip matanya. Ingat cantik sangat la tuu 🙄

"Aku yang kucing!!! Ai ai! Kang aku terajang keluar kang." Marah Ash.

"Diam la!!! Dua dua anjing!!" Marah Yahh.

"Ape yahhh?!!!" Soal Ash and Ecah serentak.

"Kau jangan yahh!! Kang aku berhentikan kereta ni, aku pergi terajang kau yahh!!" Marah Ecah.

"Hahahahahaha" Meletus ketawa Aku and Yahh.

"Wahai dua ekor anjing, sila diam. Yaa tengah tidur tu." Arahku.

"Hahaha" Meletus ketawa Yahh.

"SIAP LA KORANG NANTI!!" Jerit Ash and Ecah.

Pukk!

Ecah memukul bahu aku.

"ADOI!! SAKIT SIOT!!" Jerit ku.

"Haa! Padan muka!!! Hahaha" Ecah And Ash ketawa serentak.

"Woi! Memekak la korang ni! Aku nak tidur la siot!!" Jerit Yaa dengan bengang.

"Ek eleh minah ni, nak jerit jerit pulak dah! Kang aku terajang kang!!" Marah Ash.

Yaa pun membuka mata and mencerlung tajam ke arah Ash.

"Ape? Terajang? Ha! Terajang la kalau nak makan penumbuk aku!!!" Marah Yaa dengan mata merah. Mengantuk sangat tu.

"Ek eleh minah ni!! Cakap sikit sentap." Jerit Ash.

Yaa and Ash pun memulakan bertikam lidah. Aku, Ash, and Ecah buat-buat tak tahu. Malas nak layan, semakin layan, semakin menjadi-jadi.

"STOP!!" Jerit Yahh dengan bengang. Dia yang menjadi penghadang antara Yaa and Ash mula naik rimas.

"BETTER KORANG SENYAP SEBELUM AKU LEMPAR KORANG BERDUA KELUAR!!!" Jerit Yahh. Nyaring telinga aku do!!!

Terus senyap keadaan dalam kereta tu. Yahh ni kalau dah marah, memang takde sape berani mencelah. Yahh ni jenis lembut aje. Kalau sekali dia keluarkan suara marah dia, memang meremang la bulu roma kitorang.

"Reti pulak korang nak diam!!" Marah Yahh. Ash and Yaa mula diam. Aku and Ecah ketawa terbahak-bahak.

"Korang asal nak ketawa do! Aku sepak kang kicik baru tau." Marah Ash.

"Gong. Hahaha." Balasku dan ketawa besar.

"Yahh! Bukak lah ml yahh.. Aku dah masuk lobi ni. Nanti kau dah masuk, aku invite kau." Ujarku.

"Okeh. Kejap. Ahh Sial lah!!!" Marah Yahh.

"Asal?" Soalku.

"Hadoii! Bodoh amat!!" Marahku.

"Dah kenapa pulak?!" Soal Ecah dengan hairan.

"Line takde. Lupa pulak duk kat highway." Ujar Aku and Yahh serentak.

"Hahahaha" Meletus ketawa Ash and Ecah.

"Bengap betul korang ni." Ujar Ecah.

"Shit!" Ujar Aku dan Yahh serentak.

"Korang!!! Takde story ker?! Aku boring la." Ujarku mulai rimas dengan kebosanan.

"Story? Em, ade." Jawab Ash. Yaa tengah tidur tadi terus bangun. Nak dengar jugak la tuww 🤣

"Kisah hantu." Ujar Ash.

"Aih, engkau! Nak bercerita story hantu pun agak-agak la, tengok tempat. Kiri kanan hutan do!" Ujarku.

"Eleh, best citer ni wei. Korang dengar confirm meremang." Ujar Ash.

"Ok, citer la." Ujarku dengan bersungguh.

"Macamni, aku dengar story ni dari akak aku. Kisahnya bermula, pada satu hari tu kan, ade pasangan suami isteri ni, dia dari Terengganu, menghala ke KL. Diorang nak pergi honeymoon tak silap aku. Pastukan, masa diorang pergi tu, diorang berhenti la kat R&R Ajil. Pastu isteri dia keluar pergi tandas." Cerita Ash bernada seram.

"Pastu pastu?" Soal kitorang serentak. Semakin berminat dengan citer Ash ni.😅

"Lepas tu, isteri dia pun masuk dalam kereta, tapi yang peliknya, isteri dia langsung tak bercakap, diam aje, sampailah ke rumah."

"Kenapa? Isteri dia kena rasuk ker?" Soal ku dengan bersungguh.

"Bukan, sesampainya diorang kat KL, terus isteri dia masuk bilik. Suami dia hairan la kan, kenapa nak masuk bilik awal sangat ni? Kalau yer pun tunggu la malam. Hahaha" Terang Ash dan ketawa.

"Otak blue la kau ni. Aku terajang kang. Haha" Marahku dan ketawa.

"Ok, ok, back to the story. Lepastu, dia pun terus masuk dalam bilik, alangkah terkejutnya dia, bila bini dia takde dalam bilik tu. And, tiba-tiba ade orang call. Jelas nama bini dia kat screen telefon. Dia pun hairan la. Nak main sorok-sorok pun agak-agak la. Nak ber call bagai. Tapi bila dia angkat panggilan tu, terus tak tentu arah dia. Berlari keluar dari rumah tu." Terang Ash.

"Kenapa wei?!" Soal kitorang serentak.

"Bini dia ade kat R&R lagi." Terang Ash.

"HAH?!" Terkejut aku dibuatnya.

"So, yang naik kereta dengan dia tadi tu sape?" Soal ku dengan takut.

"Benda tu tumpang." Ujar Ash. Terus meremang kitorang.

"And yang paling teruk, korang nak tahu tak?" Soal Ash.

"Ape?" Soalku.

"Ni kesah sebenar do!" Ujar Ash.

Ternganga luas mulut kitorang.

"Perhhh! Nasib baik kiter dah lepas Ajil, kau ni kang Ash, kalau kau citer kat Ajil ni, sumpah aku terajang kau keluar ikut tingkap." Marahku.

"Erh, jap. So tadi tu kau tak bagi kitorang berhenti kat R&R ajil disebabkan ni la?" Soal Yahh.

Ash mengangguk.

"Gila la kau ni Ash! Kalau malam-malam kau citer kat sini, memang kena kau!!" Marahku.

"Dah korang nak dengar." Balas Ash selamba.

"Em, korang. Aku rasa cam something la. Asal kereta ni berat aje?" Soal Ecah dengan terkejut.

Kitorang dah meremang dah. Ash ni pun gila nak bercerita hantu tak bertempat.

"Emm, korang." Panggil Ecah dengan suara terketar-ketar. Nampak wajahnya yang takut. Aku mula menggigil. Entah kenapa rasa tak sedap badan. Hati pun tak sedap ni. Yaa, Yahh and Ash dah berpeluk di belakang.

"KORANG! TOLONG LA AKU! JANGAN BUAT SENYAP!!" Jerit Ecah.

"Erm, macam ni lah, kita baca ayat kursi." Ujar Yahh dan mula membaca. Kitorang pun menadah tangan dan terus membaca. Perlahan-lahan kereta tu dah hilang rasa berat.

"Kau ingat yer Ash, ni first and last warning yer?! Sekali lagi kau buat perangai, siap kau!" Pesan Ecah dalam nada takut. First time wei pengalaman ngeri camni, nasib benda tu tak menjelma, terus tercabut jantung kitorang gamaknya.

avataravatar
Next chapter