6 DHA 6

Lengan Farhana yang diheret Har hampir tiga kali pagi ini sahaja mula membekas merah.

" Lepaslah!" Lengannya, Farhana tarik kuat tapi tidak berjaya. Sejak bila Har sekuat ini?

" Lepas tu apa? Nak aku kejar kau lari? Sudahlah... Aku dah penat."

" Kalau penat, kau dah boleh 'jalan' dari hidup aku." Jelingan dibalas dengan jelingan.

Saat tersembul muka Puan Salbiah di hadapan pintu, segera Har lepaskan genggamannya dan jatuh melingkar jemarinya memegang tangan Farhana.

Farhana membuang pandang pada Har lalu dia melepas lelah menyampah. Belum sempat dia mahu menyebut sesuatu, Puan Salbiah sudah memotong.

" Terima kasih Har... Sebab hantarkan Farhana balik." Ujar Puan Salbiah pada bakal menantunya.

" Tak ada apalah aunty... Hal kecil je ni." Balas Har dengan senyum segaris. Sopan dan beradab tuturnya.

Di mata Puan Salbiah teruna itu amatlah bersopan dan memenuhi segala ciri - ciri menantu idamannya. Terutama untuk satu - satunya anak perempuannya, Farhana. Anak perempuan tiri.

" Mama nak berterima kasih apa dengan penipu besar ni?" Tempelak Farhana sebelum dia terkocoh masuk ke dalam rumah. Jemari Har dilepaskan kasar sampai tersentak lengan Har dibuatnya.

Hana meliar mencari tubuh lain di dalam rumah tapi kosong saja. Dia melepas nafas lega. Mujur papa dah masuk tidur. Kalau tidak ada juga yang berperang mulut pada pukul empat pagi begini.

" Hana! Kamu jangan kurang ajar sangat ya!" Lengan Farhana direntap Puan Salbiah kasar sampai terdorong semula tubuh Farhana ke muka pintu.

Meskipun Farhana sudah bertudung litup tapi perangai Farhana masih tetap sama seperti dulu. Keras dan kasar mengalahkan batu!

" Tak apalah unty... Dia penat tu..." Senyuman yang terlorek di bibir Har menambah bara api yang sedia membakar di hati Farhana. Dasar lelaki muka tembok!

" Haa.. Iyalah ya. Maaf susahkan kamu ya Har. Esok sudahlah kamu nak kerja..."

" Unty ni... Hana kan bakal isteri saya juga. Dah jadi tanggungjawab saya untuk menjaga dia. Unty tak perlu risau."

" Baiknya kamu Har... Tak sangka aunty bakal bermenantukan orang sebaik kamu." Puji Puan Salbiah. Farhana di sebelah hanya mampu menjeling menyampah.

Mama ni tak tahu ke yang Har itu pelakon? Macam petik suis saja, perangainya boleh berubah - berubah.

" Tak perlulah aunty cakap macam tu. Segan saya... Erm, saya balik dulu ya, aunty... Hana." Dari hujung mata Har kerling pada Farhana yang acah - acah muntah. Heh, kau jangan ingat kau bakal selesa hidup dengan aku...

Meleret senyum Puan Salbiah memerhatikan Har Azmeer yang sudah hilang dari perkarangan rumahnya sebelum dia beralih memukul bahu Farhana bertubi - tubu.

Farhana yang terkejut dengan pukulan itu mula cuba mempertahankan dirinya sendiri. Berlaku pergelutan kecil antara dua beranak itu.

" Kau ni dasar tak bersyukur langsung! Mulut tu tak reti nak bertapis sikit ke? Apa jadi kalau si Har tu merajuk dengan kau? Eee, geram betullah aku dengan kau ni." Kali ini cubitan pula yang menjadi modalnya bila Farhana sudah mula naik tangan menahan pukulan tangannya.

" Sakitlah mama! Balik - balik, dah la kena kahwin dengan jantan tak guna tu! Lepas tu mama nak pukul - pukul Hana pula, kenapa?!" Terjerit Farhana bila sekali lagi Puan Salbiah mencubit perutnya. Lama - lama rasanya boleh bocor perutnya kalau dicubit begitu selalu. Sudah la dia dagingnya sedikit. Mahu tak pedih rasa cubitan Puan Salbiah di kulitnya?

" Kau naik bilik sekarang! Esok siap kau, aku bagitahu dengan papa!" Arah Puan Salbiah keras.

Dia sebenarnya ada perasaan sayang - benci dengan anak tirinya yang seorang ini. Meskipun dia menjaga Farhana sejak kecil tapi melihatkan wajah Farhana yang semakin mengikuti Inara, perasaannya mula bercampur gaul.

Beg tangan yang tergantung di bahu dihempas keras ke lantai sampai terperosok beg tangan itu jauh ke bawah katilnya sebelum dia merebahkan tubuhnya di atas katil. Bantal ditarik dan disembam mukanya disitu. Teresak - esak dia menangis. Bayangan wajah Qaish pula mengisi ruang benaknya.

" Qaish... Kenapa Qaish tinggalkan Hana? Kita dah nak kahwin dah... Qaish tak sayang Hana..."

Tatkala manusia sedang diulit mimpi yang indah - indah, Farhana bertemankan tangisan dan rindu pada insan yang bernama Qaish.

Di meja sarapan, Noah perhatikan saja gerak geri adik perempuannya yang dia sendiri tak tahu entah bila sampainya ke Malaysia.

Sebetulnya, umur Farhana sebaya saja dengannya, cuma dia tua beberapa bulan saja. Mulut yang penuh dengan roti telur dikunyah perlahan. Apa Hana buat dekat Malaysia? Bukan kata dah nak menetap di Brooklyn ke?

Saat mata mereka berdua bertentangan, cepat - cepat Noah kembali dengan buku bacaannya. Menjadi seorang doktor di sebuah hospital persendirian memerlukan dia banyak membaca. Apalagi dengan dunia yang saban hari muncul banyak penyakit baharu.

" Morning." Sapa Farhana pada Noah yang seperti tak ambil peduli dengan kehadirannya di meja makan.

Apatah lagi dengan Naomi yang sibuk dengan telefon bimbitnya. Buat apa aku balik kalau seorang pun tak nak tegur aku?

" Pagi, Hana sayang..." Tegur Ibu Kartini berbisik yang sedang menatang air kopi panas. Farhana mengukir senyuman manis.

Tak semua orang...

Encik Nizmi yang segak dengan kemeja mula melabuh duduk lalu laju dia capai karipap yang digoreng Ibu Kartini serta sepotong roti yang dioles mentega.

" Morning. Noah, how's today schedule? Okay? Naomi? Your collage assignment dah buat? And my little boy, Noel? Hari ni basketball tournament kan?"

Dan begitu juga papa, sama seperti ahli keluarganya yang lain, dia masih patung hiasan di dalam rumah ini.

" Ehem! Hello? I'm home..." Farhana angkat bahu memberitahu keberadaan dia di meja makan.

Di wajah masing - masing ada riak terkejut semacam baru tersedar dengan kehadiran Farhana di meja makan bersama mereka. Tapi tidak bagi Noah dan mamanya yang serba salah, sebelum mereka melarikan bola mata ke arah sarapan semula.

" Great... Hari ni parents Har is coming so you need to cook, Hana." Arah Encik Nizmi bagaikan Farhana itu seorang pekerja di pejabat.

" Papa I'm not your employee." Lebih kepada barang dagangan rasanya.

Langsung tak ada ucapan selamat datang atau selamat pulang. Hanya satu kerlingan mata saja?

Encik Nizmi menongkat dahi, " Papa salah cakap ke?"

Noami yang mendengar, terlepas tawa. Dia memang sudah lama mentertawakan Farhana. Mana tidaknya, antara dia dan adik beradik lain, Farhana sahaja yang selalu diarah buat itu ini serupa orang gaji. Tidak seperti dia dan adik beradik yang lain, lebih banyak kebebasan.

" Who's getting married?" Soalan dilontar adik paling kecil, Noel dengan dahi berkerut. Matanya masih fokus dengan konsol, Nitendo Switch.

" Your BIG HEADED sisturrr..." Kata Noami sambil termuncung - muncung mulutnya. Kepalanya ditongkat malas dengan tangan.

" Eh, I thought you're getting married dengan Abang Qaish? Where is he?"

Terpempam Farhana mendengar itu dari mulut Noel. Bukankah Noel sendiri ada memujuknya lapan bulan lepas? Takkan budak ni dah lupa.

" Ohh, Poor him... Sebab kau tiba - tiba tak nak kahwin dengan dia ke...? Teruk betullah perangai kau ni, Hana. Habis madu, sepah dibuang. Anyway, kirim salam dengan dia, and tell him that I'm willingly ganti tempat kau." Balas Naomi yang langsung seperti tak mengingati apa - apa tentang kemalangan Qaish. Mulutnya disua roti bakar dan mengunyahnya dengan senang hati.

" He's dead alreadylah..." Noah bangun dari kerusi, lalu dia menyalami tangan Encik Nizmi dan Puan Salbiah sebelum dia menepuk bahu Noel mahu menghantar adiknya ke sekolah.

Noami mengekot, " Ohhh, really?! Oppsiee..."

" Cepatlah abang. Kita dah lewat ni." Noel bangun terkocoh - kocoh seperti tak peduli.

Robek hati Farhana bila hanya itu sahaja yang meniti di bibir mereka. Bagaikan dia dan Qaish hanya satu cerita tragedi dari dalam berita televisyen. Rasa simpati yang hanya dipagar atas bibir.

Begitu juga Encik Nizmi dan Puan Salbiah yang tak tergambar simpati pada dirinya. Qaish tu pernah wujud, kenapa korang macam tak menghormati si mati?

avataravatar
Next chapter