webnovel

Orang Gila

"KAU ni memang tidak faham saya lah... Saya kan baru saja jadi manusia di sini!!! Saya mana ada rumah.... Saya tidak tahu pun saya harus tidur di mana!!" kata Nava pula.

Jaeden mengangguk kecil bila mendengar kata-kata Nava. Eleeh, itu saja pun nak marah ke?? Siap dengan pukulan lagi tu... Inilah ni kalau sudah jadi manusia, tidak pandai control perasaan...

Tapi itu bukan yang buat Jaeden terfikir sekarang. Dia cuma mahu pastikan yang Nava ini ada tempat tinggal yang selesa dan selamat. Nava dan dia sudah lama bersahabat dan mereka sentiasa bersama.

Apabila dia tahu Nava sudah diturunkan ke Bumi menjadi manusia, dia terkejut dan merasa tidak adil dengan hukuman itu. Tapi mahu buat apa lagi, hukuman sudah dijatuhkan dan Nava juga tidak membantah....

"Mari kita cari tempat tinggal untuk kau. Saya risau ada manusia jahat yang akan kacau kau nanti!" kata Jaeden pula.

"Tapi, di mana saya perlu tinggal?? Di dunia manusia ni, semua kena pakai duit.. Saya ada nampak juga tu masa saya jalankan kerja saya sebulan yang lalu," kata Nava dengan sedih.

Jaeden memandang Nava dengan wajah pelik. Tadi dia marah sekarang dia sedih pula... Haaiiih, inilah manusia... Perasaan mereka cepat berubah...

"okey, jomlah saya temankan kau cari tempat tinggal... Saya kesian lah dengan kau ni. Kalau kau masih Malaikat, tidak tidur pun tiada masalah... Tapi kau sudah jadi manusia. Mesti tidur secukupnya," kata Jaeden. Dia pun menarik tangan Nava untuk membawa dia pergi dari sana.

Nava hanya merungut lalu dia mengekori Jaeden. Terpaksa dia mengikuti Jaeden kerana dia tidak tahu hendak ke mana lagi...

***

***

KEESOKAN harinya, Nava berjalan di sekitar kedai itu dengan wajah yang tidak bermaya dan tidak cukup tidur.

Jaeden pula sudah balik ke Kerajaan Langit kerana dia perlu melakukan kerjanya untuk melindungi manusia lain.

Sudah semalaman Jaeden menemani dia tidur di tepi-tepi jalan yang selesa. Memandangkan dia tiada tempat tidur, dia terpaksa tidur di tepi jalan.

Sedang dia tidur pula, tiba-tiba dia diganggu dengan orang mabuk yang tiba-tiba datang. Nava pun larilah mencari tempat lain.

Bila dia sudah selesa dan mahu tidur, tiba-tiba datang pula anjing dan terus mengejar Nava. Nava pun terpaksa berlari lagi selama beberapa jam sebelum dia menjumpai tempat tidur yang baru.

Selepas itu datang lagi gangguan baru dan Nava langsung tidak dapat tidur. Bila dia sudah dapat ketenangan dan mula mau tidur, tiba-tiba sinaran matahari sudah muncul.

Apa, matahari sudah keluar??

Itulah yang Nava pikir bila sinaran matahari itu mengenai wajahnya. Nava ingin tidur lagi tapi dia dihalau pula dengan penjaga taman di situ dan memanggil dia sebagai pengemis.

Nava marah tapi dia tidak boleh berbuat apa-apa. Dia tidak berdaya saat ini.

Akhirnya Nava pun berjalan lagi mencari tempat tidur yang lain.

Tiba-tiba, dia terhidu bau makanan yang sangat sedap. Perut Nava berkeroncong. Nava yang terkejut itu terus memegang perutnya. Dia tidak pernah merasa lapar ketika dia masih menjadi Malaikat tapi sekarang dia sudah jadi manusia, jadi susah tentu dia akan merasa lapar.

"Aduh, di mana saya perlu cari makanan ni?" tanya Nava. Dia terus memegang perutnya yang berkeroncong.

Nava memandang ke sisinya dan dia melihat melalui cermin lutsinar itu, ada seorang lelaki sedang memakan roti bakar bersama jem buah buahan.

Nava menelan air liurnya dan dia mula mendekati cermin itu. Dia terus memandang lelaki itu makan sarapannya.

Perut Nava terus berkeroncong membuatkan Nava semakin lapar. Bencilah jadi manusia ni, kenapa saya perlu rasa sengsara macam ni? Kenapa manusia perlu makan supaya mereka tetap hidup??... Kan bagus jadi Malaikat, setidaknya kami tidak sentiasa lapar...

Nava memandang makanan yang dimakan lelaki itu dengan wajah sedih dan mata bersinar mahukan makanan itu.

Sedang dia merenung, Nava tidak sedar yang dia diperhatikan oleh seseorang di sana.

Theo yang sudah menjadi pelanggan tetap di kafe kegemaran itu hanya memeriksa i-Padnya sambil menunggu sarapannya datang.

Entah kenapa dia terasa ingin memandang ke satu arah, dan bila dia menoleh ke kanan, dia melihat perempuan yang dia tolong kemarin ada di sebalik cermin dinding sambil melekatkan dirinya di dinding itu. Mata perempuan itu tekun memandang seorang lelaki yang sedang menikmati sarapannya.

Berkerut dahi Theo melihat Nava begitu. Nampak macam orang gila pula...

Lama dia memerhati Nava sehingga dia tidak sedar yang dia sebenarnya memerhati Nava. Selama ini, Theo tidak pernah memandang perempuan lain lama-lama. Satu saat saja sudah cukup untuk dia memandang mereka.

Kali ini, lama pula dia memerhati Nava.

Tidak lama kemudian, keluar seorang pelayan dari kafe itu dan memarahi Nava. Nava kelihatan takut dan hanya menunduk bila pelayan kafe itu mengherdiknya.

Setelah pelayan itu mengusir Nava, Nava pun berlalu dari sana dengan wajah yang sedih.

Theo yang masih memandang ke cermin dinding itu terkejut dengan kedatangan seorang pelayan kafe yang menghantarnya makanan. Eh, saya tengok perempuan tadi tu kah?? Astaga, tidak sedar saya asyik pandang dia saja....

Setelah meletakkan makanan Theo, pelayan perempuan itu pergi meninggalkan Theo membuat kerjanya lagi. Dia berhenti di tepi kaunter dan dia mula merenung Theo dengan senyuman manis. Bahagia dia bila dia dapat menghantar makanan kepada lelaki hensem itu.

Bukan saja hensem, malah tinggi dan kaya lagi...

"Hei, Audrey... Apa kau buat masih tercegat di sana? Pergi buat kerja kau sanalah... Kalau bos nampak kau begini, habis kau kena buang kerja," tegur Patricia yang sedang bekerja di kaunter sebagai cashier.

Perempuan tadi yang dipanggil Audrey itu terkejut dengan sergahan kawannya. Pantas dia menoleh ke arah Patricia. "Hei, Pat... Kau tidak rasa kah yang Theo makin hensem??? Kannn?? Saya makin sukalah dengan dia... Gembira betul hati saya bila saya hantar makanan tu sama dia," kata Audrey dengan muka teruja.

Patricia mencebik. "Ada-ada saja kau ni, Audrey... Pagi-pagi lagi sudah mahu menggosip di sini. Baik kau sambung kerja lagi sebelum bos datang. Kalau dia tahu kau angau sama costumer tetap kita, dia buang kau dari ni kerja... Menyesal kau, tidak dapat tengok dia lagi," kata Patricia pula.

Audrey pula yang mencebik sekarang. "Kalau saya kena buang kerja pun, saya masih boleh datang sini sebagai customer... Lagipun, orang tua saya kaya.... Sudahlah, saya nak sambung kerja..."

Audrey berlalu dengan lenggang lenggok dia.

Patricia mencebik meluat dengan sikap Audrey. Dia tau Audrey tu anak orang kaya tapi dia hairan, kalau keluarga dia kaya, kenapa Audrey mau kerja juga?? Kah jangan-jangan dia menipu ni??

Patricia tau yang Audrey memang tergila-gila dengan CEO Pearl Association itu, biasalah jutawan muda... Siapa yang tidak akan jatuh hati, kan... Sudahlah muda dan hensem, kaya lagi...

Full package of husband material...

Tapi Patricia tidak pernah suka dengan Theo. Yalah, kalau semua mahu suka dia, takkan Patricia pun mahu ikut lagi. Kalau dorang bergaduh nak kalahkan Perang Dunia Kedua, takkan dia mahu ikut juga... Baik dia cari duit sendiri daripada mahu bunuh diri gara-gara lelaki itu saja. Bagus kalau dia yang dapat, tidak apalah juga....

Theo menuju ke kaunter untuk membayar makanan. Tiba-tiba dia teringat akan Nava.

Eih, kenapa saya perlu ingat dia masa-masa macam ni??

Theo menggeleng kecil lalu dia terus membayar harga makanannya. Setelah itu dia bergerak ke kereta Mercedes hitamnya dan masuk ke dalam. Dion tidak lagi memandu untuknya kerana Theo mau membawa kereta itu sendiri ke pejabat.

Sesampainya dia di syarikatnya, Theo terus masuk ke pejabatnya.

Dalam masa dua minit, terdengar bunyi pintu diketuk.

"Masuk!"

Seorang wanita dengan pakaian sendat dan seksi masuk ke dalam. Dialah pembantu Theo, Maydelen.

Theo mengeluh dalam diam. Apa yang dia tidak suka dengan Maydelen adalah kerana cara pemakaiannya yang macam tidak cukup kain itu. Malah, pakaian an dia hampir setaraf dengan pelacur yang dia selalu nampak di TV.

"Morning, Boss Theo... Boss nak minum apa? Coffee, Tea, Milk? May boleh buatkan untuk Boss," kata Maydelen dengan suara gediknya.

"Tea." Jawapan Theo hanya ringkas dan dia tidak pun menoleh ke arah Maydelen yang sedang berdiri dengan gaya menggodanya di tepi meja kerja Theo. Malahan, Theo hanya menatap dengan tekun skrin komputer dia.

Maydelen mendengus tidak puas hati bila dia melihat Theo langsung tidak menoleh ke arahnya. Mahu tidak mahu, dia terpaksa keluar dari bilik pejabat Theo untuk menyediakan teh untuk Theo juga.

Hemph, kalau kau tidak hensem dan kaya, saya dah lama tinggalkan kau. Saya dah lama cari lelaki lain... Dah lama saya resign cari kerja baru... Syarikat ni sudah nak bankrap tapi dia masih boleh buat selamba dan sombong macam tu.?? Nasib dia ada muka, terpaksa saya tahan hati ni nak goda dia.....

Next chapter