17 Gold Digger?

Theo dan Nava menoleh ke samping bila melihat ada orang yang menegur mereka.

Maydelen sedang memandang mereka dengan gaya peluk tubuh. Dia memakai sebuah gaun ketat yang mengikut bentuk badan dan gaun itu berwarna hijau tua.

Nava memandang Maydelen dari atas ke bawah. 'Wah, cantik betul perempuan ni...' 'Tapi kenapa perangai dia sama macam perempuan yang tarik rambut saya masa di rumah Theo hari itu?'

Maydelen pula membalas pandangan mata Nava dan tentunya pandangan dia sangat sinis terhadap Nava. Seolah-olah dia melihat Nava itu sebagai seorang pengemis di matanya.

"Maydelen...? Kenapa kau ada di sini?" tanya Theo pula.

Maydelen mengeluh tidak puas hati dan dia mengalihkan pandangan dia dari Nava ke wajah Theo. Renungan yang tidak selesa diberikan kepada Theo. Siapa yang tidak cemburu melihat lelaki yang kau suka bersama dengan orang lain.

"I have dinner with my older brother here..." Maydelen memandang ke arah Nava yang sedang memerhati hiasan bunga yang ada di atas meja. Wajah Nava itu terlihat seperti seseorang yang pertama kali melihat benda seperti itu.

Maydelen mencemuh Nava dalam hatinya. 'Ini perempuan dari kampung atau apa? Kenapa dia nampak macam baru first time tengok benda mahal di sini? Oh, jangan-jangan dia ini perempuan miskin yang sengaja nak pikat bos. Dasar gold digger! Buat apa orang kampung macam dia ikut bos ke sini?'

"Siapa perempuan ni, bos??? She doesn't look like a good person. Bos pungut dia dari mana?" kata Maydelen dengan suara yang sangat sombong.

Nava yang sedang sibuk memerhati gubahan bunga yang cantik di atas meja itu, terus mengalihkan pandangannya ke arah Maydelen. 'Eh, mulut tu bagus sikit, okey?'

Theo menghembus nafas secara perlahan. "She is one of my friend."

'Kawan? Sejak bila bos layan kawan dia sebaik seperti ini? Setahu saya, bos tidak ada kawan yang dia layan sampai nak bawa dinner macam ni... Apa yang perempuan ni buat sampai bos pun layan dia begini baik?'

Theo memandang ke arah Maydelen yang masih berdiri sambil memandang mereka. Dengan sebelah kening diangkat, Theo berkata: "Bukankah kau cakap kau dinner dengan abang kau? Kenapa kau masih di sini?"

Perkataan yang dikatakan oleh Theo tanpa sedikit perasaan itu membuatkan Maydelen menjadi naik angin. Dia menjeling Nava sebelum dia beredar dari sana dengan wajah yang cemberut. 'Nanti kau, perempuan... Kau ingat kau saja yang boleh dapatkan Harrison Theo ni?...'

Theo mengeluh lagi bila dia melihat Maydelen sudah pergi. Rimas pula dia kalau wanita itu ada bersamanya. Bukan apa, cuma Theo yang tidak suka dengan cara wanita itu memandang Theo.

Kalau Maydelen tidak wujud sebagai seorang manusia, mungkin Theo sudah menganggap Maydelen ini sebagai seorang singa betina, yang selalu memperhatikan mangsanya dengan kedua matanya.

Kadang-kadang, meremang bulu roma Theo menerima pandangan itu. Seringkali dia cuba untuk mengabaikan dan mengelak daripada merenung kembali ke mata yang menakutkan itu.

Theo mengusir fikirannya tentang Maydelen dan dia menumpukan perhatiannya ke arah Nava. "Lepas kita makan, saya akan hantar kau kembali ke rumah sewa. Lain kali jangan lagi lari."

Nava hanya mengangguk kecil mendengarnya. 'Siapa yang lari? Saya cuma pergi buat misi saya dan tersesat...'

Tapi Nava tidak berani mengatakan apa yang dia fikirkan. Kalau dia menjawab begitu, nanti tidak pasal-pasal Theo akan curiga dengan dia nanti...

Theo merenung wanita yang kini diam di tempat duduknya. Wanita itu tidak bercakap lagi dan hanya melilau sekeliling sambil memerhati setiap pelanggan yang ada di restoran ini.

Secara tidak langsung, mata Theo tertancap pada rantai yang dipakai oleh Nava.

Bagi Nava yang terlihat seperti anak perempuan dari keluarga sederhana, rantai yang dipakai oleh Nava itu terlihat mahal dan kaya bagi Nava.

Namun apa yang membuatkan Theo terkedu ialah rantai itu melengkapkan imej Nava sebagai seorang wanita cantik dan elegan. Seolah-olah rantai itu memang tercipta khas untuk Nava seorang.

Theo tidak mahu memikirkan apa-apa lagi dan dia menumpukan perhatiannya kepada telefonnya. Dia mahu mengetahui keadaan di pejabat setelah dia keluar tadi.

Nava juga tidak mengganggu Theo dan hanya menyibukkan dirinya memerhati keadaan sekeliling.

Tidak lama kemudian, makan malam pun tiba. Nava yang pertama kali melihat makanan mewah itu ternganga bila melihat hidangan di depan mata.

Theo yang tidak merasakan apa-apa itu, segera mencapai sudu dan garpu dan mula makan dengan cara sopan dan elegan.

Nava memerhati cara Theo makan sebelum dia meniru gaya Theo makan. Sebaik saja hidangan itu masuk ke dalam mulutnya, Nava terkaku.

Theo berhenti sekejap dan melihat Nava yang menjadi beku secara tiba-tiba. "Kenapa?"

Nava memandang Theo dengan wajah yang teruja. "Makanan ni sedaplah... Pandai kau pilih makanan!"

Kerana kata-kata Nava itu, Theo tersenyum kecil. Dia kembali menjamu selera tanpa memandang Nava lagi. "Mestilah, saya sudah biasa datang ke sini jadi saya tahu makanan mana yang sedap."

Nava tidak berfikir banyak tentang apa yang dikatakan oleh Theo. Dia hanya melanjutkan suapannya dan menikmati makanannya.

***

***

Setelah harga menu itu dibayar, Theo membawa Nava kembali ke tempat parking.

Sepanjang perjalanan, Nava asyik menguap saja dan menggosok matanya. Dia merasa lelah kerana seharian ini asyik berjalan saja.

Lagi pun, Nava sudah menggunakan kuasanya hari ini untuk menolong Luis. Nava menyedari yang dia mempunyai keistimewaan untuk menggunakan kuasanya sepanjang misi dilakukan tapi keburukannya, setiap kali Nava menggunakan kuasanya, tenaganya akan berkurang.

Sebab itu kenapa dia merasa lelah sekarang ini kerana dia sudah menggunakan kuasanya sebanyak dua kali hari ini. Nava tidak mahu menggunakan kuasanya melebihi had kerana dia tidak tahu apa yang akan terjadi padanya jika dia menggunakan kuasa lebih dari yang dihadkan.

Theo yang baru memegang tombol pintu kereta itu berhenti dan memandang ke arah Nava yang berjalan perlahan di belakangnya.

Keningnya berkerut melihat keadaan Nava yang penat. 'Dia buat apa seharian ni sampai dia penat macam ni? Takkan dia berlari keliling kota ni pula?'

Melihat Nava yang mahu pengsan kerana terlalu mengantuk itu, Theo tidak sanggup melihat dia jatuh ke lantai. Jadi, dia segera memegang bahu wanita itu, mengelak dia daripada terjatuh.

Mungkin kerana Nava sudah tidak tahan lagi kerana sebaik saja dia jatuh di pelukan Theo dan merasakan pelukan hangat dari lelaki itu, Nava terlelap.

Theo menundukkan kepala sedikit untuk melihat Nava yang sudah tidur. 'Aih, saya baru pegang dia, dia sudah tertidur? Penat sangat kah dia sampai tertidur macam ni?'

Theo segera mengangkat Nava di tangannya seolah-olah cara seorang pengantin perempuan diangkat oleh pasangannya. Theo memasukkan Nava secara berhati-hati ke bahagian depan kerusi penumpang dan tidak lupa untuk memakaikan tali pinggang keledar kepada Nava.

Theo pun berpusing ke bahagian sebelah kereta dan masuk ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan lalu dia memandu kereta itu pergi dari sana.

Theo menghantar Nava kembali ke rumah sewa yang sudah disewa oleh Dion. Kerana Nava sudah nyenyak tidur dan tidak dapat bangun lagi, Theo terpaksa mengangkat Nava sendiri ke dalam rumahnya.

Peliknya, Theo tidak pun berasa marah atau terbeban semasa menolong Nava. Selalunya hal seperti ini hanya diabaikan oleh Theo saja kerana Theo tidak suka campur tangan dengan urusan orang lain...

Kalau ahli keluarga Theo yang lain tahu tentang hal ini, mereka mungkin akan terkejut besar kerana mereka tahu Theo jenis lelaki yang dingin dan hanya buat tidak tahu dengan masalah orang lain...

Setelah meletakkan Nava di katilnya, Theo memeriksa rumah itu agar semua pintu dan tingkap dalam keadaan berkunci. Setelah memastikan semuanya berkunci, barulah Theo berjalan semula ke keretanya.

Theo berhenti di tepi pintu keretanya. Dia memandang ke arah rumah sewa Nava. Setelah beberapa saat, dia membuka pintu kereta dan masuk ke dalam.

Beberapa minit kemudian, kereta yang dia gunakan dipandu meninggalkan tempat itu.

avataravatar
Next chapter