1 Majlis Pertunangan

Hujan gerimis diluar jendela,mendinginkan suanana,tetapi tidak bagi ku,kerana terasa bahang kepanasan. Solekan yang tipis di muka ku masih kekal. Diluar kedengaran riuh rendah suara sanak saudara, jiran tetangga. Nampaknya majlis pertunangan harini berjalan lancar walaupun gerimis diluar. Tiba-tiba pintu bilik diketuk dan muncul adikku Sharina.

" kakak rombongan dah sampai, ibu suruh bersedia,nanti Makcik Noris akan masuk untuk sarungkan cincin."

Lantas Sharina hilang dibalik langsir, pintu dibiar terbuka.

Kedengaran suara orang berbincang diluar. Kemudian kalibat adikku Sharina masuk ke bilik.

" Ibu suruh temankan kakak,tak sempat nak dengar mereka berbincang".

" Kakak tak intai ke bakal tunang kakak tu,pandai ye korang pakai baju sendondon", kata Rina.

" Eh betul ke Rina,akak tak janji apa-apa pun dengan dia".Balasku pula.

" La yeke, tapi akak dgn abang Hazim memang sehati sejiwa la ni,tak berjanji dimulut,tapi berjanji dihati la kan".Celoteh Rina lg. Sambil ketawa terbahak bahak.

Pantas saja tangan ku mencubit lengan Rina.

" Adoi kak sakit la, cakap sehati sejiwa pun marah", bebel Rina sambil menahan sakit.

" Ni bukan marah,kan orang ramai di luar tu,karang orang ingat suara akak pulak ketawa sebab seronok nak bertunang."Balasku memberi penerangan.

" Assalamualaikum, acik masuk ye." kelihatan Makcik Noris berjalan masuk sambil membawa sesuatu di tangan seperti dulang..Kukira itu cincin. Kelihatan juga ibu dan saudara-saudara yang lain jugak turut serta.

" waalaikumusalam". Balasku sambil tersenyum..Gemuruh di hati tiada yang tahu.

" Haa Shafina hulurkan tangan tu" kata ibu ku.

Makcik Noris terus duduk disebelahku di birai katil. Tangannya dihulur sambil memegang jari jemariku, cincin bertahta permata disarung ke jari manisku. Setelah selesai aku terus menyalaminya.

Makcik Noris mencium pipi Kiri kananku sambil berkata " terima kasih Sharina sudi terima lamaran Hazim". Suaranya jelas mengambarkan kegembiraanya.

Aku balas dengan senyuman yang terpaksa mungkin.

" Alhamdulilah semuanya telah selesai", terdengar suara saudara maraku menunjukkan rasa syukurnya.

Setelah selesai sesi bergambar,ibu mengajak Makcik Noris untuk menikmati makanan yang telah disediakan. Sharina masih dibilik bersamaku sambil telefon di tangan yang tidak habis-habis berselfie.

Kalau tidak kerana aku menghadiri majlis perkahwinan sahabatku Aisyah di Seremban, mungkin aku tak bertunang pada harini.

Meskipun aku belum bersedia untuk ada ikatan pertunangan.

" Kakak, jom keluar, Rina lapar la,jom la makan". Ajak Sharina mematikan lamunanku.

" Taknak la kakak, malu la", balasku pula,memang aku belum bersedia untuk bertemu dengan Hazim lagi.

Kenangan 20 tahun lalu terbayang di ingatanku. Makcik Noris dan Pakcik Megat merupakan jiran keluarga ku semasa kami menetap di Kedah. Aku dan Hazim sebaya, kami bersekolah di tadika yang sama. Memang aku dan Hazim berkawan baik ketika itu. Tapi ayah aku dan Pakcik Megat diarahkan untuk bertugas di tempat yg baharu. Lepas dari itu kami terus terputus hubungan. Yang aku tahu Pakcik Megat dan Makcik Noris berpindah ke Negeri Sembilan. Manakala ibu dan abah berpindah ke Perak.

" Fina,Rina korang tak lapar ke,jom keluar makan", Muncul kakak iparku Wati mematikan lamunanku. Kak wati isteri abangku Shafwan. Kami 3 beradik sahaja. Abangku Shafwan, aku Shafina Dan adikku Sharina.

Dalam malu,aku terpaksa keluar dari bilik juga setelah didesak oleh kakak iparku. Aku hanya memerhati adikku mengambil makanan,aku masih belum berselera. Rasa diperhatikan oleh seseorang membuatku jadi gemuruh. Aku jugak mencari2 kelibat Hazim,lelaki yang menjadi tunanganku. Sejujurnya aku memang tidak mengenali Hazim,maksud aku yang ketika umur kami 25 tahun ini. Yang terbayang dimindaku budak lelaki yang selalu menemani ku bermain masak2 bersama, main aci ligan bersama..Dengan kurus melidi kulit yang putih gebu.

Aku hanya membontoti Sharina yang mengambil tempat duduk. Aku duduk dihadapan Sharina. Tiba-tiba Sharina bersuara, " Akak abg Hazim dari tadi asik pandang akak je,macam nak tembus je badan akak, dia punya tenung tu".

" Aduh Rina betul ke,yang mana satu orangnya , malu la akak macam ni". Balasku pula,sambil memusing badanku mencari2 kelibatnya.

" Tu yang tengah duduk semeja dengan Abang Shafwan tu la,yang pakai baju melayu biru cerah macam akak tu la", Balas Sharina.

Terus mataku bertentangan dengan jejaka berbaju melayu sedondon denganku yang kini bergelar tunanganku.

Bersambung....

avataravatar
Next chapter