2 Bab 1

Genap sebulan majlis pertunangan ku. Masih segar diingatanku saat pertama kali bertentangan mata dengan Hazim. Sedikit berbeza dengan 20 tahun yang lalu, dulu kulitnya putih gebu,kurus melidi. Sekarang kulitnya sedikit gelap, seperti sawo matang, badan tidak terlalu berisi,tidak terlalu kurus.

Sesusuk jejaka itu tersenyum manis apabila mata kami bertentangan.

" Aduh, malunya aku, kenapa boleh bertentang mata pulak ni" bisik hatiku sambil memusing kembali mengadap Sharina.

" Cepatlah makan Rina, jom masuk dalam rumah, tak selesa la panas kt sini" kataku kepada Sharina.

" Ai akak ni,baru lepas hujan ni sejuk la,Mana ada panas,malu la tu. Tu ha abg Hazim tengok akak tak beralih lg tu", laju Sharina membalas sambil tersenyum mengejek.

Memang panas terasa muka ku menahan malu. Rasanya seperti ada api dilayur dimuka ku ini. Menunggu Sharina habiskan makanannya seperti dua jam Masa berjalan. Selesai Sharina sudahi makanannya,cepat2 aku bangun untuk masuk ke dalam rumah,sambil mata memerhati kalau-kalau Hazim memerhatikan aku. Tetapi kelibat jejaka itu tiada. Aku berasa sedikit lega. Tak perlu lah aku gelabah seperti itu.

" Dah balik agaknya dia", getus hatiku.

Aku melangkah menuju ke dalam rumah, muka kelegaan sambil tersenyum. Tidak peduli Sharina yang sibuk menjerit apabila dia tergelincir akibat air hujan yang bertakung dilantai ketika cuba mengejar aku.

Elok kaki melangkah, terus ternampak sesusuk Hazim yg berborak dengan ibu dan abah ku di ruang tamu. Terus terasa batu berat menghempapku.

" Shafina, jom ambil gambar dengan Pakcik Megat sekeluarga ni", panggil ibu membuatkan jantungku terasa seperti mau meletup.

" Dah sedondon ni,elok sangat la korang berdua ambil gmbar nanti", kata Makcik Noris pula.

Hazim tersipu malu,aku pula rasa seperti berjalan di atas angin. Gemuruh bertentang mata kali pertama dengan Hazim pun masih belum hilang lg. Dalam malu aku terpaksa jugak melangkah ke arah mereka. Sesi bergambar menjadi begitu meriah. Semua ahli keluarga asyik kenakan aku dan Hazim. Tapi Hazim pada pandangan aku orangnya sangat peramah Dan kelakar,boleh bergaul dengan keluargaku dengan baik.

Hazim mengeluarkan telefon bimbitnya lalu memanggil aku " Fina,jom Kita selfie."

" Hah, apa," terkejut aku bila dipanggil begitu.

" Ya cepat2, amik gambar berdua nanti rindu2 boleh tengok gambar kan", terdengar suara Makcik Noris sambil ketawa

Suara Makcik Noris ni la yang membuatku mengenali nya ketika menghadiri majlis perkahwinan sahabatku Aisyah. Terus aku menegurnya bertanyakan jika dia merupakan jiranku satu ketika dahulu. Selepas berbual terus Makcik Noris meminta nombor telefon ibu. Tak sangka pula dia ada rencana lain.

Bunyi gegaran telefon mematikan lamunanku. Telefonku memang sentiasa berada di mod gegar, kerana aku tidak mau bunyi yang bising ketika waktu bekerja. Nombor tidak dikenali, tapi aku dah boleh agak mesti Hazim yang telefon,siapa lagi kalau bukan dia.

" Hello", jawabku dengan bersahaja.

" Hello Rina, ini Kak Wati,ni nombor baru akak tau,nombor lama dah guna. Haa lepastu boleh tak tolong ambil barang akak kt luar,nanti Ada runner yang hantar Tau", lebar penerangan Kakak ipar ku Wati.

" Aduh, ingatkan si Hazim,rupanya kak Wati, kenapa la dia belum telefon aku lagi,takkan la Makcik Noris tak bagi Kat dia", bisik hatiku. Agak kecewa juga,ingatkan Hazim yang telefon. Pelik rupanya Hazim ni, orang lain kalau dah bertunang mesti setiap hari rindu setiap hari akan bercakap di telefon atau berjumpa, tapi dia buat tak kisah saja. Ish macam syok sendiri saja aku ni.

Tuk Tuk tuk.. Pintu di ketuk dengan kuat. Ibu dan abah pulak tiada di rumah, tadi kata mereka ingin keluar membeli sedikit barang. Berlari2 Shafina menuju ke pintu.

" agaknya posmen ni,hantar barang kak Wati" kata hati Shafina.

Terus Shafina membuka pintu dengan tergesa- gesa. Bimbang posmen menunggu lama.

" maaf ye lambat....." Belum sempat Shafina habiskan ayat.

" Suprise2, Happy birthday Shafina".Terlihat kak Wati,abg Shafwan, ibu,abah, dan yang tak disangkakan Hazim juga ada, sambil memegang kek.

" ish birthday aku ke harini,lupa pulak",bisik hati Shafina sambil tergaru2 kepala yang tidak gatal. Lagi bertambah gemuruh melihat kelibat Hazim.

" Apa tunggu lagi,Mari Kita masuk dalam,Kita makan sate Dan laici Kang ni" Suara abah kedengaran sambil menjinjit plastik. Abah menghulurkan plastik kepada Shafina. Lantas Shafina ke dapur bersama ibu dan kak Wati untuk menghidang makanan yang dibeli.

Shafina menuju ke meja makan sambil membawa hidangan tadi. Ibu bersuara " Hazim mari sini , Kita makan sama2".

" Amboi ibu ni,dia ajak menantu dia saja ya. Suami dengan anak sendiri tak diajak pun".Kata ayah berseloroh sambil ketawa Dan bangun.

" La ibu lupa pulak, sebab nampak Hazim sorang je", berderai ketawa ibu. Semua bergerak ke meja makan. Laju saja tangan Hazim menarik kerusi disebelah Shafina. Makin gumuruh la Shafina dibuatnya. Sekeluarga itu makan dengan penuh berselera sesekali ketawa riang dengan keletah lucu ibu dan abah bergurau. Tetapi Hazim pun apa kurangnya, memang peramah betul. Shafina hanya mendengar sahaja. Shafina masih belum selesa dengan Hazim. Dari perbualan itu, rupanya Hazim seorang guru yang mengajar subjek sejarah. Padan la peramah dan banyak cakap. Sesuai la dengan perkerjaannya. Selesai makan, Hazim meminta diri untuk pulang.

" Ha Shafina temankan Hazim keluar kejap", laju la mulut ibu berkata. Sambil menolak Shafina membontoti Hazim, Shafina hanya menuruti sahaja. Mereka berdua menuju ke kereta Hazim yang di parking di tepi kereta Shafina.

" Awak jangan lupa save nombor Saya Tau, sebab nak suprisekan awak,says suruh kak Wati yang telefon" Hazim mula berbicara dengan Shafina.

" Oh yeke,ingat betul2 nombor baru kak Wati, pandai ye awak berpakat dengan diaorang. Hurmm terima kasih jugak until kek tu". balas Shafina sambil tersenyum.

" Oh ya,lupa nak bagi tadi", sambil tangan Hazim menghulurkan beg kertas kepada Shafina. Sambung Hazim lg " Saya tak tahu nak bagi apa,harap awak suka la ya".

" Oh terima kasih".Balas Shafina pendek,sebenarnya Shafina ingin cepat beredar kerana rimas dengan Hazim yang memerhatikan tanpa berkedip. Hazim yang perasan keadaan Shafina terus ketawa kecil.

" Kenapa awak ketawa, Saya Salah cakap ke?, kata Shafina dalam keadaan pelik.

" Awak tu gelabah sangat Saya tenung awak tu kenapa. Saya ni teruja sebab dapat jumpa awak depan2 macam ni,sebelum ni tengok gambar Kita bertunang saja. Saya ni tahan diri je untuk telefon awak tau, sebab nak jumpa awak berdepan macam ni". Hazim sambung ketawa. Shafina Makin malu dibuatnya. Terus berpusing meninggalkam Hazim.

Sempat Hazim berceloteh lagi" malam ni saya telefon Tau,jangan tak angkat pulak".

Shafina tidak berkata apa,kaki saja laju berjalan meninggalkan Hazim. Terdengar bunyi enjin kereta dihidupkan. Shafina lega kerana Hazim akhirnya pulang. Dalam hatinya rasa amat gembira mendengar penjelasan Hazim sebentar td. Shafina menoleh untuk melihat kereta Hazim bergerak,sempat Hazim melambai kearahnya.

Masuk ke dalam rumah, ibu,abah,abg Shafwan Dan kak Wati berborak, kata mereka Hazim telah menelefon ibu pada 3 hari lepas lagi untuk datang ke rumah. Sedang elok pulak jatuh pada Hari lahir Shafina, terus Hazim merancang untuk belikan kek. Patutlah lain betul ibu Dan abah suruh Shafina pulang ke Kampung. Adiknya Sharina pula tidak dapat pulang dari asrama,kalau tidak mulut Sharina la yang lagi bising bercerita itu ini.

Sharina perlu bersiap untuk kembali ke ibu kota kerana esok adalah hari bekerja. Hadiah yang diberikan oleh Hazim pun masih belum sempat dibukanya.

avataravatar